Sunday 27 July 2014

Tuan Ibrahim; PAS Belum Setuju Tukar MB, Saifuddin Silap

KUALA LUMPUR:  PAS menafikan ia memberi persetujuan kepada cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai yang didakwa oleh ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS dan DAP hanya bersetuju untuk merujuk cadangan Anwar itu kepada pucuk pimpinan parti masing-masing dan tidak lebih daripada itu.

Komponen Pakatan Rakyat sepakat dan mencapai keputusan rasmi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan perikatan pada Rabu lalu dalam polemik pertukaran Menteri Besar Selangor seperti mana didakwa PKR.

Sebaliknya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PKR hanya menyatakan hasrat atau cadangan rasmi mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat itu.

" Kita menerima laporan dan hasrat PKR sahaja. Hasrat itu disampaikan dalam mesyuarat Pakatan dan parti (PAS) akan bawa hasrat itu ke majlis pimpinan,  bukan (kita) terima  dan tukar (Khalid).

"Kita terima keputusan mesyuarat PKR, mereka maklumkan (kepada kita) sebab PKR tak pernah maklumkan secara rasmi kepada Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Antarapos.

"Jadi itu makluman rasmi dan semua parti kena bawa dalam mesyuarat pimpinan masing-masing," tambah Tuan Ibrahim yang menghadiri mesyuarat itu dengan lima lagi pemimpin kanan PAS termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu.

Selepas mesyuarat tiga jam itu, Anwar mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS dan DAP menghormati jawatan MB Selangor adalah hak PKR.

Kenyataan Anwar itu ditafsirkan sebagai kedua-dua parti itu bersetuju akur kepada hak PKR untuk mencalonkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.

Semalam, Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution turut menggunakan tafsiran itu apabila mendesak PAS menghormati mekanisme Pakatan Rakyat dalam memilih pemimpin di negeri yang dikuasai gabungan pembangkang itu.

"Mesyuarat itu membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu (23 Julai) mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar adalah dari PKR," kata Saifuddin.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor," katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak versi Saifuddin mengenai perjalanan mesyuarat PR itu dan menegaskan PAS tidak pernah membuat keputusan akur kepada hasrat PKR menggantikan Khalid.

"Tidak, kita tidak buat keputusan baru-baru ini...semua parti tidak buat keputusan," kata beliau.

"Cuma parti bersetuju bawa cadangan PKR itu dalam mesyuarat parti, jadi parti ada hak dan kita tak buat keputusan dalam mesyuarat (Pakatan) itu," katanya.

Beliau berkata PKR patut lebih memahami perkara itu dan bukan membuat keputusan sendiri.

"Saya rasa perkara itu jelas, ia bukan keputusan...kalau keputusan apa penting bawa ke peringkat parti?Kalau dah itu keputusan, jadi tiada kepentingan kita bawa kepada parti...semua sepakat nak bawa kepada parti masing-masing, maknanya tiada keputusan." katanya.

Dua hari lalu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan  Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana menurut beliau, Khalid  tidak terpalit dengan skandal atau rasuah.

Kenyataan itu disokong oleh Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini yang menggesa semua ahli PAS memberikan sokongan kepada Hadi dalam isu itu.

Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos untuk membuat keputusan muktamat berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.

Tanpa sokongan PAS, laluan PKR semakin sukar mendapatkkan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk Wan Azizah menggantikan Khalid.

PKR mempunyai 14 kerusi dalam DUN Selangor berbanding PAS dan DAP masing-masing 15 dan Barisan Nasional 12.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang lagi, berharap PKR tidak mensensasikan lagi polemik itu .

"Saya rasa PKR salah faham, saya tak nak komen tentang itu cuma pandangan PAS-DAP sama iaitu kita akan bawa ke mesyuarat masing-masing.

"Itu yang parti akan bawa dalam mesyuarat Pakatan Rakyat nanti," katanya.   http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wlb5FlZg==

Anwar Diktator dalam PR? Dr Zuhdi Marzuki

Berikut Adalah Antara Contoh Dictatorship Anwar Ibrahim

1. Mengumumkan projek 16 September 2009 tanpa berunding dengan PR.

2. Mengumumkan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak jika PR menang, sedangkan tiada perundingan langsung di peringkat negeri dan pusat.

3. Mengumumkan Lim Kit Siang bartanding di Gelang Patah, tanpa mengambil kira strategi bersama PR di Johor.

4. Mengumumkan Manifesto PR 2013 di Shah Alam tanpa mengambil kira cadangan yang telah di kemukakan parti-parti lain sehingga banyak perkara tertinggal, seperti isu padi, petani, nelayan dan Felda.

5. Mengumumkan strategi Kajang Move sedangkan pimpinan PR tidak dimaklumkan lagi.

6. Mengumumkan Wan Azizah sebagai calon MB baru sedangkan belumpun ada perbincangan kalangan pimpinan PR tentang patutkah Tan Sri Khalid Ibrahim diturunkan.

DARI BEHRANG MOVE KE KAJANG MOVE - Dr Zuhdi Marzuki

DARI BEHRANG MOVE KE KAJANG MOVE

Tindakan DSAI mengaturkan kerusi dan menurun-naikkan MB bukan satu perkara baru. Beliau pernah melakukan di Perak pada tahun 2009 dahulu, tetapi tersilap langkah sehingga menyebab negeri Perak dirampas oleh Barisan Nasional (BN) melalui tindakan pantas Dato Seri Najib Tun Razak.

Ketika berlakunya tindakan keluar parti oleh Jamaludin Radzi dan Osman Jailu, DSAI sebenarnya sedang merancang untuk melakukan rombakan dalam Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Dato Seri Nizar dari PAS. Pada ketika yang sama DSAI telah berjaya memujuk Dato Nasruddin dari Bota menyertai PKR.

DSAI cuba untuk mengangkat dua orang lagi tokoh berkaliber PKR menyertai Kerajaan Negeri Perak, malah mungkin untuk mengambil alih jawatan MB daripada PAS. Ketika dua orang ADUN PKR dari Behrang dan Cangkat Jering menghadapi masalah tuduhan rasuah, DSAI dengan pantas menggunakan peluang itu.

DSAI telah memanggil Jamaludin Radzi dan Osman Jailu di kediamannya dan memaksa mereka meletakkan jawatan. Alasan yang digunakan oleh DSAI ialah mereka terbabit rasuah. Kedua-dua mereka menafikan mereka terlibat, sebaliknya mereka di perangkap. Namun begitu, DSAI menyebut keputusan ini muktamad. Kedua-dua mereka merayu diberi peluang bersihkan nama tetapi DSAI tidak mengendahkan.

Jamaludin Radzi tidak puashati disebabkan dialah yang telah menggunakan harta bendanya untuk PKR ketika PKR belum memerintah. Beliau pernah menjawat jawatan Bendahari PKR Negeri. Lalu dia membalas desakan DSAI bahawa dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Selepas dia kembali ke Perak, DSAI terus mendesak dia melepaskan jawatan, sehingga akhirnya mereka berdua mengambil tindakan bertemu dengan UMNO. Akhirnya mereka ditemukan dengan Dato Seri Najib dan berlakulah episod rampasan kuasa ke atas kerajaan PR.

Kini DSAI pula melakukan tindakan yang sama ke atas Selangor dengan Kajang Move. Beliau memaksa TSKI melepas jawatan untuk digantikan dengan isterinya, sedangkan TSKI di kalangan masyarakat umum telah menyempurnakan tugas MB dengan cemerlang. Sekiranya Behrang Move menyebabkan kerajaan PR di Perak jatuh, maka Kajang Move pula akan menyebabkan kerajaan PR Selangor jatuh.

