Friday 19 September 2014

Ucapan Perbahasan Muktamar PAS ; Wakil Wilayah, Kelantan dan Terengganu

Tonton "PERBAHASAN UCAPAN DASAR: WAKIL KELANTAN" di YouTube - PERBAHASAN UCAPAN DASAR: WAKIL KELANTAN: http://youtu.be/M-xxNILyidQ

Tonton "PERBAHASAN UCAPAN DASAR: WAKIL TERENGGANU" di YouTube - PERBAHASAN UCAPAN DASAR: WAKIL TERENGGANU: http://youtu.be/t1h0USOiYFA

Tonton "PERBAHASAN UCAPAN DASAR: WAKIL WILAYAH PERSEKUTUAN" di YouTube - PERBAHASAN UCAPAN DASAR: WAKIL WILAYAH PERSEKUTUAN: http://youtu.be/JBiGxb-nDXM

Tuesday 16 September 2014

Sifat Jundullah - Penerangan DUPP

RISALAH PENERANGAN
LAJNAH PENERANGAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

SIFAT JUNDULLAH. WALA'
Siri 1

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

1. Al Ustaz Said Hawwa dalam bukunya Jundullah Thaqafah dan Akhlak menghuraikan terperinci ciri-ciri jamaah Islam dan Ahli Jamaah yang memikul tanggungjawab sebuah perjuangan Islam.

2. Ayat yang diatas menyenaraikan 5 sifat dan ciri yang penting yang perlu dimiliki oleh ahli jamaah. Iaitu a. Wala' b. Berkasih sayang c. Rendah diri sesama mukmin d. Izzah kepada yang kafir e. Jihad.

3. Wala'. Berkata Said Hawwa bahawa Wala' yang menjadikan seseorang itu ahli kepada Hizbullah. Barangsiapa benar wala'nya maka benarlah dia sebagai ahli Hizbullah. Sabda Nabi s.a.w.

"...من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة اﻹسلام من عنقه وإن صلى وصام وزعم أنه مسلم..."
"...Barangsiapa yang keluar daripada jamaah, maka sesungguhnya tercabut ikatan Islam daripada lehernya sekalipun dia solat dan berpuasa dan mendakwa sia adalah seorang muslim.."

Riwayat Ahmad dan Tirmizi.

4. Tiada satu perkara yang melayakkan seseorang itu sebagai ahli kepada Parti Islam mahupun Parti Syaitan melainkan dengan sifat Wala'

5. Malah, wala' kepada Allah swt dan Nabi s.a.w. adalah daripada sifat orang yang beriman. Wala' pada asas dan perkara yang batil, adalah bukan daripada sifat orang beriman. Contohnya, sesiapa yang berwala' pada asas perjuangan kebangsaan atau sosiolisme maka wala'nya dan perjuangannya batil dan bukan daripada kalangan orang beriman. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al Mujadalah 22,

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"...Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya..."

6. Allah juga mengharamkan ke atas orang beriman daripada berwala' atas asas yang terkeluar daripada Aqidah Islamiyyah. Seperti yang dijelaskan Allah dalam Surah al Kahfi 102,

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

"...Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu..."

7. Orang yang beriman pastinya berwala' hanya kepada Allah s.w.t., bagaimana pula mereka akan sanggup berwala' kepada musuh Allah.? FirmanNya lagi dalam At Taubah 16,

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَا رَسُولِهِ وَلَا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"..Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan..."

8. Begitulah juga dilarang orang beriman daripada berwala' kepada golongan munafiqin. Berwala' kepada golongan kafir dan munafiqin menjadikan seseorang itu sebahagian daripada mereka.
Dalam At Taubah 68,

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُم

"...Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut)..."

9. Sifat-sifat jahat golongan munafiqin didedahkan oleh Allah s.w.t. kepada orang beriman supaya mereka tidak sewenang-wenangnya memberikan wala' mereka kepada golongan ini.

10. Lihatlah ayat Al Quran seperti berikut yg menceritakan warna-warna golongan muanfiqin dalam Al Baqarah ayat 11-16.
Dan surah An Nisa' 59-60.
Ringkasnya sikap mereka seperti berikut:
a. Tidak berpegang dengan Al quran
b. Melakukan kerosakan dengan menolak Syariat lalu menyangka mereka melakukan kebaikan (Islah) kononnya mereka pejuang kebebasan dan kemodenan.
c. Memburukkan orang beriman dan orang soleh seperti mengutuk dan memburukkan mereka dengan gelaran jumud.
d. Mereka menolak sistem Islam dan hukumannya.
e. Mereka ingin menukar sistem Islam dengan sistem yang lain.
f. Mereka rasa benci apabila disebut syariat Allah s.w.t.

