Saturday 31 January 2015

HIWAR SIYAASI DI BUKIT RAMBAI 8.2.2015

❗HIWAR SIYASI (MELAKA)
8 FEB AHAD
⌚9.30 PAGI
❇BALAI ISLAM BUKIT RAMBAI
Tema : Terus Beristiqamah

Panel 1 : YB Dato Mohd Amar Nik Abdullah
Ajk Pas Pusat
Panel 2 : YB Ust Dato Dr  Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Msu, Ajk Pas Pusat, Ketua Penerangan Dupp
Panel 3 : Ust Norazli Musa
Ketua Penerangan Dupn Perak
Semua ahli Pas dijemput hadir beramai2.

HIWAR SIYAASI DI KELANA JAYA 9.2.2015

HIWAR SIYAASI
PAS Kawasan Kelana Jaya
9hb Feb 2015
Hari Isnin
9.30 mlm
Markaz PAS Kelana Jaya
PANEL:
1. YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat,  Ketua Penerangan DUPP
2. Dr Riduan Mohd Nor
AJK PAS PUSAT
3. Ust Ahmad Dasuki Abd Rani
AJK LAJNAH DAKWAH PAS PUSAT
Anjuran
Dewan Ulamak PAS Pusat dengan Kerjasama PAS Kawasan

HIWAR SIYAASI DI BATU PAHAT 9 Pagi 7.2.2015

HIWAR SIYASI
PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Kerjasama
DEWAN ULAMAK NEGERI
❗ HIWAR SIYASI (JOHOR)
 7 FEB SABTU
⌚ 9.30 PAGI
❇ HOTEL IMPIAN INN PARIT RAJA BATU PAHAT, AIR HITAM
✅ tema : Terus Beristiqamah
✏ Panel 1 : Tuan Guru Dr Mahfoz Muhammad
AHLI MSU, AJK PAS PUSAT, PEMANGKU TIMBALAN KETUA DUPP
✏ Panel 2 : YB Dato Mohd Amar Nik Abdullah.
AJK PAS PUSAT
✏ Panel 3 : Ust Dr Ridhuan Md Nor
AJK PAS PUSAT
9.00 pg KONVOI ARC mengiringi Pimpinan ke Hotel Impian Inn Parit Raja.
Semua ahli Pas dijemput hadir beramai2.

PEMIMPIN KANAN PAS KHIANAT? Roslan SMS

Roslan SMS Corner

Saturday, January 31, 2015

PEMIMPIN KANAN PAS KHIANAT?

Isu penyibaran video seks yang kononnya membabitkan Setiuasaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah lama berlalu. Ia diedarkan sebelum PRU lalu sudah pastilah dengan maksud mahu mengaibkan peribadi beliau selain mengaib dan memalukan PAS sendiri lebih-lebih lagi ketika itu PAS dan PR berhadapan dengan PRU.

Walaubagaimanapun prestasi PAS dalam PRU lepas jelas menunjukkan video jahat berkenaan sedikit  pun tidak menjejaskannya.

Sebagaimana kontroversi siapa yang mengarahakan membunuh Altantuya masih tidak terjawab sehingga hari ini, begitu juga siapa yang ampunya kerja sehingga tergamak mengedarkan video berkenaan masih menjadi tanda-tanya sehingga hari ini.

Saya pasti kiranya diketahui bukan sahaja Mustaffa malah ahli-ahli PAS rata-rata akan bertindak ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Agak-agaknya apakah agenda penyibarnya dulu?

Sebagaimana saya sebut di atas sudah pasti untuk mengaibkan Mustafa selain PAS sendiri.

Tetapi mugkinkah lebih dari itu? Mungkinkah agenda sipenjahat itu termasuk mahu sabotaj Presiden PAS? Kepimpinan Ulamak PAS? Dirancang begitu halus sekali guna untuk merobah dan mengambil-alih kepimpinan PAS?

Mungkinkah?

Seribu satu persoalan seperti itu bermain di kepala saya apabila saya menerima posting facebook Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadhli Ibrahim di:

https://www.facebook.com/fadhli.ibrahim.16/posts/1012075645487036

Ianya menyebut di bawah tajuk “ Cikgu Pa di pornografi oleh kumpulan AJK Pas Pusat sendiri” antara lain:

Kenyataan Cikgu Pa semalam sangat mengembirakan saya kerana sudah agak sekian lama saya tidak melihat jati diri PAS mempertahankan dasarnya apabila diserang oleh rakat Pakatan Rakyat. Rasa hina apabila pemimpin tertinggi parti bukan sahaja tidak mempertahankan parti sendiri, bahkan mempertahankan parti lain dan menghentam Presiden sendiri. Hari ini saya lihat Cikgu Pa bangkit mempertahankan Tuan Guru Presiden. 

 Syabas!!!

Tetapi, saya turut menyimpan kebimbangan kalau Cikgu Pa melakukan U-Turn sebagaimana sebelum ini, justeru golongan PASMAisme ini mungkin mengugut beliau dengan video porno. Saya mempunyai maklumat tentang video tersebut, dan saya tahu Cikgu Pa tidak bersalah, sebagaimana tidak bersalahnya Ustaz Azhar Idrus. 

Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah, video jahat itu dimainkan semula oleh golongan PASMAisme justeru orang yang terlibat di dalam kumpulan penyebaran ini adalah dikalangan AJK PAS Pusat sendiri, pemimpin kanan dan berada di dalam Dewan Harian PAS Pusat. Sebab itu saya menggesa supaya 'pemimpin khianat' letak jawatan secara terhormat atau tampil menyatakan sebab yang jelas kenapa beliau sanggup melibatkan diri di dalam kumpulan yang menyebarkan video porno Cikgu Pa. 

Jika tindakannya menyebarkan video porno tersebut bermoral dan mempunyai sebab yang kukuh, bertepatan dengan syarak, maka tangan ini akan pangkah dan kempen beliau sebagai Naib Presiden di dalam muktamar akan datang. Jika tidak, tangan ini juga akan gerakkan kempen sehingga pengkhianat ini tersungkur dan rebah.

Benarkah ada pemimpin kanan PAS yang terlibat sebagaimana didakwa Ustaz Fadhli?

Ustaz Fadhli bertanggungjawab terbit dengan bukti-bukti jelas memperakui dakwaan ini, jika tidak ianya satu fitnah yang jahat. Tetapi saya yakin Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang itu punya bukti, dan saya yakin ianya akan segera terdedah.

Jika adalah walau sekelumit mana bukti yang menunjukkan pembabitan pemimpin kanan PAS itu, saya kira ianya lebih jahat dan hodoh dan tidak layak pelakunya bukan sahaja duduk sebagai pemimpin malah menjadi ahli PAS. Apalagi jika dia memiliki agenda sebagaimana dibayangkan di atas.

Saya percaya diperingkat ini pendedahan Ustaz Fadhli sudah “viral” ke setiap pelusuk Negara dan kalangan ahli dan . Lantas sekarang kita menunggu penejelasan selanjutnya.

Jangan senyapkan atau sapu bawah tikar perkara ini!

at 11:17:00 AM
http://n32.blogspot.com

PAS Tak Bimbang Jika Keluar PR?

Kerjasama politik hanya salah satu cara atau wasilah dalam usaha PAS mendapatkan kuasa untuk Islam menerusi pilihanraya. Menerusi kerjasama Pakatan Rakyat setiap parti sama ada PAS atau PKR atau DAP masing-masing mendapat keuntungan politik namun PR bukan segala-galanya.

Hiwar Siyaasi di Muar 7.2.2015

Ikuti Hiwar Siyaasi di Muar, Johor pada 7.2.2015

Nadwah Ulamak 3.2.2015 di Darul Fuqaha


PENGUMUMAN

NADWAH ULAMAK 
TEMA; TAJDID HADHARI FIQH BERNEGARA

Tarikh : Selasa 3.2.2015
Waktu : 8 pg - 5 ptg
Tempat : 
Darul Fuqaha, Sg. Merab, Bangi

UCAPTAMA; 8.30 - 9.00 pg
TAJDID HADHARI FIQH BERNEGARA
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Pengerusi Darul Fuqaha)

SLOT 1; 9 pg - 11.00 tghri

MODERATOR
Dr Faisal Asyaari (Pensyarah UKM)

PEMBENTANG
1. Dr Shauqi Othman 
(Pensyarah UPM)
Tajdid Hadhari Menurut Perspektif al-Quran 

2. YB Ust Nasruddin Tantawi
(Ahli Parlimen Temerloh)
Aplikasi Feqh Muwazanat Mendepani Cabaran Zaman

SLOT 2; 11.15 pg - 1.15 ptg
MODERATOR
Kamaruzaman Mohamad
(Pengerusi FORKAD)

PEMBENTANG;
1. Dr Riduan Mohd Nor
(Exco Muslim Care)
Gerakan Islam Era Post Islamism; Cabaran Bernegara

2. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
(Pensyarah UM)
Politik Islam Pasca Keruntuhan Negara Bangsa.

SLOT 3 ; 2.30 - 5 ptg
MODERATOR; 
Ustaz Kamal Nazmi Kamaruddin (Pensyarah UIA)

PEMBENTANG;
1. Dr Azahar Yaakob
(Pensyarah UTM)
Meneroka Ijtihaad Fiqh Siyaasi Abad ke 15

2. Ust Zaharuddin Mohamad
(Pengamal Kewangan Islam)
Fiqh Amwaal Mendepani Krisis Ekonomi Semasa

3. Dr Ahmad Nadzri Mansor
(Principal Alfarabi Consultant and Management)
Percukaian Darul Jibayah; Implikasi Terhadap Ekonomi Negara

Peserta Terbuka kepada Para Asatizah untuk berdiskusi dan Orang Awam Untuk Mendapat Manfaat Ilmu

Untuk Pendaftaran Hubungi atau SMS Nama, Umur, Alamat & Pekerjaan kepada
Ust Azlan 0192677703
Ust Harme 0192121972
Ust Zul 0137722267

Yuran Pendaftaran; 
RM40 / Pelajar Univ RM20
Pendaftaran Awal Diperlukan Untuk Penyediaan Kertas Kerja dan Makanan.
www.darulfuqaha.net


Friday 30 January 2015

Tegak Pemerintahan Islam Asas Walak Kesetiaan Kepada Parti Islam PAS

Tegak Pemerintahan Islam Asas Walak Kesetiaan Kepada Parti Islam PAS

1. PAS adalah Parti Islam yang meletakkan dasar perjuangannya ialah al-Quran dan Sunnah seterusnya Ijma' dan Qiyas.

2. PAS memanfaatkan sistem demokrasi berpilihanraya di Malaysia sejak sebelum merdeka pada pilihanraya 1955 bagi mendapatkan kuasa untuk memerintah negara berdasarkan sistem pemerintahan Islam.

