Saturday 8 March 2014

Berdoalah Agar Allah Selamatkan Penumpang MAS Boeing 777-200

Berdoalah Agar Allah Selamatkan Penumpang MAS Boeing 777-200

1. Buat masa ini pelbagai sumber berita berlegar di pelbagai media berhubung status keselamatan 227 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi. Sebagai seorang yang menjadi pelanggan tetap pelbagai pesawat kapal terbang dengan kekerapan yang tinggi saban minggu saya benar-benar menjiwai nasib dan keselamatan para penumpangnya.

2. Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa kepada Allah memberi keselamatan terbaik untuk mereka.

3. Kepada ahli keluarga yang sedang dilanda kebimbangan ayuhlah tabahkan hati kalian dan banyakkan berdoa. Antara doa yang elok dibaca ialah

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Maksudnya:
"Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat penyerahan diri"

Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
11.50 pagi 8.3.2014.

SOLIDARITI UNTUK CIKGU RIZLAN DAGANG YANG DIZALIMI HAK PERJAWATANNYA

SOLIDARITI UNTUK CIKGU RIZLAN YANG DIZALIMI HAK PERJAWATANNYA

Cikgu Rizlan Dagang telah dibatalkan tawaran untuk berpindah tugas dari seorang guru biasa di sekolah di Merang ke jabatan pendidikan negeri Terengganu dengan alasan yang meragukan. Jawapan penerimaan tawaran telah dibuat oleh beliau pada 11.2.2014 dan akan melaporkan diri pada 16.2.2014. Tetapi jabatan secara lisan memaklumkan tawaran dibatalkan pada hari dia melaporkan diri. Kemudian pada 18.2.2014 surat pembatalan tawaran bertarikh 16.2.2014 baru diserahkan. Pembatalan tawaran tugas ini sangat meragukan. Kebimbangan besar kedudukan beliau sebagai adik kepada saudara zakaria dagang bekas calon PAS dun seberang takir pada pru ke 13 menjadi bahan percaturan. Tindakan jabatan ini menyebabkan beliau menanggung malu kerana majlis perpisahan di sekolah telah dilakukan dan segala barang-barang peribadi sebagai guru telah dikeluarkan daripada sekolah. Sekarang beliau diarah bertugas semula di sekolah lama. Adakah percaturan politik mewarnai perjawatan kaki tangan kerajaan? Satu surat memohon penjelasan kementerian pendidikan sedang diusahakan. Apa respon anda??? Sila like jika anda bersama Cikgu Rizlan dan sebarkan