Saturday 25 February 2017

Syarat Kemenangan Islam; Doa dan Munajat

Syarat Kemenangan Islam; DOA & MUNAJAT

Islam pasti menang. Itu janji Allah. Adapun waktu kemenangan menuntut pejuangnya memenuhi syarat kemenangan. Tidak hanya bergantung kepada kerja-kerja fizikal dakwah melibatkan persiapan bilangan pendokong dan persiapan gerak kerja. Namun, ia bergantung kepada DOA dan MUNAJAT.

Di saat berlakunya peperangan Badar, di kala bilangan pejuang hanyalah 313 orang berhadapan 1000 tentera musuh, Nabi saw dan para pejuang BERDOA dan BERMUNAJAT memohon bantuan kemenangan daripada Allah. Lalu ia disahut oleh Allah dengan TENTERA yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ (9)
"Tatkala kamu semua bermunajat memohon bantuan daripada Rabb kamu lalu Dia menyahut untuk kamu bahawasanya Aku pasti hulurkan kepada kamu seribu daripada kalangan Malaikat yang datang berboncengan."

Surah al-Anfal ayat 9

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Kesilapan Besar 1MDB

Kesilapan besar 1MDB ialah bermodalkan pinjaman Riba yang haram. Hasilnya hilang keberkatan. Bisnes tidak menjadi dan bocor. Kesilapan 1MDB bukan hanya kerana kegagalan bisnes. Jika 1MDB berjaya bisnesnya sekalipun 1MDB tetap satu kesilapan besar kerana ia manifestasi pemikiran kerajaan BN terhadap riba sebagai satu sistem pinjaman modal perniagaan.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Kelebihan Ayat Kursi

Membaca Ayat Kursi menghadirkan Malaikat sebagai penjaga daripada gangguan khususnya syaitan. Ia diperakui oleh Nabi saw dalam sebuah hadis Sahih Bukhari dalam cerita sahabat Nabi bernama Abu Hurairah menangkap jin yang menjelma sebagai makhluk yang mencuri kurma zakat.
أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ،
"Sesungguhnya jin itu berkata benar sedang jin itu sendiri sangat pembohong"

Jom kita sama-sama amalkan.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Cahaya Islam Terus Bersinar

Musuh kepada agama Allah akan berterusan berusaha memadamkan cahaya Islam dengan pelbagai kata-kata dan bicara. Namun, janji Allah adalah pasti. Cahaya agama ini akan terus bersinar.

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32)
"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka sedang Allah enggan melainkan menyempurnakan cahayanya meskipun dibenci oleh golongan yang kufur"
Surah at-Taubah ayat 32

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Thursday 23 February 2017

4 kematian d kuala nerus

Hari ini sahaja berlaku 4 kematian di Parlimen Kuala Nerus. 2 di Dun Seberang Takir; seorang anak kecil berusia 9 tahun dan seorang lagi berusia lewat 70 an. Seorang anak muda 30 an dari Kg Pengkalan Arang, Dun Bukit Tunggal dan seorang lagi warga emas 80 an dari Kg Bukit Petiti, Dun Teluk Pasu.
Kematian pasti hadir tanpa mengenal usia. Seharusnya kita mengambil peringatan kerana bimbang di saat kematian hadir kita berada dalam keadaan dosa kepada Allah mahupun kepada manusia.

Dr Khairuddin at-Takiri

Khamis 23.2.2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Wednesday 22 February 2017

Terus Bekerja Jangan Hiraukan Manusia

Saya terus menulis untuk dibaca oleh golongan berakal. Saya tidak peduli komen golongan yang bodoh.

Saya terus melakukan tugasan sebagai pendakwah dan ahli politik Islam dengan masa, jasad dan harta yang dikurniakan oleh Allah. Saya tidak peduli golongan yang mencerca.

Saya akan terus melakukan apa sahaja yang benar berdasarkan prinsip al-Quran dan al-Hadis. Saya tidak peduli golongan yang beremosi.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Tanggungjawab Si Kaya Bersyukur Terhadap Harta*

Peringatan Diri

*Tanggungjawab Si Kaya Bersyukur Terhadap Harta*

Tanggungjawab mereka yang diberikan kelapangan rezki oleh Allah sama ada menerusi gaji atau perniagaan ialah menyalurkan sebahagiannya kepada golongan miskin atas nama zakat dan sedekah. Golongan miskin ada di mana-mana di persekitaran si kaya.

Allah tidak menghalang si kaya menikmati keselesaan hidup sama ada berupa kediaman atau kenderaan yang selesa hasil nikmat rezki yang diberikan oleh-Nya tatkala *Si KAYA YANG BERSYUKUR ( الغني الشاكر  )* menunaikan tanggungjawab terhadap si miskin pada hartanya.

Allah menceritakan sifat golongan bertaqwa

وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ [الذريات:19].

"Dan pada harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan yang papa"

Hendaklah setiap orang bermuhasabah diri sendiri: *berapa ringgit yang diperuntukkan secara bulanan daripada gaji dan pendapatan untuk golongan miskin?*

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Jangan Hiraukan Ulasan Orang Bodoh

Al-Quran bercerita dalam surah al-Baqarah ayat 142 sebelum diturunkan perintah peralihan kiblat daripada Masjid Aqsa ke Masjid Haram di Mekah:

سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا
"Nanti akan berkata orang-orang yang bodoh di kalangan manusia..."

Al-Quran memperingatkan Nabi saw dengan golongan bodoh yang akan ada dan sentiasa mempertikai apa sahaja tindakan Nabi saw dengan pelbagai ungkapan. Mereka tidak berhasrat mencari kebenaran. Sekadar mengganggu kerja-kerja Nabi saw. Justeru, apa yang perlu ialah baginda meneruskan kerja dakwah dan menegaskan prinsip sebagai jawapan tanpa menghiraukan ulasan golongan yang bodoh.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

HARGA RUNCIT PETROL : TETAPKAN HARGA SILING SEBELUM MAC*

*Kenyataan Media*

22 Februari 2017 | 25 Jamadilawal 1438H

*HARGA RUNCIT PETROL : TETAPKAN HARGA SILING SEBELUM MAC*

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II pada awal bulan ini telah menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mempertimbangkan penetapan harga siling bagi harga runcit petrol dan diesel di negara ini dan beliau sendiri mengakui bahawa ia adalah lebih adil untuk semua.

Oleh itu, saya menggesa Kerajaan agar segera menetapkan harga siling ini sebelum tiba bulan Mac ini yang dijangkakan harga runcit bahan api ini akan meningkat lebih tinggi lagi.

Pada Februari 2017, harga runcit RON95 dan RON97 naik 20 sen manakala harga runcit diesel pula naik 10 sen berbanding bulan sebelumnya menjadikan masing-masing dijual pada harga RM2.30, RM2.60 dan RM2.15 seliter.

Pada Mac tahun lalu pula, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.60, RM1.95 dan RM1.35 seliter.

Ini bererti, dalam tempoh Mac 2016 hingga Februari 2017, harga runcit bahan api ini telah meningkat antara 30% hingga 60%. Ia adalah suatu peningkatan yang amat ketara bagi tempoh tersebut justeru sangat memberi kesan kepada pengguna ditambah lagi dengan peningkatan pelbagai kos sara hidup yang lain.

Selain menetapkan harga siling ini seperti yang pernah saya cadangkan sejak 2015 lagi ( Rujuk : http://drtakiri.blogspot.my/2015/07/minyak-naik-jangan-sampai-rakyat-naik.html ), saya juga mendesak Kerajaan agar membuat pemberitahuan perubahan harga minyak kepada pengguna dan lebih awal; bukan hanya dimaklumkan kepada pengusaha minyak sahaja.

Pemberitahuan lebih awal kepada pengguna ini adalah sangat perlu bagi pengguna merancang perbelanjaan masing-masing.

Sekian.

_*“Inilah Penyelesaian Kita”*_

*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Monday 20 February 2017

Jangan Jadi Lidah Musuh

*PERINGATAN DIRI*

*Jangan Menjadi Lidah Musuh*

Janganlah menjadi "LIDAH" kepada musuh dengan diperpanjangkan apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh musuh atas nama "bertanya" dan "ingin mengesahkan". Jangan menjadi orang yang merobohkan rumah sendiri dengan tangan-tangan sendiri. Jangan terpalit dengan dosa mengumpat dan dosa mengutuk dengan sebaran tangan-tangan kita.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

"Wahai orang beriman. Jauhilah kebanyakan sangkaan. Sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dosa. Jangan mengintip dan janganlah mengunpat satu sama lain...."
Surah al-Hujurat ayat 12.