3. Menerusi manfaat demokrasi PAS berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu pada pilihanraya pertama selepas merdeka iaitu 1959. Meskipun Terengganu jatuh 2 tahun kemudiannya disebabkan pengkhianatan dalaman dan Kelantan jatuh pada 1978 selepas ditendang daripada kerjasama politik Barisan Nasional, namun PAS bangkit semula 1990 dan menjadi pemerintah Kelantan selama 25 tahun sehingga sekarang.

4. Asas perjuangan politik PAS ialah meneruskan kesinambungan pemerintahan Nabi saw iaitu "menegakkan agama dan mentadbir negara dengan agama". Hal ini diungkapkan oleh para alim ulamak dalam karya ketatanegaraan mereka apabila menghuraikan hakikat Khilafah yang bermula dengan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq selepas kewafatan Rasulillah saw.
الخلافة خلافة عن النبوة في اقامة الدين وسياسة الدنيا به
"Pemerintahan Khilafah ialah penggantian bagi kenabian dalam menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama".

5. PAS meyakini dasar pemerintahan Islam adalah terbaik yang mampu memberikan keadilan kepada semua rakyat sama ada Islam mahupun bukan Islam. Kerana itu moto PAS ialah "PAS for All / PAS Untuk Semua" bermaksud perjuangan PAS adalah untuk manfaat dan kebaikan seluruh rakyat menerusi sistem Islam yang diperjuangkan.

6. PAS bukan hanya menolak rasuah dan salahurus dalam pentadbiran tetapi lebih jauh PAS menolak dasar pemerintahan yang akhirnya menjerumuskan pemerintah kepada rasuah dan salah urus serta ketidakadilan. PAS tidak hanya berjuang untuk menukar orang yang memerintah tetapi yang lebih penting ialah menukar dasar pemerintahan kepada Islam.

7. Kerana itu PAS menolak dasar sekular yang memisahkan politik pentadbiran daripada agama seperti ungkapan "politik suku agama suku" yang popular di kalangan ahli-ahli dan pemimpin UMNO satu ketika dahulu. PAS juga menolak dasar pemerintahan sosialis mahupun komunis. PAS juga menolak dasar ekonomi kapitalis yang berasaskan riba, monopoli, spekulasi dan manipulasi. PAS memperjuangkan negara berkebajikan yang berbeza dengan idea negara kebajikan barat seperti United Kingdom.

8. Atas dasar inilah PAS bertembung dengan UMNO yang bersifat sekular sejak sebelum merdeka serta bersifat perkauman melampau. Atas dasar inilah PAS tidak menerima dasar perjuangan MCA, MIC, Gerakan atau DAP yang berasaskan pemikiran sosialis.

9. Dalam pilihanraya, ahli-ahli PAS tidak mengundi parti-parti yang membawa dasar yang bertentangan dengan dasar Islam dalam berpolitik kerana menyokong kebatilan adalah dilarang. Kecenderongan hati kepada orang-orang yang zalim yang menolak Islam ditegah oleh Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Hud ayat 113;

"Dan janganlah kamu cenderong hati kepada orang-orang yang zalim lantas kamu disentuh oleh api neraka".

10. Namun, larangan menyokong parti-parti yang tidak memperjuangkan dasar Islam boleh berubah apabila berlakunya kerjasama politik yang bertujuan menolak kemudharatan yang lebih besar lagi seperti kemudharatan UMNO dan Barisan Nasional yang gagal mentadbir Malaysia berasaskan Islam sejak sekian lama memerintah di samping rekod kebocoran urustadbir kewangan, ketidaktelusan, kroni dan nepotisma. Ia berasaskan kaedah Fiqh Islam iaitu
ارتكاب اخف الضررين
Menanggung mudharat yang lebih ringan antara dua mudharat

11. Atau atas dasar kerjasama untuk melakukan kebajikan dan menegakkan kebenaran serta menentang kezaliman sebagaimana firman Allah dalam al-Maidah ayat 2 bermaksud;
"Dan bekerjasamalah atas dasar kebajikan dan taqwa dan janganlah bekerjasama atas dasar dosa dan pencerobohan".

12. Meskipun begitu kelonggaran menyokong parti-parti yang tidak Islam ini bersyarat selagi mana ia tidak menjadi alat untuk menobatkan dasar-dasar yang bercanggah dengan Islam atau selagi dasar-dasar Islam tidak dipertikaikan atau disekat dan dihalang untuk dilaksanakan dan disebarkan, atau selagi sokongan itu membantu dakwah Islam tersebar. Juga bersyarat iaitu ahli tidak berwalak taatsetia kepada parti-parti yang tidak Islam ini sehingga mendorong mereka membantu atau mendokong atau menyayangi parti lain melebihi parti dan perjuangan Islam.

13. Allah menjelaskan konsep walak kesetiaan kepada musuh dalam surah al-Mumtahanah ayat 1 bermaksud; "Wahai orang yang beriman; janganlah kamu mengambil musuhku dan musuh kamu sebagai Auliya' (pemimpin yang diberikan walak kesetiaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi). Kamu lontarkan kepada mereka kasih sayang sedangkan mereka kufur dengan apa yang datang kepada kamu..."

14. Tindak-tanduk DAP sejak akhir-akhir ini terhadap dasar-dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS sangat meragukan. Tindakan DAP mempertikaikan Presiden PAS selaku ketua syarie yang wajib ditaati oleh ahli PAS menurut Islam dalam beberapa isu adalah di luar akhlak bekerjasama. Menghina kerajaan Islam Kelantan yang telah memerintah selama 25 tahun dalam isu banjir sangat mengecewakan.

15. Keadaan ini mengingatkan ahli PAS dengan firman Allah dalam surah Aali 'Imran ayat 118-119;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ ( 118 )

"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengambil sebagai teman rapat (orang dalam) orang selain kamu yang tidak mengendahkan kamu. Mereka suka dengan kesusahan kamu. Telah ternyata kebencian-kebencian dari mulut-mulut mereka sedangkan apa yang disembunyikan oleh hati-hati mereka lebih besar. Kami sememangnya telah menjelaskan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan sekiranya kamu berakal".

16. Seterusnya Allah memperingatkan;

هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ

"Inilah kamu menyayangi mereka sedang mereka tidak menyayangi kamu sedangkan kamu beriman dengan Kitab kesemuanya. Apabila mereka bertemu kamu mereka menyatakan kami beriman dan apabila mereka bersendirian mereka menggigit jari jemari terhadap kamu kerana kemarahan...."

17. Maka menjadi kewajipan ahli-ahli PAS memastikan mereka tidak terbabas dalam melayari kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP sehingga perjuangan Islam menjadi kabur, dasar berekonomi kapitalis berasaskan riba diterima, dasar percukaian yang bercanggah dengan Islam diterima, perjuangan menegakkan hukum jenayah Islam dianggap remeh, ketaatan kepada ketua selagi tidak bercanggah dengan Islam menjadi kabur dan walak kesetiaan beralih daripada parti Islam kepada Pakatan Rakyat. Ahli-ahli PAS mesti beristiqamah dengan dasar Islam untuk meraih kemenangan Islam yang lebih besar lagi.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Tarikh : Jumaat, 30 Januari 2014 / 9 Rabiul Akhir 1436H

Thursday 29 January 2015

HUMAN RIGHT DAN LIBERAL ISU SEBENAR KES ROTAN

HUMAN RIGHT DAN LIBERAL ISU SEBENAR KES ROTAN

Isu rotan menjadi isu panas sehari dua ini berikutan cadangan yang dikatakan dari pihak tertentu untuk memperkenalkan undang-undang mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan rotan terhadap kanak-kanak, termasuk anak mereka sendiri. Hal ini dipercayai berikutan tuntutan United Nations Convention on the Rights of the Child (UNICEF) iaitu sebuah badan di bawah PBB yang menumpukan kepada hak kanak-kanak, yang menggesa Malaysia agar mengikuti ke semua peruntukan (article) di dalam Convension Right of Child (CRC). Walau pun rotan tidak disebut secara khusus di dalam CRC tetapi secara tidak langsung CRC melindungi hak kanak-kanak dari dianiaya termasuklah dari dirotan. Oleh sebab itu, apabila Malaysia digesa untuk memenuhi CRC, rotan merupakan antara isu yang menjadi panas kerana Malaysia khasnya orang Islam terikat dengan ajaran Islam.

Pada tahun 1995, Malaysia telah menandatangani CRC walau bagaimanapun tidak semua articles dalam CRC itu Malaysia ikut. Pada tahun 2001, Malaysia memperkenalkan Akta Kanak-kanak 2001 bagi menggantikan 3 akta lain iaitu Juvenile Court Act 1947, the Women and Young Girls protection Act 1973, and the Child Protection Act 1991. Secara khususnya akta yang baru ini diperkenalkan untuk memenuhi tuntutan CRC di bawah the United Nations Convention on the Rights of the Child. Ia telah pun menyebut secara jelas tentang segala bentuk seksual, fizikal, emosi, dan pengabaian dan jelas mengenai pelbagai bentuk penderaan dan apa yang tidak boleh bertolak ansur dalam sistem undang-undang.

Pada 2009, kerajaan memperkenalkan the National Child Policy/National Policy for Children and its Plan of Action on the General Principles of the CRC. Pada tahun yang sama, kerajaan turut memperkenalkan the National Child Protection Policy and the National Plan of Action for Child Protection yang secara khususnya menumpukan kepada meningkatkan kesedaran dan komitment semua pihak kepada penjagaan kanak-kanak. Pada 2010, Malaysia telah memberikan persetujuan terhadap beberapa lagi artikel dalam CRC namun Malaysia masih lagi mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengikuti beberapa articles dalam CRC. Beberapa articles itu masih lagi bercanggah dengan undang-undang sivil dan undang-undang Islam di Malaysia.

Cubaan menerima gesaan agar memenuhi semua tuntutan CRS dilihat sesuatu yang mengancam  agama, budaya dan sistem nilai yang terdapat dalam negara ini. CRC merupakan suatu convenvion yang menyediakan suatu panduan yang terlalu liberal dan sangat demokratik untuk menjaga hak kanak-kanak.

Adakah Malaysia ke arah mengadaptasikan CRC? Bersediakah kita?