11. Maka apakah itu wala'?
Dari sudut bahasa wala' itu sikap memberi kasih sayang, siddiq (membenarkan), memberi bantuan, bersepakat dan ikutan.

12. Al Ustaz Said Hawwa menyebut dalam JUNDULLAH, disana orang yang beriman hendaklah berwaspada daripada perbuatan-perbuatan yang terkeluar daripada maksud wala' yang akhirnya menjadikan seseorang yang beriman itu sebagai seorang munafik. Sikap dan sifat tersebut adalah,
a. Memberi pertolongan kepada musuh dan pihak kafir dan tidak mentaati Allah s.w.t. semata-mata mengikut kehendak mereka. Firman Allah dalam Al Hasyr 11,

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِنْ قُوتِلْتُمْ لَنَنْصُرَنَّكُمْ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

"..Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta..."

b. Memberi maklumat rahsia orang beriman kepada pihak kafir dan musuh.
Seperti kisah Hatib bin Abi Balta'ah yang menyebabkan turunnya ayat surah Al Mumtahanah 1.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنْتُمْ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu..."

c. Memberi kasih sayang kepada musuh dan pihak kafir. Rujuk firman Allah s.w.t. dalam surah al Mujadalah ayat 22,

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ َ

"...Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka..."

(Sambung...)

Sebarkan.

Disediakan oleh :

AlFaqir Ila Robbihi

Ustaz Muhd Najhan Halim
Setiausaha Lajnah Penerangan DUPP
16 September 2014 / 21 Zul Kaedah 1435h
Gombak.

Friday 12 September 2014

TENTERA AS DI MALAYSIA : TEGASKAN DASAR LUAR NEGARA

TENTERA AS DI MALAYSIA : TEGASKAN DASAR LUAR NEGARA
Oleh : Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Kehadiran ratusan tentera Amerika Syarikat (USARPAC) di Kelantan dan Terengganu semalam mencetuskan kebimbangan masyarakat awam. Kita sudah maklum bahawa kehadiran mereka adalah untuk menjalani latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Darat Malaysia yang dinamakan Eksesais Keris Strike Siri 18/14.

Walaupun pihak TDM telah menegaskan bahawa latihan ini berorientasikan pengurusan bencana bantuan kemanusiaan, namun dasar bilateral ketenteraan ini harus dinilai berdasarkan perkembangan senario politik dan sentimen masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam. 

Kerjasama ketenteraan telah berjalan sekian lama. Malah, Malaysia dilihat bersifat pragmatis dalam mengendalikan politik antarabangsa dengan negara-negara besar di dunia. Meskipun ia boleh dinilai dengan pelbagai objektif yang tersendiri, namun beberapa siri yang melibatkan kepentingan negara dan umat Islam antarabangsa pada tahun ini jelas membimbangkan. 

Contohnya, sokongan padu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke atas Israel untuk terus membantai umat Islam di Palestin sekitar bulan Julai yang lalu. Beberapa badan antarabangsa berpendapat pentadbiran Obama kini meneruskan siri ‘War on Terror’ yang dipopularkan oleh Bush ke arah ‘Global Battlefiled’. Kempen antarabangsa telah mempromosikan menjenayahkan peperangan dan sasaran utamanya adalah terhadap Washington. 

Malaysia seharusnya lebih tegas menyuarakan hasrat umat Islam seluruh dunia kepada Amerika Syarikat dalam hal ini. Dasar pragmatik mesti dinilai semula. Dalam keadaaan krisis antarabangsa yang berlanjutan, ini peluang yang terbaik untuk negara memposisikan peranan bersama organisasi Islam dan aktor kemanusiaan di seluruh dunia dalam menjulang hak keadilan dan kebenaran. Sudah tentu, Malaysia harus bermula dari dalam negara terlebih dahulu.

Sunday 7 September 2014

Kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS Berhubung Kuasa Presiden PAS

Kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS

Dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:

1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bg mlaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي

"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

2) Bahawa menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Majlis Syura Ulamak menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam.