Sekian

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri

Sunday 19 February 2017

Hujah Atau Alasan dan Dalih?

Hujah Atau Alasan dan Dalih?

Mereka yang menolak pindaan Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965 setakat ini tidak memberikan hujah yang akademik. Lebih bersifat alasan berbanding hujah.

Mereka menyatakan RUU 355 tidak mengikut perlembagaan sedang RUU 355 bertujuan meminda kadar maksima hukuman yang ditetapkan Akta 355 pada pindaan 1984. Jika Akta 355 (1965) boleh dipinda kadar hukumannya pada 1984 kenapa tidak boleh dipinda pada 2017?

RUU 355 pada 2017 samalah seperti tindakan membawa RUU 355 pada 1984 bagi meminda kadar hukuman di Parlimen daripada tidak lebih 6 bulan penjara atau seribu ringgit denda kepada tidak lebih 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan ditambah tidak lebih 6 kali sebatan.

Jika RUU 355 tidak ikut perlembagaan maka Akta 355 pindaan 1984 juga tak ikut perlembagaan. Kalau benar tak ikut perlembagaan maka Akta 355 sekarang perlu dimansuhkan bukannya dikekalkan. Mereka yang menentang patut bawa Usul ke Parlimen untuk mansuhkan Akta 355 kerana tidak berpelembagaan!!!

Sekian

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Peringatan Diri: Adat Berjuang

Peringatan Diri

Kita berjuang menegakkan agama. Ada yang berusaha menimbulkan keraguan terhadap perjuangan kita. Ada yang berjuang menentang pemerkasaan Agama. Itu adat perjuangan. Tetapi yakinlah dengan firman Allah

كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ

"Demikianlah Allah membuat perumpamaan bagi kebenaran dan kebatilan. Maka adapun buih pasti akan berlalu pergi. Adapun sesuatu yang bermanfaat kepada manusia ia pasti kekal di muka bumi...."
Surah al-Ra'd ayat 17

Teruskan jihad dakwah meminda Akta 355. Perjuangan ini masih panjang.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Thursday 16 February 2017

Peringatan Diri : Bebas Rasuah

Peringatan Diri

Rasuah dan Ketirisan Perbelanjaan adalah penyakit pemimpin yang tidak soleh dan tidak takut neraka Allah. Oleh kerana itu syarat kepimpinan dalam Islam bukan hanya bijak tetapi bijak dan amanah. Amanah adalah satu sifat yang lahir daripada kecintaan pada Syurga dan ketakutan pada neraka. Alhamdulillah 27 tahun PAS memerintah Kelantan para pemimpinnya BEBAS RASUAH dan KETIRISAN.

Dr Khairuddin at-Takiri
http://www.facebook.com/drtakiri

Wednesday 15 February 2017

Jangan Buat Hudud Jika Ada Yang Lapar?

Kata orang: Jangan buat undang-undang potong tangan pencuri selagi masih ada yang lapar dan menganggur! Kalau begitulah lojiknya kenapa tidak dikatakan: jangan buat undang-undang penjara kepada pencuri selagi masih ada yang lapar dan menganggur. Malah jangan dibuat sebarang hukuman kepada pencuri selagi ada yang lapar dan menganggur!
Boleh ke diterima lojik itu? Itu adalah alasan dan dalih bukannya hujah.
Namun RUU 355 tidak berkaitan dengan hukuman kepada pencuri. Tetapi penentang RUU 355 berhujah sebegini untuk menimbulkan kekeliruan umat.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Siri Menjelaskan Kekeliruan Umat Yang Dikelirukan* (2)

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Siri Menjelaskan Kekeliruan Umat Yang Dikelirukan* (2)

*Jangan Berhujah Dengan Kalam Manusia Sekiranya Bercanggah Dengan Nas*

Oleh: Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

1. Kalam seorang individu sarjana muslim sehebat mana sekalipun ditolak sekiranya bercanggah dengan dasar-dasar Islam yang sabit dengan Nas yang jelas daripada al-Quran dan Hadis. Sepertimana kata Imam Malik: *"semua kalam manusia diterima dan ditolak melainkan bicara pemilik kubur ini (iaitu Nabi saw)."*

2. Di saat kalam itu bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah ia pasti diperbetulkan dan ditolak oleh majoriti sarjana Islam. Allah pasti menjaga agama ini daripada kegelinciran beberapa individu sarjana muslim. Nabi saw bersabda:

 إِنَّ اللَّهَ لَا يَجْمَعُ أُمَّتِي عَلَى ضَلَالَةٍ ، وَيَدُ اللَّهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ

*_"sesungguhnya Allah tidak menghimpunkan umatku atas satu kesesatan. Tangan Allah bersama jamaah"_*

(Hadis riwayat Tirmizi dan dinilai Hasan oleh al-Albaani)

Kata Imam Tirmizi; maksud "jamaah" di sini ialah sarjana Fiqh dan Hadis. Kata al-Mula Ali al-Qari; ia bermaksud ijmak dan sepakat sarjana Islam.

*INI ADALAH DASAR YANG PERLU DIFAHAMI DALAM MENILAI SETIAP PANDANGAN INDIVIDU MUSLIM*

3. Ada yang memberi alasan-alasan yang dangkal dalam menolak kewajipan menegakkan Undang-undang jenayah Islam yang sabit menerusi al-Quran dan al-Hadis dalam negara umat Islam moden.

4. Mereka beralasan: "Beri makan kepada orang yang lapar sebelum di tegakkan Hudud. Beri pekerjaan kepada penganggur sebelum ditegakkan Hudud".

5. *Perlu diingat, sekiranya kalam tersebut mahu dijadikan hujah menolak RUU 355 maka ia bukan tempatnya kerana RUU 355 tiada kaitan dengan undang-undang mencuri.*
Namun, saya mengulas juga supaya umat Islam di Malaysia tidak terkeliru dengan konsep hukuman jenayah mencuri dalam Islam.

6. Saya menyatakan: Pandangan tersebut sekiranya merujuk kepada hukuman mencuri dalam Islam maka pandangan itu *adalah pandangan yang kurang tepat dan tidak cermat* meskipun disebut oleh seorang sarjana.

7. Ketika mana kita meminta agar hukuman potong tangan terhadap pencuri tidak ditegakkan sebagaimana hukum yang sabit dengan jelas dalam al-Quran apakah hukuman yang digunakan terhadap pencuri?

8. Apakah negara-negara umat Islam termasuk negara di mana bermukimnya sarjana kontemporari tersebut tidak mempunyai undang-undang menghukum pencuri? Jawapannya; *Hukumannya ada iaitu penjara. Di setengah negara hukuman bagi pencuri boleh ke tahap penjara seumur hidup.*
Sejak puluhan tahun para pencuri mencuri di negara umat Islam dan hukumannya ialah penjara seperti mana juga Malaysia. *Pencuri tidak berkurang malah bertambah*.

9. Kenapa tidak dikatakan kepada kerajaan umat Islam; *BERI MAKAN KEPADA ORANG YANG LAPAR SEBELUM PENCURI DIPENJARAKAN KERANA MENCURI !!!! Beri pekerjaan kepada penganggur sebelum pencuri dipenjarakan.*

Atau dikatakan. *Jangan dibuat sebarang hukuman kepada kesalahan mencuri sebelum diberi makan kepada orang yang lapar dan sebelum diberi pekerjaan kepada penganggur!!! Buang segala hukuman terhadap pencuri. Jangan dihukum mereka dengan apa hukuman sekalipun.*

10. Adakah orang yang mencuri semua kerana lapar? Adakah semua orang yang mencuri itu adalah penganggur? Tidak.

*Tidak sedikit yang mencuri bukan kerana lapar tetapi kerana tamak dan tidak cukup dengan kekayaan sedia ada.*

Penjenayah yang sudah kaya kerana mencuri masih lagi terus mencuri.
Adakah mahu dikatakan kepada mereka: jangan penjarakan mereka kerana mereka lapar dan menganggur. Jangan potong tangan mereka kerana mereka lapar dan menganggur!!!