Dr. Muhamad Faisal Ashaari
UKM

http://myfaisalonline.blogspot.com/2015/01/human-right-dan-liberal-isu-sebenar-kes.html

Panduan Merotan Menurut Hadis.
http://myfaisalonline.blogspot.com/2015/01/merotan-anak-menurut-hadis.html

Wednesday 28 January 2015

MELURUSKAN TUGAS KENEGARAAN PIMPINAN & AHLI PARLIMEN PAS

MELURUSKAN TUGAS KENEGARAAN PIMPINAN & AHLI PARLIMEN PAS

1. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang melibatkan diri dalam demokrasi dan menyertai pilihan raya sebagai wadah membangunkan hadharah Islamiyyah (ketamadunan Islam) di negara ini menjadikan politik Islam sebagai panduan dalam menentukan sikap dan pendirian serta dalam menyusun program dan aktivitinya bagi mendepani pelbagai cabaran semasa dan bagi mencapai matlamat penubuhannya.

2. Tujuan penglibatan dan penyertaan ini adalah untuk menegakkan agama dan merealisasikan perhambaan kepada Allah s.w.t., menegakkan keadilan, serta memperbaiki keadaan manusia. Natijah daripada yang demikian itu, keburukan dan kebobrokan akan hilang, kebaikan akan tersebar luas dan perangai manusia menjadi elok dan sangat bermanfaat untuk orang lain. Demikianlah Islam menjadi rahmat untuk sekalian alam dan memberikan hak kepada semua.

3. Matlamat ini tidak hanya dibatasi oleh gerak kerja kepolitikkan untuk mendapatkan kekuasaan semata-mata. Sebaliknya ia bertujuan untuk memperjuangkan di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Sama ada dengan atau tanpa kekuasaan, matlamat ini tidak harus sama sekali dikebelakangkan. Keghairahan terhadap kekuasaan semata-mata tanpa bermatlamatkan Islam hanyalah kegemaran orang yang bercita-citakan keduniaan.

4. Politik Islam atau siyasah syar’iyyah yang dimaksudkan itu adalah sebuah keterangkuman ilmu dan kemahiran yang terkandung di dalamnya disiplin, prinsip dan pelaksanaan yang bertepatan dan selari dengan teks al-Quran, as-Sunnah, Qiyas, Ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya bagi menjaga urusan umat manusia.

5. Islam yang menjadi anutan diri, dasar parti dan risalah dakwah ini mestilah disampaikan kepada seluruh manusia lain dalam prinsip dan bentuknya yang sebenar yang bersifat dengan kesyumulan (komprehensif) yang mengandungi ibadah, munakahat, muamalat dan jinayah, bukannya Islam yang terpisah antara agama dan negara, dakwah dan siyasah.

6. Ia mestilah diperjelas secara terang kepada kumpulan sasar sehingga mereka mengetahui, memahami dan meyakini bahawa Islam benar-benar berupaya membela dan memimpin hidup mereka. Sekiranya diberikan hidayah dan taufiq oleh Allah s.w.t. kepada mereka setelah kita bersungguh mendakwahkan mereka, tidak mustahil akhirnya mereka menerima Islam sebagai agama dan wadah perjuangan mereka. Demikianlah jika Allah mahu menganugerahkan kemenangan kepada perjuangan Islam.

7. Kata-kata Rib'ie bin Amir ketika berhadapan dengan Rustom pimpinan tentera Rom boleh menjadi panduan iaitu;

الله ابتعثنا لنخرج من شاء ....من جور الأديان إلى عدل الإسلام
" Allah mengutuskan kami untuk kami keluarkan siapa yang Dia kehendaki .... daripada kezaliman pelbagai isme dan anutan kepercayaan kepada keadilan Islam".

8. Tidak sewajarnya mengatasnamakan hikmah dalam berdakwah dan kebijaksanaan dalam berpolitik sehingga menenggelamkan nilai-nilai kesyumulan Islam dan mengundang salah faham serta kekeliruan dalam kalangan kumpulan sasar yang majmuk. Ketegasan pada prinsip bukan bermakna menafikan toleransi atau tidak meraikan realiti, tetapi ia adalah sebuah sifat mulia yang mesti dimiliki oleh setiap orang Islam yang beriman.

9. Menjalankan dan meneruskan kegiatan politik sehingga mengakibatkan maruah agama dan bangsa yang beragama Islam yang menjadi majoriti dan teras negara terkorban tidak akan dapat memberikan sebarang manfaat kepada agama, masyarakat dan negara bahkan boleh pula merosakkan struktur sosial masyarakat Islam.

10. Pimpinan dan Ahli-ahli Parlimen PAS khususnya serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sangat perlu berwaspada dalam menjalankan tugas-tugas kenegaraan agar tidak tergelincir daripada dasar dan akhlak Islam. Penyertaan dalam memberi pendapat terhadap isu-isu semasa haruslah mengambil kira pelbagai aspek termasuklah keselarian dengan dasar dan tujuan serta ketepatan dengan perlembagaan parti; panduan oleh Majlis Syura Ulamak yang diberi kuasa memimpin dan menjelaskan dasar Islam yang dipegang oleh parti dan pendirian Presiden PAS sebagai Ketua Parti yang Wajib (bukannya Sunat atau Harus) diberikan hak ketaatan menurut Islam; dan latar belakang serta implikasi jangka panjang isu tersebut terhadap kepentingan perjuangan parti dan pelbagai aspek lain.

11. Pendirian dan sikap Ahli-ahli Parlimen PAS terhadap sesuatu isu itu mestilah tidak saling bercanggah antara satu sama lain atau dengan Presiden PAS sendiri sehingga boleh merosakkan kepentingan penyertaan dan penglibatannya dalam arena politik negara. Perbezaan yang boleh dan perlu wujud hanyalah yang bersifat kepelbagaian (diversity) bukannya yang bersifat percanggahan (conflict).

Disediakan oleh :

YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Ketua Penerangan DUPP / Ahli Parlimen Kuala Nerus)

Tarikh : 28 Januari 2014 / 7 Rabiul Akhir 1436H

Meluruskan tugas kenegaraan pimpinan dan ahli Parlimen PAS - http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33512-meluruskan-tugas-kenegaraan-pimpinan-dan-ahli-parlimen-pas

Monday 26 January 2015

TIADA KEPERLUAN PILIHANRAYA MAJLIS TRMPATAN (26/1/15)

Roslan SMS Corner

TIADA KRPERLUAN PILIHANRAYA MAJLIS TRMPATAN  (26/1/15)

Pilihanraya Majlis Tempatan atau PBT sudah lama tidak kita amalkan. Ianya digantung pada 2 Mac 1965 berikutan Peristiwa Konfrantasi Malaysia – Indonesia. Konfrantasi ini adalah “peperangan” Malaysia-Indonesia, apabila Presiden Sukarno enggan mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang beliau anggap sebagai suatu usaha British untuk menegmbalikan Imperialismanya di rantau ini.

Ketegangan berlaku di antara dua Negara, malah sehingga berlaku pendaratan tentera Indonesia di Tanah Semenanjung, sesuatu yang sangat dikesali ketika itu tetapi malangnya tidak banyak yang maklum atau mengingatinya.

Ia menjadi tegang kerana Malaysia dan Indonesia sesungguhnya satu rumpun, keluarga yang rapat, lalu apabila berlaku “peperangan” terdapatlah pihak-pihak, kumpulan dan individu tertentu di Malaysia lantaran agenda atau ikatan tertentu sehingga ada yang menyokong sikap Sukarno, bersimpati pada Indonesia lantas khianat pada Malaysia.

Berbalik kepada pilihanraya PBT tadi. Ekoran kegawatan hubungan dua Negara, dan suasana tempatan yang tegang maka pilihanraya PBT yang digantung pada tahun 1964 itu akhirnya dimansuhkan sama-sekali dengan lulusnya Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan Akta Pilihnaraya Kerajaan Tempatan 1960.

Banyak pihak yang terlibat dalam mengkaji dan menilai semula pilihanraya PBT ini dalam skop amalan dan realiti sosial dan politik di Malaysia terutama dengan penubuhan Suruhanajaya Di Raja Athi Nahappan 1965. Antara penemuan terbesar adalah bahawa terdapat kelemahan pengurusan PBT-PBT termasuklah salah-urus kewangan serta sistem dan amalan berbeza-beza antara satu PBT dengan yang lain. Antaranya:

…..the power in financial system among the local authority so weak and inefficient. The weaknesses in terms of financial and administration had slow down the project that was planned (especially due to lack of professional’s staff).

Lantaran penemuan-penemuan seumpama ini dan mengambil kira suasana sosial dan politik semasa maka Akta Kerajaan Tempatan 1976 diperkenalkan yang memberi kuasa melantik ahli-ahli majlis PBT kepada PBN (pihak berkuasa negeri) iaitu kerajaan negeri.

Ringkasnya demi membaik-pulih sistem pentadbiran dan pengurusuan PBT seluruh Negara dan memastikan ianya selari dengan sistem yang diamalkan di kerajaan negeri dan Persekutuan hasilnya 3 undang-undang baru diwartakan yang mengubah secara langsung sistem kerajaan tempatan di negara ini, iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Hari ini setelah 39 tahun Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkuatkuasa dan diamalkan dengan baik dan lancar, terdapat pihak-pihak yang mahu mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan semata-mata atas tuntutan demokrasi. Berikan kuasa terus kepada pembayar hasil atau rate payers agar mereka memutuskan siapa yang mahu mereka letak sebagai wakil mereka dalam PBT masing-masing. Dan biarkan mereka mengurus kewangan dan pentadbiran mereka masing-masing.Adakah kita telah mengambil kira pengalaman mereka yang terdahulu dari kita sehingga mengakibatkan pilihanraya berkenaan digantung pada 2 Mac 1965 lalu melalui desakkan ini?

Benar kita mahu amalan demokrasi didaulatkan, namun demikian ianya perlulah menurut acuan dan suasana setempat. Kerana itu ada amalan demokrasi yang diamalakan di dunia maju tetapi tidak di Negara kita, kerana apa, kerana kita mengiktiraf, menghormati dan tunduk kepada acuan dan amalan serta suasana di Negara kita.

Kita letakkan “Kesetiaan kepada Raja dan Negara “ sebagai salah satu prinsip Rukunegara yang kita junjung dan hormati. Negara lain tiada sistem ini malah punya Presiden yang dipilih sendiri oleh rakyat. Bagi kita sistem Raja berperlembagaan lebih cocok dan sesuai buat kita kerana itu kita berbeza.

Begitu juga kita punya dwi sistem perundangan dalam Negara (malah tiga sebenarnya jika mengambil kira Mahkamah Anak Negeri di Sabah dan Sarawak). Mahkamah Sivil dan Syariah sedangkan ia tiada di Negara demokrasi lain, mengapa? Sebab amalan dan tradisi kita berbeza, kita hormat dan sanjung amalan kita lantas kita berbeza.

