Sunday 23 September 2012

Dr Khairuddin at-Takiri menarik diri daripada MURSHID (Multaqa Asatizah dan Du'at)



Bangi: 22 hb Sep 2012; Ust Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang lebih dikenali sebagai Dr Takiri telah mengumumkan penarikan dirinya daripada menganggotai Multaqa Asatizah dan Du'at ( MURSHID ), sebuah NGO Islam yang menghimpunkan para pendakwah dari pelbagai latar belakang. Demikian menurut kenyataan ringkas dalam facebook beliau http://www.facebook.com/DrKhairuddinTakiri awal pagi ini tanpa menjelaskan sebarang sebab penarikan diri beliau.

Kenyataan beliau adalah seperti berikut; "Saya dengan ini mengumumkan penarikan diri daripada menjadi ahli MURSHID ( Multaqa Asatizah dan Du’at ). Moga MURSHID lebih maju dalam arena dakwah membawa mesej Islam. Saya bersedia untuk bersama MURSHID dalam apa sahaja program ilmu dan dakwah yang dianjurkan insyAllah."

Dr Khairuddin merupakan seorang ahli perniagaan dan pendakwah yang cergas menyampaikan ilmu dan dakwah di samping penulisan buku serta artikel di majalah dan akhbar.  Beliau juga menjadi pengasas serta pengerusi bagi pusat pendidikan Islam Darul Fuqaha di Bangi, Selangor. Berkelulusan Bachelor dan Master dari dua universiti di Jordan dan PhD dari UKM, beliau sebelum ini merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2008.

MURSHID yang diasaskan setahun lebih yang lalu oleh sekumpulan pendakwah diketuai Dr Zaharuddin Abd Rahman mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini kerana kontroversi pembatalan tempahan dewan oleh Universiti Islam Antarabangsa untuk seminar politik anjuran  MURSHID  dua hari sebelum program pada 15 September lalu yang memaksa pemindahan lokasi seminar ke Dewan MBSA, Shah Alam.  Seminar tersebut menampilkan beberapa pimpinan parti pembangkang dan kerajaan dalam forum akademik.

 Antara ahli-ahli MURSHID : 
1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Penasihat)
2. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
3. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman ( Setiausaha)
4. Dr. Zahazan Mohamed
5. Dr. Maszlee Malek
6. Dr. Abd Basit Abd Rahman
7. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
8. Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
9. Dr. Mohd Sukki Othman
10. Ustaz Roslan Mohamed
11. Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin
12. Ustaz Muhammad Nidzam Abd Kadir
13. Ustaz Imam Muda Muhammad Asyraf Ridzuan
14. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
15. Ustaz Mohd Aizam Mas’ud
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Dato’ Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisyam Tuan Padang
18. Ustaz Muhd Ramadhan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Abd Naser Abd Rahman

No comments:

Post a Comment