11. Adapun orang yang mencuri kerana lapar maka hukuman Hudud potong tangan tidak dijatuhkan kepada mereka ketika *perbicaraan di mahkamah* kerana berlakunya syubhat (keraguan) iaitu keraguan mencuri kerana terdesak.
Hudud tidak dikenakan kerana tidak cukup syarat. Hukuman lain boleh dikenakan selain potong tangan ketika itu oleh hakim di mahkamah.
*Inilah keindahan Islam dalam pelaksanaan.*

12. Ia pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab apabila Umar tidak menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang hamba milik Hatib bin Abi Balta'ah yang mencuri kerana tuannya tidak memberi makan kepadanya sehingga lapar. Lalu Umar mengenakan denda kepada Hatib selaku tuan kepada hamba sekali ganda kerugian mangsa jenayah curi dan tidak mengenakan sebarang hukuman kepada hamba yang mencuri tadi.
*Itulah KEADILAN ISLAM dalam pelaksanaan hukum.*

13. Tetapi perlu diingat. Hukuman mencuri adalah undang-undang negara di zaman Umar bin al-Khattab radiyallahu anhu sebagai Khalifah Islam. Hukuman potong tangan tidak dijatuhkan di Mahkamah Umar ketika proses penghakiman kerana tidak cukup syarat.

14. Adapun kita hari ini berhadapan situasi *hukuman mencuri dengan potong tangan tidak menjadi undang-undang negara*. Bagaimana mahu dibincangkan tentang pelaksanaannya di mahkamah? *Keindahan Islam menerusi pelaksanaan hukum jenayah Islam tidak dapat dilihat dan diperlihatkan.*

15. Namun, RUU 355 yang sedang diperjuangkan sekarang tidak melibatkan hukuman curi. Ia adalah hukuman di mahkamah sivil di bawah bidangkuasa kerajaan Persekutuan. Sedangkan RUU 355 adalah berkaitan Mahkamah Syariah.

16. Kita perjuangkan pindaan RUU 355 yang dikuatkuasakan di *Mahkamah Syariah melibatkan orang Islam sahaja* bagi *meningkatkan kadar hukuman bagi kesalahan-kesalahan Takzir kepada tidak lebih 30 tahun penjara, 100 ribu ringgit denda dan 100 sebatan*. Sekaligus ia membolehkan kadar *hukuman Minum Arak, Qazaf dan Zina dipertingkatkan selaras dengan kehendak al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 sebatan Syarie*.

Sekian.

Rabu 15hb Februari 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/
http://www.drtakiri.blogspot.com

Tuesday 14 February 2017

*Siri Menjelaskan Kekeliruan Umat Yang Dikelirukan* (1) KEINDAHAN ISLAM

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

*Siri Menjelaskan Kekeliruan Umat Yang Dikelirukan* (1)

oleh
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

*Islam itu indah. Namun keindahan Islam terpadam apabila ia dilaksanakan sebahagian dan ditinggalkan sebahagian.*

Islam mesti dilaksanakan secara lengkap merangkumi semua hukum-hakamnya bermula dengan:

1. *Hukum-hakam Ibadahnya* seperti solat, puasa, zakat dan haji

2. *Hukum-Hakam kekeluargaan* melibatkan perkahwinan, perceraian dan hak-hak kekeluargaan.

3. *Hukum-Hakam Kemasyarakatan* melibatkan kejiranan

4. *Hukum-hakam Ekonomi* melibatkan perniagaan, pertanian, penternakan, undang-undang kontrak seperti jual beli, sewa menyewa, upah, undang-undang perbankan dan pengurusan kewangan dengan meninggalkan RIBA.

5. *Hukum-Hakam Pemerintahan, Politik dan Pentadbiran* melibatkan tatacara pemilihan pemerintah, dasar pentadbiran kementerian dan jabatan bagi mengelakkan rasuah dan ketirisan, pengurusan pendapatan melibatkan hasil mahsul negara seperti petroleum dan kaedah perbelanjaan negara, hubungan antarabangsa dan lain-lainnya.

6. *Hukum-Hakam Kehakiman* melibatkan pertikaian di kalangan manusia dan hukuman jenayah kepada para penjenayah yang merosakkan 5 asas kehidupan manusia iaitu *agama, jiwa, akal, maruah dan harta manusia* yang tergambar menerusi hukuman terhadap *jenayah bunuh, mencederakan, curi, rompak, zina, tuduhan zina, minum minuman memabukkan serta pelbagai lagi kesalahan jenayah dipanggil Takzir*, seterusnya prosedur Keterangan bagi mensabitkan kesalahan.

*Semua aspek inilah yang diperjuangkan oleh PAS secara tidak terpisah sejak 1951 sehingga sekarang*

Adapun RUU 355 adalah *salah satu daripada perjuangan ke arah menyempurnakan* Islam yang Syumul dan lengkap pada *aspek kadar hukuman terhadap kesalahan jenayah Syariah*.

*Ia bukan satu-satunya perjuangan PAS.*

Di saat umat *leka terhadap kewajipan menegakkan Syariat Allah melibatkan kesalahan jenayah* maka PAS hadir memperingatkan umat terhadap kelekaan ini.

Lalu ia diperkasakan menerusi cadangan pindaan kepada *Akta 355 (1984) Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah* yang melibatkan sebahagian besarnya Takzir dan beberapa kesalahan besar yang dipraktikkan di *Mahkamah Syariah Negeri-negeri* melibatkan orang Islam sahaja dengan cadangan:

1. Hukuman 3 tahun penjara ditingkatkan hingga tidak lebih 30 tahun

2. Hukuman 5 ribu ringgit denda ditingkatkan kepada tidak lebih 100 ribu ringgit denda

3. Hukuman 6 kali sebatan kepada tidak lebih 100 sebatan mengikut kaedah sebatan Syarie.

Pindaan ini membolehkan Enakmen di Negeri-negeri dipinda di DUN masing-masing untuk dipraktikkan di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri.

Cadangan ini membolehkan kadar hukuman Takzir dipertingkatkan dan khususnya 3 kesalahan jenayah dapat dihukum selaras dengan kehendak al-Quran dan Hadis iaitu kesalahan *Minum Arak, Qazaf dan Zina,*

*Inilah perjuangan kami.*
Hanya golongan yang *berkepentingan dunia sahaja menolak dan menentangnya* dengan pelbagai alasan remeh yang dicipta. Itu adalah sunnah perjuangan.

Sekian
Selasa 14hb Februari 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

*Dr Asri Sangat Keliru Tentang RUU 355*

*Dr Asri Sangat Keliru Tentang RUU 355*

Saya merasa sangat bertanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan sahabat saya Dr Asri tentang RUU 355.

Beliau dilaporkan oleh media hari ini berkata bahawa yang dia pertikaikan tentang RUU 355 ialah "syarat untuk menghukum. Apakah kita sudah mencukupi syarat untuk menghukum?".

Kenyataan ini menunjukkan betapa kelirunya Dr Asri dan betapa dia mengelirukan umat Islam.

*Fahami baik-baik.* RUU 355 adalah cadangan pindaan undang-undang bagi Akta 355 khususnya membolehkan tiga kesalahan jenayah Islam; Minum Arak, Qazaf dan Zina dihukum menurut al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 rotan dan meningkatkan hukuman bagi pelbagai lagi kesalahan Takzir daripada hanya terikat kepada 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan kepada maksima 30 tahun penjara, 100 ribu ringgit denda dan 100 kali sebatan Syarie.

Adapun *isu pelaksanaan sama ada melibatkan syarat yang membolehkan hukuman dilaksanakan*, itu adalah prosedur melibatkan Akta atau Enakmen Keterangan untuk menjatuhkan hukuman.

Ia adalah apabila sesuatu kes dibawa ke Mahkamah Syariah nanti. Ia tidak berbangkit pada peringkat sekarang. Itu peringkat pelaksanaan di Mahkamah Syariah. Setiap undang-undang ada prosedur Keterangannya di Mahkamah. Ia dibincangkan dalam konteks Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah di negeri-negeri.