Demikian juga dalam pilihnaraya PBT ini sebenarnya.

Bukannya kita tidak mahu rakyat memilih wakil mereka diperingkat kerajaan ketiga ini, tetapi sesungguhnya amalan yang sedia terpakai setelah mengambil kira pengalaman yang lalu dan pengenalan Akta Kerajaan Tempatan 1976, dilihat sudah memadai.

Suara rakyat jelas dan diwakili diperingkat Persekutuan dan juga peringkat negeri-negeri. Mengambil kira pengalaman lalu adalah dikira, memadai kerajaan negeri yang diberi mandatlah yang melantik ahli-ahli majlis PBT, dan lantikkan ini atas budi-bicara negeri.

Kita harus sedari bahawa PBT ini berbeza dari satu kawasan dengan yang lain. Ada PBT yang kedudukan kewangannya mantap dan tinggi manakala ada pula PBT yang tidak mampu menanggung belanjanya sendiri dan ini berlaku dalam satu negeri bukannya antara negeri-negeri.

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyebut:

Lihat sahajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula bermajoritikan satu kaum yang lain.

Bermakna dalam satu negeri bukannya perbandingan antara negeri-negeri tetapi dalam satu negeri contohnya di Selangor satu PBT berpendapatan lebih RM250 juta setahun sedangkan satu lagi hanya RM50 juta. Yang RM250 juta itu adalah dikawasan bandar yang majoriti bukan Melayu manakala yang RM50 juta dalah kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya orang Melayu.

Kita bukan “rascist” apabila membangkitkan fakta ini tetapi demi keadilan semua rakyat penduduk berbilang kaum, tidakkah ini kelak menimbulkan jurang perbezaan antara kaum-kaum dalam Negara? Yang di bandar lantaran pendapatan tinggi akan menikmati keselesaan dan pembangunan hebat, manakala di luar bandar yang hanya diwakili satu kaum, belanja mengurus PBT pun tidak mampu dibayar, lalu dimanakah manfaatnya pemilihan jika ia sekadar mewujudkan jurang perbezaan seumpama ini?

Kerana itu benarlah Presiden PAS apabila beliau menyebut:

Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi “api dalam sekam” untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.

Ada pengkritik yang kononnya tidak faham apa kena mengena pilihanraya PBT dengan peristiwa 13 Mei sebagaimana dinyatakan oleh Presiden PAS itu?

Terimalah kenyataan bahawa bukankah salah satu punca Peristiwa 13 Mei yang malang itu adalah apabila wujud jurang perbezaan sosio-ekonomi yang besar dan ketara antara kaum-kaum di Malaysia. Lantaran itu Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk merawat masalah berkenaan. Jadi tidakkah membiarkan PBT-PBT bebas sebagai kerajaan ketiga yang dilantik dengan sumber kekayaan yang berbeza-beza antara satu dengan lain nanti bakal mencetuskan ketegangan apabila ada ketidakpuasan hati yang pasti berlaku kerana jurang tadi?

Amalan yang ada sekarang dikira sudah cukup cantik apabila mendepani suasana semasa yang ada. Kerajaan negeri yang sepatutnya memegang otonomi peringkat PBTlah nanti memikul tanggungjawab melantik sesiapa yang mereka fikirkan layak untuk duduk sebagai ahli majlis dan mereka ini selain membawa isu-isu dan membela kepentingan penduduk tempatan juga akan akur dan menurut dasar serta polisi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Dan kerajaan negerilah yang akan memastikan keadilan dan kesamarataan pembangunan dan kemajuan PBT-PBT di bawah kendaliannya agar tiada jurang yang boleh mencetuskan ketidakpuasan hati diantara penduduk satu kawasan dengan yang lain, semua menerima keadilan berdasarkan realiti dan kemampuan masing-masing.

Dalam hal ini Presiden PAS menyebut:

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, temasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pendalaman dan kaum  yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar. Wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaafan dalam  perkara yang berbeza, berlaku adil terhadap semua.

Mereka yang terdahulu dari kita tanpa mengira sentimen politik dan kaum telah merasai kegagalan amalan yang dahulu. Kita tidak mahu mengulanginya semata-mata memuaskan desakkan nafsu mereka yang mahu menjuarai amalan demokrasi Barat secara melulu.

Hormatilah pengalaman yang lampau.

Hari ini suara pembayar hasil diperingkat tempatan sebenarnya sudah pun diwakili oleh lantikkan kerajaan negeri dari parti yang memerintah. Pakatan Rakyat menguasai negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dan merekalah yang melantik ahli-ahli majlis untuk PBT di kawasan mereka begitu juga dengan negeri-negeri lain di bawah BN, BN lah yang melantik.

Jika rakyat khasnya pembayar hasil diperingkat tempatan tidak berpuas-hati dengan khidmat ahli-ahli majlis atau PBT itu, maka dalam Pilihanraya Umum kelak, rakyat berhak memberi mandat kepada parti lain, tidak kiralah PR atau BN agar PBT baru dapat dibentuk dengan ahli-ahli majlis yang baru. Begitulah sebaiknya dan bukannya pilihanraya berasingan buat PBT.

at 12:32:00 AM
http://n32.blogspot.com

Thursday 22 January 2015

Semakan Bajet 2015 : Tanda Aras Mewah (Opulent Benchmark) Tidak Realistik

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Oleh :
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus)

Semakan Bajet 2015 : Tanda Aras Mewah (Opulent Benchmark) Tidak Realistik

1. Merujuk kepada Perutusan Khas Perdana Menteri tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara pada 20 Januari 2015 lalu, kerajaan sewajarnya tidak berselindung dengan rakyat tentang hakikat bahawa Malaysia bakal berhadapan krisis besar kewangan akibat harga minyak mentah turun yang tidak hanya melibatkan tempoh yang pendek.

2. Walaupun U.S. Energy Information Administration (EIA) ada meramalkan bahawa harga global minyak mentah Brent (Brent Crude Oil Price) akan meningkat ke paras AS$67 setong menjelang akhir tahun 2015, namun bagi suku pertama 2015, harga minyak mentah itu juga dijangka akan menjunam ke paras harga serendah AS$49 setong.

3. Dalam masa yang sama jangan diabaikan kajian sebahagian penganalisis antarabangsa bahawa Amerika Syarikat dan Arab Saudi dijangka akan meneruskan tekanan sehingga harga minyak mentah jatuh ke paras AS$20 setong yang boleh membawa kepada Rusia dan Iran sebagai juga pengeluar minyak dunia menjadi muflis.

4. Menurut Ali al-Nu'aimi, Menteri Petroleum Arab Saudi, keadaan ini akan menyebabkan negara pengeluar minyak selain negara Teluk seperti Venezuela, Nigeria, Iran dan Rusia menjadi muflis. Setiap AS$1 kejatuhan harga minyak bererti kerugian sehingga AS$2 bilion (AS$ 2000 juta) sehari bagi Rusia. Sekiranya kita anggarkan harga minyak jatuh sekitar AS$70 setong sejak Jun 2014 yang lalu ia bererti Rusia telah kerugian AS$140 bilion setahun dan ia bakal bertambah lagi.

5. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk tidak terkesan untuk jangka masa pendek kerana mereka mempunyai "poket tebal". Arab Saudi sahaja memiliki lebihan tunai sebanyak AS$750 bilion bersamaan RM2.6775 trilion (USD750,000,000,000 /RM2,677,500,000,000) dan mampu menanggung kerugian untuk beberapa tahun kedepan. Begitu juga dengan Kuwait, Emiret dan Qatar memiliki simpanan kewangan sehingga AS$1 trilion (AS$ 1,000,000,000,000). Namun tidak begitu bagi negeri seperti Bahrain, Oman apatah lagi Malaysia.

6. Tiga (3) faktor utama kejatuhan harga minyak ialah :

(i) Permintaan minyak yang lemah disebabkan oleh krisis ekonomi dunia.
(ii) Pertambahan pengeluaran minyak syel Amerika Syarikat sekitar 5 juta tong sehari dan akan meningkat sehingga 10 juta tong sehari pada 2020.
(iii) Tindakan Arab Saudi menolak permintaan untuk mengurangkan pengeluaran minyak ketika persidangan OPEC pada Disember 2014 yang lalu.

7. Rusia dan Iran melihat seolah ada satu pakatan antara Arab Saudi dan Amerika bertujuan mencekik ekonomi Rusia yang mendokong usaha pemisahan Timur Ukraine dan Iran yang mendokong kerajaan Syria dan Hizbullah di Lubnan. Rusia yang bergantung 70% kewangan kepada hasil petroleum dijangka akan muflis pada tahun ini. Nilai matawang Rusia juga jatuh 60% berbanding dolar. Begitu juga Iran yang turun matawangnya sehingga 80% berbanding dolar.

8. Berdasarkan pembentangan Perdana Menteri semalam, saya menjangkakan bahawa akan tiada perubahan positif pada pertumbuhan ekonomi negara bahkan negara akan terus berhadapan dengan krisis ekonomi dan kemelut kewangan yang kritikal bagi tahun 2015. Apatah lagi apabila PM cuba berselindung kononnya nilai minyak mentah import dan export minyak bersih Malaysia adalah seimbang dan tidak menjejaskan sangat sumber kewangan negara.

9. Pendekatan menggunakan ‘opulent benchmark’ (tanda aras mewah) seperti merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada hanya AS$55 setong dan menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2% berbanding 3.0% bagi tahun 2015 adalah tidak realistik dan melemahkan daya saing ekonomi negara.

10. Ditambah pula, Kerajaan juga mengumumkan perbelanjaan mengurus (operating expenditure) dikurangkan hanya sebanyak RM5.5 bilion dalam keadaan unjuran purata paras harga asas minyak yang baru kepada AS$55 setong telah mengurangkan pendapatan negara sebanyak RM13.8 bilion dan masih memerlukan RM8.3 bilion bagi menampung langkah-langkah dalam Bajet 2015.

11. Sepatutnya, dalam mendepani ketidaktentuan faktor-faktor yang menjadi punca kejatuhan harga minyak mentah global yang menjunam lebih 50%, Kerajaan menggunapakai pendekatan bersedia menghadapi ‘worst case scenario’ seperti menetapkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada AS$35 hingga AS$45 setong sahaja, bukannya AS$55 setong.