Shopping Baju Raya Anak Yatim DUN Seberang Takir

Sabtu 26hb Julai 2014 satu lagi program Shopping Baju Raya bersama 54 orang anak-anak yatim Dun Seberang Takir berjaya dilaksanakan dengan baik. Moga-moga ia membantu mereka untuk lebih gembira di hari lebaran nanti

KETEGASAN PRESIDEN PAS MENJADI CONTOH KEPADA SELURUH PEMIMPIN DAN AHLI PAS DALAM MENANGANI ISU MB SELANGOR - Ust Ismi

KETEGASAN PRESIDEN PAS MENJADI CONTOH KEPADA SELURUH PEMIMPIN DAN AHLI PAS DALAM MENANGANI ISU MB SELANGOR

Parti Politik hakikatnya adalah kuli kepada rakyat. Kita semua perlu bekerja untuk kepentingan rakyat. Bahkan kita sendiri adalah rakyat Malaysia. Sehebat mana pun kita mendakwa diri kita, rakyat jualah yang akan menentukan jatuh bangun kita di pentas pilihanraya.

Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah menteri besar yang lengkap dan sempurna, namun jika dibandingkan prestasi yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat Selangor, beliau berjaya mengemudi Negeri Selangor sehingga mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang dalam pilihanraya yang lalu. Ini sudah cukup membuktikan bahawa beliau layak untuk meneruskan khidmat cemerlang beliau sebagai Menteri Besar.

Persoalan kewajaran beliau perlu digugurkan masih belum mampu dijawab dengan baik oleh rakan dari PKR. Justeru tindakan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mencadangkan agar Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar adalah memenuhi kehendak rakyat, dan itulah yang terbaik pada pandangan semua pihak.

Ada yang mengaitkan krisis kepimpinan di Selangor dengan kesudahan yang berlaku di Kedah. Bagi saya, kedua-dua situasi adalah berbeza dan kitalah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku di Selangor. Kita perlu memikul tanggungjawab ini bersama, seorang Menteri Besar tidak akan mampu membawa apa-apa perubahan jika tiada sokongan daripada kita semua, apalagi jika kawan sendiri pun enggan membantu.

Walaupun PAS tidak pernah diajak berbincang ketika Langkah Kajang dimulakan, dan PAS sendiri menerima tekanan yang hebat daripada akar umbi dalam usaha membantu PKR menghadapi PRK Kajang yang disengajakan, namun Tuan Guru Presiden serta PAS seluruhnya masih memberikan sepenuh kerjasama bagi memastikan kelangsungan perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan di Malaysia dan di Selangor khususnya.

Inilah sikap yang sewajarnya dicontohi oleh pimpinan dalam Pakatan Rakyat, berlapang dada dalam perbezaan dan meraikan pandangan orang lain. Seterusnya meletakkan kepentingan rakyat dan misi perjuangan sebagai fokus utama dalam segala tindakan yang diambil. Inilah sikap sebenar Tuan Guru Presiden yang perlu difahami dan dicontohi.

Saya mengajak seluruh penyokong, pendokong dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk kembali mencermati sikap dan pendirian Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dan mengambil pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai pedoman dalam membuat keputusan yang terbaik untuk melepasi halangan kecil ini sebelum sampai ke destinasi yang dicitakan.

Ustaz Hj Muhammad Ismi B Mat Taib

Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak
merangkap AJK Dewan Ulamak PAS Pusat
 

MB Selangor; Penghargaan Atas Sokongan TG Nik Aziz

Kenyataan Media
27 Julai 2014
Penghargaan Atas Sokongan Mursyidul Am PAS

Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pencerahan yang diberikan oleh Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat & Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob, yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Kelantan.

Saya memohon maaf kerana isu di Selangor ini secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan kepada rutin mereka khususnya di 10 hari terakhir Ramadan yang kebiasaannya diisi dengan urusan ibadah, namun terpaksa disulami dengan kemelut politik pula.

Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku.

Saya berjanji sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, saya akan pastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor diurus dengan sebaik-baiknya sebagaimana mandat yang diberikan rakyat sejak 2008 dan akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri ini memperoleh keberkatan Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Berikut Adalah Antara Contoh Dictatorship Anwar Ibrahim

Mohd Zuhdi Marzuki

1 hr · Edited · 

Berikut Adalah Antara Contoh Dictatorship Anwar Ibrahim

1. Mengumumkan projek 16 September 2009 tanpa berunding dengan PR.

2. Mengumumkan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak jika PR menang, sedangkan tiada perundingan langsung di peringkat negeri dan pusat.

3. Mengumumkan Lim Kit Siang bartanding di Gelang Patah, tanpa mengambil kira strategi bersama PR di Johor.

4. Mengumumkan Manifesto PR 2013 di Shah Alam tanpa mengambil kira cadangan yang telah di kemukakan parti-parti lain sehingga banyak perkara tertinggal, seperti isu padi, petani, nelayan dan Felda.

5. Mengumumkan strategi Kajang Move sedangkan pimpinan PR tidak dimaklumkan lagi.

6. Mengumumkan Wan Azizah sebagai calon MB baru sedangkan belumpun ada perbincangan kalangan pimpinan PR tentang patutkah Tan Sri Khalid Ibrahim diturunkan.

PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 28 Ramadhan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M

Saturday 26 July 2014

Mat Sabu- Kenyataan Hadi bukan pendirian muktamad PAS, hanya pandangan peribadi -

Kenyataan Hadi bukan pendirian muktamad PAS, hanya pandangan peribadi - Mat Sabu

Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on print
pada 26-07-2014 08:07 Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Post Pic


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan pemimpin nombor satu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung polemik jawatan Menteri Besar sebagai pandangan peribadi dan bukan keputusan rasmi parti itu.

Sebaliknya Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' ini berkata pendirian rasmi PAS mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor akan diputuskan selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Ujar beliau, PAS akan mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos depan bagi membincangkan perkara tersebut.

"Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos. Pada 10 Ogos nanti keputusan parti.

"10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat," katanya kepada Antarapos.

Semalam Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang, Terengganu.

Abdul Hadi berkata, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid  dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Tiada apa, saya nak raya dulu.  Tunggu selepas hari raya," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataannya turut berkata, alasan pihak yang mahu menukar menteri besar Selangor tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan lain, itu kita boleh urus tetapi bukandengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya

KEADILAN BERPEGANG KEPADA KEPUTUSAN RASMI MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 23 JULAI 2014

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT

KEADILAN BERPEGANG KEPADA KEPUTUSAN RASMI MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 23 JULAI 2014

Keputusan KEADILAN untuk mencalonkan presiden parti, YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor telah dibentangkan dan diterima di dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 23 Julai 2014.

Proses itu adalah mekanisme membuat keputusan tertinggi di dalam Pakatan Rakyat yang telah dihormati sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan. Setiap parti diwakili oleh pimpinan tertinggi yang diberi mandat untuk menyampaikan keputusan parti masing-masing di peringkat Pakatan Rakyat.

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bertarikh 23 Julai 2014, PAS diwakili oleh:

1. YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
2. YBhg Dato’ Mustapha Ali, Setiausaha Agong PAS
3. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
4. YB Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS
5. YBhg Saudara Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS
6. YB Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar adalah dari KEADILAN.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor. Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini telah digunakan dalam menentukan Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Malah, dalam pergolakan membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sebelum Pilihanraya Umum ke-13, KEADILAN mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Kedah adalah dari PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari pimpinan Pakatan Rakyat yang lain supaya KEADILAN turut menyatakan pendirian sama ada mahu Menteri Besar ditukar atau tidak.