Saya menggesa sahabat saya Dr Asri *berhentilah mengelirukan umat Islam dalam isu undang-undang jenayah Islam dengan pelbagai pandangan songsang* sementelah kedudukan beliau sebagai mufti. Janganlah berdiri sebaris dengan golongan berfikiran liberal yang berusaha memandulkan sebarang usaha memperkasakan agama Allah.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahad 12hb Februari 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Sunday 12 February 2017

Peringatan Diri: Pinda Akta 355 Wajib

*PERINGATAN DIRI*

Pindaan Akta 355 adalah WAJIB bukan Sunat. Hal ini kerana Akta 355 sekarang MENGHALANG 3 kesalahan jenayah Islam di negeri-negeri untuk dihukum berdasarkan hukuman yang sabit dengan al-Quran dan al-Sunnah iaitu jenayah minum arak, jenayah Qazaf dan Jenayah Zina. Ketiga-tiga jenayah sepatut dihukum dengan masing-masing 40, 80 dan 100 sebatan syar'ie. Tetapi Akta 355 hanya membolehkan 6 kali sebatan sahaja. Maka akta 355 WAJIB dipinda supaya 3 kesalahan jenayah itu dihukum mengikut undang-undnag Syariah berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Friday 10 February 2017

Maslahah dan Maqasid Syariah Bukan Dalil Memandulkan Hukum*

*Maslahah dan Maqasid Syariah Bukan Dalil Memandulkan Hukum*

"Maslahah" dan "Maqasid Syariah" adalah satu bidang ilmu yang halus dibahas oleh para Fuqaha. Kedua-duanya tidak boleh menjadi Dalil untuk membatalkan satu hukum yang sabit dengan Nas al-Quran dan al-Hadis. Ini adalah kaedah yang telah disepakati oleh Ulamak Islam sepanjang zaman.

Hari ini, dengan hujah "maslahah" yang diselewengkan dan dengan hujah "maqasid syariah" yang disalah ertikan, ada ilmuwan picisan yang menjadikannya HUJAH dan DALIL untuk memandulkan kewajipan menegakkan undang-undang jenayah Islam seperti mencuri dan merompak yang sabit dengan Nas al-Quran dan telah menjadi ijmak Ulamak. Ia dijadikan modal untuk tidak menyokong usaha menegakkan undang-undang jenayah Islam dalam negara.

Orang awam yang tidak memahami kaedah-kaedah hukum dalam Islam sangat mudah diperdayakan oleh mereka. Golongan liberal pula seronok dan gembira dengan hujah songsang sebegini.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/

Peingatan Diri: Mencegah Mungkar Bukan Hanya Dengan Emosi

*PERINGATAN DIRI*
oleh: Dr Khairuddin at-Takiri

Malang sungguh. Ramai yang semangat menentang kemungkaran dan kezaliman tetapi hanya kerana semangat dan emosi. Sedang perjuangan menentang kezaliman mestilah atas dasar ianya tuntutan beragama dan jihad di jalan Allah demi menegakkan kalimah Allah.
Nabi ditanya oleh sahabat tentnag seorang yang berperang kerana semangat. Ada yang berperang kerana berani. Ada yang berperang kerana mahu menunjuk-nunjuk. Siapakah yang berada di jalan Allah? Jawab baginda saw
من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله
"Sesiapa yang berperang untuk menegakkan kalimah Allah maka dia berada di jalan Allah"

Perlakuan mereka sama iaitu MENENTANG KEMUNGKARAN. Tetapi yang membezakan mereka adalah NIAT.

Sekian

Rabu 8hb Februari 2017
http://www.facebook.com/drtakiri/

DAP JANGAN CAMPUR TANGAN URUSAN FATWA

Kenyataan Media
*Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat*

*DAP JANGAN CAMPUR TANGAN URUSAN FATWA*

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guang Eng *tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa-fatwa negeri* sebagaimana berlaku sebelum ini melibatkan fatwa penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain.

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004 jelas menuntut *fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong* sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan *bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Lim Guang Eng* terlebih dahulu.

3. Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Exco, YB Abdul Malek bin Abdul Kasim kepada Sahibus Samahah Dato' Hj Hasan Ahmad, mufti kerajaan Pulau Pinang yang tersebar di media sosial jelas menunjukkan campur tangan kerajaan terhadap proses pembuatan fatwa melibatkan Kalimah Allah. *Exco terbabit tidak perlu berbelit menafikan dan berdolak dalih* bagi mempertahankan diri dan mempertahankan tindakan salah kerajaan negeri pimpinan Lim Guang Eng.

4. Kenyataan bekas Mufti Dato' Hj Hassan dan kenyataan salah seorang jawatankuasa fatwa Datuk Md Salleh Hj Ahmad pada 8 Februari 2017 yang menyebut *ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang tidak dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong kerana campur tangan politik* adalah sesuatu yang berat dan serius. Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri.

5. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. *Campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama Islam* yang menjadi Agama bagi Persekutuan.

6. Sekiranya dengan hanya memerintah negeri, DAP sudah terlalu berani mencampuri urusan agama Islam, *alangkah bahaya sekiranya DAP menjadi sebahagian pemerintah negara* (moga Allah jauhkan) sebagaimana impian Pakatan Harapan. Malang sekali, sebahagian orang Islam terpesona dengan lakonan DAP berkaitan Islam.

Sekian

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Jumaat 10hb Februari 2017

http://www.drtakiri.blogspot.com

http://www.facebook.com/drtakiri

Wednesday 8 February 2017

Peringatan Diri : Jangan Fitnah Fuqaha

*PERINGATAN DIRI*

1. Ada yang menzalimi Fuqaha dengan membuat FITNAH mendakwa Fuqaha "mencipta Fiqh menyokong kezaliman". Kenyataan itu sangat mengelirukan.

2. Fuqaha tidak mencipta Fiqh dengan akal sendiri tetapi Fuqaha mengeluarkan hukum Fiqh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

3. Fuqaha tidak mungkin menyokong kezaliman kerana semua bentuk kezaliman adalah HARAM dan wajib ditentang. Ia menjadi prinsip asas beragama. Tetapi Fuqaha menjelaskan panduan dan garis Islam dalam menentang kezaliman.

4. Namun yang zalim ialah mereka yang hanya bersemangat dan beremosi menentang kezaliman tetapi tidak merujuk kepada panduan al-Quran dan al-Hadis dalam menentang kezaliman seperti dihuraikan oleh para Fuqaha. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar ada Fiqhnya.

5. Antara Fiqh menentang kezaliman ialah *larangan menentang pemerintah muslim secara kekerasan bersenjata tetapi wajib ditentang menggunakan kuasa dan lidah* sebagaimana dipetik daripada Hadis Sahih kecuali ternyata kekufuran pemerintah muslim tersebut. Adab ini ditegaskan oleh Fuqaha seperti Imam Nawawi. Lalu ada yang zalim menuduh Fuqaha bersekongkol dengan pemerintah yang zalim kerana Fuqaha menegaskan Fiqh ini.

6. Islam menegaskan antara kaedah berhadapan dengan pemerintah yang zalim ialah *"menasihati"dan "menegur" mereka secara hikmah (kebijaksanaan)* sebagaimana sabit dalam al-Quran dan al-Hadis. Lalu ada yang menjadi zalim apabila mempermainkan perkataan "nasihat" yang tersebut dalam al-Quran dan al-Hadis.

7. Lebih zalim lagi mereka yang menentang kezaliman dan kemungkaran secara terpilih.

8. Ayat-ayat al-Quran jelas mengharamkan kesetiaan diberikan kepada golongan kufur yang menentang agama dan hukum hakam Allah dan haram bersekongkol dengan mereka. *Ia adalah kemungkaran dan suatu kezaliman terhadap agama*. Namun, kemungkaran dan kezaliman ini dibiarkan dan dianggap kecil.

9. Ayat-ayat al-Quran jelas mewajibkan umat Islam menegakkan undang-undang Syariat termasuk undang-undang jenayah. Meninggalkannya adalah satu Kemungkaran dan Kezaliman terhadap hukum Allah. Kezaliman ini tidak ditentang malah ada yang bersekongkol pula dengan golongan kufur yang menentangnya. Pelbagai dalih dibuat untuk tidak menyokong sebarang usaha menegakkan Syariat Allah.

10. *Rasuah adalah haram dan zalim.*
*Pecah amanah pemerintahan adalah haram dan zalim*
*Mencuri duit negara adalah haram dan zalim.*
*Cukai yang dikenakan kepada orang miskin adalah haram dan zalim.* *Meninggalkan hukum Allah seperti undang-undang jenayah Islam tanpa diperjuangkan adalah haram dan zalim.*
*Membiarkan golongan kufur yang menentang Islam berkuasa adalah haram dan zalim.*

Maka marilah kita melaksanakan kewajipan menentang semua kezaliman ini.

