Thursday 27 July 2017

TIDAK WAJAR JUAL PLUS KEPADA SYARIKAT MILIK INDIVIDU*

*Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuala Nerus*

Khamis 27 Julai 2017 | 03 Zulkaedah 1438H

*TIDAK WAJAR JUAL PLUS KEPADA SYARIKAT MILIK INDIVIDU*

1. Saya merujuk kepada suatu laporan oleh The Edge pada 24 Julai lalu yang menyatakan bahawa Tan Sri Abu Sahid Mohamad, pemilik Maju Holdings Sdn. Bhd. mahu mengambil alih syarikat pengendali konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd. dengan membeli 51% saham UEM Group Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

2. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa TS Abu Sahid Mohamad turut berhasrat untuk membeli 49% lagi saham PLUS Malaysia Bhd. milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

3. Sekalipun rundingan mengenainya masih belum dimulakan, apa yang mendukacitakan ialah apabila TS Abu Sahid Mohamad memaklumkan bahawa beliau amat yakin akan berjaya mengambil alih PLUS Malaysia Bhd. kerana telah mendapat restu daripada pihak tertinggi dalam negara.

4. Oleh demikian, saya menggesa Kerajaan agar segera membuat penjelasan berhubung isu ini memandangkan PLUS Malaysia Bhd. adalah pengusaha lebuh raya bertol terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara yang memiliki dan menguruskan aset yang amat strategik milik negara yang tidak wajar untuk ia dipindahmilikkan kepada mana-mana syarikat milik individu lain.

5. Perlu diberikan perhatian bahawa lebuh raya ini adalah aset matang yang menyediakan peruntukan deviden yang stabil terutamanya kepada pencarum-pencarum KWSP. Sekiranya KWSP tidak lagi mempunyai hak pemilikan ini, dividen kepada para pencarum pasti akan terjejas.

6. Selain itu, sekiranya ia tidak lagi menjadi milik Kerajaan, rundingan mengenai kenaikan kadar tol akan menjadi lebih terhad. Berbanding sekarang, kadar tol di jajaran Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang 960 km itu tertakluk kepada kajian setiap 3 tahun dan hanya melibatkan agensi milik Kerajaan menjadikannya lebih anjal untuk dirundingkan termasuk boleh untuk membuat penangguhan.

7. Jika ia menjadi milik individu, penangguhan ini hampir mustahil boleh berlaku bahkan Kerajaan juga berkemungkinan menghadapi risiko lain seperti disaman dan meningkatkan perbelanjaan negara akibat perlu membayar pampasan justeru rakyat juga pastinya akan turut sama terbeban.

Sekian.

_*”Sejahtera Bersama Islam”*_

*YB. DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1662155507127806&id=569086473101387

Friday 7 July 2017

Kemenangan Islam Sudah Hampir

Kemenangan Islam itu hampir. Sabarlah dengan liku-liku perjuangan. Berjuanglah dengan strategi perjuangan yang berpandukan wahyu. Janganlah terpedaya dengan hiasan kata manis musuh. Usah bimbang dengan panahan beracun mereka. Teruskan berjalan merentasi lorong istiqamah. InsyaAllah segera kita sampai ke penghujung.

Dr Khairuddin at-Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1635173216492702&id=569086473101387

Pimpinan PAS Komited Menangkan Islam

Semua pimpinan tertinggi PAS insyallah komited memenangkan Islam menerusi PAS dalam PRU ke 14. Segala tindakan mereka insyallah berstrategi untuk mensasarkan kemenangan PAS. Berikan kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan insyallah. Tiada yang khianat dalam melaksanakan amanah ini di bawah kepimpinan dan naungan Tuan Guru Presiden, seorang pemimpin berilmu dan bersifat "'aabid" hamba kepada Allah yang melihat jauh ke hadapan dengan firasat seorang mukmin. Jika ahli begitu mencita-citakan kemenangan Islam maka pimpinan PAS lebih-lebih lagi mencintai kemenangan itu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1635189526491071&id=569086473101387

Mat Dang Fasih Melayu Tapi Ahli Politik "Gagap"

Dr Khairuddin at-Takiri persoal ahli politik "gagap" bahasa melayu http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mat-dang-fasih-bm-kenapa-ahli-politik-gagap-1.697436

Jangan Teruja Tindakan Musuh

Teruskan menegur KEMUNGKARAN dengan cara kita sendiri. Usah teruja dengan tindakan negara luar melibatkan skandal dalaman negara. Cukuplah sejarah silam menyaksikan ahli politik bergaduh berebut takhta akhirnya teruja dengan bantuan Inggeris dan akhirnya mengundang campur tangan mereka. Negara luar bertindak untuk kepentingan mereka bukannya kebaikan untuk negara ini.

Dr Khairuddin at-Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1637854999557857&id=569086473101387

Manipulasi Perselisihan Ulamak

Ada ilmuwan kecil di akhir zaman menjadikan perselisihan ulamak silam dalam perkara cabang fiqh sebagai alasan bagi menonjolkan pandangan-pandangan yang longgar.  *Mereka bukan mahu menjaga Islam. Mereka juga tidak bertujuan mencari redha Allah dalam membahaskan hukum Allah*. Mereka hanya mencari mana pandangan yang longgar bersifat picisan bagi menjustifikasikan kehendak nafsu mereka. Ia selari pula dengan pelan perancangan sekelompok muslim liberal yang ingin merungkai hukum-hakam Islam dengan dalih kononnya Islam adalah agama yang mudah tidak memberatkan. Berhati-hatilah. Ilmuwan Islam tidak hanya dipandang pada ilmunya tetapi juga takwanya.

Dr Khairuddin at-Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1639316672745023&id=569086473101387

Golongan Menyeleweng Sepanjang Zaman

Aliran yang berusaha memesongkan ajaran Islam sentiasa ada sepanjang zaman. Cuma wajah dan bentuknya yang berbeza. Golongan yang jahil kerana tidak berkesempatan mengambil ilmu agama dari guru yang mursyid akan mudah terpengaruh dan terpesong. Para ilmuwan Islam yang diberikan amanah ilmu hendaklah terus menyebarkan ilmu tanpa mengharapkan habuan dunia semata-mata.

Dr Khairuddin at-Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1565219123497052&id=100000269374994

Wednesday 5 July 2017

Ahli Politik "Gagap" Bahasa Melayu

*Ahli Politik "Gagap" Bahasa Melayu*
oleh
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu bagi pegawai perubatan kontrak mendedahkan bagaimana longgarnya para pentadbir negara dalam menegaskan prinsip asas bernegara. *Ia adalah siri kelonggaran jati diri sebagaimana berlaku sebelum ini isu pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.*

2. Kesatuan rakyat Malaysia mesti berpaksikan antaranya menerusi satu bahasa rasmi perantaraan seluruh rakyat Malaysia walaupun apa keturunannya iaitu Bahasa Melayu.

3. Namun, *lebih menyedihkan lagi ialah keadaan sebahagian ahli politik yang "gagap" berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris*. Kita boleh perhatikan perkara ini dalam perbahasan di parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik.

4. Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris? Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu?

5. Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, kenapa pula ia tidak boleh dilakukan oleh ahli politik? Malah "Mat Dang Pulau Redang", orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik.

6. Integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan india bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan cina, india atau berketurunan Melayu. Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum.

7. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa.

8. Integrasi kaum perlu diperkasakan!!!

Sekian
Rabu 5hb Julai 2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1636939629649394&id=569086473101387