Thursday 24 November 2016

Pindaan Usul RUU 355 oleh YB Marang di Dewan Rakyat 24 november 2016

*PINDAAN USUL RUU 355 oleh YB MARANG DI DEWAN RAKYAT 24 NOVEMBER 2016*

Oleh
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

1. Dalam sidang Dewan Rakyat pada hari ini YB Ahli Parlimen Marang telah mengusulkan pindaan terhadap Usul RUU 355 yang telah dibentangkan sebelum ini pada sidang Dewan Rakyat yang lalu pada 26 Mei 2016.

2. Pindaan Usul dibuat bagi menjelaskan lagi maksud Usul RUU 355 lalu yang teksnya menyebut:

_"Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan *hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah* yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."_

3. Pindaan Usul pada hari ini bertujuan menjelaskan lagi maksud *"hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah"* dalam Usul sebelum ini iaitu antaranya merujuk kepada sebatan syarie sehingga 100 sebatan.

4. Pindaan Usul berbunyi:

_“Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 28, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 seperti berikut:_

Pindaan seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (BidangKuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dipinda dalam proviso kepada Seksyen 2 dengan menggantikan perkataan *“penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali”* dengan perkataan *“penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah”*.

5. Cadangan pindaan Usul ini akan membolehkan *3 kesalahan jenayah Islam* dilaksanakan menurut *undang-undang Syariah* iaitu *sebatan syarie* di Mahkamah Syariah menurut kadar hukuman sebatan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadis.

6. Tiga kesalahan jenayah itu ialah:

I) *Persetubuhan luar nikah* bagi yang belum pernah berkahwin yang hukumannya menurut *undang-undang Syariah* ialah 100 sebatan menurut tatacara jenayah Syariah.

II) *Qazaf atau membuat tuduhan melakukan zina* yang hukumannya menurut *undang-undang Syariah* ialah 80 sebatan menurut tatacara jenayah Syariah.

III) *Minum minuman memabukkan* yang hukumannya menurut *undang-undang Syariah* ialah 40 sebatan menurut tatacara jenayah Syariah sehingga 80 sebatan sebagaimana perbezaan pendapat di kalangan mazhab Islam.

7. Ketiga-tiga kesalahan jenayah di atas sekarang terikat dengan Akta 355 yang menetapkan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

8. Ketiga-tiga kesalahan jenayah tersebut juga adalah sebahagian daripada senarai jenayah syariah menurut enakmen-enakmen negeri.

9. Berikut adalah contoh *Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995* yang menyenaraikan kesalahan jenayah berikut:

_Pemujaan salah, mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir, doktrin palsu, dakwaan palsu, mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith, menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam, memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat, menghina pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar tanpa tauliah, mengingkari perintah Mahkamah, penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara', berjudi, *minuman Yang memabukkan*, tidak menghormati Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, tidak membayar zakat atau fitrah,  perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, *persetubuhan luar nikah*, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan, perbuatan tidak sopan di tempat awam, memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, *Qazaf*, Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa dan penyalahgunaan tanda halal.*

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/bca11b8ae3c9251148257057000ca118?OpenDocument

10. Kesalahan jenayah yang hampir sama boleh dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri lain sebagaimana pautan berikut:

a) Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Updated.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/d31866f9fa58ec974825708200081476?OpenDocument

b) Enakmen Jenayah Syariah 1992 negeri Perak.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/c8e52d59dd5bcce8482572ad002dc463?OpenDocument

c) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 negeri Johor.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/558765627a0ec10a4825703d00269024?OpenDocument

d) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 negeri Pahang.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/b6e491ad5904795348257d3a000e79f4?OpenDocument

e) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 negeri Kedah.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/39c338971e630abc4825736b00077c39?OpenDocument

f) Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 negeri Perlis
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/88d4ced7db9d4ea14825752b002fc32c?OpenDocument

g) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1996 negeri Pulau Pinang.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/b33aec4d2a4765ee482570d60024be96?OpenDocument

h) Enakmen Kesalahan Syariah 1991 negeri Melaka.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/f479bad5b5785c514825707d000cc065?OpenDocument

11. Untuk rekod, Akta 355 merupakan undang-undang atau Akta yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1965 bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.