Sekian

Dr Khairuddin at-Takiri
Isnin 6hb Februari 2017

https://www.facebook.com/drtakiri/

Politik Islam vs Politik Mungkar

Risalah Penerangan
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

POLITIK ISLAM VS POLITIK MUNGKAR

oleh : Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

BERPOLITIK hendaklah dengan dua tujuan iaitu untuk menegakkan Islam dan untuk negara di tadbir dengan Islam. Itulah takrifan kepada KHILAFAH atau pemerintahan dalam Islam sebagaimana dihuraikan oleh Sarjana Islam awal seperti al-Mawardi, Abu Ya'la al-Farra, Imam al-Juwaini dan lain-lainnya iaitu "menegakkan agama dan mentadbir bumi dengannya".

Politik hendaklah kerana ingin menegakkan dalam sebuah negara semua hukum-hakam Islam merangkumi hukum hakam ibadat, hukum hakam kekeluargaan, hukum hakam kemasyarakatan, hukum hakam ekonomi melibatkan cara menjana pendapatan, kontrak dan transaksi kewangan Islam, hukum hakam jenayah melibatkan jenayah agama, nyawa, maruah, harta dan akal dan hukum hakam pengurusan negara.

Politik hendaklah bertujuan menegakkan pemerintahan Islam menerusi seorang pemerintah Islam yang beriman, bertakwa lagi adil.

Politik bukan perjuangan untuk mencari makan dan rezki atas nama ahli politik.

Politik juga bukan hanya kerana untuk menjatuhkan sesebuah parti dan digantikan dengan parti lain tetapi untuk menukar satu sistem pentadbiran agar mengikut prinsip dan dasar Islam sepenuhnya.

Politik bukan hanya kerana kebencian kepada kelompok tertentu tetapi kerana kebencian pada perlakuan maksiat bercanggah dengan agama seperti zalim, rasuah, amalan riba dan kemungkaran meninggalkan pelaksanaan hukum jenayah Islam.

Politik hendaklah kerana kasih dan sayang bagi menyelamatkan manusia daripada neraka Allah dan membimbing manusia ke syurga Allah.

Inilah intipati perjuangan politik Islam yang tidak sehaluan dan sejalan dengan politik sekuler yang memisahkan agama daripada pemerintahan.

Ia tidak sejalan dengan politik sosialis.

Ia tidak sehaluan dengan politik demokrasi yang bertuhankan manusia semara-mata.

Ia tidak sejalan dengan politik liberal yang ingin bebas daripada keterikatan dengan hukum agama.

POLITIK ISLAM adalah perjuangan kita.

Sekian

Rabu 8hb Februari 2017

✳ https://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/10833-risalah-penerangan-politik-islam-vs-politik-mungkar

PERINGATAN DIRI : CEGAH KEMUNGKARAN KERANA ALLAH

PERINGATAN DIRI

Malang sungguh. Ramai yang semangat menentang kemungkaran dan kezaliman tetapi hanya kerana semangat dan emosi. Sedang perjuangan menentang kezaliman mestilah atas dasar ianya tuntutan beragama dan jihad di jalan Allah demi menegakkan kalimah Allah.
Nabi ditanya oleh sahabat tentnag seorang yang berperang kerana semangat. Ada yang berperang kerana berani. Ada yang berperang kerana mahu menunjuk-nunjuk. Siapakah yang berada di jalan Allah? Jawab baginda saw
من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله
"Sesiapa yang berperang untuk menegakkan kalimah Allah maka dia berada di jalan Allah"
Hadis Sahih Bukhari

Perlakuan mereka sama iaitu MENENTANG KEMUNGKARAN. Tetapi yang membezakan mereka adalah NIAT.

Dr Khairuddin at-Takiri
Rabu 8hb Februari 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Tuesday 7 February 2017

DAP Ulang Skrip Lama - Gagal Mengikuti Prinsip Tapi Fitnah Presiden PAS

DAP Ulang Skrip Lama - Gagal Mengikuti Prinsip Tapi Fitnah Presiden PAS

Oleh
_Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri_
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Artikel saya sebelum ini menjelaskan kegagalan Lim Kit Siang (LKS) dalam memahami prinsip Konsensus, terkeliru dengan Prinsip Keputusan Majoriti, justeru membawa kepada perpecahan PR. Kemudiannya letakkan semua kesalahan kepada Presiden PAS. Akhirnya mahkamah dan istana membuktikan Presiden PAS betul, Dap dan PKR jelas bersalah sehingga terpaksa memohon maaf.

2. Kemudian YB Theresa Kok cuba menegakkan benang yang basah dan lusuh dengan mengatakan keputusan telah dibuat oleh wakil wakil Pas dalam mesyuarat. Presiden PAS lah yang tidak mengikut keputusan dan buat "U turn".

3. Walaupun nama beliau mengingatkan saya kepada Mother Theresa yang diangkat oleh gereja Kristian setaraf santa (sainthood seumpama wali dalam Islam), rupanya Theresa Kok gagal mengikuti teladan Mother Theresa bagi penganut Kristian.

4. Saya heran.
Heran kerana seolah olah kepimpinan DAP terlalu naif terhadap prinsip prinsip Pengurusan yang baik. Adakah Theresa, Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng kesemuanya benar- benar jahil dalam proses membuat keputusan dalam sesebuah organisasi? Sedang mereka orang lama dalam kepimpinan parti?

5. Bagaimana mereka mengurus parti dan apalagi sebuah kjaan negeri, jika begitu? Sangat mengherankan.

6. Akal yang munasabah tidak dapat menerima kepimpinan tinggi sebuah organisasi besar seperti Dap yang begitu berpengalaman serta latar belakang pendidikan yang tinggi, gagal memahami prinsip mudah pembuatan keputusan seperti Keputusan Konsensus,  Keputusan Majoriti, dan Keputusan Mesyuarat Perwakilan.

7. Jika mereka bukan jahil, maka hanya ada satu penjelasan kenapa mengambil sikap berkenaan iaitu *sengaja mencipta alasan memburukkan dan memfitnah Presiden Pas dengan niat yang tidak baik.*

8. Tidak sukar untuk menelah motivasi mereka bersikap demikian.

*Tektik Pecah-Perintah Terhadap PAS*

9. Politik Malaysia berteraskan kuasa Islam-Melayu. Tidak ada sesebuah parti politik yang akan dapat menguasai lanskap politik negara tanpa menguasai politik Islam-Melayu.

10. Dap bercita cita besar menerajui pentadbiran negara dengan bantuan kepimpinan  parti -parti Melayu pembangkang. Parti-parti Melayu ini memberi mereka sebuah keabsahan (legitimasi) kpd penguasaan Dap dalam pentadbiran negara. Jawatan PM bukan masalah besar kepada Dap.

11. Ramai pemimpin Melayu bersedia menjadi Pak Angguk, dengan imbuhan yang setimpal. Asalkan Dap menguasai kabinet, itu sudah cukup. Di depan, Pak-Pak Angguk Melayu membuat kenyataan, di belakang Dap yang buat keputusan. Barangkali menjadi boneka.

12. Malangnya parti-parti Melayu tersebut tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Orang Melayu hanya pilih antara Umno atau Pas.

13. Oleh kerana Umno/BN adalah seteru politik Dap hari ini (mungkin tidak pada masa akan datang), maka tidak mungkin mereka bersama Umno/BN. Agenda Umno-phobia Dap dan sekutunya telah berjaya dimainkan begitu berkesan sekali khasnya dalam kalangan rakyat Bukan Islam.

14. Slogan Asal Bukan Umno (ABU) cukup popular dalam PRU 13. Berkerjasama dengan Umno/BN bererti menjilat ludah sendiri dan tidak akan dimaafkan penyokong mereka. Walaupun cubaan dibuat pasca PRU ke 13 dengan tawaran Konsensus Nasional dan Konsiliasi Nasional, namun, tiada sambutan oleh rakyat.

15. Harapan DAP untuk menguasai  politik Melayu hanya tinggal dengan PAS.

16. Tapi PAS lain daripada Umno. PAS parti berprinsip dengan rujukan al-Quran dan al-Sunnah. PAS bukan hanya bercakap soal Melayu, tapi PAS sangat kuat memperjuangkan Islam.

17. Maka bagaimana Dap mahu mendekati dan menguasai PAS sedangkan Islamophobia adalah senjata utama Dap menarik sokongan bukan Islam selama ini.