Saya percaya semangat ukhuwwah dan saling menghormati prinsip pencalonan sebegini akan terus menguatkan Pakatan Rakyat. Ia adalah salah satu tiang seri yang menjadi tonggak persefahaman Pakatan Rakyat, makanya semangat menghormati prinsip pencalonan sebegini perlu dipertahankan demi mempertahankan Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, saya percaya kepimpinan PAS akan melalui proses dalaman dan mengambil kira pendapat semua pimpinannya serta komitmen yang telah dinyatakan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai 2014 yang lalu apabila Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat pada 10 Ogos 2014, seperti yang telah dimaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.



DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

26 Julai 2014

Isu MB: PAS bincang keputusan PKR lepas raya

Isu MB: PAS bincang keputusan PKR lepas raya

SALMIYAH HARUN | 23 Julai 2014.

KUALA LUMPUR: PAS dan DAP akan membawa keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail  sebagai Menteri Besar Selangor ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

Bagi PAS, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan memainkan peranan dalam hal ehwal di peringkat negeri Selangor sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya tidak akan ada apa-apa jawatan, dan saya akan lepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana ramai lagi yang lebih layak," katanya. - HARAKAHDAILY 23/7/2014

Test:
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29891-isu-mb-pas-bincang-keputusan-pkr-lepas-raya

Membetulkan Salah Faham KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Membetulkan Salah Faham

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima (MENERIMA BUKAN BERERTI BERSETUJU TETAPI MENERIMA CADANGAN UNTUK DIBAWA BINCANG KE PARTI MASING2) cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Saya sokong Khalid kekal MB - Presiden PAS

Saya sokong Khalid kekal MB - Presiden PAS
KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | 25 Julai 2014.

MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.

Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?

Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun  di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.

(S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?

(J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.

(S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?

(J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.

(S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?

(J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.

(S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?

(J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.

(S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?

(J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.

(S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?

(J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.

(S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?

(J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).

(S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?

(J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.

(S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?

(J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.

(S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?

(J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.

- HARAKAHDAILY 25/7/2014

KENYATAAN PRESIDEN PAS ISU MB Selangor ADALAH PENDIRIAN SELURUH AHLI PAS

KENYATAAN PRESIDEN PAS ADALAH PENDIRIAN SELURUH AHLI PAS

Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Sila rujuk : ( http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29937-saya-sokong-khalid-kekal-mb-presiden-pas)

Kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:

1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;
2. PAS membantu menurut keperluan; dan
3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.

Oleh itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.

Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru. Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama 3 kompenan parti, PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan di kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan. 

Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB

Pemangku Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat
Bertarikh : 28 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014

Wednesday 23 July 2014

Rabu 23 julai 2014 Pemergian Ustaz Zakaria Mamat

Pagi ini menerima perkhabaran mendukacitakan pemergian al-Fadhil Ustaz Zakaria Mamat di Kg Nakhoda. Beliau berasal dari Terengganu. Antara keluaran jenerasi awal aliran Thanawi tahun 1981 sezaman dengan Sahibus Samahah Dr Zulkifli Muda, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu sekarang. (Saya jenerasi ke 9 Thanawi manakala Sahibus Samahah Dr Zulkifli al-Bakri jenerasi ke 5 bersama-sama Ust Syukri Yusof dan Ust Wan Soho Bani).

Ust Zakaria Mamat antara tuan guru yang mempunyai kemamluan fiqh yang tinggi dan aktif mengajar. Beliau banyak menulis hasil daripada catatan pengajaran beliau tetapi sayangnya tidak dicetak. Saya pernah mencadangkan kepada beliau supaya ianya dicetak tetapi dia hanya tersenyum.

Antara yang awal bersama-sama Dato Ismail Kamus mengasaskan Persatuan Perubatan Islam Darus Salam.

Beliau juga aktif dengan urusan ulamak kawasan sebelum ini. Moga Allah merahmati roh beliau dan memberi pahala yang panjang hasil pengajaran beliau kepada ummat ini

Sedutan Berita Akhbar, Selasa,  22 julai 2014.

Sedutan Berita Akhbar, Selasa,  22 julai 2014.

Berita Nasional.

1) Rundingan Najib dgn Ketua pemberontak pro Rusia malam tadi capai 3 persetujuan,  1) kesemua 282 mayat akan di bawa ke kharkiv sebelum ke Amsterdam diiringi 6 anggota pasukan penyelamat malaysia. mayat rakyat malasia akan dibawa ke malaysia. 2) 2 kotak hitam akan diserahkan kpd wakil malaysia di Donetsk. 3) semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas.
2) Tentera Ukraine - Pemberontak bertempur.

3) MAS beri bantuan.awal  kewangan RM16,000 kepada waris penumpang MH17.

4) Kru dan penumpang MH17 layak terima perkeso.

5) Siaran langsung RTM sidang parlimen tergempar  rabu ini.

6) Istana nafi laporan malaysiakini.  Tuanku sudah menerima permohonan drpd Khalid untuk mengadap tapi belum ada keputusan dibuat samaada baginda berkenan untuk jumpa atau tidak.

7) MB:  PKR sepakat pilih Wan Azizah.

8) Awie dapat hak penjagaan sementara 3 anak.

9) Khazanah bakal kuasai MAS ogos ini.

10) Warga pakistan jual baju kalimah Allah di pasar raya di semenyih.

11) PDRM giat runding bebaskan zakiah.

12) Sebahagian lagi LPT2 dibuka elak kesesakan dari persimpangan jabor sehingga persimpangan cheneh Sepanjang 26km bermula hari ini.

13) Empangan sungai selangor hampir kritikal.

14) 498,906 OKU berdaftar dengan JKM sehingga Febuari.

15) RM61.24.juta dibayar oleh kerajaan pas kelantan  kepada waris. Skim perlindungan takaful ringankan beban hidup apabila warga emas meninggal.

16) 2 pengawal keselamatan parah di tetak parang oleh sekumpulan lelaki di pangsapuri batu feringgi.

17) Pegawai Imigresen diburu. Terlibat sindiket palsukan permit kerja akibatkan rugi RM3 juta.

18) Ibu tua parah dipukul anak kandung di Muar, Johor.

19) PGA patah cubaan seludup 128 kg ganja.

20) Jaip siasat 30 individu kumpul maklumat pantau elak ajaran syiah disebar.

21) Lelaki disangka monyet tertembak di atas pokok di kg tubi, mawang, tebedu, sarawak.

22) Iskandar Malaysia tarik pelaburan RM9.72 B.

23) TV diminta kurangkan rancangan hiburan sebagai hormati sensitiviti keadaan negara yg masih bersedih kata Ahmad Shabery chik

24) Wanita kristian sarawak peroleh kembali 8 CD di rampas KDN mengenai ajaran kristian megandungi kalimah Allah.

25) Tambang baru bas lepas aidilfitri.

26) Berat remaja OKU Firdaus naik 6 KG.

27) SPRM menerima purata antara 10,000 hingga 12,000 laporan rasuah setahun.

Berita Antarabangsa.

1) Mufti Saudi menyarankan rakyat Saudi membayar zakat kepada rakyat Palestin.

2) PBB gesa Hamas - Israel laksana gencatan senjata setelah angka korban meningkat 508 orang semalam.

3) Israel membedil hospital Gaza, 5 maut, 70 cedera termasuk kakitangan hospital.