12. Oleh kerana Mahkamah Syariah tidak melibatkan bukan Islam, maka RUU 355 juga tidak melibatkan bukan Islam dan hanya melibatkan orang Islam yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.

13. RUU 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah mencuri dan merompak kerana kedua-duanya adalah jenayah yang disenaraikan di bawah kuasa kerajaan Persekutuan dengan pelaksanaannnya di Mahkamah Sivil dan bukannya di Mahkamah Syariah.

14. RUU 355 juga adalah selaras dengan perlembagaan kerana Akta 355 sebelum ini yang sudah dipakai sejak 1965 seterusnya dipinda 1984 disemak pada 1988 adalah Akta yang selaras dengan perlembagaan. Cadangan pindaan kali ini hanyalah melibatkan perubahan pada kadar hukuman.

15. Malaysia sememangnya mengamalkan dua bentuk perundangan iaitu perundangan peringkat persekutuan di Mahkamah Sivil dan perundangan peringkat negeri melibatkan agama di Mahkamah Syariah. Justeru, tidak timbul persoalan bahawa RUU 355 akan mewujudkan dua sistem perundangan di negara ini.

16. Perbahasan lanjut bagi RUU 355 akan berlansung di Dewan Rakyat akan datang. Pindaan pada Usul asal RUU 355 yang dikemukakan kali ini dalam sidang hari ini akan membuka ruang untuk masyarakat khususnya ahli-ahli Parlimen untuk lebih mendalami dan memahami cadangan pindaan Akta 355 ini sebelum dibahaskan nanti.

17. Akhirnya, perlu diambil perhatian bahawa Kerajaan Persekutuan sebagai kerajaan yang berkuasa pada hari ini akan dipertanggungjawabkan untuk membawa pindaan Akta 355 ini setelah RUU Ahli Persendirian YB Marang diusul, dibahas dan diluluskan nanti di Dewan Rakyat. Hal ini kerana ia menjadi prasyarat
menurut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk sebarang Rang Undang-undang Ahli Persendirian menjadi sebahagian undang-undang bagi negara.

18. Semoga kejayaan usaha ini akan memartabatkan lagi kedudukan Mahkamah Syariah dalam negara ini.

Sekian. Terima kasih.

Khamis 24 hb November 2016

Wednesday 23 November 2016

Summary of Zahid Hamidi's Meeting with Muslim MPs On Nov 22, 2016 --------------

Summary of Zahid Hamidi's Meeting with Muslim MPs On Nov 22, 2016
-------------------------------------------------------------------

1. The meeting of the Muslim MPs and Zahid Hamidi (DPM) and Jamil Khir (PMO - Islam) focused on Hadi's Private Member's Bill (RUU 355) or the Hudud Bill.

2. Many opposition Muslim MPs (excluding PAS) did not agree with the no limit of sentencing in Hadi's bill. Appears to be the only issue brought up. Jamil Khir said that the Govt agreed that there must be a limit.

3. Jamil Khir welcomed views to have fines limited up to max RM100k, max 100 lashes and max 30 years imprisonment.

4. So PAS' Hadi will incorporate these views when he presents his amendment on Thursday.

5. Will it be debated? No. There  will be no debate on it, i.e., there will be no voting as well. The meeting did not say whether the amendment of the bill will be led by the UMNO-led Govt or Hadi himself. What we know so far is that the Hudud Bill will definitely be brought up this week. But "akan dipinda dulu" to iron out issues.   That means, the DEBATE IS EXPECTED IN THE NEXT SITTING!!

6. Both Sabah and Sarawak Muslim MPs informed that they have instructions from their respective states NOT to support the bill.

7. The Muslim MPs think that non-Muslim MPs should be invited for discussion. There will be another meeting that includes non Muslim MPS, Zahid says. He will bring up to cabinet to set up a Select Committee to explain to non-Muslim MPs. Once PM is back, he will raise this in Cabinet, most probably this Friday.