18. Kerjasama erat dengan PAS membawa risiko ditolak oleh penyokong tegar kalangan bukan Islam. Dap sudah mencuba semasa di bawah Barisan Alternatif awal 2000. Akhirnya Dap isytihar keluar BA kerana takut undi penyokong Cina lari, lantaran rapat dengan Pas.

19. *Maka menghancurkan PAS adalah amat penting kepada Dap.Tektik "pecah-perintah" perlu dilaksanakan terhadap PAS.*

*Manfaat Kehancuran PAS Bagi DAP*

20. Dengan PAS hancur, Dap dapat dua manfaat besar:

1. Penyokong PAS akan berpindah kepada parti parti pembangkang Melayu yang telah pun berada dalam saku Dap.

2. Dap akan menarik pengundi bukan Melayu kekal bersama Dap. Lebih kuat Dap serang Pas dan Islam, lebih kuat sentimen sokongan Bukan Islam khasnya masyarakat Cina kepada Dap.

21. Masyarakat bukan Islam ditakut-takutkan dengan pelampau Islam, jihad Islam, Negara Islam , Hudud, Syariah dan seumpamanya.

22. Pindaan undang undang jenayah syariah dijaja sebagai langkah orang Melayu utk memaksa bukan Islam berada di bawah undang undang Islam. Islamophobia ini dimainkan Dap, ditambah dengan Islamophobia ciptaan Barat-Yahudi yang disebarkan sekian lama, termakan oleh sebahagian masyarakat bukan Islam di Malaysia.

23. Maka lebih banyak Dap serang PAS dan Islam, lebih kuat mereka menarik sokongan besar Cina dan bukan Islam.

24. Ringkasnya, dengan menyerang dan melemahkan PAS, Dap akan dapat sokongan bukan Melayu, dan juga menguasai sokongan Melayu melalui parti-parti pembangkang Melayu yang menarik penyokong penyokong Pas.

25. *Sebab itu menyerang PAS dan Presidennya adalah penting bagi Dap.*

26. Inilah motivasi yang membentuk sikap mereka kepada Presiden Pas. Serangan berterusan mesti dilakukan. Biarpun di atas alasan yang paling dangkal.

27. *Jadi bukan mereka tidak memahami prinsip prinsip pengurusan dalam proses pembuatan keputusan, tetapi mereka sengaja berniat jahat menyerang PAS dan Presidennya.*

28. Kekeliruan mereka terhadap prinsip Konsensus dan prinsip Majoriti telah dijelaskan dalam artikel saya sebelum ini.

Rujuk:

http://drtakiri.blogspot.co.at/2017/02/lim-kit-siang-tak-faham-prinsip_7.html?m=1

*Kegagalan Memahami Proses Membuat Keputusan*

29. Kali ini saya mahu menunjukkan kegagalan mereka "memahami" *proses membuat keputusan secara perwakilan* atau sengaja tidak mahu menerimanya.

30. Menjadi kebiasaan untuk mana mana organisasi menghantar wakil mereka ke mesyuarat-mesyuarat. Seringkali wakil yang dihantar bukanlah pemimpin tertinggi masing masing. Timbalan atau Setiausaha atau mana mana pimpinan yang sesuai dengan keperluan mesyuarat dihantar sebagai wakil.

31. Perwakilan ini sifatnya hanya lah membawa mesej dan isu tertentu untuk dibincangkan, sekaligus mendapatkan maklumbalas daripada pihak organisasi atau parti lain.

32. Bagi keputusan keputusan besar melibatkan dasar khasnya, wakil-wakil tidak dibenarkan membuat keputusan. Adalah sedia dimaklumi oleh semua yang berpengalaman dalam mesyuarat pelbagai pihak ini bahawa wakil- wakil akan membawa maklumbalas ke parti masing masing untuk diperhalusi dan dibuat keputusan akhir.

33. Bagi PAS, wakilnya akan membentangkan kepada lajnah atau biro berkenaan, yang kemudiannya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang seterusnya membawanya ke Majlis Syura Ulamak untuk dibuat keputusan akhir jika melibatkan hukum.

34. Semasa kemelut Selangor dahulu bermula dengan Langkah Kajang, membawa kepada usaha menjatuhkan  Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar,  pengengkaran arahan Istana, dan konflik 3 penjuru di beberapa kerusi di Pru 13, Dap dan Pkr dengan amat jelas telah tidak menghormati prinsip Konsensus, dan prinsip Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju sehingga membawa kepada pergeseran dalaman PR seterusnya perpecahan Dap daripada PR.

35. Bagi menutup kesalahan mereka melanggar prinsip-prinsip tersebut, mereka membuat cerita bahawa kononya Konsensus telah dicapai semasa meayuarat yang dihadiri wakil wakil Pas. Fitnah dilemparkan kepada Presiden Pas yang mengubah keputusan yang telah dipersetujui bersama itu.

36. Soalnya benarkah telah dipersetujui bersama secara konsensus? Bolehkah mesyuarat perwakilan itu diambil sebagai keputusan akhir parti masing masing? Adakah proses pembuatan keputusan dalam kesemua parti sama?

37. Jika LGE atau Anwar boleh membuat keputusan berseorangan yang sekaligus menjadi keputusan parti mereka, PAS mengambil pendekatan kolektif. Maka wakil PAS perlu membawanya kepada mesyuarat-mesyuarat PAS sebelum diputuskan, seperti dijelskan di atas. Apa tah lagi kalau mesyuarat tersebut hanya dihadir wakil di peringkat lebih rendah. 

38. Timbalan Presiden Pas ketika itu, mahupun Pengarah Pilihanraya, atau Pengarah Penyelidikan Pas atau mana-mana AJK Pas Pusat, mereka semuanya hanyalah wakil kepada PAS ke mesyuarat berkenaan dan tidak berhak dan tidak sah membuat keputusan akhir bagi PAS.

39. Jika pimpinan Dap dan Pkr gagal memahami pinsip prinsip ini dan gagal menghormati proses biasa yang diambil PAS, maka memanglah PR hanya menunggu kehancuran, hanya cepat atau lambat sahaja.

40. Dalam mesyuarat PAS-PPBM baru-baru ini, senario serupa cuba dimainkan balik oleh LKS, LGE dan pimpinan lain Dap, dan PKR. Mereka melakonkan semula skrip lama yang membawa perpecahan PR dahulu. Cuma sekarang mungkin ada tokoh baru seperti Tun Mahathir memainkan peranan mencurah minyak kepada api fitnah ini.

41. *Sekali lagi, Presiden PAS menjadi sasaran fitnah jahat mereka.* Bukan mereka tidak faham proses membuat keputusan, tetapi mereka sengaja berniat jahat.

42. Mereka mengatakan keputusan sebulat suara (konsensus) dalam mesyuarat wakil-wakil parti, dan keputusan tersebut adalah muktamad tetapi Presiden PAS buat "U turn" tukar keputusan.

42. Sedangkan Presiden PAS hanya bertegas bahawa PAS belum membuat keputusan akhirnya berkaitan PAS-PPBM ini dan keputusan mesyuarat wakil-wakil tersebut bukan muktamad.

*Skrip lama cuba diberi lakonan baru oleh watak-watak lama dan baru di bawah arahan Dap.*

Sekian.

Selasa 7hb Februari 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

http://www.drtakiri.blogspot.com

Lim Kit Siang Tak Faham Prinsip Konsensus?

*Lim Kit Siang Tak Faham Prinsip Konsensus?*

Oleh
_Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri_
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Lim Kit Siang menimbulkan lagi fitnah terhadap Dato' Seri Presiden PAS kononnya tidak mengikut prinsip Konsensus kerana tak bersetuju dengan pendirian Dap dan PKR.

2. Bagi Lim Kit Siang dan yang sama waktu dengannya, tidak bersetuju dengan majoriti maka bererti tidak konsesus.

3. *Dia keliru antara prinsip Majoriti dan prinsip Konsensus*.

4. Konsensus ialah persetujuan sebulat suara. Semua pihak perlu bersetuju, tidak ada satu pun yang tidak bersetuju, barulah dinamakan keputusan secara Konsensus.

5. Majoriti ialah kaedah dimana keputusan yang dipersetujui majoriti ahli diterima pakai. Minoriti pula mesti patuh sebagai keputusan kolektif. Tak timbul soal ianya bukan keputusannya. Semua kena menerima.