Saturday 6 September 2014

Parti politik baru serpihan PAS menunggu waktu untuk dilancarkan. Raja Petra Kamarudin

http://www.malaysia-today.net/pas-breakaway-party-about-to-be-launched/

Parti politik baru serpihan PAS menunggu waktu untuk dilancarkan.
Raja Petra Kamarudin

Apa yang selama ini dijangkakan berlaku, kini telah benar-benar berlaku. Kumpulan ulama' di dalam PAS dan kumpulan yang dikenali dengan nama "Erdogan" aka "Liberal" aka "Anwarinas" selama ini memang sedang retak menunggu belah dan tandanya dapat dilihat semenjak beberapa muktamar yang lepas lagi. Maka tidak menghairankan perkahwinan yang tidak bahagia ini akhirnya mengalami perceraian juga.

Masalahnya PAS berpecah di antara kelompok penyokong Anwar dan anti Anwar. Inilah yang berlaku kepada UMNO pada tahun 1997-1998. Kumpulan pro Anwar bertembung dengan kumpulan pro Mahathir yang akhirnya mendorong kepada penubuhan PKR (yang dahulunya dikenali sebagai PKN) dan Barisan Alternatif (alternatif kepada Barisan Nasional).

Pada tahun 1997-1998, Anwar adalah penyebab kepada masalah di dalam UMNO. Pada hari ini, Anwar juga menjadi penyebab kepada masalah di dalam PAS. Dan kita bakal menyaksikan apa yang pernah berlaku kepada UMNO pada tahun 1997-1998, akan berlaku lagi sekali tapi kali ini terhadap PAS.

Akan berlaku penghijrahan besar-besaran dari kelompok Erdogan aka Liberal aka Anwarinas di dalam PAS untuk membentuk PASMA atau apa yang boleh kita panggil sebagai PAS Baru. Kumpulan ini telah pun memulakan mesyuarat dan akan mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk merekrut penyokong.

Ini bukanlah sesuatu yang asing untuk PAS sebenarnya. PAS itu sendiri adalah serpihan dari UMNO apabila kumpulan ulama' meninggalkan UMNO untuk menubuhkan sebuah parti Islam, 5 tahun sesudah UMNO ditubuhkan. Kemudiannya satu kumpulan liberal yang tidak berpuas hati diketuai oleh Muhammad Nasir bertindak meninggalkan parti untuk menubuhkan Berjasa pada tahun 1977. Pada tahun 1983, satu lagi kumpulan liberal yang dipimpin oleh Asri Muda meninggalkan PAS untuk mewujudkan HAMIM.

Jadi boleh kita saksikan apabila PAS menjadikan terlalu Islamik, kumpulan liberal akan meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baru. Mula-mulanya Berjasa, kemudiannya HAMIM dan kini PASMA pula. Ramai dari kita yang tidak pernah mendengar mengenai parti serpihan PAS (yang ditubuhkan pada tahun 1977) atau HAMIM, satu lagi parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1983. Besar kemungkinannya juga, ramai rakyat Malaysia pada tahun 2050 nanti yang tidak pernah mendengar mengenai PASMA, satu lagi kumpulan serpihan PAS yang baru ditubuhkan pada 3 minggu yang lepas.

Buat masa ini, PASMA didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan, sama seperti seperti ADIL pada tahun 1999. Tetapi dalam hanya beberapa bulan NGO ADIL telah menjadi Parti Keadilan Nasional, sebuah parti politik. PASMA dilihatkan mengambil laluan yang sama.

Maka apakah sumbangan terbesar Anwar Ibrahim? Bagaimanakah Anwar Ibrahim akan dikenang? Dia akan dikenang sebagai manusia yang memecah-belah dan melemahkan UMNO selaku parti Melayu terbesar dan terkuat. Dan kemudiannya memecah dan melemahkan PAS selaku parti Islam yang terbesar dan terkuat.

Dan dengan itu PKR akan muncul sebagai parti berbilang kaum yang terbesar dan terkuat di mana faktor kaum, agama dan feudalisme (Race, Religion, Royalty - 3R) tidak lagi menjadi sebahagian dari budaya politik Malaysia.