8. *Conclusion*: Bottom line is that *Hadi will be allowed to present his Private Member’s bill, but the Hudud Bill won't be tabled at this Parliamentary Sitting but at the next Sitting*. Jamil Khir agreed to announce the proposal for the formation of a Select Committee on the amendment to RUU 355, to study the entire thing and it will include non-Muslim MPs.

RUU 355; Penjelasan dan Harapan

*RUU 355; PENJELASAN & HARAPAN*

Oleh

_YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri_
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Segala pujian bagi Allah. Selawat dan Salam buat Rasulullah.

1. Sebagaimana diumumkan oleh YAB Timb Perdana Menteri semalam, Rang Undang-undang 355 (RUU 355) dijangka akan dijadualkan untuk dibahas di Dewan Rakyat pada hari Rabu 23 hb November atau Khamis 24 hb November 2016 setelah mana perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Bajet 2017 selesai semalam.

2. Ada beberapa Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh Kerajaan perlu didahulukan untuk dibahas sebagaimana peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Antara RUU yang telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat ialah RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan (pindaan 2016), RUU Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (pindaan 2016) dan RUU Lambang dan Nama.

3. RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang di Dewan Rakyat adalah bertujuan meminda kadar hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri agar menurut undang-undang Syariah.

4. Usul ini akan membuka ruang untuk 3 kesalahan jenayah syariah dihukum berdasarkan undang-undang Syariat iaitu bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin sebanyak 100 sebatan syarie, Qazaf sebanyak 80 sebatan syarie dan minum minuman memabukkan sebanyak 40 sehingga 80 sebatan syarie berdasarkan khilaf antara mazhab fiqh.

5. Ketiga-tiga kesalahan tersebut telah sedia dibicarakan di Mahkamah Syariah pada hari ini tetapi had hukumannya terhad kepada Akta 355 yang menetapkan had maksima 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan.

6. Menurut Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (Disemak 1988), bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman kepada kesalahan syariah adalah terhad kepada tiga tahun penjara atau denda lima ribu ringgit atau enam kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

7. Teks Akta tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

_“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:_

_Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.”_

*HURAIAN RUU 355 oleh YB Marang*

RUU 355 yang dikemukakan oleh YB Marang mengandungi beberapa poin utama yang perlu difahami iaitu:

*PERTAMA*

Ia melibatkan cadangan pindaan “bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah”  dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah melibatkan orang Islam sahaja.

*KEDUA*

Ia melibatkan jenayah syariah yang dilakukan oleh orang Islam sahaja yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ia tidak melibatkan bukan Islam kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan hanyalah terhad kepada orang Islam.

*KETIGA*

Ia melibatkan kesalahan jenayah yang hari ini telah pun dibicarakan di Mahkamah Syariah menurut Enakmen Kesalahan Jenayah negeri masing-masing.

Kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah tertakluk kepada kuasa yang ada pada Negeri-negeri dalam Persekutuan menurut Butiran 1 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Butiran itu menyatakan bahawa antara bidang kuasa Negeri ialah _“pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”._

Berdasarkan Butiran 1 ini, negeri-negeri telah memperkenalkan Enakmen Kesalahan Jenayah masing-masing yang menyenaraikan kesalahan-kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Sebagai contoh, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyenaraikan kesalahan jenayah berikut:

_pemujaan salah, mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir, doktrin palsu, dakwaan palsu, mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith, menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam, memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat, menghina pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar tanpa tauliah, mengingkari perintah Mahkamah, penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara', berjudi, *Minuman Yang Memabukkan*, tidak menghormati Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, tidak membayar zakat atau fitrah,  perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, *Persetubuhan luar nikah*, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan, perbuatan tidak sopan di tempat awam, memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, *Qazaf*, Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa dan penyalahgunaan tanda halal._

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/bca11b8ae3c9251148257057000ca118?OpenDocument

Senarai kesalahan yang sama boleh dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah negeri-negeri lain.

*KEEMPAT*

Semua senarai kesalahan jenayah di atas disenaraikan dalam Islam sebagai jenayah *_Ta’zir_* yang diberikan hak kepada pemerintah untuk _berijtihad_ menentukan hukuman yang boleh dijatuhkan kecuali tiga kesalahan iaitu *minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf*.