6. *Pakatan Rakyat memilih kaedah Konsensus, bukan kaedah Majoriti.*

7. Maksudnya, hanya agenda yang dipersetujui secara Konsensus yang boleh dilaksanakan sebagai agenda PR.

8. Jika ada mana-mana ahli tiga parti dalam PR tidak bersetuju, walaupun semua yang lain bersetuju, maka ianya tidak Konsensus. Justeru, tidak boleh menjadi agenda bersama PR.

9. Konsensus tidak menghalang mana-mana pihak untuk berlainan pandangan. Konsensus juga tidak memaksa mana-mana pihak mesti bersetuju dengan pandangan majoriti.

10. Bila Presiden PAS menentang usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid di Selangor melalui tuduhan tanpa bukti, bukan bermakna beliau menentang prinsip PR. (*Menariknya, akhirnya mahkamah membuktikan tuduhan tersebut semuanya palsu dan fitnah*).

11. *Bila PAS tidak bersetuju dengan satu nama sahaja sebagai calon MB oleh PKR dan Dap, itu juga bukan menentang Konsensus.* Itu adalah hak ahli dalam prinsip Konsensus. Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti. Akhirnya Dap dan PKR terpaksa memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana mengengkari arahan Baginda untuk menghantar sekurang-kurangnya dua nama, bukan hanya satu nama.

12. Kedua-dua kes tersebut akhirnya membuktikan sikap Tuan Guru Presiden Pas adalah tepat. *Akhirnya terbukti Dap dan PKR gopoh dan cuai dalam mengambil tindakan* mereka sehingga terpaksa mengakui kesilapan dan memohon maaf.

13. *Lim Kit Siang tak memahami perbezaan antara Konsensus dengan Majoriti, atau sengaja cuba menegakkan benang basah? Mencipta alasan karut, kerana marah beliau kepada Presiden Pas?*

14. Lim Kit Siang juga sengaja memejam mata terhadap satu lagi prinsip PR iaitu *Setuju Untuk Tidak Bersetuju* yang dicanang oleh beliau dan Dato' Seri Anwar ke hulu ke hilir satu waktu dahulu.

15. Jelas, sudah terang lagi bersuluh, dalam PR, mana-mana parti daripada tiga parti tersebut boleh berbeza pandangan. Bila ada perbezaan pandangan, maka Konsensus tidak dicapai dan tidak boleh dijadikan agenda bersama PR.

16. Bila Konsensus tidak dicapai, sepatutnya Dap dan PKR tidak meneruskan agenda menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Seterusnya tidak juga mencalonkan hanya satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

17. Tapi malangnya mereka melanggar prinsip Konsensus tersebut. Mereka teruskan walaupun Konsensus tidak dicapai. *Sikap tidak mematuhi perjanjian inilah sebenarnya yang membawa kepada perpecahan PR.* Selamanya mereka akan melanggar perjanjian.

18. *Dap dan PKR lah yang jelas bersalah memecah-belahkan PR. Mereka menjadikan Presiden Pas sebagai alasan menutup kesalahan mereka.*

19. Sekarang, cerita lama tersebut diulang kembali. Dengan harapan orang ramai tidak cukup cerdik memahami permainan politik kotor mereka.

Sekian

Selasa 31hb Januari 2017

https://www.facebook.com/drtakiri/
www.drtakiri.blogspot.com

Peringatan Diri: Pengaruh Bahasa Lunak*

*Peringatan Diri*

*Pengaruh Bahasa Lunak*

Bahasa yang lunak boleh mempengaruhi jiwa yang ego untuk menerima kebenaran. Justeru, Allah mengarahkan Nabi Musa alaihis salam menggunakan bahasa yang lunak untuk berhadapan dengan Firaun yang disifatkan oleh Allah sebagai jahat. Allah berfirman dalam surah Taha ayat 43-44:

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ (43)فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ (44)

_"Pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Fir'aun. Sesungguhnya dia sangat jahat (melampau batas). Lalu sebutlah kepadanya ungkapan yang lunak mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut"_.

Ada kalanya bahasa yang keras boleh digunakan bergantung kepada situasi orang yang ditegur sebagaimana sabit dalam beberapa tindakan Rasulullah saw.Itu adalah hikmah kebijaksanaan menilai suasana dan situasi yang dituntut dalam berdakwah.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Rabu 1 hb Februari 2017

https://www.facebook.com/drtakiri/
www.drtakiri.blogspot.com

Peringatan Diri : MEMBENCI KEMUNGKARAN

*Peringatan Diri*

MEMBENCI KEMUNGKARAN adalah wajib ke atas setiap individu muslim kerana ia lambang keimanan setidak-tidaknya dengan hati. Itulah tahap iman yang paling lemah. Seorang mukmin yang ada kemampuan kuasa wajib mencegah kemungkaran dengan kuasanya. Jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan perkataan. Dalam konteks kemungkaran pemerintah berkuasa rakyat mempunyai kemampuan kuasa undi untuk diterjemahkan sebagai lambang keimanan.

Nabi saw bersabda:

َ سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا

_"Akan ada nanti pemerintah-pemerintah lalu kamu suruh mereka melakukan makruf dan kamu mencegah kemungkaran mereka. Maka sesiapa yang membenci (dengan hatinya) kemungkaran dia terlepas (daripada dosa). Dan sesiapa yang mengengkari (dengan lidahnya) dia selamat. Tetapi (dosa itu) bagi orang yang redha (dengan hatinya) dan menurut. Sahabat bertanya; Bolehkah kita memerangi mereka (dengan senjata)? Jawab Nabi saw: tidak boleh selagi mereka solat"_
Hadis riwayat Muslim

Kata Imam Nawawi; Hadis ini mengandungi dalil bahawa sesiapa yang lemah untuk menghilangkan kemungkaran dia tidak berdosa dengan sebab diam tetapi berdosa kerana redha atau kerana tidak membencinya dengan hatinya atau dengan sebab mengikutnya.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Khamis 2hb Februari 2017

https://www.facebook.com/drtakiri/
www.drtakiri.blogspot.com

*KENAIKAN HARGA MINYAK MENAIKKAN SUHU KEMARAHAN RAKYAT*

Kenyataan Media
Ahli Parlimen Kuala Nerus

*KENAIKAN HARGA MINYAK MENAIKKAN SUHU KEMARAHAN RAKYAT*

1. Kenaikan harga minyak 40 sen dalam masa dua bulan sememangnya menaikkan suhu kemarahan rakyat kepada kerajaan BN. Pada Disember 2016 RON95 pada harga RM1.90 seliter dan sekarang Februari 2016 pada harga RM2.30 seliter.

2. Pada Oktober 2016 harga RON95 ialah RM1.80 dan pada September 2016 pada harga RM1.70. Ia bererti kenaikan sehingga 60 sen dalam masa lima bulan. RON95 berada pada harga paling rendah pada Mac 2016 iaitu RM1.60 sen seliter. Seterusnya ia menyaksikan kenaikan sehingga RM2.30 pada hari ini iaitu kenaikan 70 sen dalam masa sebelas bulan.

3. Sekiranya diandaikan golongan berpendapatan rendah menggunakan 150 liter minyak sebulan, ia bererti peningkatan kos hidup bulanan disebabkan harga minyak ialah menjangkau RM105 dalam masa sebelas bulan Mac 2016 - Februari 2017.

4. Ia membuktikan polisi apungan terkawal harga minyak tidak releven dan tidak menguntungkan rakyat. Kenaikan harga minyak dunia yang menguntungkan kerajaan Malaysia sebaliknya mencipta kerugian dan bebanan bagi rakyat.

5. Kenaikan harga minyak dunia sememangnya menjadi doa rakyat Malaysia agar pendapatan negara meningkat. Sepatutnya peningkatan pendapatan itu boleh membantu harga runcit kekal pada harga rendah yang tidak membebankan rakyat. Oleh kerana itulah, saya dan rakan-rakan daripada PAS mencadangkan polisi apungan bersekali dengan subsidi.

6. Mengimbau kembali sejarah, pada 1 Disember 2014, kerajaan memperkenalkan polisi baru dalam penentuan harga minyak runcit iaitu melalui kaedah apungan terkawal (managed float system) berdasarkan 'Automatic Pricing Mechanism' (APM). Ini beerti, purata perubahan kos produk akan menentukan harga minyak runcit bagi bulan berikutnya. Secara tidak langsung, harga minyak mentah dunia dan nilai matawang juga akan mempengaruhi naik turun harga minyak runcit di negara ini.

