Thursday 27 April 2017

BERJIHAD DI JALAN ALLAH

*PERINGATAN DIRI*

1. BERJIHAD atau Berjuang di jalan Allah bagi menegakkan Kalimah Allah bukan satu tugasan yang mudah.

2. Perkataan "JIHAD" itu sendiri mempunyai dua maksud dalam bahasa Arab iaitu "usaha bersungguh-sungguh" dan "penat". Justeru, JIHAD bermaksud usaha bersungguh-sungguh sehingga penat dan letih.

3. JIHAD memerlukan pengorbanan masa, jiwa, perasaan, jasad dan harta.

4. Masa kehidupan dihabiskan untuk Islam. Jiwa dan perasaan dikorbankan apabila terpaksa meninggalkan anak isteri dan kampung halaman demi perjuangan.

5. Jasad dikorbankan dengan pelbagai keletihan dan kepenatan. Malah nyawa akhirnya menjadi taruhan.

6. Harta juga dihabiskan kerana ia dicari bukan untuk diri sendiri.

7. Namun ganjarannya sangat besar di sisi Allah.

8. Allah berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ( 20 )

"Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka lebih besar darjatnya di sisi Allah dan merekalah sebenar-benar orang yang berjaya"
Surah Taubah ayat 20

9. Segala kepenatan dan kepayahan itu pasti dibayar oleh Allah dengan rahmat, keredhaan dan SyurgaNya.

 يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ ( 21 ) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ ( 22 )

"Mereka diberi khabar gembira oleh Rabb mereka dengan rahmat daripadaNya dan keredhaan, dan juga syurga-syurga bagi mereka dalamnya penuh dengan nikmat yang tetap dalam keadaan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah di sisiNyalah ganjaran yang hebat"
Surah Taubah ayat 21-22

10. Tidak sedikit umat Islam yang sedang BERJIHAD dengan jiwa raga dan harta benda mereka demi Islam namun tinggal lagi persoalan ialah "adakah saya salah seorang daripada mereka? "

Sekian

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Khamis 27hb April 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Kajian INVOKE Tidak Boleh Dipercayai

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-lebih-yakin-kajian-sendiri-1.665370

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/rafizi-invoke-penipu-pas-kaji-menang-pru

Monday 24 April 2017

Pelihara Keharmonian Bermasyarakat Dengan Mengelakkan Provokasi Keagamaan

*Pelihara Keharmonian Bermasyarakat Dengan Mengelakkan Provokasi Keagamaan*

Keharmonian bermasyarakat dalam sebuah masyarakat wajib dipelihara.  Ia berlaku dengan masing-masing tidak melakukan tindakan bersifat provokasi terhadap agama lain atau tokoh agama lain.

Apabila Dr Zakir sebagai tokoh pendakwah muslim diganggu dengan beberapa tindakan provokasi maka ia tentu mengundang tindak balas daripada pihak muslim yang lain.

Puisi Dr Asri mungkin salah satu tindak balas atas tindakan provokasi terhadap Dr Zakir Naik. Pelbagai pihak mungkin ada sudut pandang berbeza dalam mentafsirkan suatu ungkapan bernilai sastera kerana ia membuka ruang tafsiran bersifat subjektif. Namun, jika satu pihak tidak memulakannya maka tiadalah tindak balas seumpamanya.

Maka semua pihak perlu segera menghentikan sebarang provokasi bersifat keagamaan.

Negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Ia perlu diberikan penghormatan. Agama lain juga berhak untuk diamalkan dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan. Ia juga perlu dihormati.

Sekian

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Isnin 24hb April 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Friday 21 April 2017

Lindungi Dr Zakir Naik Sebagai Pendakwah

Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

*Lindungi Dr Zakir Naik Sebagai Pendakwah*

1. Pendakwah Islam yang membawa misi kedamaian perlu dilindungi apatah lagi oleh sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Memberikan taraf PR kepada Dr Zakir Naik adalah tindakan yang tepat dan benar oleh kerajaan Malaysia bagi melindungi pendakwah.

2. Dakwah beliau menimbulkan kecemburuan banyak pihak di peringkat antarabangsa sehingga dicipta dan direka pelbagai tohmahan bagi menimbulkan persepsi terhadap dakwah harmoni yang beliau bawa.

3. Kenyataan seorang Menteri yang mempertikai pemberian taraf pemastautin tetap kepada beliau sangat mengecewakan. Ia juga menunjukkan kegagalan dalam kebertanggungjawapan bersama oleh menteri kerajaan dalam membuat keputusan.

4. Saya bimbang ada menteri kerajaan yang sudah mengikut rentak politik DAP mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan dakwahnya.

Sekian

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Jumaat 21 hb April 2017 / 24 Rejab 1438 H

http://www.drtakiri.blogspot.com
http://www.facebook.com/drtakiri/

Thursday 20 April 2017

HARGA KERETA :* *ADA CARA TURUN, TETAPI KERAJAAN SENGAJA TIDAK MAHU TUNAI JANJI*

*Kenyataan Media*

12 April 2017 | 15 Rejab 1438H

*HARGA KERETA :*
*ADA CARA TURUN, TETAPI KERAJAAN SENGAJA TIDAK MAHU TUNAI JANJI*

1. Pada 4 April (Selasa) lalu, saya telah menerima jawapan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terhadap soalan saya berkenaan janji Kerajaan untuk *menurunkan harga kereta sehingga 30% menjelang 2018 dan kesediaan Kerajaan untuk menghapuskan duti eksais*. Soalan ini berikutan janji yang telah *dikemukakan oleh BN dalam manifesto mereka pada PRU13 lalu*.