12. Kerajaan juga seharusnya sedar dan insaf bahawa pelaksanaan perkara-perkara yang tidak patuh syariah juga adalah menjadi faktor utama kepada kemerosotan hasil pendapatan negara kerana perbuatan tersebut menjauhkan negara daripada mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

13. Sikap Kerajaan mengemukakan Semakan Bajet 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkannya di Parlimen atau sekurang-kurangnya dalam sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai Ahli-hali Parlimen BN dan PR serta pakar-pakar ekonomi dilihat sebagai suatu tidakan yang tidak teliti dan tidak cermat dalam memelihara kepentingan negara dan rakyat.

14. Suasana gawat ekonomi ini mengingatkan kita dengan pengajaran perancangan ekonomi menerusi surah Yusof ayat 47 hingga 48 :

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تَأْكُلُونَ.
ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تُحْصِنُونَ

"Berkata Nabi Allah Yusof, kamu menanam selama tujuh tahun sebagaimana biasa. Maka apa hasil yang kamu tuai maka biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya melainkan sedikit yang kamu makan. Kemudian datang selepas itu tujuh tahun yang sukar yang akan meratah apa yang kamu simpan untuk tujuh tahun itu melainkan sedikit yang kamu bentengkan kehadapan"

15. Kesimpulan tafsiran ayat ialah, hasil negara dibahagikan kepada 3 iaitu satu bahagian untuk perbelanjaan semasa, satu bahagian untuk simpanan kegunaan waktu sukar dan krisis ekonomi dan satu pertiga lagi untuk digunakan sebagai modal kebangkitan semula selepas berakhir saat sukar.

16. Namun, apa yang boleh diharapkan daripada kerajaan Malaysia? Jika bajet tahunan telah menyaksikan defisit selama 18 tahun berturut-turut, perbelanjaan melebihi pendapatan semasa, pemborosan berlaku dan penjimatan diabaikan, ketirisan berleluasa sebagaimana laporan Audit Negara dan hutang negara meningkat melebihi RM600 bilion, apakah mungkin Malaysia mampu berhadapan saat sukar kewangan sekiranya ia berpanjangan selama bertahun-tahun?

17. Akhirnya, bagi kerajaan BN, penyelesaiannya hanyalah menerusi percukaian GST yang bercanggah dengan konsep percukaian Islam bukan menerusi penjimatan dan perbelanjaan berhemah negara yang menjadikan rakyat sebagai mangsa kegagalan pengurusan kewangan pemimpin negara!

Sekian.

22 Januari 2015 / 1 Rabiulakhir 1436H

Wednesday 21 January 2015

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu me  neruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan TGNA. Amin..

600 RUMAH PERCUMA KEPADA MANGSA BANJIR SUDAH BERMULA

KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN

600 RUMAH PERCUMA KEPADA MANGSA BANJIR SUDAH BERMULA

Banjir di Negeri Kelantan walaupun meninggalkan kesan yang perit dan memusnahkan ribuan kediaman serta harta benda yang lain, namun dari sudut lain ia menjadi lokasi transit dan bertandangnya ramai sukarelawan dari dalam dan luar negara membawa bantuan serta bekalan. Hal sebegini sedikit sebanyak menjadi pengubat kepada bebanan yang ditanggung.

Sebelum ini saya telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil tanggungjawab untuk membina 600 unit rumah tiga bilik berukuran 800 kaki persegi kepada mangsa banjir yang musnah rumah mereka seratus peratus (total lost). Hari ini, pihak Kerajaan Negeri telah memulakan kerja membina rumah kekal kepada mangsa banjir di Berangan Mek Nab, Machang (telah dimasyhurkan dengan nama Desa Rahmat tadi) dalam jumlah 50 unit rumah.

Rumah kekal ini adalah percuma untuk rakyat yang menjadi mangsa banjir dan rumah mereka musnah keseluruhannya. Insyaallah dengan kekuatan agensi Kerajaan Negeri yang ada kita pastikan sejumlah 600 unit dapat dibina dengan jayanya. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri turut mengenalpasti rumah-rumah yang masih boleh di diami yang mengalami kemusnahan harta benda untuk di baiki semula dengan di selaraskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Banjir yang dipengerusikan bersama oleh Kerajaan Negeri dan Pusat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pemilik rumah tersebut.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 30 Rabiul Awwal 1436/21 Januari 2015

Saturday 17 January 2015

Parti Kemerdekaan Morocco; Bermula Sebagai Parti Islam Tetapi Berakhir Sebagai Parti Liberal Sekular

Bermula Sebagai Parti Islam Tetapi Berakhir Sebagai Parti Liberal Sekular

1. Maklumat yg sama seperti disebut oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi disampaikn sendiri kepada saya oleh Dr Abd Salam Ballahi, ahli parlimen daripada Parti Keadilan dan Pembangunan Morocco/Harakah Islah Morocco ketika Konvensyen Ahli Parlimen Islam di Turki pada 9-10 jan 2015; bahawa Parti Istiqlal Morocco yang bermula benihnya seawal 1937 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1944 bermula sebagai parti Islam dan seterusnya menjadi parti yang berkongsi pemerintahan di negara Morocco sepanjang 60 an, 70 an dan 80 an.

2. Ia diasaskan oleh salah seorang tokoh ulamak dan tokoh gerakan Islam semasa iaitu Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi (lahir 1910 - meninggal 1974). Beliau mempunyai puluhan karya tentang Islam termasuk di bidang Maqasid dan Usul Fiqh.

3. Namun, kemasukan pemimpin yg berfikiran liberal dalam tampuk kepimpinan parti hingga akhirnya mereka menguasai kepimpinan telah merubah parti Istiqlal daripada berdasarkan Islam kepada parti berfikiran liberal dan kemudiannya bertukar pula menjadi parti sekular. Parti Istiqlal dilihat telah meninggalkan banyak dasar-dasar Islam apabila membiarkan pelbagai dasar bercanggah dengan Islam menjadi sebahagian dasar negara Morocco terutamanya di era kompromi dengan parti sosialis membentuk kerajaan bersama dari tahun 1992 - 2007.

2. Pada tahun 1973, Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi berkata kepada para Ulamak Morocco; "Parti Istiqlal tidak lagi bersifat Islam. Sekiranya kamu ingin kekalkan sifat Islam yang ada pada parti perlulah kamu sertainya segera sekarang."

3. Selepas pemergian beliau pada tahun 1974, penggantinya, Muhammad Buusittah yang memimpin parti sehingga 1998 telah merubah parti daripada berasaskan Islam kepada bersifat kebangsaan.

4. Pada tahun 1992, Parti Istiqlal membentuk Pakatan Demokrasi bersama Parti Kesatuan Sosialis dan berjaya mendapat kuasa bersama pada tahun 1998 dan 2002.

5. Kesannya pada pertengahan 70 an dibentuk satu gerakan Islam yang baru di Morocco sehingga akhirnya secara rasmi dinamakan Harakah Tauhid dan Islah pada tahun 1996. Mereka mencari ruang menubuhkan parti Islam yang baru dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang berdaftar bernama Harakah Sya'biyyah Dusturiyyah Demokratiyyah pada tahun 1996 lalu diubah nama kemudiannya menjadi Hizbul Adaalah wa Tanmiyah (Parti Keadilan dan Pembangunan).  Parti Islam yang baru ini akhirnya berjaya mendapat kuasa mengalahkan Parti Istiqlal yang telah menjadi sekular pada tahun 2012 dengan mendapat 107 kerusi parlimen manakala Parti Istiqlal hanya mendapat 47 kerusi parlimen. Parti Keadilan berjaya menjadi parti pemerintah baru Morocco atas nama Islam bukan atas nama sekular atau liberal sehingga hari ini 2015.

Coretan Dr Khairuddin at-Takiri
17.1.2015 Tawau, Sabah.

Mengenali Tokoh Ulamak Ummah; IMAM IBNU HIBBAN rahimahullah (meninggal 354 H).


Mengenali Tokoh Ulamak Ummah; IMAM IBNU HIBBAN rahimahullah (meninggal 354 H).

1. Ibnu Hibban merupakan salah seorang tokoh ulamak Hadis dan Fiqh bertaraf Mujtahid yang sangat berilmu dan terkenal dengan karyanya dikenali sebagai Sahih Ibni Hibban.

2. Beliau lahir di Bust, Afghanistan dan juga meninggal pada bulan Syawal tahun 354 H di Bust.

3. Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Hibban al-Tamimi al-Darimi al-Busti dikenali juga sebagai Abu Hatim. Justeru Ibnu Hibban adalah berbangsa Arab berkelahiran Bust di Afghanistan.

4. Nisbah Tamimi merujuk kepada kabilah arab terkenal iaitu Tamim bin Murr yang mempunyai jaluran nasab sehingga ke Adnan.

5. Nisbah al-Busti merujuk kepada bandar Bust yang juga telah melahirkan tokoh seperti Imam Khattabi pengarang kitab hadis Ma'aalim al-Sunnan huraian kepada Sunan Abi Dawud (meninggal 388h). Dahulunya Bust dianggap berada dalam wilayah Sajistan yang melahirkan tokoh seperti Imam Abu Dawud al-Sajistani (202-275 H).

6. Bust hari ini terletak berhampiran Lashkar Gah di wilayah Hilmand ke arah barat daya bandar Kabul dan barat Kandahar, Afghanistan.

7. Sejarah Bust pada kurun ke 4 -6 Hijri menunjukkan ianya merupakan sebuah bandar besar di pertemuan dua sungai yang subur dengan pelbagai tanaman, kurma, anggur dan buah-buahan serta makmur dengan kapal-kapal perniagaan sehingga menjadi laluan perniagaan ke benua India. Namun hari ini ianya telah menjadi bandar tinggalan dengan kesan runtuhan istana dan tembok dan lahir bersebelahannya bandar Lashkar Gah yang lapangan terbangnya mengambil nama Lapangan Terbang Bust.

8. Imam Ibnu Hibban keluar mengembara menuntut ilmu selama hampir 40 tahun ke Basrah, Baghdad dan Mosul di Iraq, Dimasq di Syria, Asqalan dan Baitul Maqdis di Palestin dan Iskandariyyah di Mesir seterusnya Samarqand dan Naisabur. Beliau hanya kembali ke Bust pada tahun 340 H lalu mendirikan pusat pengajiannya sehingga meninggal tahun 354 H.

9. Tempoh pengembaraan yang panjang menjadikan beliau memiliki guru sehingga menjangkau 2000 orang. Antara guru beliau yang terkenal serta memberi kesan kepada perwatakan ilmu beliau ialah Imam Ibnu Khuzaimah (meninggal 311 H)

10. Guru-guru beliau juga dapat dilihat menerusi hadis-hadis yang beliau riwayatkan dalam kitab Hadis Sahih beliau. Antaranya beliau meriwayatkan 1174 hadis daripada Imam Abu Ya'la al-Mausili daripada Musol (210-307 H, pengarang kitab Musnad Abu Ya'la), 830 hadis daripada Imam al-Hasan bin Sufyan al-Syaibani daripada Nasa (213-303 H, pengarang Musnad al-Hasan al-Syaibani) dan 472 hadis daripada Imam Muhammad bin al-Hasan al-Lakhami al-Asqalaani daripada Palestin.