7. Dengan jangkaan peningkatan harga minyak dunia bermula Januari 2017 di atas komitmen negara OPEC dan non-OPEC untuk mengurangkan pengeluaran 1.8 juta barel setiap hari, maka, implikasinya ke atas harga minyak runcit di Malaysia begitu membimbangkan. *Malah, peningkatan harga runcit minyak ketika ini sudah memberikan signal bebanan yang lebih berat sedang menanti.*

8. *Saya telah mencadangkan sebelum ini agar penetapan harga siling dan tambahan subsidi digabung-jalinkan dengan polisi sedia ada terutamanya ketika menghadapi ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia sepertimana yang ditekankan dalam beberapa kenyataan sebelum ini.*

9. Mekanisma "tambahan" itu penting bagi menyerap peningkatan harga minyak runcit sehingga menambahkan bebanan kos sara hidup rakyat seperti yang berlaku beberapa bulan kebelakangan ini. Malah, dengan kedudukan matawang yang tidak menentu, cadangan tersebut seharusnya dipandang serius oleh kerajaan.

10. Sebaliknya, polisi dalam penentuan harga minyak runcit itu seolah-olah dijadikan benteng kerajaan untuk mencipta pelbagai alasan dengan kenaikan harga minyak runcit. Ia meng"halal"kan tindakan kerajaan memerah duit rakyat.

11. PAS begitu serius dan bimbang memerhatikan bebanan yang ditimpakan ke atas rakyat. Dengan kuasa membeli semakin melemah dan 'real income' yang semakin menguncup, keadaan ini cukup memeritkan kehidupan rakyat seharian. Sudah sampai masanya polisi penentuan harga minyak ini dianalisis dan ditambah baik oleh kerajaan sebelum kehidupan rakyat lebih parah dengan perlaksanaannya hari ini.

12. Apakah kerajaan mahu rakyat berdoa agar harga minyak dunia terus turun supaya mereka terus dapat menikmati harga minyak yang rendah sebagaimana cadangan seorang bekas menteri yang terlajak cerdik sebelum ini?

Sila rujuk beberapa kenyataan saya sebelum ini dalam isu ini:

1. (2 julai 2015) http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36229-minyak-naik-jangan-sampai-rakyat-naik-minyak

2. (1 jun 2015) http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35732-minyak-naik-pulangkan-subsidi-kepada-rakyat

3. (6 disember 2014) http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=19470

_"Inilah Penyelesaian Kita"_

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Khamis 2hb Februari 2017

https://www.facebook.com/drtakiri/
www.drtakiri.blogspot.com

http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/10786-kenaikan-harga-minyak-menaikkan-suhu-kemarahan-rakyat

Wednesday 1 February 2017

Kuliah Dr Takiri: Berniaga ke Syam


Kuliah Dr Takiri: Niat Beramal Dapat Pahala


Kuliah Dr Takiri: Unta Kurus Ke Mekah


Kuliah Dr Takiri: Lari Menyelamat Agama


Lim Kit Siang Tak Faham Prinsip Konsensus?

*Lim Kit Siang Tak Faham Prinsip Konsensus?*

Oleh
_Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri_
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Lim Kit Siang menimbulkan lagi fitnah terhadap Dato' Seri Presiden PAS kononnya tidak mengikut prinsip Konsensus kerana tak bersetuju dengan pendirian Dap dan PKR.

2. Bagi Lim Kit Siang dan yang sama waktu dengannya, tidak bersetuju dengan majoriti maka bererti tidak konsesus.

3. *Dia keliru antara prinsip Majoriti dan prinsip Konsensus*.

4. Konsensus ialah persetujuan sebulat suara. Semua pihak perlu bersetuju, tidak ada satu pun yang tidak bersetuju, barulah dinamakan keputusan secara Konsensus.

5. Majoriti ialah kaedah dimana keputusan yang dipersetujui majoriti ahli diterima pakai. Minoriti pula mesti patuh sebagai keputusan kolektif. Tak timbul soal ianya bukan keputusannya. Semua kena menerima.

6. *Pakatan Rakyat memilih kaedah Konsensus, bukan kaedah Majoriti.*

7. Maksudnya, hanya agenda yang dipersetujui secara Konsensus yang boleh dilaksanakan sebagai agenda PR.

8. Jika ada mana-mana ahli tiga parti dalam PR tidak bersetuju, walaupun semua yang lain bersetuju, maka ianya tidak Konsensus. Justeru, tidak boleh menjadi agenda bersama PR.

9. Konsensus tidak menghalang mana-mana pihak untuk berlainan pandangan. Konsensus juga tidak memaksa mana-mana pihak mesti bersetuju dengan pandangan majoriti.

10. Bila Presiden PAS menentang usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid di Selangor melalui tuduhan tanpa bukti, bukan bermakna beliau menentang prinsip PR. (*Menariknya, akhirnya mahkamah membuktikan tuduhan tersebut semuanya palsu dan fitnah*).

11. *Bila PAS tidak bersetuju dengan satu nama sahaja sebagai calon MB oleh PKR dan Dap, itu juga bukan menentang Konsensus.* Itu adalah hak ahli dalam prinsip Konsensus. Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti. Akhirnya Dap dan PKR terpaksa memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana mengengkari arahan Baginda untuk menghantar sekurang-kurangnya dua nama, bukan hanya satu nama.

12. Kedua-dua kes tersebut akhirnya membuktikan sikap Tuan Guru Presiden Pas adalah tepat. *Akhirnya terbukti Dap dan PKR gopoh dan cuai dalam mengambil tindakan* mereka sehingga terpaksa mengakui kesilapan dan memohon maaf.

13. *Lim Kit Siang tak memahami perbezaan antara Konsensus dengan Majoriti, atau sengaja cuba menegakkan benang basah? Mencipta alasan karut, kerana marah beliau kepada Presiden Pas?*

14. Lim Kit Siang juga sengaja memejam mata terhadap satu lagi prinsip PR iaitu *Setuju Untuk Tidak Bersetuju* yang dicanang oleh beliau dan Dato' Seri Anwar ke hulu ke hilir satu waktu dahulu.

15. Jelas, sudah terang lagi bersuluh, dalam PR, mana-mana parti daripada tiga parti tersebut boleh berbeza pandangan. Bila ada perbezaan pandangan, maka Konsensus tidak dicapai dan tidak boleh dijadikan agenda bersama PR.

16. Bila Konsensus tidak dicapai, sepatutnya Dap dan PKR tidak meneruskan agenda menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Seterusnya tidak juga mencalonkan hanya satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

17. Tapi malangnya mereka melanggar prinsip Konsensus tersebut. Mereka teruskan walaupun Konsensus tidak dicapai. *Sikap tidak mematuhi perjanjian inilah sebenarnya yang membawa kepada perpecahan PR.* Selamanya mereka akan melanggar perjanjian.

18. *Dap dan PKR lah yang jelas bersalah memecah-belahkan PR. Mereka menjadikan Presiden Pas sebagai alasan menutup kesalahan mereka.*

19. Sekarang, cerita lama tersebut diulang kembali. Dengan harapan orang ramai tidak cukup cerdik memahami permainan politik kotor mereka.

Sekian

Selasa 31hb Januari 2017

https://www.facebook.com/drtakiri/
www.drtakiri.blogspot.com

Peringatan Diri: Pengaruh Bahasa Lunak

*Peringatan Diri*

*Pengaruh Bahasa Lunak*

Bahasa yang lunak boleh mempengaruhi jiwa yang ego untuk menerima kebenaran. Justeru, Allah mengarahkan Nabi Musa alaihis salam menggunakan bahasa yang lunak untuk berhadapan dengan Firaun yang disifatkan oleh Allah sebagai jahat. Allah berfirman dalam surah Taha ayat 43-44:

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ (43)فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ (44)

_"Pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Fir'aun. Sesungguhnya dia sangat jahat (melampau batas). Lalu sebutlah kepadanya ungkapan yang lunak mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut"_.

Ada kalanya bahasa yang keras boleh digunakan bergantung kepada situasi orang yang ditegur sebagaimana sabit dalam beberapa tindakan Rasulullah saw.Itu adalah hikmah kebijaksanaan menilai suasana dan situasi yang dituntut dalam berdakwah.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Rabu 1 hb Februari 2017

https://www.facebook.com/drtakiri/
www.drtakiri.blogspot.com