Tuesday 28 October 2014

Dr Takiri Bahas Bajet 2015

Isnin 27 Oktober 2014 Ahli Parlimen Kuala nerus membahaskan Bajet 2015
Watch "MP PAS Kuala Nerus Bahas Bajet 2015" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=sMM_MgVhBhw&feature=youtube_gdata_player

Thursday 16 October 2014

Respon DUPP Terhadap Ucapan Ahli Parlimen Kuching Berhubung Dakwah Islam di Sarawak

Kenyataan Rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Respon DUPP Terhadap Ucapan Ahli Parlimen Kuching Berhubung Dakwah Islam di Sarawak

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) meneliti dengan tekun ucapan Ahli Parlimen Kuching yang membahaskan Bajet 2015 di Parlimen baru-baru ini yang tersebar luas di media sosial.
( http://youtu.be/yW8wJZolbgg )

2. DUPP berkongsi pandangan dengan beliau dalam melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Barisan Nasional yang menganaktirikan Sarawak dari sudut peruntukan pembangunan meskipun hasil minyak disedut daripada bumi Sarawak. Kesannya kemiskinan rakyat Sarawak masih ketara walaupun selepas 51 tahun penubuhan Malaysia dan lahir gerakan-gerakan menuntut pemisahan Sarawak daripada Persekutuan yang tidak wajar disokong oleh mana-mana pihak.

3. Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut kerajaan memberikan hak selayaknya untuk rakyat Sarawak mendapatkan nikmat pembangunan yang adil termasuk memperolehi 20% royalti minyak. Begitu juga hak negeri Kelantan dan Terengganu untuk mendapatkan royalti minyak yang disedut daripada bumi mereka.

4. DUPP juga berkongsi kekecewaan dengan sikap kerajaan membenarkan tindakan menghasut untuk membakar kitab suci agama lain tanpa diambil sebarang tindakan sebagaimana dilahirkan oleh Ahli Parlimen Kuching. Sikap ekstremis beragama secara emosi dan tidak rasional tidak seharusnya berlaku di Malaysia.

5. Dalam masa yang sama DUPP melahirkan ketidaksetujuannya dengan pandangan beliau yang meminta agar usaha-usaha dakwah Islam di Sarawak dihentikan.

6. Rasionalnya Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang sebarang usaha dakwah Islam dan kebajikan yang dilakukan sama ada oleh badan rasmi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Amal Malaysia sementelah Islam merupakan agama Persekutuan.

7. Dakwah Islam adalah seruan universal untuk kebaikan umat manusia serta rahmat kepada seluruh alam tanpa sebarang paksaan. Rakyat Malaysia yang belum beragama Islam mempunyai hak untuk mengenali Islam dan seterusnya memeluknya dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan.

Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Khamis 21 Zulhijjah 1435 / 16 Oktober 2014

Monday 13 October 2014

Kenyataan Media BAJET 2015 : BELA ATAU ANIAYA RAKYAT?

Kenyataan Media
BAJET 2015 : BELA ATAU ANIAYA RAKYAT?

Oleh :
DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Bajet 2015 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada Jumaat lalu dengan peruntukkan dana berjumlah RM273.9 bilion meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM223.4 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM50.5 bilion adalah masih kekal sebagi bajet defisit dengan unjuran pendapatan sebanyak RM235.2 bilion; menjadikannya bajet kali ke-17 berturut-turut mengalami keadaan perbelanjaan melebihi pendapatan.

2. Dengan angka yang dibentangkan itu, jumlah perbelanjaan mengurus mewakili 82% daripada keseluruhan dana yang diperuntukkan. Menuju ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, sepatutnya perbelanjaan mengurus hanya berjumlah 70-75% sahaja daripada keseluruhan perbelanjaan. Keadaan bajet defisit dan perbelanjaan mengurus yang tinggi ini menggambarkan ketidakcekapan Kerajaan dalam merancang dan mengurus perbelanjaan negara.

3. Lebih mendukacitakan, penat-lelah dan jerit-perih rakyat kebanyakan yang mengerjakan tulang empat kerat mereka dengan bekerja seharian, berhari-hari seminggu, hanya digembirakan dengan pemberian insentif, bonus dan ‘one-off giving’, termasuklah penambahan pembayaran BR1M. Sedangkan ia hanyalah berupaya untuk mengurangkan bebanan secara sementara dan bersifat penyelesaian tidak menyeluruh dalam membantu rakyat berhadapan dengan tekanan kanaikan kos sara hidup, sementelah lagi dengan pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi yang akan memberikan kesan bebanan jangka panjang terhadap rakyat.

4. Apatah lagi pelaksanaan GST di negara ini hakikatnya adalah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan negara dan falsafahnya pula tidak seperti pelaksanaannya di negara-negara maju yang bertujuan memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh, merangsang rakyat untuk menambah simpanan dan tidak boros dalam perbelanjaan. Pada masa yang sama, pemboroson, ketirisan dan monolopi tidak dibendung secara berkesan. Rakyat pula dipaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk untuk menanggung semua itu.

5. Rasionalisasi subsidi bahan api yang memberi kesan kepada kenaikan harga petrol dan diesel pula bukan sahaja menambah beban kos pengangkutan setiap rakyat, bahkan memberi kesan berantai peningkatan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan. Langkah pengurangan subsidi ini juga akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa beli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah.

6. Kecuaian dan kegagalan Kerajaan dalam meneliti impak sosio-ekonomi terhadap rakyat dengan pelaksanaan GST dan pemotongan subsisidi bahan api menyebabkan rakyat sebenarnya dianiaya dan bukannya dibela melalui bajet ini.

Isnin 13 Oktober 2014 / 18 Zulhijjah 1435

Bajet 2015: Mengulangi isi lama - Presiden PAS

Bajet 2015: Mengulangi isi lama

Published on Saturday,
11 October 2014 18:24
Written by ABDUL HADI AWANG
 
1. Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014, di samping cuma membandingkannya dengan pembentangan yang lalu. Saya akan hanya menyentuh persoalan asas dan prinsip yang bersifat makro sahaja pada saat ini, di mana perincian lanjut sedang hangat diperbahaskan oleh berbagai pihak sebaik sahaja pembentangan itu berakhir.
 