2. Jawapan tersebut menjelaskan, *bagi tempoh 2013 hingga 2015, harga kereta telah turun sebanyak 14.68% namun meningkat semula sebanyak 2.13% pada 2016 menjadikan penurunan keseluruhan harga kereta sehingga 2016 hanyalah sebanyak 12.55%*. Dinyatakan juga bahawa Kerajaan tiada perancangan untuk mengkaji dan mengstruktur semula cukai eksais kenderaan.

3. Berdasarkan jawapan yang diberikan ini menunjukkan satu lagi janji yang gagal ditunaikan oleh Kerajaan *atau lebih tepat sebenarnya Kerajaan sengaja tidak mahu menunaikan janji tersebut; kerana, terdapat cara-cara bagi mengurangkan harga kereta.*

4. Mendukacitakan juga apabila Kementerian menyatakan, _“Harga kereta tidak ditetapkan oleh Kerajaan, sebaliknya dintentukan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan pemasang kenderaan berdasarkan faktor pasaran (market forces)...”_, *seolah-olah mahu berlepas tangan dengan janji yang telah pun diumumkan kepada rakyat*. Soalnya, jika sungguh alasan ini menjadi penghalang kepada Kerajaan untuk menurunkan harga kereta, kenapa berjanji kepada rakyat?

5. Sedangkan, keperluan untuk Kerajaan menurunkan harga kereta amat mustahak memandangkan *36% daripada jumlah yang diisytiharkan muflis di negara ini ialah kerana hutang kenderaan*.

6. Namun, realiti harga kenderaan yang mahal di negara ini sudah diketahui dan diakui; sehingga Malaysia pernah disenaraikan di kedudukan 10 tertinggi tempat paling mahal untuk memiliki kereta di dunia oleh sebuah portal antarabangsa. Harga kereta di negara ini juga lebih mahal berbanding negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand.

7. Harga yang mahal ini disebabkan oleh *adanya duti eksais yang dikenakan pada kadar yang sangat tinggi iaitu 65% hingga 125%* bagi sesebuah kenderaan. Contohnya, kereta Proton Preve Premium 1.6 yang dijual pada harga melebihi RM72,000 jika tanpa duti eksais harganya hanya sekitar RM45,000 sahaja.

8. Sekalipun tempoh pinjaman kenderaan di negara ini agak panjang menjadikan seseorang berkemampuan untuk memiliki kenderaan, namun *kesannya ia membawa kepada peningkatan hutang isi rumah sehingga boleh menyebabkan seseorang bankrap.*

9. Oleh itu, sebagai penyelesaian terhadap isu ini, saya menggesa Kerajaan agar hasil cukai yang berjumlah RM7 bilion hingga RM10 bilion yang diperolehi daripada duti eksais itu *dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pemberian rebat untuk pembelian kereta terutamanya kepada pembeli kereta pertama yang dikategorikan sebagai B40*.

10. Selain itu, saya juga mencadangkan agar Kerajaan *memperkenalkan pinjaman kenderaan berasaskan _al-Qard Hassan_ menerusi institusi khas yang ditubuhkan* (seperti PTPTN untuk pinjaman pendidikan). Ini sangat penting bagi *mengurangkan unsur perniagaan dan keuntungan yang keterlaluan dalam perkara yang melibatkn keperluan rakyat marhaen*.

11. Tambah pula, memiliki kenderaan adalah sesuatu yang penting bagi menjamin kebahagiaan seseorang seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. :

(Maksudnya) _"Antara kebahagian anak Adam 3 perkara dan antara kecelakaan anak Adam juga 3 perkara. Antara kebahagiannya ialah wanita yang solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang selesa. Dan antara kecelakaan anak Adam ialah wanita yang jahat, kediaman yang tidak baik dan kenderaan yang tidak bagus."_ (Hadis di nilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani)

Sekian.

_*“Inilah Penyelesaian Kita”*_

*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

FB : http://www.facebook.com/drtakiri/

Wednesday 19 April 2017

Penagihan Alcohol - Dr Khairuddin Takiri

Tulisan Dr Takiri

Sebagai sebuah negara yang memaktubkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan dan mempunyai penduduk majoriti Melayu dan Islam, Malaysia sepatutnya malu dengan tindakan proaktif dan realistik kerajaan Republik Singapura yang memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat-tempat awam selepas 10.30 malam hingga 7.00 pagi.

Lebih daripada itu, Singapura juga telah mewartakan dua “liquor control zones” iaitu di Little India dan Geylang.

Di kedua-dua kawasan ini pengambilan alkohol tidak dibenarkan pada semua masa pada hujung minggu dan cuti am.

Melalui undang-undang yang baru diluluskan oleh parlimen negara itu awal tahun ini juga, hukuman bagi kesalahan menjual dan meminum arak dalam waktu larangan di tempat awam akan dikenakan denda sebanyak SG$1,000.

Manakala bagi kesalahan berulang pula dikenakan denda SG$2,000 dan boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan.