4) 2 tentera israel warga amerika terbunuh.

5) Israel guna peluru berangkai yg diharamkan.

6) Korban terus meningkat kepada 508 orang dan 3,150 cedera.

7) Rundingan gencatan senjata antara pemimpin hamas, Khalid Meshaal dan president Palestin, Mahmoud Abas serta setiausaha agong Pbb di adakan di Qatar.

8) Sebanyak 13 askar Israel Mampus dan 50 cedera apabila pejuang Al-Qassam menyelinap menerusi terowong ke Israel.

9) Israel tingkat serangan darat tanpa amaran. Tiada satu tempat yg selamat di Gaza ketika ini.

10) Mesir tetap tutup pintu sempadan Rafah walau dirayu.

11) 10 pejuang Hamas syahid. 20 tentera Israel mampus. Korban cecah 548 org rakyat palestin.

12) Setiausaha Negara Amerika, Kerry ke Mesir runding gencatan senjata.

13) Keputusan siapa Presiden Indonesia hari ini.

14) Rejim ZIonis sorok kematian,  tidak mahu imej tercalar.

Berita Tempatan.

1) Taman Shahbandar akan dibangunkan sebagai pusat rekreasi kata MB TERENGGANU.

2) Buah tempatan tidak mencukupi untuk keperluan rakyat Terengganu sehingga selepas raya.

3) Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu sasar 600 pain darah. Kempen di 12 masjid bantu tabung darah HSNZ.

4) RM 3.4 juta untuk Dana Raya, Bakti Remaja.

5) Perniaga biskut raya terbeban. Dakwa penjualan biskut raya perlahan kesan kenaikan harga barangan.

6) LPT 2 : Laluan Jabor - Cheneh di buka hari ini.

Disediakan oleh,
LPDM BPPNT.

Saturday 19 July 2014

Bersama Anak-anak Yatim Kuala Nerus

Hari ini program shoping baju raya bersama 100 orang anak yatim Kuala Nerus di Giant dengan peruntukan sebanyak rm100 seorang


Monday 14 July 2014

Shoping Raya Anak Yatim

Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus akan menganjurkan program Shoping Raya bersama anak-anak yatim Kuala Nerus pada 19hb Julai 2014 di Giant, Wakaf Tembesu

Friday 11 July 2014

Sedekah Bagi Pihak Si Mati

Tazkirah Dr Takiri (siri 5)
SEDEKAH BAGI PIHAK SI MATI

Tidak ada khilaf dan pertikaian di kalangan ulamak sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qayyim bahawa sedekah orang yang hidup bagi pihak si mati memberi manfaat kepada si mati.

Antara dalilnya ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Abu Dawud daripada Sahabat Nabi saw bernama Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma bahawa Sa'ad bin 'Ubadah radiyallahu 'anhu (1) bertanya kepada Nabi saw;

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا فَهَلْ يَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا

Maksudnya: "Wahai Rasulullah saw, Ibu saya telah mati ketika ketiadaan saya. Adakah memberi manfaat kepadanya sekiranya saya bersedekah sesuatu bagi pihak ibu saya?" Nabi mengiyakan.
Kata Sa'ad; Justeru, saya bersaksikan kamu wahai Rasulullah saw bahawa kebun kurma saya menjadi sedekah atas pihak ibu saya".

(1) Sa' bin 'Ubaadah adalah pimpinan suku Khazraj di Yathrib dan meninggal di bumi Syam tahun ke 15 H.

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu 'anha:

أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ ، وَأَنَا أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ لَتَصَدَّقَتْ ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ أَتَصَدََّق ُ
عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ " .

Maksudnya: "Seorang lelaki datang bertemu Nabi saw dan berkata; wahai Rasulullah saw, ibu saya telah meninggal secara mengejut sedangkan beliau tidak memberi sebarang wasiat. Saya rasa sekiranya dia boleh bercakap pasti dia bersedekah. Adakah beliau mendapat pahala sekiranya saya bersedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab; "ya".

Amalan ini juga disokong oleh Hadis Sahih riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa Nabi saw bersabda

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: "Apabila mati seorang manusia terputuslah amalannya melainkan 3 iaitu sedekah jariyah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang sentiasa berdoa bagi dirinya."

Hadis diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada baginda saw;

إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالًا وَلَمْ يُوصِ فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ ٍ

Maksudnya: "Bapa saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta sedangkan dia tidak membuat sebarang wasiat. Adakah menjadi satu kaffarah bagi dosanya sedekah saya bagi pihaknya? Baginda saw mengiyakan.

Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, hadis di atas mengandungi dalil keharusan dan galakkan sunat bersedekah bagi pihak si mati dan pahalanya sampai dan memberi manfaat kepadanya di samping juga memberi manfaat pahala kepada orang yang bersedekah itu sendiri. Hukum ini telah disepakati oleh umat Islam.

Hadis-hadis ini menggambarkan hasrat tinggi anak-anak untuk melakukan kebajikan yang memberi manfaat kepada ibu bapa mereka yang telah meninggalkan dunia ini. Peluang mereka yang telah mati untuk beramal telah berakhir. Tinggal lagi anak-anak dan zuriat yang mempunyai kesedaran untuk memanjangkan pahala mereka dengan bersedekah.
Cukuplah ibu bapa berbakti menggembeleng tenaga dan harta di saat kita kecil lalu apakah pula kebaktian kita buat mereka melibatkan harta yang kita miliki hasil daripada usaha gigih mereka membesarkan kita?

Bersedekah bagi si mati menjadi satu amalan kebajikan si anak kepada ibu dan bapa yang telah pergi selain daripada doa yang berterusan. Ia termasuk di bawah umum gesaan Allah Taala dalam firman-Nya
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ
Maksudnya: "dan perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan jangan mensyirikkan dengan-Nya  sesuatu dan dengan kedua ibu-bapa hendaklah dilakukan ihsan kebajikan" Surah al-Nisa ayat 36.

Hari ini begitu ramai anak-anak yang mewarisi harta benda seperti tanah dan wang tunai daripada ibu bapa mereka yang telah kembali ke rahmatullah hanya ghairah berebut dan mengagihkannya sesama pewaris dan dimanfaatkan untuk peribadi kehidupan dunia mereka. Apatah lagi sekiranya para pewaris sendiri tidak terlalu berhajat kepada harta warisan lalu dibiarkan beku tanpa dimanfaatkan.

Tidakkah mereka terfikir sekiranya sebahagian warisan itu disedekahkan dan diwakafkan bagi pihak ibu bapa mereka ia akan menjadi pahala yang panjang buat mereka yang telah pergi dan menjadi satu kebaktian anak-anak kepada ibu-bapa mereka.

Marilah kita menghidupkan sunnah ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala ini.

Disediakan oleh:
Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Jumaat 13 Ramadhan 1435 H / 11 hb Julai 2014
6.45 pagi

# DARUL FUQAHA sedang berusaha membeli sebidang tanah untuk pembinaan Tahfiz Fuqaha di Kuala Terengganu seluas 1 ekar. Sumbangan untuk Lot Tanah Wakaf dibuka dengan nilai RM20 untuk sekaki persegi. Salurkan sumbangan wakaf anda ke akaun Bank Islam "Dana Pembangunan Darul Fuqaha" 12029010045684 dan sms makluman ke 0192677703 (Ustaz Azlan) untuk Sijil Wakaf #

Thursday 10 July 2014

Ringkasan Berita Rabu 9.7.2014

Sedutan Ringkasan Berita Akhbar,  Rabu,  9 july 2014.