2. Respon awal saya ialah, kita sebenarnya agak hairan apabila tiada elemen-elemen baru yang mengejutkan dalam bajet ini yang mampu melonjakkan Malaysia untuk mencapai suatu tahap ekonomi yang lebih tinggi, mampan dan berdaya tahan terutama ke arah mencapai wawasan kerajaan dalam tahun 2020.
 
3. Umumnya, kita dapati bahawa Bajet 2015 masih gagal menjawab masalah-masalah utama yang menghantui ekonomi Malaysia, iaitu :
a. Struktur asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh.
b. Kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
c. Daya saing ekonomi Malaysia.
d. Kemampanan ekonomi Malaysia.
 
4. Saya berpandangan bahawa kerajaan masih tidak jelas akan halatuju dan ke arah mana ekonomi Malaysia hendak dibawa. Selagi mana kerajaan gagal untuk menjawab dan bertindak secara konkrit kepada semua persoalan-persoalan di atas, maka maklamat negara berprestasi tinggi atau apa saja sasaran yang diletakkan oleh kerajaan akan hanya menjadi retorik politik. Ianya sekadar cantik pada angka dan statistiknya, tetapi tidak memberi makna yang sebenar kepada rakyat marhain dalam negara kita ini.
 
5. Penekanan secara tidak bersepadu dalam pendekatan ekonomi hanya akan melemaskan lagi rakyat dalam suasana tekanan sara hidup yang sudah cukup membebankan. Pendekatan fiskal melalui pengurangan subsidi dan pengenalan GST (di mana kami menolak pelaksanaan GST ini) hanya akan terus meningkatkan lagi inflasi dan sara hidup rakyat. Sepatutnya tindakan kerajaan perlu lebih bersepadu dengan juga mengambil kira dasar kewa
ngan, yang akhirnya akan meningkatkan permintaan dan seterusnya meningkat keluaran ekonomi Malaysia.
 
6. Struktur ekonomi sebuah negara maju sepatutnya juga menekankan sumbangan sektor perkhidmatan yang substantif iaitu sekurang-kurang 70% dari KDNK negara. Namun sasaran kerajaan yang hanya meletakkan 60% sumbangan sektor perkhidmatan dalam tahun 2020 membuktikan kerajaan tidak menekankan atau bersedia ke arah struktur ekonomi yang betul untuk Malaysia.
 
7. Bajet juga telah gagal untuk memperincikan langkah-langkah ke arah meningkatkan produktiviti negara bagi mengatasi kadar pertumbuhan produkitiviti yang semakin merosot. Malah kadar pertumbuhan produktiviti Malaysia adalah lebih rendah dari kebanyakan jiran-jiran negara ASEAN yang lain. Struktur ekonomi yang mampan dan berdaya saing, sepatutnya mengambil kira elemen-elemen penting pertumbuhan ekonomi seperti input buruh, input modal dan faktor produktiviti keseluruhannya.
 
8. Oleh yang demikian, langkah kerajaan yang terlalu bergantung kepada input modal melalui projek infrastruktur dengan memperuntukan jumlah yang besar iaitu lebih RM48 billion bagi mengerakkan ekonomi hanya akan memberi kesan yang tidak seimbang dan tidak mampan. Sepatutnya penekanan juga harus diberikan kepada meningkatkan total produktiviti kerana ianya akan menghasilkan peningkatkan produktiviti dan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing untuk bergerak ke hadapan.
 
9. Bajet juga dilihat tidak konsisten dalam pelaksanaannya. Dalam satu masa kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mengurangkan subsidi, namun dalam masa yang lain menambahkan pula nilai BR1M. Tidakkah ini juga akan menghasilkan kesan yang sama seakan inflasi, iaitu mengherot keseimbangan ekonomi negara, dan yang lebih teruk, akan juga mengurangkan produktiviti, menjejaskan daya saing dan meningkatkan lagi inflasi.
 
10. Berdasarkan corak perbelanjaan kerajaan BN sepanjang tahun-tahun yang lalu, kadar defisit negara dijangka akan terus berada pada tahap kronik. Kegagalan untuk menurunkan kadar defisit ini juga sangat m
engejutkan kerana kerajaan sepatutnya sudah dapat menjimatkan RM1.4b pada tahun 2014 apabila memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen walaupun harga minyak dunia mengalami penurunan.

Kita masih belum melihat keinginan jitu oleh kerajaan BN untuk membuat penjimatan perbelanjaan, sebaliknya kerajaan BN memilih untuk terus memotong subsidi daripada rakyat yang sudah memang lemas dalam kos hidup yang Denikin meningkat.

Perbelanjaan berlebihan dalam majlis-majlis kerajaan dan pembaziran kos melibatkan delegasi ke luar negara dengan disertai bilangan kakitangan yang keterlaluan adalah antara perbelanjaan yang wajar dikawal. Cukuplah kita sama -sama meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang saban tahun memperincikan ketirisan dan pembelanjaan boros ini.
 
11. Secara keseluruhannya semua faktor-faktor ini dilihat masih gagal untuk diselesaikan oleh kerajaan. Ini secara jelas dapat dibuktikan dengan pengaliran keluar berterusan modal asing dan pelaburan domestik.

Malah sikap hipokrit kerajaan BN dalam menangani masalah ketirisan sumber, penyelewengan dan rasuah, hanya akan memburukkan lagi kenyakinan pasaran kepada ekonomi Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif kepada tahap kualiti hidup rakyat seluruhnya.
 
HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sunday 12 October 2014

Ahli PAS Jangan Terlibat dengan PASMA - MSU

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

1. Majlis Syura Ulamak memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dinamakan PASMA.

2. Selaras dengan peringatan  Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PASMA.

3. Kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut.

4. Majlis Syura Ulamak juga memperingatkan ahli-ahli PAS tentang kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif menerusi pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam, membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam, menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengenepikan perjuangan menegakkan Syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan dikecilkan kepada kebajikan yang sempit.