Bagi penjualan alkohol di luar waktu dagangan yang ditetapkan dalam lesen pula, mereka boleh dikenakan denda sehingga SG$10,000.

Malangnya Malaysia yang mempunyai 56.4 peratus rakyat berbangsa Melayu dan 61.3 peratus beragama Islam telah disenaraikan oleh World Health Organisation (WHO) dalam laporannya pada 2011 sebagai negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia walaupun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain.

Statistik oleh sebuah badan antarabangsa juga mendapati rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada AS$500 juta (RM1.5 bilion) setiap tahun untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak 7 liter.

Walaupun angka ini adalah rendah berbanding negara-negara barat yang lain, namun ia adalah tinggi bagi negara-negara Asia.

Penggunaan arak di Malaysia pula ialah sebanyak 11 liter per kapita.

Angka ini dikira sebagai tinggi dan dikatakan hampir sama dengan negara-negara Eropah.

Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia.

Sekiranya Singapura yang hanya mempunyai 14 peratus rakyat berbangsa Melayu dan 14.9 peratus beragama Islam boleh meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang seumpama ini, Malaysia sepatutnya boleh dan perlu melakukan lebih daripada itu.

Tanggungjawab ini juga wajib dilaksanakan selaras dengan roh syariat Islam yang mengharamkan arak demi memelihara akal manusia dan kerana arak juga adalah ibu segala maksiat.

Sekiranya penjualan dan pengambilan arak ini berjaya dibendung secara sewajarnya, nescaya pelbagai masalah sosial dan jenayah dapat dibanteras.

Data-data berikut dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:

(i) Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

(ii) Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6 peratus mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

(iii) Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.

(iv) Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol adalah penyakit kardiovaskular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

(v) 48 peratus daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol.

(vi) Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3 peratus kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alkohol manakala 4.5 peratus kes penderaan kanak-kanak.

(vii) Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.

(viii) Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

(ix) Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45 hingga 46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

http://www.malaysiakini.com/news/295196

Anak Luar Nikah

Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 159,725 kelahiran anak luar nikah atau tidak sah taraf, didaftarkan di seluruh negara bagi tempoh tiga tahun, bermula 2013. Menurut JPN, pendaftaran semua kelahiran itu hanya membabitkan wanita Islam, kerana tiada status sedemikian untuk bukan Islam. Statistik itu merekodkan 2014 sebagai tahun paling ramai anak luar nikah dalam tempoh berkenaan, iaitu 54,614 orang, 672 kelahiran lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Bilangan anak tidak sah taraf direkodkan JPN pada tahun 2013 adalah 53,492 orang, berdasarkan kepada jumlah pendaftaran yang dibuat di jabatan berkenaan. Bagaimanapun, pendaftaran anak tidak sah taraf yang direkodkan tahun lalu menunjukkan penurunan sebanyak 3,445 kelahiran, berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun lalu, JPN merekodkan 51,169 pendaftaran membabitkan anak tidak sah taraf, menjadikan ia jumlah terendah bagi tempoh tiga tahun itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192319

Friday 14 April 2017

Kredibiliti YB Rafizi Sangat Meragukan Dengan Tuduhan Bersumberkan Dengar Cakap*

Kenyataan Media

*Kredibiliti YB Rafizi Sangat Meragukan Dengan Tuduhan Bersumberkan Dengar Cakap*

oleh
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

1. Sidang media oleh YB Rafizi dalam isu tuduhan kaitan PAS dengan dana 1MDB menunjukkan betapa beliau seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai. Bagaimana beliau boleh membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas?

2. Sekiranya bekas pegawai SPRM yang dirujuk oleh beliau sebagai sumber tuduhan beliau adalah orang sama yang saya dan beberapa pimpinan PAS temui sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, maka sangat jelas bahawa YB Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau.

3. Dalam pertemuan kami, bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau *"merasakan"* pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam *"seimbas lalu"* sahaja yang *"dirasakan"* mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan PAS.

4. Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru,  kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau.

5. Beliau juga tidak menyatakan jumlah wang yang terkait dan juga tidak dapat menyatakan tarikh berkaitan. Semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang evidence.

6. Kami menganggap ianya hanya satu bentuk maklumat yang sangat longgar dan tidak sesuai utk dijadikan isu atau diambil tindakan lanjut secara lebih konkrit.

7. Sehingga kini segala dokumen yang kami perlukan belum dibekalkan oleh pegawai SPRM berkenaan (sekarang beliau adalah pesara).

8. Kenyataan YB Rafizi juga hanya bersumberkan maklumat pegawai SPRM secara lisan dan kenyataan itu juga tidak disertakan dengan sebarang bentuk maklumat terperinci mahupun sebarang dokumen pembuktian.

9. Persoalannya; bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini  dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan? Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya?

10. Kaedah pengadilan Islam yang diterima oleh dunia pengadilan menyebut:
*"Bukti adalah kewajipan ke atas pendakwa"*

Adakah sumber maklumat yang tidak jelas sebegitu adalah "bukti"?

11. Kaedah pengadilan juga menyatakan:
*"Seseorang itu secara asasnya adalah bebas daripada sebarang tuduhan".*

12. Mungkin kegelojohan mencipta isu untuk menarik khalayak bagi kepentingan politik sempit mendorong beliau melakukan sesuatu yang tidak beretika.