11. Beliau juga berkemahiran dalam ilmu bahasa Arab, ilmu perubatan dan astronomi.

12. Pernah menjawat jawatan hakim di Samarqand apabila berhijrah ke sana sekitar tahun 325 H dan Hakim di Nasa antara tahun 334-337 H.

13. Beliau memiliki karya yang sangat banyak khususnya dalam bidang biodata tokoh-tokoh ilmu dan juga ilmu berkaitan Hadis.

Tamat.

Sumber; Al-Ansaab 1/248, Mu'jam al-Buldan 2/328, al-Kaamil 8/566, al-Lubab 1/105, Siyar A'laam Nubalak 16/92, Tazkirah al-Huffaz 3/920, al-Ibar 2/94, al-Waafi bilwafayat 2/317, al-Bidaayah wa al-Nihaayah 11/248 dan Syazaraat al-Zahab 3/16.

Disediakan oleh al-Faqirru ilaLlah;
Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Sabtu 4.30 pg; 26 Rabiulawwal 1436 H / 17 Januari 2015

Friday 16 January 2015

SIAPA PENCETUS KEGANASAN ?

SIAPA PENCETUS KEGANASAN ?
 
Pepatah Arab menyatakan : “Dia yang zalim terhadap saya, dia pula yang mengadu. Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis”. Inilah yang terkini dialami oleh Islam dan penganutnya.
 
Islam dituduh membawa keganasan, maka penganutnya seringkali dikaitkan dengan pengganas apabila berlaku sesuatu tragedi yang secara kebetulannya dikaitkan dengan penganut Islam. Maka diperbesarkanlah, laksana titik kecil dibesarkan menjadi kubah hitam yang besar.
 
Walaupun ianya menjadi catatan sejarah dilakukan oleh pihak bukan Islam berkali ganda banyak dan besarnya di sepanjang zaman, khususnya apabila penganut Islam menjadi mangsa di seluruh pelusuk dunia. Senjata pemusnah yang digunakan oleh negara maju telah mengorban manusia tanpa dosa lebih ramai daripada jumlah mangsa binatang paling buas, disembunyikan dan dikebalkan pelakunya oleh undang-undang ciptaan manusia yang berkuasa besar dan berkuasa Veto di PBB. Lihat sahajalah Projek Manhattan oleh U.S. Army Corps of Engineers yang mula mengeluarkan bom atom yang pertama, yang akhirnya mengorbankan tidak kurang dari 200,000 penduduk Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Rakyat Palestin pula dibunuh dalam masjid, di jalan raya dan dalam rumah kediaman hampir setiap minggu; selain dari itu juga pembunuhan muslim Rohingya, Kashmir, Afrika Tengah dan lain-lainnya. Siapa yang mengenangkan nasib mereka ini ?
 
Sumbangan Islam kepada Barat
 
Sepatutnya hal ini di lihat secara kajian adil terhadap ajaran Islam daripada sumbernya yang asal, iatu kitab suci al-Quran dan Sunnah ajaran Rasulullah S.A.W. Catatan sejarah awal penganut Islam telah berjaya mengislahkan tamadun manusia  yang dirasai sedikit serpihannya oleh tamadun barat yang dibanggakan pada awalnya, tiba-tiba  terserlah tanda merudumnya di zaman mutakhir, kerana salah ciplaknya mengambil ilmu tanpa iman dan akhlaknya.
 
Barat bukan sahaja mengambil sains dan teknologi daripada ilmu Islam bahkan Demokrasi moden yang boleh menukar kerajaan tanpa senjata seperti sebelumnya. Semua ini adalah hasil kajian para orientalis daripada kitab-kitab para ulama Islam daripada semua mazhab.
 
 
Kaedah panduan al-Quran
 
Al-Quran menetapkan uslub dakwah dan pelaksanaan Islam secara bijak tanpa paksaan, kerana paksaan melahirkan munafik. Islam mewajibkan berlaku adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum, kawan dan musuh. Islam mengharamkan melampau dalam amalan agama sendiri dan terhadap pihak lain. Walaupun dipaksa berperang, adalah haram bertindak melampau walaupun terhadap musuh yang melampau. Wajib percaya adanya balasan selepas mati, wajib bersabar terhadap musuh yang melampau, kalau melampau berdosa jadinya, walau pun terhadap penganut bukan Islam. Semuanya diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan generasi awal yang berjaya menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia tanpa paksaan. Bagi penganut Islam juga, kita diwajibkan beriman kepada semua para Rasul, dilarang memaki Tuhan yang dilantik oleh penganut berbagai agama, walaupun tidak percaya kepada tuhan-tuhan yang lain daripada Allah. Sangat berbeza dengan pihak lain yang boleh memaki hamun dan menghina Allah dan Rasulullah S.A.W.  
 
Islam mewajibkan undang-undang yang keras, seperti qisas dan hudud terhadap penjenayah melampau dalam perkara maruah, zuriat keturunan  dan harta, tetapi syarat pelaksanaan dipayahkan pelaksanaanya bagi mendidik masyarakat dengan undang-undang yang digeruni hukumannya. Islam mewajibkan berperang terhadap musuh yang melampau, namun diharamkan melampau dan membalas dendam, serta wajib berlaku adil walaupun terhadap musuh yang paling kejam. 
 
 
Islam sebagai Penyelamat
 
Maka kedatangan Islam disambut oleh penduduk negeri yang zalim terhadap rakyatnya, sehingga kedatangam Islam dinamakan Futhuhaat (membuka negeri) kepada kebebasan yang sebenar. Ianya sangat berbeza dengan perkataan “penjajahan” yang mengabdikan rakyat, merompak dan mencuri hasil negerinya. Islam sangat menghormati  para ilmuan dan orang yang bijak, walaupun tidak menganut Islam.
 
Islam berjaya menghapuskan perhambaan manusia secara damai. Berbeza dengan negara yang membunuh orang yang bijak dan ilmuan kerana dianggap membahayakan takhta kerajaan. Maka Islam mencipta tamadunnya daripada semua kebijaksaan dengan petunjuk al-Quran yang menolak jahiliyyah walau pun dilahirkan di Makkah dan menerima ilmu yang baik walaupun daripada negeri China yang jauh dan bukan Islam. 
 
Negara Barat yang mencapai kemajuan teknologi sangat tidak berterima kasih terhadap Islam dan penganutnya. Kelemahan yang dialami oleh umat Islam diambil peluang untuk menjajah. Mereka memaksa dan menipu umat Islam setelah menakluk  tanahairnya. Raja ditipu, rakyat diperhambakan untuk ekonomi dan politik negara penjajah. Hasil bumi diperah habis-habisan, rakyat tanah jajahan digunakan daripada menjadi tenaga yang diperas-ugut untuk mengangkut kekayaan sehinggalah berperang dengan musuh kepada penjajah itu. 
 
Dua perang dunia yang besar banyak mengorbankan bala tentera yang sebahagian besar anggotanya daripada umat Islam yang diletakkan dibarisan hadapan. Apabila menang bala tentera penjajah yang berada dibarisan belakang selamat mendapat hasil yang lumayan. Walaupun banyak tanahair umat Islam diberi kemerdekaan tetapi mengikut acuan penjajah, mengekalkan pemimpin yang terus menerus menjaga kepentingan penjajah itu, yang tidak mengikut telunjuknya mesti diturunkan dengan apa cara sahaja.
 
Ukuran kebebasan yang berat sebelah
 
Kalau demokrasi boleh memberi peluang kepada Islam untuk dilaksanakan semula maka kemenangan secara demokrasi ini dibatalkan, seperti yang pernah berlaku di Algeria (1991) dan Mesir (2013). Berbeza pula dengan revolusi seperti Revolusi Perancis (1889 - 1899) dan Revolusi Amerika (1765 – 1783); bahkan termasuk juga Revolusi Komunis di Rusia (1917 – 1918) dan Revolusi China (1911) atau tindakan merompak seperti menegakkan negara haram Zionis Israel boleh pula diiktiraf, tetapi Revolusi yang bernama Islam tanpa mengira mazhabnya seperti di Iran dianggap ganas dan wajib diganyang habis-habisan, termasuk kemenangan Mujahidin menghalau Sovet di Afghanistan dikacau supaya gagal dengan berbagai cara. 
 
Kebebasan hanya boleh kepada Barat, walau pun bertelanjang tanpa pakaian dan bergaul seperti binatang. Bagi penganut Islam pula tidak boleh memakai hijab dan melaksanakan ajaran agamanya walaupun di atas nama kebebasan. Berpoligami dengan hukum wajib berlaku adil terhadap keluarga dianggap tidak sesuai kepada penganut Islam, sebaliknya menyimpan wanita tanpa nikah seberapa banyak dan melahirkan anak luar nikah sebanyak-banyaknya, termasuk kahwin atau bergaul sejenis, dipanggil pula sebagai hak kebebasan. Pelaksanaan syariat yang kesalahan jenayah beratnya dikira kejam tidak bertamadun, sebaliknya hukuman bunuh dijerut leher dengan tali seperti zaman purbakala dan merotan sehingga memecahkan jasad adalah tamadun barat yang maju, wajib diterima oleh penganut Islam. Itulah hipokrit nya kuasa besar Barat terhadap umat Islam !
 
Di atas nama kebebasan media, sehingga Allah dan Rasul boleh dihina. Ada pun  kerajaan dan ketuanya tidak boleh dikritik. Edaran lucah terbocor kerana kurang pemantauan supaya tidak melampau, sebaliknya  dikira melampau kalau mengajar agama dan khutbah jumaat,  wajib dipantau habis-habisan termasuk di Masjid Makkah dan Madinah. Ada negara Eropah yang megagungkan “kebebasan bersuara” ini pula mengharamkan pemakaian tanda agama di sekolah, hijab di tempat awam.
 
Islam menolak keganasan
 
Kalau semua yang tersebut adalah saranan Barat terhadap umat Islam, maka fikirlah pula apa perasaan umat Islam yang menghadapinya, apatah lagi setengahnya pula merasa sangat terguris. Kalangan umat Islam pula ada yang sederhana, ada tercorot ke belakang ditinggalkan oleh Islam  dan ada yang melampau sehingga terjerumus.
 