Dato' Haji Nik Muhammad Zawawi Saleh,
Setiausaha Majlis Syura Ulamak
17 Zulhijjah 1435 / 12 Oktober 2014

Saturday 11 October 2014

Intisari Bajet 2015

Pesara Kerajaan mendapat bayaran bantuan khas sebanyak RM250

Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500

Elaun Ahli-ahli Parlimen: Ahli Dewan Negara dinaikkan kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C

Elaun Ahli-ahli Parlimen: Ahli Dewan Rakyat dinaikkan elaun kepada gred bersamaan gred Jusa C

i-BR1M digantikan dengan Skim Khairat Kematian - waris penerima BR1M mendapat RM1,000

Bantuan BR1M: Individu, bawah RM2,000 mendapat RM350

Bantuan BR1M: Isi Rumah, RM3,000 - RM4,000 mendapat RM750

Bantuan BR1M: Isi rumah, bawah RM3,000 mendapat RM950

Menambahbaik Bantuan Rakyat 1Malaysia

Membaik pulih dan menyelenggara kuarters tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan - RM500 juta

Menurunkan harga miminum rumah Penjawat Awam 1Malaysia

Penambahbaikan had kelayakan pinjaman perumahan

Menambahbaik skim perkhidmatan awam

Pembinaan Pusat Percetakan Al-Quran di Putrajaya - RM30 juta

Mengisytiharkan tahun 2015 sebagai pemerkasaan NGO dan kesukarelawan (MyNGO) - RM50 juta

Meningkatkan RELA sebagai sebuah Jabatan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia

Meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara

Mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil - RM112 juta

Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 - RM3 bilion

Mempelbagaikan sumber bekalan melalui penerokaan air bawah tanah, penggunaan semula air terawat untuk industri dan pertanian

Menyediakan National Water Blueprint bagi mempastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara

Menambah 10 batang tiang lampu menjadikan dua puluh di lebih 22,000 kampung di seluruh negara - RM56 juta

Program pembangunan ekonomi, kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan taraf hidup masyarakat Orang Asli

Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak - RM160 juta

Program membina dan membaik pulih rumah usang - RM200 juta

Program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah - RM394 juta

Program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15,000 buah rumah

P
rojek jalan luar bandar termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak - RM943 juta

Pentaksiran sendiri ke atas keuntungan pelupusan harta tanah ditaksir

Penambahbaikan program Skim Rumah Pertamaku kendalian Cagamas

Melanjutkan pengecualian duti setem 50% ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman

Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat, 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat

Membina 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat - RM644 juta

Membina 80 ribu unit rumah PR1MA - RM1.3 bilion

Mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak - RM711 juta

Menambah 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara

Meningkatkan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU kepada RM1 juta

Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat kepada RM16

Menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas kepada RM6,000

Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU kepada RM6,000

Kadar bantuan bagi OKU dinaikkan

Bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan OKU - RM1.2 bilion

Pengagihan sebanyak 55,000 test kit denggi kepada semua klinik swasta

Mempertingkatkan program pencegahan denggi melalui kesedaran komuniti dan perolehan peralatan pencegahan

Meningkatkan pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun ke atas perbelanjaan perubatan penyakit serius

Mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan hemodalisis

Menempatkan 30 orang doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia

Menambah 30 Klinik 1Malaysia dan membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya

Membina 20 Klinik Kesihatan antaranya Klinik Kesihatan di Kuala Lipis, Pahang

Membina dua buah hospital; Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak

Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan Kepada Rakyat

Bantuan kepada pekebun kecil kelapa sawit

Bantuan kepada pekebun kecil getah

Menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas

Perkhidmatan Electric Train Serv
ice Ipoh-Butterworth bermula April 2015

Menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar tetapi bekerja di KL

Memperkukuhkan mekanisme pemantauan harga

Mewujudkan dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau harga atau price watch team

Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan - RM250 juta

Memasang Automatic Identification System ke atas bot-bot nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan - RM27 juta

Meningkatkan pengeluaran akuakultur ternakan ikan, kupang dan tiram dalam sangkar - RM60 juta

Pemberian elaun bagi seramai 44,000 nelayan darat sepenuh masa sebanyak RM200 sebulan - RM313 juta

Menaikkan elaun sara hidup nelayan

Pembangunan dan Kebajikan Nelayan

Mempergiatkan 4 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu yang melibatkan kawasan tanaman padi

Pemberian geran pemadanan RM100 juta kepada Lembaga Pertubuhan Peladang

Program lelongan sayur-sayuran berkualiti dengan harga berpatutan setiap minggu di 85 lokasi FAMA dan pasar tani

Pembukaan 65 buah Pasar Tani Kekal dan 50 buah Pasar Ikan yang beroperasi setiap hari

Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan

Program Baucer Buku 1Malaysia dengan kadar bantuan RM250 seorang

Bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah

Mengisytiharkan Hari Sukan Negara disambut pada hari Sabtu pertama dalam bulan November setiap tahun

Pelaksanaan Blueprint Sukan Negara (Sporting Nation) - RM103 juta

Memudahkan akses kepada pinjaman perumahan (rumah pertama) melalui Skim Perumahan Belia

1Malaysia Youth City - RM100 juta

Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp

Melaksanakan Program Agropreneur Muda

Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melaui Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank

Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan memperkenalkan MyCorp - RM10 juta

Memperkenalkan program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepiminan di kalangan belia

Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui Pro
gram Felo Perdana, Parlimen Belia Malaysia dan Anugerah Remaja Perdana Malaysia

Mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara dan memperkenalkan satu konsep baru

Melancarkan Pelan Transformasi Belia Negara - RM320 juta

Menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta

Menambah baik kemudahan cuti menjaga anak

Menyuntik semangat keusahawanan di kalangan wanita melalui peruntukan khusus usahawan wanita India - RM30 juta

Meningkatkan aspek keselamatan wanita

Program Women Career Comeback - Program latihan untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan

1Malaysia Support for Housewife - Menambah baik peluang wanita untuk kembali ke pasaran kerja

Memperkukuh Program Pengarah Wanita - Sasaran 30% penglibatan wanita

Menyeimbangkan harga barang keperluan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan di Sabah dan Sarawak melalui pemberian subsidi padi bukit - RM70 juta

Penempatan semula perkampungan air di Semporna dan Sandakan secara berperingkat

Menambahbaik kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan

Memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE)