Berita Nasional.

1) LHDN bertindak keatas 1,748 syarikat lari cukai. Kerajaan rugi RM2.02b.

2) Esscom distruktur semula bagi memantap dan perkemaskan lagi agensi itu dlm hadapi masalah pencerobohan dan ancaman culik kata PM.

3) kerajaan sedia RM470J kpd kumpulan wang rezab negeri bagi 2016.

4) seorang kanak kanak setahun enam bulan meninggal kerana kecuaian pengasuh di ipoh.

5) Wanita 22 thn mangsa pemerdagangan manusia yg dikurung di kedai 2 tingkat di Taman Seri krubung, melaka diselamatkan polis.

6) Cadangan pelepasan cukai kpd anak tanggung ibu bapa kata Menteri PWKM.

7) Soup Kitchen boleh beroperasi hingga 16 ogos kata Tg Adnan. Slps itu aktiviti memberi makanan kepada gelandangan hanya boleh dilakukan diluar ibu kota dlm jarak 2km.

8) En Azizul Raheem, Pasangan suami isteri yg di penjara di Swedan kerana memukul anaknya akan dibebaskan hari ini. manakala isterinya Shalwati masih dipenjara dan akan dibenaskan 3 bulan lagi.

9) Pelajar lelaki,Abu Bakar Nasir  17 tahun hancur tangan akibat mercun di kota bharu.

10) Tempoh reman 4 lelaki kes pembunuhan Tim Ketua Pengarah Kastam, di sambung.

11) Kerajaan DAP Penang meletakkan syarat Lim Guan Eng mesti dijemput dlm majlis perasmian sebelum meluluskan pengecualian permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan rumah mesra rakyat (RMR ) oleh kerajaan persekutuan di seberang perai tengah.

12) Sumbangan untuk remaja oku Muhammad Firdaus meningkat RM67,000

13) Aman Palestin lancar tabung kecemasan Gaza.

14) Pemuda Umno ajak rakyat kecam Israel

15) Transformasi Johor Bahru pinggirkan orang melayu kata Tun Mahathir.

16) Isu tukar MB mungkin dibincangkan kata Azmin Ali.

17) Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali gesa ambil tindakan tegas pada Ramasamy, Tim Ketua Menteri 2 Penang ekoran kenytaanya isu 13 mei.

18) Jualan produk halal cecah RM21.9J.

19) Kerajaan masih teliti isu penamatan AP. Ia agak sukar kerana pemegang AP bakal kehilangan sumber pencarian dan ramai akan hilang kerja kata Mustafa Mohamed m

20) Malaysia pusat pemulihan dadah terbaik di Asia kata Tim Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi.

21) Pelakon Umie Aida, 41 thn bertudung.

22) Bantah Lynas,  15 didakwa termasuk pengerusinya Wong Tuck di mahkamah syesen kuantan. Kesemua mereka antara 26 - 64 thn tak mengaku salah. Dibebaskan dengan jaminan RM2,500 bagi tiap pertuduhan beserta seorang penjamin .

23) Wanita Saudi dapat ganti rugi RM280,000 slps mahkamah mendapati pakar perubatan dari sebuah pusat perubatan di k.lumpor melakukan kecuaian semasa proses kelahiran anaknya.

24) 2 bekas pegawai RHB Bank Shah Alam  tidak mengaku salah pecah amanah RM4,837.17

25) Warga Myanmar mati dibunuh di Perai, Penang.

26) Remaja perempuan Siti Nor Asma Zaidi, 17 thn hilang selepas ikut rombongan sekolah ke Port Dikson.

27) 7 termasuk 2 wanita ditahan kes kehilangan ahli perniagaan di Taman Iskandar, Johor jumaat lalu.

28) 136 GRO warga asing di tahan dalam serbuan di Desa Sri Hartamas semalam.

29) Hentikan spekukasi tukar MB kata Azmin.

30) 3 Ngo Iaitu IRIMM, MJMM dan LPPM desak MB Selangor tak lulus pusat lumba kuda.

31) Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui di tapak sampah Tawau .

32) MCA terima 279 kes hutang along judi bola.

Berita Antarabangsa.

1) Israel melepaskan 90 roket ke Gaza Palestin. Terburuk sejak November 2012. 12 maut,  80 cedera termasuk wanita dan kanak kanak.

2) Hari ini rakyat Indonesia megundi memilih Presiden mereka samada Prabowo atau Jokowi.

3) 8 cedera ditembak di Yala.

4) 3 mati gempa bumi di Guatemala.

5) 1org mati dan 500,000 org penduduk jepun di arah pindah ekoran Taufan Neoguri.

6) Tidak usir tanpa notis. SYDNEY beri tempoh 72 jam. Langkah dipuji peguam hak asasi manusia.

Berita Tempatan

1) Kampung Che Wan, Kemaman -lima rumah diserang kepala angin sejurus masuk waktu berbuka.

2) Peniaga didenda RM1000 jual mercun di Bazar Ramadhan Dataran Shahbandar.

3) 1404 Gerai bazar Ramadhan diperiksa aspek kebersihan - Jabatan Kesihatan N. Terengganu.

4) PMINT agih 4000 bungkus bubur lambuk sepanjang Ramadhan.

5) Program Empower ECER mampu ubah hidup ibu tunggal.

6) Amalan bergambar melakukan kebajikan atau ibadah dan berkongsi di laman sosial tidak salah dan bergantung pada niat - Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama.

7) Yayasan Amal Malaysia Terengganu sasar 600 beg darah sepanjang program derma darah di masjid-masjid.

8) Agihan RM500 Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah dijangka selesai sebelum Aidilfitri. Seramai 15,374 orang terlibat di Terengganu.

9) Ditumbuk adik ketika bela ibu berusia 51 tahun.
Kejadian yg berlaku di kg bukit kubang jambu. Akibat permintaan mahu duit RM20 tak dipenuhi.

10) Mekanik tergamak mahu pukul ibu 49 thn dengan tukul besi hanya kerana mahu duit RM100. Kejadian berlaku di bukit bayas.

11) 4 Suspek kes tetak 3 lelaki di pulau perhentian pada 21jun diberkas.

Sumber rujukan:  Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

Disediakan oleh,
LPDM BPPNT.

Ramadhan dan Gaza; Bulan Kemenangan Islam Dalam Peperangan

Ramadhan dan Gaza; Bulan Kemenangan Islam Dalam Peperangan

Allah swt berfirman dalam Surah
Al Hasyr Ayat 14,

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

1. Bulan Ramadhan adalah bulan kekuatan ummat Islam. Walaupun dalam bulan ini tubuh badan dan jasmani menjadi lemah dek kerana kekurangan makan dan minum, namun jiwa dan rohani mereka yang ditarbiyyah oleh Allah swt melalui ibadah menjadikan mereka gagah dan tabah.

2. Sejak semalam, Gaza sekali lagi diserang secara ganas dan bertubi-tubi membabi buta oleh Rejim Zionis Israel Laknatullah dan mangsa kekejaman ini tanpa mengira kanak-kanak dan warga tua lelaki dan wanita.

3. Sehingga hari ini, jumlah syuhada' penduduk Gaza 25 orang dan yang tercedera seramai 122 orang. Seolah-olah Gaza yang keluasannya seumpama bandar Klang dijadikan bahan dan tempat ujikaji peluru dan roket ciptaan Israel dan Amerika.