Saya kira kita patut gembira dengan fajar baru politik Malaysia ini di mana Melayu, Cina, India, 'lain-lain', Muslim, Kristian, Hindu, Buddha, dan akan digantikan dengan ciri Malaysiana sepenuhnya di mana identiti kaum dan mereka yang percayakan tuhan tidak lagi wujud dan kitab-kitab suci dianggap sebagai kerja fiksyen semata-mata.

Saya kira di dalam kita mengejar kemajuan dan kemodenan, kita perlu membebasjan diri dari rantaian kaum, agama dan feudal dan untuk itu berlaku, politik berdasarkan kaum, agama dan feudal mestilah ditamatkan. Maka parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, PAS etc. mesti dihapuskan dan digantikan dengan parti politik yang bukan berdasarkan kaum dan agama.
*translation*

Friday 5 September 2014

PAS breakaway party about to be launched | Malaysia Today

http://www.malaysia-today.net/pas-breakaway-party-about-to-be-launched/

PAS breakaway party about to be launched | Malaysia Today

mt2014-corridors-of-power

Currently, PASMA is registered as an association, like ADIL was in 1999. But in just a few months ADIL the NGO became Parti Keadilan Nasional the political party. And that is the same route PASMA will be taking.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

This was a long time coming. The ulama’ faction in PAS and what is referred to as the Erdogan group a.k.a. the liberals a.k.a. the Anwarinas were already heading for a split many party conventions ago. So it was a matter of time before the marriage that was on the rocks finally ends.

The problem is PAS is split between the pro-Anwar faction and the anti-Anwar faction. This was basically what happened to Umno in 1997-1998. The pro-Anwar faction in Umno clashed with the pro-Mahathir faction and thereafter PKR (then called PKN) and Barisan Alternatif (the alternative to Barisan Nasional) were born.

In 1997-1998, Anwar was the catalyst to the problems in Umno. Today, Anwar is also the catalyst to the problems in PAS. And we may soon see what happened to Umno in 1997-1998 happening again, but this time to PAS.

There is going to be an exodus from PAS and the Erdogan group a.k.a. the liberals a.k.a. the Anwarinas are going to form a new party called PASMA, or ‘Pas Baru’ if you wish. They have already started meeting and are about to launch a road show to recruit converts.

This is not something that has not happened before. PAS itself is a splinter of Umno when the ulama’ faction left Umno just before Merdeka to form a new Islamic party (five years after Umno was formed). Then, later on, the more liberal, disgruntled group in PAS, led by Mohamad Nasir, left the party to form Berjasa in 1977. In 1983, another more liberal, disgruntled group in PAS, led by Asri Muda, left the party to form Hamim.

So you see, every time PAS becomes a bit too Islamic, the liberals leave the party to form a new party. First it was Berjasa, then Hamim, and now PASMA. Maybe some of you have never heard of PAS-breakaway Berjasa (formed in 1977) or PAS-breakaway Hamim (formed in 1983). Well, probably by 2050 many Malaysians will have never heard of PAS-breakaway PASMA as well (registered just three weeks ago).

Currently, PASMA is registered as an association, like ADIL was in 1999. But in just a few months ADIL the NGO became Parti Keadilan Nasional the political party. And that is the same route PASMA will be taking.

What is Anwar Ibrahim’s greatest achievement? How will Anwar be remembered? He will be remembered as the person who broke up and weakened the largest and strongest Malay party, Umno, and then broke up and weakened the largest and strongest Muslim party, PAS.

And with that PKR will emerge as the largest and strongest multi-racial party where race, religion and feudalism (royalty), the 3Rs of Malaysian politics, will no longer be the culture of Malaysian politics.

I suppose we should hail this as the new dawn of Malaysian politics where Malays, Chinese, Indians, ‘others’, Muslims, Christians, Hindus, Buddhists and so on will no longer exist and what will replace all that will be Malaysians not identified by race and who are free to believe that God does not exist and the so-called holy books are works of fiction.

I suppose in the pursuit of progress and modernisation we need to abandon the shackles of race, religion and feudalism and, for that to happen, race-based, religion-based and feudalism-based politics has to end. Hence political parties such as Umno, MCA, MIC, PAS, etc., need to be exterminated and replaced with non-race-based and non-religion-based parties.

