Friday 21 April 2017

Lindungi Dr Zakir Naik Sebagai Pendakwah

Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

*Lindungi Dr Zakir Naik Sebagai Pendakwah*

1. Pendakwah Islam yang membawa misi kedamaian perlu dilindungi apatah lagi oleh sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Memberikan taraf PR kepada Dr Zakir Naik adalah tindakan yang tepat dan benar oleh kerajaan Malaysia bagi melindungi pendakwah.

2. Dakwah beliau menimbulkan kecemburuan banyak pihak di peringkat antarabangsa sehingga dicipta dan direka pelbagai tohmahan bagi menimbulkan persepsi terhadap dakwah harmoni yang beliau bawa.

3. Kenyataan seorang Menteri yang mempertikai pemberian taraf pemastautin tetap kepada beliau sangat mengecewakan. Ia juga menunjukkan kegagalan dalam kebertanggungjawapan bersama oleh menteri kerajaan dalam membuat keputusan.

4. Saya bimbang ada menteri kerajaan yang sudah mengikut rentak politik DAP mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan dakwahnya.

Sekian

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Jumaat 21 hb April 2017 / 24 Rejab 1438 H

http://www.drtakiri.blogspot.com
http://www.facebook.com/drtakiri/

No comments:

Post a Comment