4. Yahudi laknatullah juga menyangka bahawa bulan Puasa Ramadhan adalah bulan ummat Islam dalam keadaan lemah iaitu "the weekest point". Oleh itu, serangan Yahudi terhadap penduduk Gaza dilakukan dalam bulan Ramadhan ini kononnya bahawa ummat Islam lemah dan tidak bersedia, ketahuilah sangkaan mereka amatlah meleset.

5. Ummat Islam khasnya pejuang Islam Gaza dan Hamas, bulan Ramadhan inilah yang ditunggu-tunggu kiranya berlakunya pertempuran. Ini kerana bulan ini adalah bulan kemenangan Islam dan bulan kekuatan ummat Islam, bulan memperlihatkan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada hambaNya yang dizalimi dan hambaNya yang sedang menginfaqkan jiwa raga dan harta mereka untukNya.

6. Ayat 14 surah Al Hasyr, Allah menceritakan sifat جبان penakut musuh-musuh Islam seperti golongan Yahudi Bani Nadhir dan penyokong sekutu mereka dari kalangan Munafikin pimpinan Abdullah ibn Ubai apabila berhadapan dengan pejuang dan tentera Islam.

7. Musuh-musuh Islam tidak mampu berdepan secara bersemuka dalam pertempuran dengan pejuang Islam. Mereka akan berselindung di sebalik perisai dan tembok yang dibuat oleh mereka ketika mereka menyerang tentera Islam.

8. Punca sifat penakut dan pengecut mereka ini adalah datang dari dalam jiwa musuh-musuh Islam yang begitu lemah. Ianya disebut sendiri oleh Allah swt yang  bersifat عالم بذات الصدور iaitu yang Maha Mengetahui dalam sanubari manusia.

9. Iaitu mereka memiliki keburukan dan sifat bermusuhan antara satu sama lain yang amat teruk, firmanNya, ۚ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ. Sifat inilah sebenarnya yang melemahkan jiwa musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Munafiqin.

10. Sebagaimana FirmaNya dalam Surah Al Ana'am

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

11. Disebabkan penyakit jiwa penakut dan pengecut serta permusuhan yang dahsyat dalam jiwa musuh-musuh Islam itu adalah sebenarnya didatangkan oleh Allah swt sendiri keatas mereka sebagai pertolongan dan bantuan Allah swt kepada para hambaNya dan pejuangNya.

12. Sekalipun kita melihat musuh-musuh Islam ini gagah dan bersatu tetapi sebenarnya keadaan mereka retak menunggu belah. FirmanNya,
تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ
"... engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka)..."

13. Ini kerana matlamat musuh-musuh Islam ini sebenarnya dalam memerangi ummat Islam berbeza-beza pendirian dan hala tuju. Ada diantara mereka yang inginkan pangkat dunia, ada yang kerana bangsa, ada yang kerana inginkan kekayaan dan harta, ada yang kerana benci dan dengki tak tentu pasal dan bermacam-macam niat dan matlamat. Itulah punca kelemahan mereka.

14. Adapun pejuang Islam dan tentera Allah swt hanya memiliki satu matlamat sahaja iaitu Mati Di Jalan Allah swt. Dengan sifat hati yang jelas dan halatuju yang satu inilah membuatkan jiwa ummat Islam menjadi kental dan tabah sekalipun diserang dan dihentam dengan sekuatnya oleh musuh-musuh Islam. Kemenangan yang didambakan oleh pejuang Allah swt yang sebenarnya ialah kemenangan Akhirat dan syurga dipenuhi bidadari dan perhiasan syurga dan nikmatnya.

15. Lihatlah Ramadhan inilah telah tercatat dalam sejarah siri-siri kemenangan dalam peperangan yang hebat dalam sejarah Tamadun Dunia.

A. 17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Kemenangan lebih kurang 300 orang  tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

B. Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy.

C. 20 Ramadhan 8H

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

D. Ramadhan 9H

Perang Tabuk

E. Ramadhan 10H

F. Ramadhan 53H

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

G. Ramadhan 92H

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair,  Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

H. Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib.

I. Ramadhan 658H

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin.
Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut.

16. Senjata dan bilangan ketenteraan bukanlah faktor utama kemenangan dalam peperangan, yang sebenarnya ialah kekuatan pergantungan dan ikatan kepada Allah swt itulah punca dan kekuatan yang hakiki. Allah swt maha berkuasa atas segala sesuatu sekalipun diluar batas akal manusia memikirnya. Walaupun tidak dinafikan bahawa kelengkapan manusiawi dan duniawi penting dalam pertempuran tetapi bukan itulah tempat bergantung hati-hati manusia, tempat bergantungnya hati manusia adalah wajib hanyasanya kepada Allah azzawajalla.

17. Inilah yang dinyatakan oleh Allah swt dalam ayat diatas,

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

"... Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)..."

18. Diantara sumber kekuatan dalam diberikan oleh Allah swt kepada orang yang beriman ialah "Kekuatan Doa" yang diberi gelaran "Senjata Orang Beriman".
Hatta dalam peperangan Badar pun Abu Jahal berdoa kepada Tuhannya, inikan pula kita orang beriman. Doa adalah sumber kekuatan mereka yang beriman dan doa mereka dipanjangkan hanya kepada Allah swt, Tuhan yang satu, dan tiada tuhan yang disembah melainkan Dia. Dialah tempat kami bergantung dan berharap.
"...لا إله الا انت برحمتك نستغيث..."

19. Bermula malam ke 11 di Masjid Haram Makkah, Imam tarawih telah membacakan doa Qunut Nazilah kepada seluruh ummat Islam di seluruh dunia. Disebut dalam doanya ummat Islam Burma (Myanmar), Palestin dan Syria. Pada kebiasaannya doa qunut dibaca pada witir hari ke 15 dan ke atas tetapi ia telah dibaca dan didoakan sejak semalam.

20. Mudah-mudahan doa kita semua diberkati Allah dan dimaqbulkan oleh Allah swt serta memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam serata dunia dan sepanjang zaman.
آمين يا رب العالمين

Disediakan oleh :

Al Faqir Ilallahi

Ustaz Muhd Najhan Halim
Setiausaha
LAJNAH PENERANGAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
EXCO GENG USTAZ

9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435h.
Masjidil Haram
MAKKAH AL MUKARRAMAH

Wednesday 9 July 2014

Berita Ringkas Rabu 9.7.2014

Sedutan Ringkasan Berita Akhbar,  Rabu,  9 july 2014.

Berita Nasional.

1) LHDN bertindak keatas 1,748 syarikat lari cukai. Kerajaan rugi RM2.02b.

2) Esscom distruktur semula bagi memantap dan perkemaskan lagi agensi itu dlm hadapi masalah pencerobohan dan ancaman culik kata PM.

3) kerajaan sedia RM470J kpd kumpulan wang rezab negeri bagi 2016.

4) seorang kanak kanak setahun enam bulan meninggal kerana kecuaian pengasuh di ipoh.

5) Wanita 22 thn mangsa pemerdagangan manusia yg dikurung di kedai 2 tingkat di Taman Seri krubung, melaka diselamatkan polis.

6) Cadangan pelepasan cukai kpd anak tanggung ibu bapa kata Menteri PWKM.

7) Soup Kitchen boleh beroperasi hingga 16 ogos kata Tg Adnan. Slps itu aktiviti memberi makanan kepada gelandangan hanya boleh dilakukan diluar ibu kota dlm jarak 2km.

8) En Azizul Raheem, Pasangan suami isteri yg di penjara di Swedan kerana memukul anaknya akan dibebaskan hari ini. manakala isterinya Shalwati masih dipenjara dan akan dibenaskan 3 bulan lagi.