13. Kenyataan YB Rafizi yang bersifat tuduhan ini adalah dalam konteks niat jahat memalitkan isu ini kepada PAS dengan bersandarkan "cakap dengar" sahaja tanpa sebarang pembuktian.

14. Orang yang dituduh pula tiada lagi kaitan dengan PAS. Jika ada kaitan sekalipun apa bukti sebarang transaksi kewangan kepada PAS daripada individu yang dituduh itu.  Semuanya hanya bersifat sangkaan untuk mencipta persepsi jahat. Betapa ramai rakyat Malaysia yang jatuh berdosa menyebarkan tuduhan kerana ia dicetuskan oleh seorang bergelar YB.

15. Rakyat telah menilai betapa gelojohnya YB Rafizi membuat tuduhan berasaskan cakap dengar hanya semata-mata kebencian kepada PAS dan juga semata-mata kerana menentang RUU 355 yang diusahakan oleh PAS.

16. Justeru, saya menyeru YB Rafizi untuk segera bertaubat kepada Allah daripada dosa merosakkan nama seseorang dengan tuduhan palsu dan tuduhan yang tidak mempunyai asas yang jelas dan kabur.

Allah berfirman

 وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

_"Dan orang-orang yang menyakitkan orang-orang beriman lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak dilakukannya maka mereka telah menanggung kejahatan tuduhan palsu (buhtaan)  dan dosa yang sangat nyata"._
Surah al-Ahzab ayat 58.

17. Berkata seorang tokoh ulamak terkenal, Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid
_*"sesungguhnya sangkaan jahat dan kegopohan menuduh telah menakutkan ramai yang tidak berdosa dan menzalimi ramai manusia.  Menjadi sebab orang yang soleh diketepikan tanpa sebab yang syarie. Membangkitkan permusuhan dan siri-siri kezaliman daripada golongan yang jahil yang menyebarkan berita, sangkaan penuh dosa, umpatan yang jahat dan tuduhan palsu. Sesungguhnya tuduhan kepada orang yang tidak bersalah dengan tuduhan palsu, hanya berupa sangkaan dan telahan dan tuduhan terhadap orang Islam melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, kesudahannya sangat buruk di dunia dan di akhirat."*_

rujuk https://almunajjid.com/8087

18. Suka juga disebut bahawa pegawai SPRM berkenaan menganggap pembangkang sebagai " bodoh" apabila memfokuskan pada 1MDB yang tiada bukti yang kukuh (kerana tiada penyiasatan terperinci) sedangkan bukti yang boleh disiasat menurut penyiasatan mereka adalah melibatkan SRC. Itu pandangan beliau.

19. YB Rafizi juga sangat kuat berbohong apabila menuduh PAS tidak pernah berbicara tentnag 1MDB. Sedang PAS konsistan berbicara tentang isu 1MDB sejak dahulu berasaskan kepada beberapa prinsip antaranya prinsip kerajaan berniaga, perniagaan bermodalkan hutang, hutang dijamin kerajaan melibatkan dana awam dan hutang berasaskan riba.  Semua prinsip ini adalah asas kepada penolakan PAS terhadap 1MDB bukan hanya fokus kepada kegagalan bisnes 1MDB.

20. Saya rasa YB Rafizi perlu fokus pada tuduhan oleh Chegu Bard yang telah tersebar bahawa beliau dan PKR menerima wang daripada John Soh yang terlibat dengan pelbagai skandal salah laku kewangan sehingga merengkok di dalam penjara di Singapura sekarang.

Sekian.

Jumaat 14 hb April 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Wednesday 12 April 2017

USUL RUU 355 DI DEWAN RAKYAT HARI INI*

*USUL RUU 355 DI DEWAN RAKYAT HARI INI*

oleh
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Alhamdulillah. Selawat dan Salam buat Rasulillah, juga buat Ahli Keluarga dan Sahabat Baginda dan seluruh mereka yang mengikut Sunnah Baginda.

1. Hari ini insyallah Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai RUU 355 akan dibentang untuk dibahas di Dewan Rakyat oleh YB Kawasan Marang.

2. Ia bertujuan untuk mencadangkan pindaan terhadap *"Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965"* daripada kadar hukuman tidak lebih 3 tahun penjara, lima ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan kepada tidak lebih 30 tahun penjara, 100 ribu ringgit denda dan 100 kali sebatan menurut Syariah.

3. Akta ini setelah berjaya dipinda di Parlimen membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri meminda kadar hukuman kesalahan Syariah dalam Enakmen-enakmen Kesalahan Syariah yang akan terpakai di Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri.

4. Akta 355 sejak diperkenalkan pada 1964 di Parlimen *hanyalah berkaitan dengan kadar hukuman kesalahan jenayah di Mahkamah Syariah yang khusus untuk orang Islam sahaja* sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

5. Keperluan meminda Akta ini merupakan hasrat besar umat Islam di Malaysia. Malah ia juga disokong oleh tokoh ulamak antarabangsa seperti Syeikh Dr Hammam Sa'id, bekas Muraqib Aam Ekhwan Jordan (sesi 2008-2016) dan Syeikh Dr Solah Khalidi, tokoh ulamak tafsir Jordan sebagaimana rakaman ucapan mereka berdua yang tersebar luas.