Ketiga-tiga kesalahan jenayah ini telah ditetapkan oleh Islam hukumannya ialah masing-masing *100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin, 80 sebatan syarie bagi kesalahan Qazaf dan 40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.*

*KELIMA*

Akta 355 yang sedia ada sekarang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas terhad kepada 3 tahun penjara atau lima ribu ringgit denda atau enam kali sebatan.

Ia merangkumi juga 3 kesalahan jenayah yang telah ditetapkan oleh Syarak kadar hukumannya iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf.

*KEENAM*

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 akan membolehkan 3 kesalahan jenayah iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah menurut Syariat Islam iaitu:

A. *100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin*

B. *80 sebatan syarie bagi kesalahan Qazaf.*

C. *40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.*

*KETUJUH*

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 oleh YB Marang tidak melibatkan kesalahan jenayah mencuri dan merompak kerana kedua-duanya berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menerusi Mahkamah Sivil.

*KELAPAN*

Setelah dibawa Usul RUU 355 ke Dewan Rakyat atas nama Usul Ahli Persendirian oleh YB Marang untuk Bacaan Pertama, menurut peraturan Dewan Rakyat pihak Kerajaan pula akan mengambil tanggungjawab membawa Usul tersebut sebagai Usul Kerajaan untuk proses seterusnya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

*PENUTUP*

Saya menyeru seluruh umat Islam dan Ahli-Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam bersama-sama menjayakan RUU 355 ini sebagai satu usaha memperkasakan  hukuman di Mahkamah Syariah yang menjadi hak rakyat muslim di negara ini.

Sekian
Rabu 23 November 2016; 8.30 pagi

www.drtakiri.blogspot.com

Monday 14 November 2016

Ziarah Tengku Affendi di Hospital

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus

Ziarah dan Santuni Pesakit
Tg Affendi Bin Tg Mohamad
Di Hospital Sultanah Nur Zahirah,
Kuala Terengganu.
Ahad : 13 Nov 2016

ZIARAH ORANG "KUAT" DI HOSPITAL

1. Pesakit merupakan "orang kuat" di dalam parti PAS, berkerja sebagai penjual buah di pasar minggu sekitar kawasan Kuala Nerus, dalam masa yang sama,  tugas sebagai "mata rantai" perjuangan tidak dilupakan,  sentiasa komited dan istiqamah dalam mengikuti perkembangan PAS.  Antara komitmen semasa ialah sentiasa menyediakan tabung derma berhampiran tempat jualannya bagi membiayai kos pembinaan Kompleks Tarbiah Al-Taqwa (KOMTAQ) di Kg Batu Enam. Kutipan tersebut berjaya mengumpul lebih dari RM 1000 bagi setiap bulan.

2. Semasa rombongan tiba, pada jam 1.30 tengahari saudara Tg Affendi baru sahaja keluar dari bilik pembedahan. Menurutnya,  pembedahan dijadualkan pada 15 november, disebabkan kekosongan jadual diawalkan pada hari ini setelah 17 hari terlantar dihospital. Operasi pembedahan memasukkan besi dibahagian patah berlangsung sekitar 4 jam lebih, bermula  jam 8pagi tadi . Akibat dari patah tulang di bahagian peha semasa terjatuh sewaktu berniaga sejak 27 oktober lalu, perniagaannya tidak dapat diteruskan seperti biasa.  Hanya hujung minggu sahaja diuruskan oleh isterinya bersama beberapa orang pembantu bagi meneruskan peniagaannya.

3. Sebelum bersurai,  pihak Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus menyampaikan salam dari pihak YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri dan sedikit sumbangan. Pesakit juga merupakan adik kepada pemberi motivasi terkenal Tg Asmadi terus membalas salam serta berterima kasih atas kunjungan tersebut. Beliau turut mengirimkan salam kepada Yang Behormat Parlimen Kuala Nerus.