9) Pelajar lelaki,Abu Bakar Nasir  17 tahun hancur tangan akibat mercun di kota bharu.

10) Tempoh reman 4 lelaki kes pembunuhan Tim Ketua Pengarah Kastam, di sambung.

11) Kerajaan DAP Penang meletakkan syarat Lim Guan Eng mesti dijemput dlm majlis perasmian sebelum meluluskan pengecualian permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan rumah mesra rakyat (RMR ) oleh kerajaan persekutuan di seberang perai tengah.

12) Sumbangan untuk remaja oku Muhammad Firdaus meningkat RM67,000

13) Aman Palestin lancar tabung kecemasan Gaza.

14) Pemuda Umno ajak rakyat kecam Israel

15) Transformasi Johor Bahru pinggirkan orang melayu kata Tun Mahathir.

16) Isu tukar MB mungkin dibincangkan kata Azmin Ali.

17) Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali gesa ambil tindakan tegas pada Ramasamy, Tim Ketua Menteri 2 Penang ekoran kenytaanya isu 13 mei.

18) Jualan produk halal cecah RM21.9J.

19) Kerajaan masih teliti isu penamatan AP. Ia agak sukar kerana pemegang AP bakal kehilangan sumber pencarian dan ramai akan hilang kerja kata Mustafa Mohamed m

20) Malaysia pusat pemulihan dadah terbaik di Asia kata Tim Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi.

21) Pelakon Umie Aida, 41 thn bertudung.

22) Bantah Lynas,  15 didakwa termasuk pengerusinya Wong Tuck di mahkamah syesen kuantan. Kesemua mereka antara 26 - 64 thn tak mengaku salah. Dibebaskan dengan jaminan RM2,500 bagi tiap pertuduhan beserta seorang penjamin .

23) Wanita Saudi dapat ganti rugi RM280,000 slps mahkamah mendapati pakar perubatan dari sebuah pusat perubatan di k.lumpor melakukan kecuaian semasa proses kelahiran anaknya.

24) 2 bekas pegawai RHB Bank Shah Alam  tidak mengaku salah pecah amanah RM4,837.17

25) Warga Myanmar mati dibunuh di Perai, Penang.

26) Remaja perempuan Siti Nor Asma Zaidi, 17 thn hilang selepas ikut rombongan sekolah ke Port Dikson.

27) 7 termasuk 2 wanita ditahan kes kehilangan ahli perniagaan di Taman Iskandar, Johor jumaat lalu.

28) 136 GRO warga asing di tahan dalam serbuan di Desa Sri Hartamas semalam.

29) Hentikan spekukasi tukar MB kata Azmin.

30) 3 Ngo Iaitu IRIMM, MJMM dan LPPM desak MB Selangor tak lulus pusat lumba kuda.

31) Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui di tapak sampah Tawau .

32) MCA terima 279 kes hutang along judi bola.

Berita Antarabangsa.

1) Israel melepaskan 90 roket ke Gaza Palestin. Terburuk sejak November 2012. 12 maut,  80 cedera termasuk wanita dan kanak kanak.

2) Hari ini rakyat Indonesia megundi memilih Presiden mereka samada Prabowo atau Jokowi.

3) 8 cedera ditembak di Yala.

4) 3 mati gempa bumi di Guatemala.

5) 1org mati dan 500,000 org penduduk jepun di arah pindah ekoran Taufan Neoguri.

6) Tidak usir tanpa notis. SYDNEY beri tempoh 72 jam. Langkah dipuji peguam hak asasi manusia.

Berita Tempatan

1) Kampung Che Wan, Kemaman -lima rumah diserang kepala angin sejurus masuk waktu berbuka.

2) Peniaga didenda RM1000 jual mercun di Bazar Ramadhan Dataran Shahbandar.

3) 1404 Gerai bazar Ramadhan diperiksa aspek kebersihan - Jabatan Kesihatan N. Terengganu.

4) PMINT agih 4000 bungkus bubur lambuk sepanjang Ramadhan.

5) Program Empower ECER mampu ubah hidup ibu tunggal.

6) Amalan bergambar melakukan kebajikan atau ibadah dan berkongsi di laman sosial tidak salah dan bergantung pada niat - Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama.

7) Yayasan Amal Malaysia Terengganu sasar 600 beg darah sepanjang program derma darah di masjid-masjid.

8) Agihan RM500 Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah dijangka selesai sebelum Aidilfitri. Seramai 15,374 orang terlibat di Terengganu.

9) Ditumbuk adik ketika bela ibu berusia 51 tahun.
Kejadian yg berlaku di kg bukit kubang jambu. Akibat permintaan mahu duit RM20 tak dipenuhi.

10) Mekanik tergamak mahu pukul ibu 49 thn dengan tukul besi hanya kerana mahu duit RM100. Kejadian berlaku di bukit bayas.

11) 4 Suspek kes tetak 3 lelaki di pulau perhentian pada 21jun diberkas.

Sumber rujukan:  Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

Disediakan oleh,
LPDM BPPNT.

Tazkirah di Masjid Tmn Kosas 8.7.2014

Sebaik selesai iftar dan tazkirah di kg Delek, Klang bergegas ke Maajid Fatimah Zahra' Tmn Kosas di Ampang. Sebelumnya tazkirah di bazar Ramadhan Kg Raja Uda, Klang.

Iftar Perdana d Kediaman YB K Nerus

Semua dijemlut hadir untuk Iftar Perdana YB Parlimen Kuala Nerus di Kg Baru Seberang Takir pada 19hb Julai 2014 jam 6.45 ptg

Forum Badar Kubra di Seksyen 18 Shah Alam

Malam nanti Forum Badar Kubra bersama Dato Mahfuz Omar di Seksyen 18 Shah Alam

Tuesday 8 July 2014

Lawatan PM ke Kuala Nerus

Ahad 6 julai 2014 YAB Perdana Menteri turun ke Parlimen Kuala Nerus melakukan lawatan kerja. Antaranya solat tarawih di Masjid Abrar, Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Sebagai tuan rumah saya turut mwraikan kehadiran beliau dengan solat Tarawih bersama.

Antara yang turut hadir ahli parlimen Baling, Dato Aziz, YB Timb Menteri Dato Jailani yang juga merupakan ahli parlimen hulu terenganu, Dato Seri Idris Jusoh, Tan Sri Yusof Noor dan Dato Nasir Fikri dan Mufti Terengganu Sahibus Samahah Dr Zulkifli

Ziarah Faqir Miskin di bulan Ramadhan

Sabtu 5hb julai saya sempat menziarahi beberapa rumah pesakit dan faqir miskin di sekitar Tok Jembal dan juga Banggol Donas. Ada yang kena angin tak boleh berjalan. Ada yang kena kanser. Suami yang terpaksa duduk di rumah kerana sakit sedang isteri terpaksa bekerja menyara keluarga meskioun telah berusia.

Manisnya Ukhuwwah Fillah - Tazkirah Ramadhan siri 4

Tazkirah Ramadhan Dr Takiri (siri 4)
Manisnya Ukhuwwah fillah Persaudaraan Kerana Allah

1. Allah Ta'ala berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: "Orang yang sebenar-benar mukmin adalah orang-orang bersaudara. Justeru, damaikanlah antara dua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu dirahmati"
Surah al-Hujuraat; 10

2. Ayat ini menjelaskan hakikat sebenar seorang yang benar-benar beriman kepada Allah iaitu seorang yang meletakkan seorang mukmin yang lain adalah sebagai saudaranya. Inilah akhlak mereka yang mendambakan rahmat Allah Ta'ala.