Sepatutnya boleh difahami takrif keganasan secara waras dan siapa yang sebenarnya memulakan keganasan. Islam tidak mengizinkan penganutnya melampau dalam beribadat, makan, minum, memakai pakaian dan hidup mewah, maka sudah tentu lebih mengharamkan penganutnya melampau sehingga membunuh atau dendam.
 
Dalam masa yang sama siapa yang boleh menahan seorang yang jahil, khususnya individu yang tidak diizikan mendapat pendidikan oleh penjajahnya sendiri, tetapi kecintaannya kepada Islam, Allah dan Rasul tetap membara bersama kejahilannya, tiba-tiba menyerang orang yang menghina Tuhannya, Rasul dan agamanya yang sangat dicintai ?. 
 
Kita bersimpati dengan sesiapa sahaja yang dibunuh tanpa hak dan keadilan. Dalam masa yang sama sila bandingkan dengan tujuh belas orang rakyat Perancis yang dibunuh mendapat simpati seluruh dunia kerana laporan medianya menghina Islam dan Rasulnya, dengan lebih sejuta rakyat Algeria yang dibunuh tentera Perancis di zaman penjajahanya dan dilupakan tanpa simpati. 
 
Saya mengangkat tabik hormat kepada Mantan seorang Perdana Menteri sebuah negara di Eropah yang dikatakan pernah menyebut : “Kesilapan Politik  Barat juga terlibat melahirkan keganasan”.
 
Kita sama-sama dapat lihat, bahawa di antaranya ialah provokasi dengan niat menjaga kepentingan mereka sahaja tanpa konsep masyarakat madani yang sebenarnya yang wajib bersatu untuk kepentingan bersama dan menghormati perbezaan dan percanggahan. Islam menjadikan manusia seluruhnya adalah keluarga besar daripada Adam dan Hawa. Kalau satu keluarga berperang kerana harta pusaka kalau yang gila harta, maka ada pemimpin yang bijak membunuh dan berperang kerana kawasan sumber tenaga dan tanah yang subur tanpa kewarasan. 
 
Perlu disiasat semuanya, dan perlu dikaji sejarah silam, termasuklah peristiwa pembunuhan orang asal di Amerika, Australia, Afrika dan Asia. Siasatlah siapa sebenarnya pencetus keganasan di Asia Barat, Afghanistan, dan peniaga senjata dan melakukan provokasi untuk keganasan. Begitu juga tuduhan sejarah adanya senjata biologi yang dibawa ke Sudan kerana tindak balas terhadap kumpulan al-Mahdi yang membunuh General Gordon, begitu juga daripada mana datang wabak Ebola yang melanda negara Afrika yang diratah harta dan dibunuh rakyatnya kerana barat yang datang berebut harta kekayaan di benua Afrika.
 
Peranan kumpulan Zionis yang menggunakan pengaruh politik, ekonomi dan media, mencipta berbagai teori karut dan sesat, terlibat mencetuskan peperangan agama dan kaum demi kepentingan fanatik Zionisme juga perlu disiasat dan dikaji secara jujur, jangan dilupakan.
 
Al Quran menyebut firman Allah:
 
كلما أوقدوا نارا للحرب أطفأها الله ويسعون فى الأرض فسادا والله لا يحب المفسدين .(المائدة:٦٤).
 
“Setiap kali mereka menyalakan api peperangan nescaya Allah memadamkannya dan mereka melakukan kejahatan merata bumi dan Allah tidak mengasihi orang-orang yang melakukan kejahatan” 
 
Yahudi Zionis yang nenek moyang mereka pernah diselamatkan oleh kerajaan Uthmaniyyah dengan penempatan yang aman mengikut ajaran Islam dibalas budinya dengan merosak dan menjatuhkan kerajaan ini dan merompak bumi Palestin dengan membunuh, merampas kediaman dan harta bendanya, tiba-tiba dijulang oleh barat dan dipertahankan habis-habisan.
 
PAS mengutuk semua keganasan dan pelampau walaupun daripada orang Islam, sama ada individu, kumpulan dan kerajaan kuasa besar dan kecil, terhadap semua, Islam dan bukan Islam yang berlaku di mana sahaja termasuklah di Makkah, Madinah, Tehran, Kuala  Lumpur, Jakarta, Singapura, London, New York, Paris, Moscow dan Beijing.   
 
Kita bersimpati terhadap mangsa keganasan di seluruh pelusuk dunia dan menasihati semua pihak supaya jangan melampau terhadap semua, serta  berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah daripada Al Quran :
 
"Wahai Tuhan kami !, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami dan kurniakanlah limpah Rahmat Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Melimpah kurniaannya. Wahai Tuhan kami ! Ampunilah dosa-dosa kami, dan sikap melampau kami dalam urusan kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang melawan Tuhan kami”.
 
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
13 Januari 2015

Siapa pencetus keganasan? - http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/33265-siapa-pencetus-keganasan

Wednesday 14 January 2015

Isu Tuntutan Timbermine Terhadap Kelantan

KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN

1. Mahkamah Persekutuan Malaysia yang bersidang di Putrajaya pada hari Selasa, 13 Januari 2015 bersamaan 22 Rabiul Awal 1436 telah menolak rayuan sebuah syarikat pembalakan iaitu Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd yang merayu terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia bertarikh 6 Ogos 2012 yang telah membenarkan rayuan Kerajaan Negeri Kelantan sekaligus mengenepikan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang membenarkan tuntutan pihak Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd bagi jumlah melebihi RM560 juta ekoran daripada dakwaan perlanggaran Perjanjian Konsesi Pembalakan bertarikh 20 Julai 1964 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 6 November 1965.

2. Tindakan menyaman Kerajaan Negeri Kelantan oleh pihak Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd adalah terhalang oleh had masa kerana Perjanjian-perjanjian tersebut telahpun ditamatkan pada 18 Mac 1975 lagi dan sememangnya tidak wujud sebarang Perjanjian Penyelesaian di antara kedua-dua pihak selepas berlakunya penamatan tersebut untuk memberikan sebahagian hak terhadap hasil balak kepada Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd.

3. Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd sebelum ini telah memfailkan tuntutannya terhadap pihak Kerajaan Negeri pada 10 Oktober 2004 yang lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menuntut di antara lainnya suatu deklarasi bahawa penamatan Perjanjian Konsesi Pembalakan dan Perjanjian Tambahan adalah tidak sah, gantirugi bagi sejumlah RM840 juta, gantirugi khas, gantirugi am, faedah dan kos. Alhamdulillah, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini maka Kerajaan Negeri Kelantan kini adalah tidak lagi bertanggungan untuk membayar jumlah penghakiman Mahkamah Tinggi tersebut yang kini telah mencecah melebihi RM1 Bilion termasuk faedah.

4. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa laporan-laporan di dalam beberapa portal berita yang menyatakan bahawa Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd telah gagal di Mahkamah Persekutuan semalam bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan atas sebab-sebab teknikal adalah tidak tepat. Ini adalah kerana Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia yang telah memihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan semalam adalah setelah berlangsungnya pendengaran rayuan penuh dan diputuskan berdasarkan merit sepenuhnya setelah kedua-dua pihak memfailkan hujahan-hujahan bertulis dan berhujah secara lisan selama dua hari di Mahkamah Persekutuan.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 23 Rabiul Awal 1436 / 14 Januari 2015

Tuesday 13 January 2015

Bah Kuning : Pembalakan Bukan Faktor Utama

KENYATAAN MEDIA
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Ahli Parlimen Kuala Nerus)

13 Januari 2015 / 22 Rabiulawal1436H

Bah Kuning : Pembalakan Bukan Faktor Utama

1. Tanpa menafikan bahawa hutan berperanan penting sebagai penampan hakisan ketika hujan dan juga sebagai kawasan tadahan air, namun mendakwa pembalakan adalah sebagai faktor utama punca banjir besar tempoh hari sehingga mengakibatkan 104,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kelantan dan 2,660 keluarga musnah sama sekali rumah mereka adalah tidak adil dan tidak benar.

2. Saya mengemukakan beberapa input berikut sebagai menjelaskan dan mengukuhkan premis saya tersebut.

(i) Taburan Hujan Tinggi

Hujan lebat berterusan yang turun selama 3 hari berturut-turut (21-23 Dis. 2014) di Gua Musang telah mencatatkan taburan hujan tertinggi iaitu 1,295 mm yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari. Secara umumnya, berlaku peningkatan taburan hujan melebihi 40% daripada purata jumlah taburan hujan jangka panjang.

(ii) Peningkatan Paras Air Sungai

Berikutan taburan hujan yang tinggi, paras air di tiga sungai utama; Sg. Galas (Dabong), Sg. Lebir (Tualang) dan Sg. Kelantan yang mempertemukan Sg. Galas dan Sg. Lebir di Kuala Krai mengalami peningkatan 8 hingga 9 meter melebihi paras maksima sehingga mengakibatkan banjir di kawasan sepanjang Sg. Kelantan meliputi Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Air dari Sg. Galas juga melalui Jeli dan Gua Musang, manakala Sg. Lebir melalui Manek Urai.

Sg. Golok di sempadan Malaysia-Thailand juga mengalami limpahan sehingga mengakibatkan banjir di 13 daerah di Narathiwat dan Rantau Panjang.

Sg. Semerak di Pasir Puteh pula berada pada paras amaran.

(iii) Faktor-faktor Alam

Gabungan faktor-faktor alam seperti bulan berada dalam kedudukan Perigee (iaitu pada jarak 364,790 km dari bumi) pada 25 Disember 2014 dan fasa Bulan Baru (New Moon) pada 22 Disember 2014 yang berlaku dalam selang masa hanya 2 hari ini menyebabkan terjadinya Perigean Spring Tide.

Walaupun ketika Perigean Spring Tide banjir tidak selalunya berlaku dan air laut pula hanya pasang sedikit, namun jika ada angin yang kuat dari laut menuju ke darat, boleh mengakibatkan terjadinya banjir.

Angin Monsun Timur laut yang bertiup kencang dari Laut China Selatan telah melengkapkan syarat untuk berlakunya banjir besar di Kelantan.

3. Menuduh punca banjir besar di Kelantan berpunca semata-mata akibat pembalakan di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang adalah tidak berasas sama sekali kerana paras air tinggi yang dicatatkan di Sg. Galas, Sg. Lebir, Sg. Kelantan dan Sg. Golok adalah datangnya dari beberapa anak sungai di lokasi jajaran pergunungan yang berbeza antaranya Gunung Stong, Taman Negara Kuala Koh, Gunung Tahan di Taman Negara Pahang dan jajaran pergunungan di daerah Waeng, Narathiwat.