Program meningkatkan akses kesihatan Sabah dan Sarawak

1 buah mini UTC dan RTC masing-masing dibuka di Sabah dan Sarawak

Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663km - RM27 bilion

Membangunkan Modal Insan Bumiputera

Kemudahan pembiayaan dan kredit kepada PKS Bumiputera

Memperluaskan program carve-out and compete secara meritokrasi meliputi projek Kerajaan dan penswastaan

Memperkenalkan program pre-eksport untuk syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi

Memperluaskan Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera ke Sabah dan Sarawak - RM30 juta

Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara sebagai pusat kecemerlangan keusahawanan Bumiputera

Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam anak Syarikat Berkaitan Kerajaan melaluin EKUINAS - RM600 juta

Startup Work Pass untuk Usahawan ekspatriat Start-Up

Mengoptimumkan kapasiti latihan double
shift bagi program sepenuh masa ke atas 176 kursus - RM570 juta

Globally Recognised Industry and Professional Certification (1MalaysiaGRIP) - RM300 juta

Galakan potongan dua kali cukai kepada syarikat yang melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia

Latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada golongan belia India - RM30 juta

Sistem Insurans Pekerjaan Sistem

Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan dikaji semula

Mensejahterakan Golongan Pekerja

Program meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kepada graduan

Program Industry Academia Collaboration - RM30 juta

Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan

Geran Sepadan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)

Diskaun 20% kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekaligus

Rebat 10% kepada peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Meneruskan program MyBrain15 dengan sasaran menghasilkan 60,000 pemegang PhD menjelang tahun 2023

Tajaan pelajaran kepada setiap pelajar yang layak ke peringkat pengajian tinggi

Menaja Pelajaran

Pembayaran kos bil elektrik dan air kepada semua sekolah jenis kebangsaan di bawah kementerian dengan siling RM5,000 sebulan

Penyelenggaraan fasiliti dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran - RM800 juta

Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan

Galakan cukai kepada syarikat swasta bagi melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran

Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TEVT) - RM1.2 bilion

Mengarus Perdana Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Program Sekolah Amanah - RM10 juta

Mengupaya Program Sekolah Amanah dan Pembinaan Sekolah Baru

Program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan Rakan Peningkatan Sekolah - RM250 juta

Memantapkan Profesionalisme Perguruan dan Prestasi Sekolah

Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan

Peruntukan sebanyak RM356 juta

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Langkah merasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat

Rasionalisasi Subsidi
6. Insentif & bantuan kepada peniaga berikutan pelaksanaan GST

5. Kadar cukai pendapatan syarikat, syarikat kecil & sederhana serta kadar cukai koperasi

4. Penstrukturan semula cukai pendapatan individu bagi tahun taksiran 2015

3. Pelepasan GST ke atas penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG

2. Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikkan daripada 200 kepada 300 unit pertama

1. Peluasan skop barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST

Melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Peningkatan aktiviti R&D

Pembangunan Inovasi dan Pengkomersilan

5. Pembiayaan Perniagaan kepada Usahawan PKS

4. Pembiayaan perniagaan oleh TEKUN - Tambahan dana RM500 juta

3. Memperkenal Skim Pinjaman Mudah Automasi & Pemodenan PKS - RM80 juta

2. Melaksanakan Business Accelerator Programme - RM10 juta (SME Corp)

1. Melaksanakan Program SME Investment Partner - RM375 untuk lima tahun

Membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana:

Menganjurkan 'Malaysia - Year of Festivals 2015' - RM316 juta

Merancak Industri Pelancongan

Pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi dan pembinaan kabel dasar laut - RM2.7 bilion

Meningkatkan Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Mewujudkan Dana Industri Kandungan Digital bagi memajukan industri kreatif - RM100 juta

Merancakkan Industri Kreatif

9. Dana pinjaman Sustainable Mobility Fund untuk industri pembuatan kenderaan elektrik di Malaysia - RM70 juta

8. Pengerang Integrated Petroleum Complex - RM69 bilion

7. Pembinaan Projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Klang - RM9 bilion

6. Pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya - RM23 bilion

5. Menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur - RM150 juta

4. Membina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur - Hubungan Timur - RM1.6 bilion

3. Membina Lebuh Raya Damansara - Shah Alam - RM4.2 bilion

2. Membina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting - RM5 bilion

1. Membina Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Klang - RM5.3 bilion

Beberapa projek infrastruktur akan di
laksanakan:

Merancak Pelaburan Awam dan Swasta

Meningkatkan produktiviti melalui proses automasi sektor perkilangan

Elaun Modal Bagi Peningkatan Proses Automasi oleh Industri Berintensif Buruh

Galakan pengurusan kawasan perindustrian

Insentif Untuk Pengurusan Kawasan Perindustrian

Menambahbaik pakej insentif khas di bawah Koridor-koridor Ekonomi merangkumi lebih banyak kawasan

Memastikan Pertumbuhan Wilayah Yang Seimbang dan Inklusif

Penubuhan Kelab Protection & Indemnity Malaysia di bawah Exim Bank

Menggalakkan Industri Perkapalan Tempatan

Potongan cukai bagi menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan tiga tahun lagi

Potongan cukai bagi perbelanjaan menerbitkan sukuk Ijarah dan Wakalah dilanjutkan sehingga 2018

Pelabur individu diberi pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun berturut-turut

Mencadangkan Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan diuruskan dalam ETBS

Memperkenalkan Platform Akaun Pelaburan - RM150 juta

Memperkukuhkan Pasaran Kewangan Islam

Kelima: Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais di bawah KPDNKK - RM20 juta

Keempat: Memperkenal semula Dana Perkhidmatan Eksport - Dana RM300 juta

Ketiga: Menwujudkan Research Incentive Scheme for Enterprise - RM10 juta

Kedua: Mewujudkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan - RM5 bilion

Pertama: Melaksanakan Blueprint Sektor Perkhidmatan

Sasaran sumbangan 60% kepada KDNK pada 2020 daripada 55% pada 2013

Memperkukuhkan Pertumbuhan Ekonomi dengan merancakkan sektor perkhidmatan

Strategi Utama: 7. Mensejahtera Rakyat

Strategi Utama: 6. Membangun Program Transformasi Belia Negara

Strategi Utama: 5. Memartabat Peranan Wanita

Strategi Utama: 4. Memperkasa Agenda Bumiputera

Strategi Utama: 3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan

Strategi Utama: 2. Memantap Tadbir Urus Fiskal

Strategi Utama: 1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi

Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan RM235.2 bilion

Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi RM29.3 bilion

Di ba
wah peruntukan mengurus, RM65.6 bilion adalah untuk Emolumen, RM38.1 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan

Sejumlah RM273.9 bilion diperuntukkan untuk 2015, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding 2014

Tema Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat dengan tujuh teras utama

Ikuti siaran langsung pembentangan #Bajet2015 oleh @NajibRazak hari ini bermula jam 4 petang di Astro AWANI

Adalah salah kita serahkan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh - Najib Razak

Kerajaan mesti melakukan sesuatu yang tepat untuk ekonomi Malaysia, bukan yang popular - Najib Razak

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan kerana bantuan itu sebahagian dari manifesto kerajaan - Najib Razak

Pengurangan defisit kerajaan secara berterusan penting bagi memastikan bajet seimbang menjelang 2020 - Najib Razak

Kerajaan berusaha memastikan kemajuan ekonomi seiring dengan kesejahteraan rakyat - Najib Razak

Wednesday 8 October 2014

Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest adalah Syiar Kemungkaran Yang Mesti Dibantah dan Tidak Boleh Dibenarkan Berlaku di Malaysia

 KENYATAAN RASMI PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest adalah Syiar Kemungkaran Yang Mesti Dibantah dan Tidak Boleh Dibenarkan Berlaku di Malaysia


1. Mengambil minuman memabukkan adalah punca kepada kerosakan akal dan jasad.  Seterusnya kerosakan akhlak dan moral boleh berlaku apabila akal manusia hilang disebabkan minuman yang memabukkan. Justeru, arak dan minuman memabukkan disebut sebagai "ummu al-khaba'ith" ( أم الخبائث) ibu dan induk segala perkara yang keji dan jijik kerana ianya merosakkan kehidupan bermasyarakat.

2. Statistik berikut menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan;

A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.
B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.
C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan keapda alcohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.
D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.
E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.
F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.
G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.
H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
I. Menurut satu statistik di UK, alcohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

3. Lantaran itu Islam menegaskan arak dan minuman memabukkan adalah najis merupakan sebahagian amalan syaitan yang boleh membawa kepada permusuhan di kalangan manusia. Allah berfirman;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ( 90 ) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ ( 91
Maksudnya; "Wahai orang-orang beriman; arak, judi, patung berhala dan bertenung nasib adalah sebenar-benar najis yang merupakan sebahagian amalan syaitan maka hendaklah kamu semua menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (al-falah). Syaitan itu hanya ingin menjatuhkan di kalangan kamu permusuhan dan kebencian menerusi arak dan judi dan memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada solat. Tidakkah kamu boleh berhenti!!!". (Surah al-Maidah ayat 90-91)

4. Bukan sahaja arak dan minuman memabukkan adalah najis malah umat Islam perlu membenci perlakuan tersebut berlaku dan tidak meredhainya serta mengganggapnya sebagai kemungkaran yang mesti dihalang dan dicegah daripada menjadi sebahagian syiar kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah negara.

5. Meskipun Islam membenarkan bukan Islam mengambil minuman memabukkan, membeli dan menjualnya tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa Islam sebagaimana ijmak Ulamak yang dinukilkan oleh Imam al-Tahawi, namun ia tidak boleh menjadi syiar yang dipromosi secara terbuka menerusi iklan dan pesta besar-besaran. Syarat ini telah ditegaskan oleh para ulamak Islam sejak dahulu.

6. Antara fatwa Darul Ifta Mesir oleh Mufti Mesir Syeikh Abdul Majid Salim bertarikh 12 April 1939/ 1358 H ialah tidak boleh bukan Islam menjual arak secara terbuka kerana menjualnya secara terbuka adalah satu maksiat dan kefasikan yang perlu ditegah. Mereka boleh menjual sesama mereka secara tidak terbuka.

7. Sekiranya menjualnya secara terbuka pun tidak dibolehkan apatah lagi mengadakan pesta arak secara terbuka dengan pelbagai promosi dan iklan terbuka.

8. Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk "hak-hak peribadi bukan dalam masyarakat Islam", bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat. Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori "sadd zara'i'" (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 - Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421)

9. Oleh itu, penganjuran pesta arak seumpama Oktoberfest sehingga menjadi syiar yang dibangga-banggakan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dengan majoriti penduduknya beragama Islam perlu dihalang dan tidak boleh dibenarkan.

10. Menjadi kewajipan kepada Dato' Menteri Besar Selangor sebagai seorang muslim dan pihak berkuasa tempatan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk pesta tersebut diadakan. Serta menjadi kewajipan kepada setiap muslim sama ada rakyat biasa mahupun pemimpin membantah penganjuran pesta mungkar tersebut.

11.Syaitan sentiasa berperanan melakukan "tazyiin" dan "talbis". "Tazyiin" bermaksud menghiasi yang mungkar lalu dilihat sebagai bukan mungkar. "Talbis" pula ialah memakaikan kemungkaran pakaian kebenaran.

12. Antaranya Syaitan berperanan menghiasi kemungkaran minum arak secara terbuka sehingga dilihat boleh dan harus bagi bukan Islam lalu ia dibiarkan tanpa bantahan.

13. Maka janganlah ada di kalangan umat Islam atau pemimpin umat Islam yang dihiasi oleh Syaitan lalu membenarkan pesta arak Oktoberfest dilakukan dengan hujah ianya hak bagi bukan Islam.

14. Ketahuilah hak mereka ialah mengambil minuman memabukkan tetapi bukan hak mereka berpesta dengan minuman memabukkan secara terbuka di sebuah negara majoriti umat Islam.

Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

8 Oktober 2014 M / 13 Zulhijjah 1435 H

Friday 3 October 2014

RASIONALISASI SUBSIDI & GST : KERAJAAN LEBIH GALAK BERBOROS -Tantawi

RASIONALISASI SUBSIDI & GST : KERAJAAN LEBIH GALAK BERBOROS
Oleh :
NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI
Ahli Parlimen Temerloh

[ Tarikh : 02 Oktober 2014 ]

1. Pelaksanaan GST bermula April 2015 dikatakan akan menambah pendapatan negara sebanyak RM23 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama dan boleh mencecah sehingga RM32 bilion dalam tempoh setahun berikutnya. Menurut Datuk Seri Idris Jala pula, mekanisme percukaian baharu itu boleh menjamin tambahan pendapatan negara antara RM20 bilion sehingga RM27 bilion apabila matang.