3. Kemanisan berukhuwwah fillah sangat dirasai dan dijiwai oleh para Sahabat Nabi saw. Hasilnya dua suku Aus dan Khazraj yang sebelumnya bermusuhan diikat hati dan perasaan mereka oleh iman dan cintakan syurga. Mereka diberi gelaran baru oleh Nabi saw iaitu Ansar bermaksud pembantu-pembantu agama Allah.

4. Kehadiran golongan Muhajirin daripada kalangan orang Arab Quraisy yang berhijrah kerana menyelamatkan akidah mereka ke negeri baru Yathrib sehingga meninggalkan harta dan tanah air disambut dengan dada yang lapang dan penuh kasih sayang oleh golongan Ansar iaitu Aus dan Khazraj sehingga mereka sanggup berkongsi harta dan apa yang mereka miliki. Justeru, terbelalah nasib Muhajirin yang terpaksa bergelandangan sementara waktu ke negeri asing tanpa harta dan keluarga. Perihal Muhajirin dan Ansar ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Hasyr ayat 8-9.

5. Saudara adalah orang yang sentiasa disayangi dan dikasihi. Saudara adalah seorang yang sentiasa dibantu dan ditolong. Saudara adalah seorang yang sentiasa dipertahan dan dijaga darah, maruah dan kehormatannya. Maka seorang mukmin yang sebenar adalah seorang yang sentiasa mengasihi dan menyayangi muslim yang lain lalu berusaha membantu dan menolongnya dalam apa keadaan dan suasana serta mempertahankan darahnya dan kehormatan dirinya.

6. Seorang mukmin berpegang bahawa seorang muslim yang lain adalah saudaranya yang perlu disayangi dan dikasihi. Sayang dan kasih mendorong satu perasaan iaitu inginkan kebaikan yang terbaik untuk saudaranya. Untuk itu, Nabi saw bersabda:
لا يُؤمِنُ أحدُكم حتى يُحِبَّ لأخيه ما يُحِبُّ لنَفْسِه
Maksudnya: "tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi (menginginkan) untuk saudaranya apa yang dikasihi (diinginkan) untuk dirinya".
Hadis Sahih Bukhari

7. Seorang mukmin berpegang bahawa saudaranya mesti dijaga kehormatan dan tidak dibiarkan untuk dizalimi haknya. Nabi saw bersabda dalam hadis yang panjang menggariskan hak persaudaraan;

لَا تَحَاسَدُوا ، وَلَا تَنَاجَشُوا ، وَلَا تَبَاغَضُوا ، وَلَا تَدَابَرُوا ، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ ، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا ، الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ ، لَا يَظْلِمُهُ ، وَلَا يَخْذُلُهُ ، وَلَا يَكْذِبُهُ ، وَلَا يَحْقِرُهُ ، التَّقْوَى هَاهُنَا - وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ - بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ : دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ .
Maksudnya: "janganlah kamu dengki mendengki. Janganlah sengaja menawar ketika lelongan untuk menaikkan harga lelongan. Janganlah benci-membenci. Janganlah saling berpaling belakang. Janganlah menjual sebahagian kamu atas jualan saudaranya. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Muslim adalah saudara muslim. Dia tidak menzalimi saudaranya. Tidak mengecewakannya (ketika memerlukan bantuan). Tidak membohonginya. Tidak menghinanya. Taqwa adalah di sini -sambil baginda menunjuk ke arah dada baginda 3 kali-. Cukuplah kejahatan seseorang iaitu menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim adalah wajip ke atas muslim yang lain menjaga kehormatan darah, harta dan maruahnya"
Hadis Sahih Muslim

8. Ukhuwwah fillah atau persaudaraan Islam adalah satu ikatan hubungan yang kuat disebabkan ikatan Syahadah dan iman kepada Allah. Marilah ketika mengukuhkannya apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tiada yang kita harapkan melainkan belas ihsan dan rahmat daripada Allah untuk ke syurganya.

Disediakan oleh
Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Selasa 10 Ramadhan 1435 H / 8hb Julai 2014

Reunion Pelajar Smasza Ladang 1986

2 hari lepas jejak kasih pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan  Zainal Abidin Ladang menerusi aplikasi whatsapp diusahakan. Selepas pukuhan tahun untuk mengingati wajah masa sekolah setiap seorang tidak mudah. Namun, keseronokan dan rasa teruja tidak dapat disembunyikan

Jadual Semarak Ramadhan 1435 Hijrah

Sebahagian jadual program di Kuala Nerus untuk Ramadhan 1435 H

Saturday 5 July 2014

Rasulullah SAW Paling Berkebajikan pada bulan Ramadhan

Tazkirah Ramadhan Dr Takiri (siri 3)
Rasulullah SAW Paling Berkebajikan di Bulan Ramadhan

عن عبدالله بن عباس رضي الله عنهما قال : " كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه القرآن ، فلرسول الله صلى الله عليه وسلم أجود بالخير من الريح المرسلة " . رواه البخاري

Diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas radiyallahu 'anhuma berkata; "Adalah Rasulullah saw orang paling berkebajikan ( أجود ). Baginda bersifat paling berkebajikan ( أجود ) pada bulan Ramadhan ketika baginda saw bertemu Jibril. Baginda bertemu Jibril pada setiap malam Ramadhan lalu bertadarus menyemak bacaan al-Quran. Rasulullah benar-benar lebih berkebajikan ( أجود )
melakukan kebaikan berbanding angin yang diutuskan"

Hadis Sahih Bukhari

Pengajaran Hadis

1. Sifat berkebajikan ( الجود )menurut Syara' ialah  memberi apa yang patut dan wajar kepada orang yang patut dan wajar. Ia lebih luas berbanding dermawan sedekah. Sedekah lebih terhad kepada harta namun berkebajikan merangkumi segala bentuk bantuan tenaga dan juga harta.

2. Tadaarus al-Quran atau menyemak bacaan al-Quran bermaksud seorang membaca manakala orang lain mendengar bacaan tersebut. Hikmahnya ialah memperbaharui semangat dan motivasi untuk menjadi orang yang lebih kaya jiwa dan cintakan Akhirat khususnya apabila memahami cerita dan pengajaran al-Quran. Kaya jiwa dan cinta Akhirat adalah peransang yang mendorong seseorang melakukan kebajikan.

3. Analogi dengan "angin yang diutuskan" adalah simbolik kepada:

a. Simbolik sifat berkebajikan yang berterusan tidak terputus-putus serta istiqamah kerana angin sifatnya ialah sentiasa datang dan bergerak menolak awan yang membawa hujan rahmat tanpa henti.

b. Simbolik Kebajikan yang merangkumi semua pihak kerana hujan yang berlaku disebabkan angin memberi manfaat kepada semua sama ada manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan. Juga merangkumi mereka yang beriman dan kufur, mukmin mahupun fasik.

c. Simbolik kepada bersegera melakukan kebajikan sebagaimana angin begitu laju dan cepat meniupkan awan yang membawa hujan.

4. Moga Allah jadikan kita di kalangan orang-orang yang paling berkebajikan sepanjang Ramadhan.

5. Jika kebajikan tidak mampu dilunaskan dengan harta maka lunaskanlah dengan tenaga mahupun fikiran. Jika harta tak mampu disediakan maka jadilah wakil-wakil dan orang-orang tengah yang mengusahakan harta sumbangan daripada orang yang mampu dan salurkan ia ke jalan Allah.

Disediakan oleh:
YB Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Sabtu 7 Ramadhan 1435
5hb Julai 2014