Sunday 10 March 2013

Edar Risalah di Pasar Teluk Ketapang

Ziarah Pasar Teluk Ketapang pada hari Jumaat 8 hb
Mac 2013. Dimulakan dengan berdoa














Doa Hamba-hamba al-Rahman

Seorang hamba sentiasa berdoa kepada Allah kerana doa adalah tanda dia mengiktiraf bahawa dirinya adalah hamba kepada Allah.

Seorang insan tentunya sayangkan isteri dan anak-anak. Dia mahu yang terbaik untuk mereka. Dia mahu berkongsi kebahagiaan dengan mereka kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan dirinya. 

Namun kebahagian bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia adalah anugerah Allah. Justeru, seorang insan yang mahukan kebahagian untuk dirinya, pasanganya dan anak-anaknya perlu berdoa memohon kebahagiaan. Inilah yang diajar oleh Allah dalam al-Quran.

Antara doa hamba-hamba al-Rahman dalam al-Qur'an ialah

  وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 
maksudnya Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan dan zuriat kami Qurrata A`yun (penyejuk mata) dan jadikanlah kami ikutan bagi orang bertaqwa. " surah Furqan, ayat 74. 

Penyejuk mata adalah kinayah kegembiraan kerana orang yang menangis kegembiraan mengeluarkan air mata sejuk berbeza dengan orang yang menangis kesedihan mengeluarkan air mata yang hangat sebagaimana kata Imam Qurtubi وأيضا فإن دمع السرور بارد ، ودمع الحزن سخن

Apa kelebihan berdoa agar kita menjadi "ikutan" kepada orang bertaqwa? Kelebihannya ialah mendapat pahala berpanjangan daripada amalan orang-orang yangmengikuti kebaikannya. 

Orang bertaqwa tentulah hanya menjadikan orang yang lebih bertaqwa daripada dirinya sebagai ikutan. Mereka pula tentulah hanya mengikut apa yang baik dilakukan oleh orang bertaqwa. Apabila sesuatu kebaikan orang bertaqwa menjadi ikutan kepada orang lain di situlah pahala berlipat ganda dan berpanjangan diperolehinya. Nabi saw bersabda

مَنْ سَنَّ فِي الإسلام سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِها بعْدَهُ كُتِب لَه مثْلُ أَجْر من عَمِلَ بِهَا وَلا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، ومَنْ سَنَّ فِي 
الإسلام سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وزر من عَمِلَ
maksudnya: "sesiapa yang merintis dalam Islam satu permulaan yang baik lalu diamalkan oleh orang lain selepasnya, ditulis baginya pahala seumpama orang yang melakukannya dan tidak dikurangkan sedikit pun. Sesiapa yang merintis dalam Islam satu permulaan yang tidak baik lalu diamalkan oleh orang lain selepasnya, dia mendapat dosa seumpama orang yang melakukannya dan tidak dikurangkan sedikit pun. Hadis riwayat Muslim