6. Saya menyeru seluruh Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia beragama Islam yang cintakan agama mereka dan bukan muslim yang memahami bahawa RUU 355 adalah khusus berkaitan kepentingan umat Islam sahaja agar sama-sama berdoa supaya segala usaha ini berjalan lancar.

Sekian
Khamis 6 hb April 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

RUU 355 Dibentang & Disokong*

*RUU 355 Dibentang & Disokong*

Alhamdulillah.  RUU 355 telah dibentangkan huraiannya oleh YB Marang dan ucapan sokongan telah disampaikan oleh YB Kota Bharu. 

Mengikut jadualnya saya pula akan memulakan sesi perbahasan tetapi oleh kerana speaker telah menamatkan sesi sidang insyallah peluang untuk semua yang lain berbahas insyallah pada sidang seterusnya. 

Ia memberi peluang untuk semua rakyat termasuk ahli parlimen khususnya bukan Islam untuk memahami hujah dan rasional pindaan Akta 355.

Ucapan pembentangan YB Marang lebih setengah jam dan ucapan sokongan YB Kota Bharu hampir sejam setengah yang penuh dengan fakta dan hujahan akan mula dibahaskan oleh masyarakat secara akademik kerana kedua-dua ucapan itu adalah HUJAHAN RASMI daripada PAS yang membawa Usul RUU 355.

Dr Khairuddin at-Takiri
6 hb April 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Akhbar Siar Karikatur Hina Speaker, Hadi Perlu Kena Tindakan

Monday, 10 April, 2017
Akhbar Siar Karikatur Hina Speaker, Hadi Perlu Kena Tindakan

ShareTweetPinMail
10 APRIL : Meskipun permohonan maaf telah dibuat, perbezaan pandangan tidak menghalalkan penghinaan termasuk apa dilakukan akhbar Nanyang Siang Pau apabila menyiarkan karikatur menghina Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen PAS Marang.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali, tindakan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia merupakan suatu penghinaan terbesar buat umat Islam dan ia perlu diambil tindakan.

“Tindakan akhbar terbabit yang membuat karikatur monyet memakai serban sangat jijik dan tidak beradab.

“Penghinaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana agama dan norma ketamadunan. tak ada sebuah negara di dunia yang membenarkan seseorang membuat penghinaan kepada orang lain yang berbeza pandangan,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Akhbar Nanyang Siang pada Sabtu dan edisi eNanyang menyiarkan karikatur yang memaparkan seolah-olahpresiden PAS itu dan Speaker Dewan Rakyat sebagai monyet.

Bertajuk “Akta Monyet”, akhbar tersebut memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

Bagaimanapun, pengurusan akhbar itu telah menarik balik karikatur tersebut dan memohon maaf kepada Hadi dan Pandikar Amin.

“Akhbar kami bertarikh 8 April pada (bahagian) B2 menyiarkan satu komik mengenai Akta 355 dan tidak menghormati Pandikar and Hadi Awang. (Oleh itu) Nanyang dengan sepenuh hati memohon maaf kepada kedua-dua,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan terjemahan.

Tambah Khairuddin tindakan akhbar tersebut berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan boleh mengundang pertumpahan darah.

“Pihak polis mesti segera mengambil tindakan bagi menjaga keharmonian bermasyarakat dalam negara ini,” ujarnya.

Karikatur itu merujuk keputusan Pandikar Amin menangguhkan perbahasan pembentangan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU  355) oleh Hadi sebagai Usul Persendirian pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat sesi lalu pada 6 April.

Keputusan itu menimbulkan kekecohan dicetuskan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan membabitkan DAP, PKR dan PAN.

Terdahulu Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menyifatkan karikatur itu sebagai tindakan yang ‘kurang ajar dan melampau’.

“Nanyang Siang Pau mesti menarik balik kartun itu dan memohon maaf kepada umat Islam, terutamanya PAS,” katanya.

Beliau juga berkata parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina, yang dimiliki oleh jutawan balak Sarawak Tan Sri Tiong Hew King.

Manakala Pemuda PAS Selangor yang berang dengan apa dianggap sebagai penghinaan, menyeru umat Islam supaya bangkit dan mengadakan bantahan di luar pejabat akhbar itu di Petaling Jaya pagi esok.

“Dewan Pemuda PAS Selangor mengerahkan seluruh Pemuda dan menyeru umat Islam bangkit dan mara mempertahankan maruah umat Islam.

“Kebiadapan dan penghinaan yang di buat melalui karikatur kepada presiden PAS dan perjuangan memartabatkan mahkamah syariah dalam RUU 355 oleh akhbar Nanyang Siang Pau,” katanya.

DAP "Anak Butir Tahi" PAP

"Anak butir" adalah perumpamaan dalam loghat terengganu merujuk kepada anak didik seseorang.  "anak butir tahi" pula merujuk kepada anak didik yang saling tidak tumpah dengan gurunya dan mengikut telunjuk gurunya walau pada perkara keburukan. DAP sememangnya "anak butir tahi" PAP kerana DAP menyambung legasi perjuangan PAP apabila Singapura keluar dari Malaysia..
Adakah DAP menerima hak istimewa Melayu?
Adakah DAP menerima Islam agama Persekutuan?
Adakah DAP menerima kedudukan dan kedaulatan raja-raja Melayu?