2. Pada 29 September 2014, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa sistem rasionalisasi subsidi dengan mekanisme yang baharu bagi diesel (melibatkan 780,000 buah kenderaan) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2015 dan bagi petrol (melibatkan 18 juta buah kenderaan) yang akan dilaksanakan bermula April 2015 dikatakan memberikan penjimatan sebanyak RM6 bilion hingga RM7 bilion.

3. Pelbagai kebaikan (advantages) telah dikemukakan oleh Kerajaan kepada rakyat bagi menjelaskan tentang keperluan melakukan rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) yang kesemuanya akan berkuatkuasa pada tahun hadapan, 2015. Antara alasan yang dibentangkan itu ialah – mendidik rakyat supaya tidak bergantung kepada bantuan Kerajaan; mengawal kedudukan fiskal negara dengan lebih berkesan; bantu tangani masalah defisit fiskal yang dialami sejal lebih satu dekad; pengstrukturan cukai menjadi lebih berkesan; dan menambahkan pendapatan negara bagi membolehkan Kerajaan memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat.

4. Lebih mengejutkan, petang semalam (1 Oktober 2014) pula, tiba-tiba KPDNKK membuat pengumuman bahawa “subsidi untuk petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter”, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014. Walaupun bahasa yang digunakan ialah rasionalisasi, penyelarasan dan pengurangan  subsidi, tetapi hakikatnya sebenarnya ialah harga petrol RON95 dan diesel dinaikan sebanyak 20 sen seliter.

5. Olahan alasan yang diperlihatkan positif ini tidak lebih daripada untuk mengkaburi dan menutup mata rakyat dan menampakkan secara jelas sindrom penafian oleh Kerajaan terhadap permasalahan yang lebih akar berkenaan isu pengurusan ekonomi negara ini iaitu perbelanjaan Kerajaan dan perbelanjaan mengurus yang meningkat berkali ganda serta isu-isu kebocoran dan ketirisan dalam membelanjakan wang negara.

6. Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan Kerajaan meningkat daripada RM113.5 bilion pada tahun 2003 kepada RM196 bilion pada tahun 2008. Perbelanjaan mengurus pula  meningkat lebih dua kali ganda kepada RM15.1 bilion pada tahun 2008 daripada RM75.2 bilion pada tahun 2003. Malah, ia meningkat lagi sebanyak RM15.8 bilion daripada RM201.9 bilion pada tahun 2013 kepada RM217.7 bilion pada tahun 2014. Saban tahun pula, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai ketirisan yang berlaku dalam pengurusan perbelanjaan wang negara.

7. Secara teori, kerajaan dengan pendapatan yang lebih banyak akan cenderung untuk berbelanja dengan jumlah yang lebih besar. Dalam keadaan sikap dan kualiti urus tadbir Kerajaan yang ada pada hari ini yang boleh dipertikaikan, saya yakin bahawa akan berlaku lebih banyak pemborosan dan pembaziran duit rakyat pada tahun hadapan. Sebanyak mana pun jumlah yang berjaya dipungut atau “dijimatkan” dengan pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi diesel dan petrol, jika Kerajaan tidak berintegriti dan tidak beramanah dalam menguruskannya, jumlah itu tidak bernilai lagi dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat serta kebaikan kepada rakyat.

8. Jangan kerana keangkuhan dan kesombongan untuk tidak mahu berubah bagi memperbetulkan kesilapan, serta tidak bersyukur dengan hasil bumi yang telah Allah kurniakan kepada negara kita, akhirnya Allah mendatangkan musibah seperti yang ditimpakan ke atas Kerajaan Saba’ sehingga meruntuhkan empangan akibat banjir besar yang melanda. Hilang sumber air dan terjejas sektor pertanian mereka. Kebun-kebun yang mengeluarkan buah yang berkualti tinggi sebelumnya menjadi hutan yang ditumbuhi pokok liar dan kasar (rujuk surah Saba’, ayat 16) :

"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sidikit pohon-pohon bidara."

Kita harus belajar dan mengambil pengajaran daripadanya.

Sekian.

Kenaikan Harga Minyak: Meruntuh Nilai Manusiawi - Nik Abduh

Kenaikan Harga Minyak: Meruntuh Nilai Manusiawi

Islam telah menetapkan pengurusan ekonomi yang lebih tersusun bermatlamat untuk memastikan sumber hasil alam dapat dikongsi oleh semua manusia dengan sejahtera. Pengurusan sumber ekonomi mesti berdasarkan konsep ketelusan dan amanah yang tinggi bagi memastikan aturan ekonomi dapat berlaku dengan baik.

Ekonomi negara kita hari ini berada dalam keadaan simpang siur. Bermula dari sumber pendapatan negara hasil dari hutang dan cukai yang menekan kehidupan rakyat sehinggalah kepada ketirisan, pembaziran dan ketidakefisyenan pengurusan perbelanjaan negara. Daripada kebobrokan ideologi sistem kapitalisma sehingga kebobrokan pengurusan ekonomi. Segala-galanya rosak dan terus merosak!

Sistem ekonomi ciptaan manusia ini mengikis sifat kemanusiaan. Ekonomi hanya berkiblatkan material. Keuntungan maksimum adalah matlamat utama. Akhirnya ia merosakkan manusia yang berkejar ke arahnya dan mematikan perasaan kasih dan sayang terutama kepada golongan fakir dan miskin.

Inilah yang sedang membarah di dalam negara kita hari ini. Kenaikan harga minyak petrol RON95 dan Diesel yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan mudahnya sifat rahmat sesama manusia terhakis daripada kerajaan kita. Ini bukanlah pertama kali kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api ini yang memberikan kesan berantai kepada barangan dan perkhidmatan yang lain secara tidak langsung.

Hutang kerajaan hari ini berada pada paras yang bahaya melebihi separuh dari saiz ekonomi negara yang ditunjukkan dengan nilai KDNK negara. Kerajaan dilihat begitu terdesak untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih bagi menampung perbelanjaan mengurus negara yang bocor dan sudah tidak mampu ditampung.