4. Turut serta wakil dari Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus Zulkifli dan Ust Abdul Hadi Harun.

Di sediakan oleh:
Ust Abdul Hadi bin Hj Harun
Pegawai Khas
YB Ahli Parlimen Kuala Nerus
0163744017

www.drtakiri.blogspot.com

Tuesday 8 November 2016

DRAF UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2017 - PERINGKAT JAWATANKUASA* *B3 Jabatan Audit Negara & B6 Jabatan Perdana Menteri* Oleh YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

*DRAF UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2017 - PERINGKAT JAWATANKUASA*

*B3 Jabatan Audit Negara & B6 Jabatan Perdana Menteri*
Oleh
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus

(Poin-poin utama draf ucapan telah disampaikan pada Selasa 8hb November 2016)

B3 Jabatan Audit Negara ; Butiran 020000 Pengauditan

Melihatkan seringkali berlaku masalah kebocoran, ketirisan dan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan kerajaan seperti mana yang dilaporkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara saban tahun, saya merasakan sudah sampai masanya Jabatan Audit Negara dijadikan sebuah badan luar yang bebas (independet external audit) supaya peranan dan kuasa yang dimilikinya untuk mengaudit menjadi lebih berkesan dan tidak atas kepentingan tertentu atau dilihat seolah-olah memberi kepentingan kepada pihak tertentu.

*B6 Jabatan Perdana Menteri* 
1.Butiran 020000 UNIT PERANCANG EKONOMI & Butiran 020200 Perancangan Ekonomi

Ekonomi bermaksud kebijaksanaan menguruskan sumber yang terhad bagi menunaikan pelbagai keperluan yang tidak terhad.

Tetapi, apa yang mendukacitakan, pada hari ini rakyat masih dibelenggu dengan masalah mendapatkan perkerjaan menyebabkan tiada sumber pendapatan, pertumbuhan gaji yang sangat perlahan atau hampir tiada, terbeban dengan pelbagai hutang dan bernilai tinggi, tidak mampu memiliki rumah kediaman kerana harga pasaran melambung tinggi dan kesukaran mendapat akses pembiayaan dan terdedah dengan ancaman jenayah kekerasan dan harta benda termasuk ketika berada di tempat awam dan rumah sendiri.

Soalan saya, sejauh mana perancangan ekonomi dirujuk kepada para alim ulamak? Adakah diwujudkan Penasihat Syariah supaya segala perancangan ekonomi bertepatan dengan kehendak Syariat lalu boleh mencapai tahap “keberkatan ekonomi’ sehingga seluruh rakyat dapat merasai nikmatnya?

*2.Butiran 040400 Majlis Keselamatan Negara (MKN)*

1.Saya ingin menfokuskan kepada Special Task Force di Sabah dan Wilayah Persekutuan. Antara salah satu tugas Pasukan Tugas Khas ini ditubuhkan adalah bagi mengawal kemasukan pekerja asing di Sabah.

2.Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai berapakah jumlah terkini pelarian Filipina di Sabah yang diberikan hak untuk bekerja secara sah. Pada 2009, jumlah mereka hanya dianggarkan sekitar 60,000 orang. Mereka tidak dikira sebagai regular foreign workers (pekerja asing biasa yang menerima permit). Jadi, apakah langkah seterusnya yang akan diambil pihak kerajaan terhadap mereka? Adakah mereka akan dihantar pulang selepas tempoh tertentu? Adakah di sana terdapat faktor yang menyumbang kepada aktviti penculikan di perairan Sabah berikutan kenyataan yang pernah dikeluarkan pihak kementerian bahawa aktiviti penculikan yang berlaku juga menlibatkan “orang dalam” di sana?

3.Kedua, anggaran pekerja asing tanpa izin di Sabah bermula tahun 2000 adalah 630,090 orang dan meningkat kepada 836,600 pada 2010. Jadi, apakah langkah yang diambil menangani pekerja asing yang memasuki di Sabah?

4.Ketiga, saya melihat kita mempunyai kelemahan yang begitu ketara dalam aspek penyediaan data yang lengkap, menyeluruh dan tepat mengenai jumlah pekerja asing dan PATI terutama di Sabah. Apakah kementerian berhasrat bagi menangani aspek ini?