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Perumpamaan Dengan Binatang Dalam al-Quran

Perumpamaan Dengan Binatang Dalam al-Quran

Antara laras bahasa al-Quran ialah perumpamaan kerana ia memberi kesan yang besar kepada pendengarnya.  Termasuklah antaranya perumpamaan menggunakan binatang.

Tujuan perumpamaan al-Quran sebagaimana dikaji oleh Sarjana Balaghah antaranya untuk mengeji atau menghina sesuatu sifat,  perlakuan atau satu golongan kalangan manusia

Antaranya
"seumpama keldai menanggung buku-buku ilmu", bertujuan mengeji kelompok berilmu tapi tidak beramal

"seumpama anjing sekiranya kamu halau dia tetap menjelir lidahanya jika dibiarkan pun tetap menjelirkan lidah", bertujuan mengeji golongan berilmu yang meninggalkan ilmu lalu mengikut hawa nafsunya.

Setiap bangsa dan bahasa mempunyai perumpamaan mereka tersendiri yang dipetik berdasarkan budaya dan pengalaman kehidupan mereka.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Tuesday 11 April 2017

Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin

Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin

FacebookTwitterGoogle+WhatsAppEmailPinterestLineSMSWeChatShare

Pada 11-04-2017 04:04 Ditulis Oleh Shuhaniza Said

 

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak perlu berlengah-lengah untuk mendedahkan bukti dakwaannya mengenai penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada seorang tokoh rapat dengan pemimpin PAS.

 

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Rafizi perlu berbuat demikian selepas beberapa kali dakwaannya sebelum ini gagal dibuktikan. 

 

"Tuduhan Rafizi itu, dia kena tunjukkan bukti segera, tunggu apa lagi. Sebutlah nama (pemimpin yang dimaksudkan) terus.

 

"Dan PAS tak perlu respon apa-apa. Dia (Rafizi) hanya menyebut tentang orang yang dikaitkan dengan PAS. Sebutlah nama dulu," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi hari ini.

 

Kata Khairuddin, tindakan Rafizi itu menggambarkan dirinya sebagai seorang 'kartun politik'.

 

"Mula-mula dia sebut orang itu yang rapat dengan PAS, kemudian dia sebut pula bekas pimpinan PAS. Selepas ini tak tahu apa lagi yang dia nak sebut. Itulah kartun politik.

 

"Rafizi tiada kredibiliti untuk bercakap perkara seumpama ini, dia sudah banyak kali berbohong, dan orang yang berbohong tak boleh dibawa berhujah. Rakyat tak perlu dengar cakap Rafizi yang bersifat tuduhan," kata beliau lagi. 

 

Ketika ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan terhadap pemimpin PKR itu, Khairuddin berkata, parti itu buat masa ini belum bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah Rafizi tampil mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya. 

 

Terdahulu, Rafizi dalam satu kenyataannya berkata akan mendedahkan kepada umum nama tokoh yang dikaitkan dengan penyaluran dana 1MDB itu dalam masa terdekat.

 

Malah, Ahli Parlimen Pandan itu turut akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar badan berkenaan dapat merujuk kembali kertas siasatan kes itu.

 

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai satu pembohongan semata-mata dan meminta pemimpin PKR itu untuk segera bertaub

http://antarapos.com/am/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WncpdmZw==

Monday 10 April 2017

Liputan Media Isu Jenayah Intelek PAN

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/04/10/guna-nama-nik-aziz-pan-diselar-lakukan-jenayah-intelek/

PAS bidas penganjuran seminar pemikiran Nik Aziz
http://www.bharian.com.my/node/270209

http://antarapos.com/am/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WncpdjaA==

Jenayah Intelek Terhadap Allahyarham Tok Guru Nik Aziz

*Jenayah Intelek Terhadap Allahyarham Tok Guru Nik Aziz*

1. Semalam PAN mengadakan seminar pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Tujuannya ialah untuk menggambarkan parti yang mereka tubuhkan daripada serpihan PAS adalah selaras dengan pemikiran dan direstui Allahyarham Tok Guru.

2. Ini merupakan satu *manipulasi terhadap pemikiran seorang yang telah tiada di dunia ini.* Tok Guru tidak ada kena mengena dengan parti tersebut. Malah Tok Guru terus istiqamah bersama PAS sehingga ke akhir hayatnya. Tok Guru tidak pernah menyeru sesiapa untuk keluar daripada PAS.  Itu adalah fakta semasa hayat beliau.

3. Setiap orang berhak mengkaji pemikiran sesiapa pun termasuk pemikiran seorang tokoh yang telah meninggal dunia.  *Tetapi kita tiada hak menisbahkan sesuatu kepada seorang yang tidak pernah memperkatakannya.*

4. Kaedah Fiqh menyatakan

لا ينسب قول لساكت

"tidak dinisbahkan satu ungkapan pada seorang yang diam".

Berdasarkan kaedah ini tindakan PAN adalah satu jenayah intelek terhadap nama baik Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

5. Pelbagai andaian dibuat dan direka lalu dinisbahkan kepada seorang yang telah tiada di dunia ini

6. Ia adalah satu penipuan, cerita rekaan dan pembohongan yang sangat nyata dan keji.

7. Cerita rekaan ini disebut dalam istilah hadis Nabi sebagai _"buhtan"_ atau cerita rekaan dan pembohongan yang jelas haram hukumnya.

