Wednesday 11 June 2014

Cik Suri, Mak Saudara kembali ke rahmatullah 9.6.2014

Ibu saudara saya Mek Ngah Suri binti Che Jusoh tinggal di belakang pejabat pos Seb Takir telah kembali ke rahmatullah pada usia 73 thn maghrib tadi Isnin 9hb Jun 2014. Janazah Allahyarhamuhaa akan dikebumikan di Perkuburan Bukit Tok Beng dan disolatkan di Surau Ayah Itam Wan Ali Kg Baru, Seberang Takir jam 11 pagi esok selasa 10.6.2014. 

Sidang parlimen sedang berlangsung namun terpaksa ditinggalkan sekejap untuk menghadiri solat dn pengkebumian ibu saudara tercinta Mek Ngah Suri pagi ni. Beliau antara yang banyak membantu menghulurkan wang walau seringgit dua ketika saya bersekolah menengah di sultan zainal abidin ladang sedangkan keadaan kewangan keluarga agak tenat ketika itu. 

Setiap kali bertemu Mek Ngah Suri di jalanan rm0.50 pasti dititipkan. Itupun antara sebab saya suka mendampingi beliau kerana dapat duit. He he. 

Menerusinya juga saya belajar berdikari. Bersama beliau saya bekerja memilih bilis di "rang"2 menjemur ikan kering dan bilis di kg seberang takir di usia belasan tahun.
Mek Ngah Suri adalah anak perempuan sulong arwah Toki saya dan kakak sulong berlainan ibu dengan ibu saya. 

Kemudian Toki saya berkahwin dengan tok saya Siah binti Long yang ketika itu telah mempunyai 2 orang anak bernama Sulong binti Abdullah dan Zakaria binti Abdullah. Kedua-dua kakak dan abang ibu saya juga telah kembali ke rahmatullah. 

Ibu saya pula anak kedua dalam keluarga seibu sebapa. Abang sulong beliau Pok Usof yang menjaga saya selepas pemergian ibu. Justeru, ibu saya anak ke empat dari sebelah ibu beliau dan anak ke 3 dari sebelah bapa beliau serta anak kedua daripada sebelah seibu sebapa.

Rumah Mek Ngah Suri ketika saya kecil memang menjadi transit utama. Antara sebabnya ialah kerana saya belajar al-Quran dengan Pok Usof yang rumahnya berdekatan dengan rumah Mek Ngah Suri. 
Juga kerana hubungan beliau dengan arwah ibu saya sendiri sangat rapat sejak kecil antaranya kerana anak sulong beliau kak yah hanya berbeza beberapa tahun sahaja dengan arwah ibu saya dan menjadi antara teman ketika remaja. 

Antara makanan yang beliau suka belikan untuk saya ialah "rokok arab" buatan puan wan zaitu yang rumah berdekatan dengan rumah beliau. Setiap kali saya nak balik ke Jordan selepas bercuti makanan itu pasti dititipkan.

No comments:

Post a Comment