Dalam keadaan begini, kerajaan sanggup menjadikan rakyat mangsa keadaan.

Ketika kos sara hidup yang membengkak, pengangguran yang meningkat, industri perumahan yang terus mengembung, kebanjiran pekerja asing, kurangnya tenaga kerja mahir tempatan, kerajaan sewenangnya meningkatkan lagi masalah ekonomi kepada rakyat. Pengurusan ekonomi negara semakin bertambah kusut.

Pengaruh sikap dalam pengurusan ekonomi negara juga tidak diambil perhatian, tetapi apabila diselidiki kemelut ekonomi negara yang berlaku hari ini, rata-rata akan meletakkan punca utama daripada masalah yang berlaku adalah disebabkan masalah sikap termasuk pembaziran, tiris dan sebagainya.

Ekonomi Islam tidak hanya membincangkan soal angka dan nombor, tidak hanya pada bentuk kejayaan material tetapi melengkapi soal kepercayaan kepada pembalasan di hari akhirat dan keutamaan kepada kebajikan sosial masyarakat. Perkara ini bukanlah perbincangan utama dalam sistem ekonomi yang diamalkan hari ini. Malah, ekonomi hari ini tidak meletakkan keutamaan kepada kebajikan masyarakat miskin dan fakir sepertimana prinsip yang ditegakkan oleh Islam. Kesannya, polisi kerajaan terhadap subsidi dan sebagainya tidak pernah melihat kepada kebajikan golongan tersebut.

Segala-galanya semakin merosak dan apabila sampai masanya, kerosakan itu akan sampai kepada kemuncaknya.

Adakah kita hanya akan menunggu sehingga kerosakan itu menjadi terlalu sukar untuk dipulihkan? Sudah terhantuk baru terngadah.

Islam datang untuk membina, bukan hanya untuk dipanggil saat negara berhadapan kemelut nazak ekonomi.

Negara kita memiliki kepakaran dan kesarjanaan tinggi dalam pengurusan ekonomi Islam. Kerajaan mestilah memiliki keinginan dan azam yang tinggi untuk berubah. Atau, jika tidak, kerajaan berhadapan kemarahan rakyat dan berakhir dengan kejatuhan yang mereka sendiri ciptakan.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas

Kegagalan Pengurusan Fiskal Kerajaan Memangsakan Subsidi Minyak Rakyat

Kegagalan Pengurusan Fiskal Kerajaan Memangsakan Subsidi Minyak Rakyat

Oleh :
Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20sen semalam dan bersembunyi disebalik alasan rasionalisasi subsidi kononnya memperlihatkan betapa rasionalnya tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api tersebut. Namun, rakyat tidak lagi tertipu dengan penggunaan frasa ‘rasionalisasi subsidi’ yang digunakan pihak kerajaan kerana ia tidak pernah menunjukkan suatu tindakan yang rasional dengan mengurangi subsidi tersebut.

2. Saya merasa musykil dengan kenaikan harga bahan api yang dilakukan pihak kerajaan semalam sedangkan beberapa hari yang lalu, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) mengalami penurunan 4% susulan daripada penurunan sebanyak 3.3% pada awal minggu lepas. Trend penurunan harga minyak juga berlaku di beberapa negara yang lain.

3. Laporan daripada US Energy Information Administration menunjukkan Malaysia di antara negara pengeksport minyak terbesar di kalangan negara-negara dunia dan di Asia Tenggara. Malah, Malaysia juga adalah negara penyimpan minyak (oil reserve) yang keempat terbesar di Asia Pasifik dibelakang China, India dan Vietnam. Keadaan ini menunjukkan Malaysia sepatutnya tidak terlalu terkesan dengan perubahan harga minyak dunia.
Ironinya, Malaysia sebagai pengeksport utama minyak (net oil exporter) dan penyimpan minyak (oil reserves) berbanding negara Thailand, Singapore dan Indonesia menyaksikan kenaikan harga minyak semalam.

4. Saya mengecam tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Dalam keadaan kos sara hidup rakyat hari ini yang semakin menghimpit, beban kewangan rakyat pula semakin bertambah. Apatah lagi dengan pengenalan kepada sistem pencukaian regresif dan bersikap meluas seperti GST yang sememangnya akan memberikan suatu bentuk tekanan kepada kehidupan rakyat di bawah.
Tindakan mengurangkan subsidi bahan api ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk mengurangkan defisit dalam perbelanjaan negara di samping bebanan hutang kerajaan (government debt) yang semakin kronik. Persoalan saya, adakah ini sahaja cara bagi kerajaan berjimat?

5. Lebih menghairankan lagi, kerajaan memohon Penambahan Perbelanjaan (Supplementary Budget) setiap tahun. Walaupun sedar bebanan hutang awam yang ada sepatutnya menjadikan kerajaan lebih teliti dan cermat dalam pengurusan bajet. Namun, meskipun berlaku penambahan perbelanjaan, subsidi tetap juga dipotong pihak kerajaan.

6. Tambahan pula, subsidi kerajaan bukan hanya pada bahan api semata-mata, malah kerajaan juga memberikan subsidi kepada pihak lain seperti TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang berselindung disebalik nama insentif, geran dan sebagainya. TNB menunjukkan keuntungan berbilion ringgit, mengapa tidak dikurangkan subsidi ke atasnya jika pengurangan subsidi ini disifatkan sebagai suatu tindakan yang mustahak?

7. Jelas kenaikan harga minyak ini tidak menguntungkan rakyat sama sekali malah  ia akan memberikan kesan berantai yang akan meningkatkan kadar inflasi dalam negara. Ditambah lagi dengan perlaksanaan GST yang turut akan memberi kesan kepada kenaikan inflasi kelak. Ini akan menyebabkan beban kewangan rakyat terus bertambah dan kerajaan terus memekakkan diri!

8. Realitinya pemborosan dan kegagalan kerajaan menguruskan kewangan dan fiskal negara telah memangsakan subsidi minyak rakyat yang dinikmati sekian lama. Sekiranya kerajaan berjaya menguruskan fiskal negara dengan baik pasti subsidi tersebut akan dapat terus dinikmati.