8. Antara isi Baiah Aqabah yang pertama antara Nabi saw dan para Sahabat dari Yathrib 2 tahun sebelum Hijrah ialah

وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ

"Dan kamu berbaiah (beraku janji) untuk tidak mendatangkan satu (buhtan) cerita rekaan yang kamu reka di kalangan kamu"
(Hadis Sahih Bukhari)

9. Kata tokoh Ulamak Ali al-Qari (meninggal tahun 1014 H)  dalam Mirqah al-Mafatih ketika menghuraikan maksud Baiah di atas: "janganlah kamu menisbahkan cerita rekaan itu kepada seseorang berasaskan sangkaan yang rosak"

10. Seminar ini telah mencipta pelbagai cerita rekaan dan andaian berasaskan sangkaan yang rosak dan salah lalu dinisbahkan kepada batang tubuh Tok Guru Nik Aziz yang telah pergi ke rahmatullah dan tentu Allahyarham tidak boleh menjawap bagi menafikannya.

Sekian

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 10 hb April 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/
http://www.drtakiri.blogspot.com

Sunday 9 April 2017

RUU 355 Adalah Dakwah; Bersabarlah!!!*

Risalah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

*RUU 355 Adalah Dakwah; Bersabarlah!!!*

oleh
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله.

1. RUU 355 adalah bertujuan meningkatkan kadar hukuman kepada kesalahan Syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri khusus untuk umat Islam.

2. Hukuman sebagai satu proses pendidikan adalah suatu yang rasional bagi seorang pelaku kesalahan yang tidak mampu disekat melakukan kesalahan oleh pendidikan berupa nasihat dan peraturan.

3. PAS telah membentangkan hujah dan rasional RUU 355 di Dewan Rakyat secara rasmi pada 6 hb April 2017 menerusi YB Marang dan YB Kota Bharu. Rakyat dan juga ahli parlimen mempunyai ruang masa yang luas untuk meneliti hujahan sebelum perbahasan dibuka nanti di Dewan Rakyat. *Insyallah lebih ramai yang menentang akan berubah menjadi pendokong apabila dakwah dan penjelasan diperluaskan.*

4. *RUU 355 adalah Dakwah*.  Ia memberi peluang untuk rakyat lebih mengenali Islam dan undang-undang Islam, dan menyedari tanggungjawab memperkasakan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini. *Ia adalah dakwah yang besar yang sedang masuk jauh ke sanubari setiap muslim di negara ini dan sedang menembusi pasaran baru ke hati-hati bukan Islam.* Dakwah memerlukan masa dan kesabaran.

5. Namun, penentangan keras oleh ahli parlimen PH di awal usaha pembentangan sehingga lahirnya aksi yang menjengkelkan di Dewan Rakyat seterusnya kenyataan media menolak RUU 355 seusai sidang mengajak rakyat menilai apa sebenarnya rasional penentangan Pakatan harapan?

6. Jika RUU 355 dikatakan permainan Umno maka mudah sahaja.  Sokonglah RUU 355 pasti berakhirlah permainan Umno.

7. Jika RUU 355 dikatakan pemecah-belah pakatan pembangkang maka mudah sahaja. Sokonglah RUU 355 pasti bersatulah pembangkang.

8. Jika dibuat alasan kononnya PH mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah yang menyeluruh bukan hanya pemerkasaan kadar hukuman maka mudah sahaja.  Bawalah usul baru memperkasakan Mahkamah Syariah dan jangan lupa, sokonglah RUU 355 sekarang.
9. Jika RUU 355 dikatakan menimbulkan polemik di kalangan rakyat maka mudah sahaja. Hentikanlah polemik dengan PH menyokong RUU 355.

10. Tapi adakah itu semua alasan sebenar penolakan? Tidak. Mereka tiada alasan dan hujah rasional kerana
- RUU 355 adalah mengikut perlembagaan. 
- RUU 355 adalah hak orang Islam.  - RUU 355 tidak melibatkan bukan Islam.

Mereka tidak menentang RUU kerana hujah rasional. Mereka menentang kerana sentimen.

11. Sebenarnya PH menari mengikut tarian DAP yang menentang sebarang usaha pemerkasaan Islam dalam negara ini.  ITULAH SEBENARNYA.

12. *Pemerkasaan Islam umpama panah dan petir yang menusuk ke telinga mereka lalu mereka menutup telinga dengan kedua belah tangan kerana ketakutan.*

13. Salah seorang pemimpin pembangkang seumpama orang gila ketakutan atau dirasuk syaitan apabila pembentangan usul mahu dimulakan oleh YB Marang.

14. Mereka sudah terlupa bahawa memperkasakan Islam adalah hak rakyat Muslim di negara yang meletakkan "Islam Agama Persekutuan" dalam peruntukan perlembagaannya. Mereka terlupa untuk menghormati hak ini.

15. Mereka cuba melupakan bahawa Mahkamah Syariah adalah mahkamah asal negeri-negeri dalam negara ini.

16. Mereka cuba melupakan bahawa Islam adalah undang-undang asal Tanah Melayu ini.

17. Namun, apabila RUU 164 dicadangkan oleh kerajaan mereka berbondong-bondong menyokongnya termasuk oleh Ahli Parlimen Muslim Pakatan harapan.  Meskipun RUU itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan jelas bercanggah dengan akidah muslim.