4. Keluasan Gua Musang, Kuala Kerai dan Jeli adalah mewakili 79.3% daripada luas keseluruhan Kelantan dan 39% daripada keluasan tanaman atau aktiviti pertanian di Kelantan datangnya dari 3 daerah itu sahaja. Adapun selut yang tebal itu adalah terhasil daripada tanah-tanah yang terlibat dengan aktiviti pertanian ini selepas ditenggelamkan lebihan air deras setinggi 8 hingga 9 meter tadi.

5. Berkenaan mangsa banjir yang ramai pula, polulasi rakyat Kelantan yang tinggal di kawasan sepanjang Sg. Kelantan meliputi Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Kota Bharu yang dilanda banjir adalah mewakil 65% daripada keseluruhan populasi rakyat Kelantan. Oleh sebab itulah bilangan mangsa banjir di Kelantan lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain.

6. Sekali lagi saya berharap fokus kita ketika ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir tidak terganggu dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Hj. Ahmad bin Yakob.

Sekian.

Saturday 10 January 2015

ENAKMEN HUDUD DI KELANTAN MENENTUKAN PRINSIP PAS - Hj Razman PJ Perak

ENAKMEN HUDUD DI KELANTAN MENENTUKAN PRINSIP PAS

Ramai menunggu apa pendekatan dan pendirian PAS mengenai RUU Hudud yang akan dibawa ke Parlimen nanti sebagai Private Bill, insya Allah. Apa yang pasti ia adalah satu amanah yang perlu kita pikul bersama, bukanlah isu politik sepertimana yang dikatakan, sebaliknya ia adalah isu akidah yang menjadi asas dan prinsip perjuangan PAS.

Telah diketahui umum bahawa PAS adalah Harakah Islamiah (gerakan Islam) yang berjuang di atas jalur dakwah dan siasah. Dasar dan pandu arah PAS adalah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias. Lanskap politik Malaysia memperlihatkan bahawa tidak mungkin sebuah parti politik secara bersendirian boleh membentuk kerajaan. Sehinggalah ke hari ini Pakatan Rakyat sendiri yang terdiri daripada 3 parti komponen PAS, DAP dan PKR dilihat boleh mencabar BN yang terdiri daripada 14 parti komponen.

Kerangka kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah harus dari sudut syarak berdasarkan penelitian MSU (Majlis Syura Ulamak) di atas dasar kerjasama politik yang bersetuju terhadap persamaan dan juga menerima perbedaan prinsip perjuangan parti masing-masing. Inilah sepertimana yang telah dipersetujui sehinggalah terbentuknya Pakatan Rakyat.

Apabila kelantan hendak melaksanakan hudud, walaupun hakikatnya Islam yang menyeluruh adalah dasar perjuangan PAS secara sejagat, terdengar suara lantang daripada DAP dan PKR menolak perlaksanaan hudud. Terdapat pelbagai padangan daripada luar dan dalam parti terhadapnya. Bermula daripada orang bawahan sehinggalah pucuk pimpinan dalam parti yang melahirkan pandangan masing masing. Secara jelas, kepelbagaian ini akan memecahkan Pakatan Rakyat, atau dengan kata lain, mereka bercakap untuk menangkan dahulu ke Putrajaya, barulah bercakap tentang hudud.

Ada juga yang memberi keutamaan kepada menjaga akidah prinsip dan perjuangan PAS,  melihat sesuatu yang tidak terlintas oleh fikiran kasar, iaitu mendapatkan redha Allah SWT berdasarkan firmanNya :

(أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ)

Setelah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal, bagi orang-orang yang penuh keyakinan terhadap Allah, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah. (Surah al Maedah : 50)

Secara jelas, ayat ini meletakkan dua pilihan sahaja, antara undang undang Allah yang kita pilih, ataukah undang undang jahiliyyah. Bagi mereka yang yakin dengan Allah, pasti akan memilih undang undang Allah SWT agar ia diperjuangkan.

Berikut ialah kenyataan penuh oleh Menteri Besar Kelantan,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :

1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.

2. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud.

4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.

Berdasarkan kenyataan ini kita meletakkan kemungkinan dan kebarangkalian Private Bill ini akan mencapai matlamat atau tidak. Jangan lupa, kita disuruh oleh Allah SWT untuk memperjuangkan agamaNya, dan Dialah yang memudahkan kita untuk mengecapi matlamat tersebut atau sebaliknya. Jangan pula awal awal lagi kita sudah merasa putus asa dengan perjuangan ini.

Saya yakin, Parivate Bill ini akan mencapai matlamatnya sekiranya semua ahli PAS khususnya bersepakat dengan kepimpinan PAS. Kita bimbang, apabila PAS memperjuangkan hudud, ada pula dari dalaman yang akan mengkritik persepakatan sesama pimpinan dan lebih membimbangi kesepakatan dalam PR dari menjaga prinsip perjuangan. Ya, kita perlu bersepakat untuk melakukan kebaikan, selari dengan firman Allah SWT di awal Surah Al Maedah.

Dari aspek politik pula, bahawa pastinya akan timbul persepsi yang pro dan kontra, samada dalam Pakatan Rakyat, mahupun luar PR. Beberapa analisa yang boleh dinilai untung rugi dunia dan akhirat. Secara kasar boleh diperhatikan analisa butiran butiran berikut;

Parlimen 2008

PAS 23
PKR 31
DAP 28

Parlimen 2013

PAS 21
PKR 30
DAP 38

Dun 2008

PAS 83
PKR 41
DAP 73

Dun 2013

PAS 85
PKR 49
DAP 95

Kita boleh lihat sendiri siapa yang paling mendapat untung besar melalui kewujudan Pakatan Rakyat, dan siapa pula yang mendapat kerugian, walaupun agak tipis. PAS walaupun bertambah 2 Dun selepas Pakatan Rakyat, namun kehilangan dua Parlimen.

Kita juga boleh mempelajari daripada krisis yang berlaku di Perak sendiri, khususnya di Lumut dan Bagan Serai, dan umum sudah pun mengetahuinya, apatah lagi krisis "culik ahli" yang merugikan PAS. Kekesalan apabila ahli PAS bertanding atas tiket PKR atas alasan "Pakatan Rakyat". Di saat inu jugalah berlaku kecelaruan dalam jalur pentarbiahan PAS.

Kita juga perlu meraikan bahawa PAS mempunyai barisan penyokong tegar yang agak sensitif isu ini. Apatah lagi jentera akar umbi yang banyak dikaderkan oleh PAS sendiri, seolah olah keringat ahli ahli PAS yang diperah ini membantu memberi keuntungan yang lebih besar kepada orang lain, berbanding parti sendiri.

Sebagai contoh, pada 1980an, berlakunya penubuhan HAMIM, ketika di zaman pimpinan Dato Asri, yang menyebabkan timbulnya kecelaruan yang serius dalam PAS. Inilah antara serpihan PAS yang tersilap dalam memahami prinsip, lantas bersama HAMIM dengan semangat yang lenyap sepertimana perasaan.

Di sini, saya boleh simpulkan bahawa RUU Syariah Hudud perlu dibawa ke parlimen kerana;

1. Melenyapkan persepsi buruk masyarakat Melayu Islam terhadap PAS, dengan andaian telah menggadai prinsip serta menjadi boneka dalam Pakatan Rakyat. Atau dengan kata lain, kita mengembalikan kepercayaan masyarakat luar terhadap dasar perjuangan kita.

2. Kegagalan ke Putrajaya dalam PRU 13 baru-baru ini adalah kerana sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot iaitu 63.7% berpihak kepada BN. Ini kerana PAS dilihat tidak dominan dan tidak mampu menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Contohnya di Perak sendiri, Pakatan Rakyat gagal mengambil semula negeri ini seperti sebelumnya ketika kewujudan PR dan kerusi PAS dalam DUN berkurang daripada 6 kepada 5. Kedah pula sebelum tertubuhnya Pakatan Rakyat, PAS boleh memerintah, namun, selepas penubuhannya, terus  kehilangan sebuah negeri.

3. Tujuan penubuhan PAS pasti sudah diketahui oleh semua pimpinan khususnya Pakatan Rakyat, bahkan sebab PAS tidak boleh bersama UMNO juga turut diketahui oleh semua, iaitu kerana undang undang Allah yang dipanggil sebagai "hudud". Semua orang sudah sedia maklum tentang dasar PAS ini, termasuk sebelum tertubuhnya Pakatan Rakyat lagi, bahkan dasar ini sudah tercatat 40 tahun lebih awal daripada PR.

4. Dalam catatan sejarah PAS, alasan untuk menangguhkan pengenakmenatasi hudud adalah satu cabang yang kecil, yang telah lama digunakan oleh UMNO sejak puluhan tahun. Ya, masing masing sudah sedar perkara ini, dan sesiapa sahaja boleh semak sendiri dalam catatan sejarah.

5. Ketika ini, UMNO sedang merangka bagi mewujudkan indeks pelaksanaan syariah di Malaysia dalam strategi menawan hati atau menipu daya masyarakat Melayu khususnya. Sekiranya indeks ini menunjukan UMNO/BN telah melaksanakan 95% syariat Islam di Malaysia, berapa peratuskah kekuatan yang ada pada PAS untuk terus memperjuangkan hudud. Masyarakat mungkin akan beranggapan bahawa tak perlu hudud kerana Islam sudah pun terlaksana di Malaysia dengan banyak.

6. Laungan Tahaluf PAS adalah kerjasama politik dan tidak berkaitan dengan penggadaian prinsip, wajib dibuktikan kepada rakyat, agar mereka tidak tertipu dengan mainan sekularisme yang menggambarkan Islam hanya sekadar dalam beberapa aspek. DAP pula dilihat sebagai "expert agen" dalam menolak hudud yang menjadi dasar PAS.

7. Hudud (undang undang Allah) merupakan perjuangan PAS yang dipelopori oleh ulamak terdahulu hinggalah ke hari ini, dan ia akan kekal berterusan.  Perjuangan Islam dan dasarnya tetap berterusan walaupun ramai pimpinan ahlinya yang sudah meninggal dunia. Ya, ia akan tetap bersilih ganti hinggalah kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah SWT. Tetap bersama para ulamak dalam tafsiran perjuangan.

8. Private Bill ini mesti diteruskan kerana setelah melalui lebih 50 tahun perjuangan PAS membawa prinsip ini. Peluang ini telah diberikan oleh Allah menguji kita menghargai peluang yang diberikanNya, serta menjadi ujian terhadap kefahaman dan kesungguhan ahli ahlinya memperjuangkan prisip jemaahNya.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

19 Rabiul Awwal 1436
Sabtu 10 Januari 2015