9. Saya menyeru kerajaan untuk mengembalikan hak rakyat untuk menikmati subsidi minyak. Renunglah firman Allah

وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ ﴾(النور: 33)
Maksudnya: "dan berikanlah kepada mereka daripada harta Allah yang Dia berikan kepada kamu" surah an-Nuur ayat 33.

Renunglah juga firman Allah

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Maksudnya: "Berimanlah kamu dengan Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah daripada apa yang Allah jadikan kamu sebagai penjaga amanahnya"
Surah al-Hadid ayat 7

Jumaat 8 Zulhijjah 1435 H bersamaan 3 Oktober 2014

Wednesday 1 October 2014

PASTIKAN BAJET 2015 LEBIH MENSTRUKTUR EKONOMI NEGARA YANG BARAKAH

PASTIKAN BAJET 2015 LEBIH MENSTRUKTUR EKONOMI NEGARA YANG BARAKAH
Oleh : Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali at-Takiri

1.  Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO dan BN telah menunjukkan beberapa kelemahan yang agak ketara dalam soal pengurusan kewangan negara. Ini telah pun terbukti dalam Laporan Audit Negara saban tahun yang menunjukkan seringkali berlaku ketirisan dan ketidakefisyenan pengurusan kewangan pihak kerajaan. Perkara ini sepatutnya menjadi subjek utama yang harus ditangani oleh kerajaan sebelum memikirkan soal pengurusan ekonomi negara yang lain.

2. Semasa pembentangan Bajet 2014 dibentangkan di Parlimen, beberapa perkara besar telah menunjukkan tiada usaha ke arah penambahbaikan kepada pengurusan ekonomi negara. Kerajaan sebaliknya terus meningkatkan peruntukan perbelanjaan negara dari tahun sebelumnya. Peningkatan ini membuktikan penambahbaikan kepada masalah ketirisan dan ketidakefisyenan pengurusan kewangan tidak berlaku. Jika tidak, kita mampu mengurangkan peruntukan tersebut dan seterusnya menangani hutang awam negara yang berada pada tahap bahaya setakat tahun 2013 iaitu RM543.3 bilion (54.8% daripada KDNK).

3. Bajet 2015 akan dibentangkan di Parlimen pada minggu depan. Saya melihat ia tidak ada yang begitu istimewa, kemungkinan kerajaan akan mengulangi perkara yang sama atau ‘more of the same’ sangat tinggi.

4. Bajet 2015 mungkin akan penuh dengan ‘gula-gula’ dengan pemberian BR1M yang bersifat ‘one-off’ dan tidak membantu mengukuhkan ekonomi keluarga untuk tempoh jangka panjang. Isu perlaksanaan sistem pencukaian yang baharu iaitu GST juga tidak menampakkan sesuatu yang istimewa kerana cukai regresif ini akan membawa peningkatan kadar inflasi termasuk juga memberi kesan negatif kepada industri hartanah negara. Segalanya langsung tidak dipeduli pihak kerajaan.

5. Permasalahan sumber hasil kerajaan mungkin kurang diberi perhatian dalam pembentangan bajet tetapi ia tetap mempunyai kesan langsung dengan perbelanjaan kerajaan kepada rakyat awam. Perubahan cukai kepada bentuk yang lebih meluas atau ‘broad-based’ memberikan implikasi kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Perkara yang perlu diberi perhatian di sini adakah perbelanjaan mengurus kerajaan daripada hasil cukai tersebut akan disalurkan dengan betul? Walaubagaimanapun, perbincangan ini tidak pernah meng’halal’kan tindakan kerajaan mengutip cukai dengan cara yang tidak diizinkan oleh syara’ dan membebankan rakyat awam.

6. Selain isu pendidikan dan keselamatan yang akan diberi penekanan oleh para penganalisis bajet, isu pembangunan infrastruktur terutamanya bagi masyarakat Sabah dan Sarawak juga perlu diteliti. Pembangunan di negeri-negeri ini masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan kepesatan pembangunan di bahagian semenanjung negara. Sekali lagi, soal pengurusan perbelanjaan menjadi tanda tanya. Mengapa selepas 57 tahun Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaysia, pembangunan di sana masih tidak mampu diselesai? Tiada peruntukan khusus atau masalah pengurusan yang tidak telus?

7. Perkara asas yang membelenggu perbincangan tentang hala tuju ekonomi negara adalah bentuk teori yang digunapakai. Teori Keynesian yang percaya kepada sumber hutang dan pencukaian jelas mempunyai beberapa pertentangan dengan cara yang diaturkan Islam. Malah, aspek yang sering dipinggirkan apabila berbincang mengenai ekonomi adalah aspek sikap atau disebut dengan akhlak dan pengaruhnya dalam pengurusan ekonomi. Akhirnya, nilai kemanusiaan semakin terhakis dalam mengejar kejayaan material.

8. Kerajaan perlu mengambil peringatan bahawa asas pengurusan ekonomi dan kewangan Islam berasaskan iman dan taqwa pasti memberikan barakah kebaikan kepada rakyat dan negara sepertimana janji dan peringatan Allah;

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa pasti Kami bukakan untuk mereka keberkatan-keberkatan (rezki dan ekonomi) dari langit dan bumi tetapi malang mereka tidak percaya lalu Kami seksa mereka menerusi apa yang sedang mereka perolehi. " surah al-A'raaf 96.

9. Kerajaan dan rakyat perlu "beriman" bahawa hanya dengan pengurusan ekonomi dan kewangan berdasarkan syariat Islam rakyat akan menikmati kemakmuran ekonomi.

10. Kerajaan dan rakyat perlu "bertaqwa" kepada Allah dengan tidak menjadikan sumber ekonomi dan kewangan yang bercanggah dengan syarak seperti sistem GST sebagai sumber pendapatan negara. Di saat itu kebaikan yang diharapkan untuk rakyat tidak akan tercapai.

11. Saya menyeru kerajaan dan rakyat untuk berpegang dan istiqamah dengan dasar pengurusan ekonomi dan kewangan berasaskan Islam.

12. Dan saya berharap ia akan diterjemahkan nanti dalam pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober nanti. Kalau tidak maka tema RMK10 iaitu "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial" hanya tinggal slogan!!!

Rabu 1 hb Oktober 2014
Ipoh, Perak.