18. Malangnya, komponen BN seperti MIC dan MCA juga menari mengikut tarian DAP. Mereka berlumba untuk menunjukkan siapakah lebih anti kepada RUU 355. Mereka mungkin terlupa dengan pengundi muslim dalam Umno yang memenangkan mereka di kerusi parlimen sekarang.

19. Jika undi menjadi pertaruhan maka RUU 355 menjadi kayu ukur untuk pengundi muslim menilai Pakatan harapan. Usah diharap Islam diperkasakan menerusi Pakatan harapan. Usah berjudi nasib untung rugi Islam.  Ia adalah kemusnahan bagi Islam di negara ini.

20. Keharmonian bernegara ialah apabila hak orang Islam dihormati oleh bukan Islam di negara yang majoriti muslim,  di negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan,  di negeri-negeri yang agama negerinya adalah Islam dengan Sultan adalah ketua agama.

21. *Tsunami Islam bakal menjadi penentu pada PRU ke 14. Rakyat mendambakan kesatuan muslim atas nama memperkasakan Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kebobrokan akhlak dan penyelewengan dengan alternatifnya adalah ISLAM bukannya sekuler atau sosialis.*

Sekian

Ahad 9hb April 2017

http://www.facebook.com/drtakiri

Friday 7 April 2017

BIODATA DATO' DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - KEMASKINI 2017

BIODATA

DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI merupakan anak kelahiran Kg Baru, Seberang Takiri, Kuala Nerus pada 9hb Disember 1973. Gelaran “at-Takiri” adalah nisbah kepada kampug kelahiran beliau Seberang Takir.

Mendapat pendidikan awal di Sek. Rendah Seberang Takir (1980 -1985), seterusnya ke Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang (1986-1988), Sek. Men. Agama (Atas) Sultan Zainal Abdin, Batu Buruk (1989-1992) di Aliran Thanawi. Kemudian menyambung pengajian tinggi di peringkat Bachelor di Jabatan Bahasa & Kesusateraan Arab, University of Jordan (1992-1996), peringkat Master di Jabatan Bahasa & Kesusateraan Arab, Aal al-Bayt University of Jordan (1996-1999) dan seterusnya mendapat Phd Pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2010 menerusi kajian Partikel Waw dan Pengaruhnya Terhadap Terjemahan Makna al-Quran ke dalam Bahasa Melayu.

Beliau bertugas sebagai Guru Bahasa seterusnya pensyarah Bahasa di CELPAD, Univ Islam Antarabangsa (1999-2002), Tutor seterusnya Pensyarah di Jabatan Bahasa Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (2002-2008) sebelum meletak jawatan pada 2008 untuk memberi tumpuan kepada perniagaan dan projek pendidikan.

Pada 2004 beliau mengasaskan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, sg. Merab, Bangi, sebuah pusat pendidikan Tahfiz & Akademik percuma untuk anak-anak yatim, seterusnya Sek Ren Islam Pintar Tahfiz Fuqaha pada 2007 dan Kolej Islam Fuqaha pada 2008 yang semuanya bernaung di bawah Muassasah Darul Fuqaha. Sehingga kini pelajar DARUL FUQAHA menjangkau 300 orang.
Beliau terlibat aktif menyampaikan ceramah dan kuliah di media elektronik TV dan radio seperti IKIM, Radio 1 (Klasik.Fm sekarang), RTM 1, TV9 dan TV3 sejak tahun 2000.

Beliau aktif dalam organisasi kebajikan dan dakwah dengan mengasas dan mempengerusikan Persatuan Prihatin Ummah Malaysia, Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia dan Nadwah Ilmuwan Muslim dan pernah memegang amanah AJK Persatuan Ulamak Malaysia selama 2 penggal. Sehingga kini beliau diberi amanah untuk menganggotai Majlis Perundingan Islam (MPI), Kluster Politik MPI, Dewan Agamawan, Majlis Dakwah Negara, juga sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan.

Beliau aktif menulis di akhbar dan majalah dan menghasilkan beberapa buah buku antaranya Hukum Berurusniaga dengan Yahudi Dunia, Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam, Adab-Adab Berdoa, Perspektif Islam Dalam Pelbagai Isu, Hukum Intipan Khalwat, Hiburan dan Gurau Senda Dalam Islam, Azkar Solihin, Isu Hudud Inilah Jawapannya, Politik dan Pilihanraya dalam Islam dan Bahtera Ilmu dan Politik.

Beliau juga aktif sebagai Ahli Perniagaan dan Usahawan dalam beberapa bidang perniagaan khususnya selepas 2008 antaranya bidang pengeluaran dan pengedaran produk kesihatan dan kosmetik yang selalu diiklankan di media elektronik seperti TV Hijrah dan TV9 dan TV 3.
Dalam Parti Islam Semalaysia PAS beliau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (2013-2017), Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pusat (2013-2017), Timbalan Pengarah Institut Strategi PAS, AJK PAS Pusat (2013-2017) dan Ahli Majlis Syura Ulamak (untuk sesi 2013 dan 2015-2020)

Pada pilihanraya umum 2013 beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kuala Nerus.


http:www.drtakiri.blogspot.com / http:www.facebook.com/drtakiri/