*3.Butiran 350000 Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)*

1.Saya ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak kementerian mengenai projek East Cost Rail Line (ECRL) di bawah ECERDC. Saya rasa sesuatu yang begitu penting bagi pihak kerajaan menjelaskan jumlah sebenar kontrak yang diberikan kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC). Mengikut kenyataan dalam laman web CCCC bertarikh 2 November 2016, jumlah kontrak yang dimenterai adalah RM46bilion sedangkan Perdana Menteri mengumumkan jumlah kontrak sebanyak RM55bilion. Mengapa terdapat perbezaan yang ketara dalam perkara ini?

2.Kedua, jika jumlah RM55bilion bagi 620km beerti pada setiap kilometer, RM92 juta diperuntukan. Jumlah ini terlalu tinggi jika kita bandingkan Ipoh-Padang Besar yang hanya RM38juta bagi setiap km, manakala Gemas-JB juga sekitar RM36juta/km. Adakah kerajaan melakukan statistical analisis terhadap peruntukan yang optimal yang seharusnya dilaburkan dalam projek ini?

3.Ketiga, CCCC telah disenaraihitamkan oleh Bank Dunia sejak 21 Januari 2009 sehingga Januari 2017 disebabkan beberapa kes penyelewengan. Malah CCCC juga disenaraihitam oleh African Development Bank, Asian Development Bank, European Bank for Reconstruction and Development. Begitu juga daripada agensi berita Bloomberg yang melaporkan sejak 2007 hingga 2012, terdapat 18 jabatan runtuh di China dan salah satunya baru berusia 9 bulan. Jadi, disebalik kedudukan syarikat CCCC yang terpalit dengan pelbagai salah laku, mengapa Malaysia meilih syarikat berkenaan dalam membiayai projek ECRL? Apakah kerajaan tidak meneliti aspek ini terlebih dahulu sebelum sesuatu tender di berikan?

*4.Butiran : 010600 Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan*

Dalam hadis menyebut “ahli mesyuarat adalah pemegang amanah”. Untuk itu diwujudkan Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi menjaga keselamatan rahsia kerajaan. Namun, jangan sampai akta itu pula menjadi halangan untuk seseorang melaksanakan tanggungjawab Amar Makruf Nahi Mungkar bagi mendedahkan sebarang penyelewengan dan salah urus negara.
Sewajarnya, Kerajaan memberikan laluan kepada pendedahan-pendedahan yang dibuat itu agar disiasat secara telus dan menyeluruh oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan demi kepentingan dan kebaikan untuk rakyat dan negara; bukannya bertindakbalas dengan memberikan ancaman dan memperalatkan pihak-pihak tertentu supaya mengenakan tindakan kepada mereka.

*5.Butiran : 450000 TV AL-HIJRAH*

Saya sangat gembira apabila pada 16hb September 2009, stesen TV Islami pertama di Malaysia, TV AlHijrah hadir sebagai penanda era baru dalam industri penyiaran di Malaysia dengan matlamat untuk menyediakan sebuah platform TV untuk mendidik, menghibur dan menyatukan ummah.

Selepas kemunculannya, kini TV Al-Hijrah mempunyai 2.2 juta penonton dan berada pada tangga ke-33 di dunia dalam senarai pengeluar program TV berkonsepkan Islamik.

Sasaran untuk menjadikan TV Al-Hijrah tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik dunia seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Izelan Basar, sepatutnya turut disokong dengan peruntukan yang lebih besar daripada Kerajaan.

Apa yang mendukacitakan, Kerajaan telah menurunkan peruntukan kepada TV Al-Hijrah daripada RM22.4 juta pada 2016 kepada RM15.7 juta pada 2017. TV Hijrah telah diminta untuk menjana pendapatan menerusi tajaan iklan, namun tentulah tidak mudah bagi TV Hijrah kerana mereka berhadapan dengan cabaran untuk memastikan hanya iklan yang menepati Syariah sahaja yang dibenarkan. Tidakkah wajar bagi kerajaan mengekalkan peruntukan sebelum ini bersesuaian dengan tanggungjawab kerajaan bagi memperkasakan Islam dalam Negara?

SEKIAN