PASMA

Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Ogos), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmi Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Tuan Haji Mat Sabu
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS

5 September 2014 bersamaan 10 Zulkaedah 1435H.

Wednesday 3 September 2014

KEMBALI KEPADA PEMERINTAHAN ISLAM DENGAN MINDA MERDEKA

KEMBALI KEPADA PEMERINTAHAN ISLAM DENGAN MINDA MERDEKA

1. Merdeka adalah istilah yang digunakan sebagai lawan kepada penjajahan. 31hb Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak juga turut merdeka apabila terbentuknya Malaysia pada 16hb September 1963.

2. Sejak bila Malaysia atau sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu dijajah? Adalah tidak tepat apabila dikatakan Malaysia secara umumnya dikatakan dijajah ratusan tahun. Hal ini kerana tarikh penjajahan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957 adalah tidak sama.

3. Paling lama adalah Melaka yang dijajah sejak tahun 1511 oleh Portugis, seterusnya Belanda dan terakhir Inggeris. Melaka adalah negeri yang dijajah ratusan tahun iaitu selama 446 tahun.

4. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 negeri Perak menerima Residen British. Seterusnya Selangor pada bulan Ogos tahun 1874 dan Pahang pada tahun1988. Sembilan negeri disatukan oleh Inggeris dan kemudian dipanggil Negeri Sembilan pada tahun 1895.

5. Selepas perjanjian Bangkok pada 9hb Julai 1909, penasihat British dipaksa untuk diterima di Negeri Kedah, Perlis dan Kelantan pada tahun1909.  Johor dipaksa terima pada tahun 1914 dan paling akhir Negeri Terengganu pada  1919.

6. Ertinya Persekutuan Tanah Melayu secara umumnya kecuali Melaka tidak dijajah untuk tempoh yang panjang. Jika diambil tarikh tahun 1874 maka paling lama negeri-negeri Melayu dijajah ialah selama 83 tahun.

7. Untuk tempoh sebelum 1874 bagaimana kedudukan negeri-negeri Melayu? Jawapannya ialah sembilan negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Kedaulatan mereka adalah bersumberkan Islam yang menjadi rujukan pemerintahan raja-raja Melayu.

8. Hukum Kanun Melaka yang merujuk kepada Islam digubal zaman Sultan Muhammad Syah (1422 - 1444) dan dilengkapkan di zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 - 1450).

9. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak yang merujuk kepada Islam digubal pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Perak ke 3 (1577-1584 M).

10. Hukum Kanun Pahang yang merujuk kepada Islam digubal tahun 1596 - Sultan Abdul Ghafur Muhaiyyuddin Syah, Sultan Pahang ke-12 dan berketurunan raja Melaka.

11. Undang-undang Kedah digubal pada tahun 1060H/1650M) oleh Sultan Rijaluddin Muhammad Syah, 1619-1652M) seterusnya Tembera Dato' Seri Paduka Tuan 1075H/1667M oleh Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1661-1688M) pada hari Isnin bulan Rabbi-I'I-awal tahun 1078H. Kedua-duanya bersumberkan Islam

12. Undang-undang Johor yang bersumberkan Islam digubal oleh Sultan Mahmud Syah (1761 - 1821) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1789.

13. Penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu yang telah dijajah itu dengan dua cara iaitu :

a- Pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti.

b-Keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.

14. Apabila merujuk kepada kes-kes yang diputuskan di Mahkamah, Hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu tidak menafikan kedudukan Islam sebagai undang-undang asal Tanah Melayu. Contohnya kes Rahmah v. Laton pada tahun 1927 melibatkan pertikaian antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas suami meninggal. Mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

15. Di era penjajahan, undang-undang muamalat dan jenayah dianggap urusan keduniaan yang tidak kaitan dengan Islam. Akhirnya yang dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah dan perkahwinan yang dipanggil ‘personal law’ sebagaimana pada tahun 1880, Inggeris memperkenalkan Ordinan yang dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880).

16. Minda merdeka bererti meninggalkan penjajahan dan sistem pemerintahan penjajah dan kembali kepada Islam. Inilah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh PAS. Maka PAS tidak berjuang untuk hanya meruntuhkan sistem jahiliyah warisan penjajah yang diwarisi oleh Barisan Nasional lalu digantikan dengan jahiliyah baru ya g diterajui oleh insan berbeza.

17. PAS tidak berkempen mengajak masyarakat meninggalkan mana-mana parti jahiliyyah untuk bersama dengan parti jahiliyah baru tetapi menyeru untuk meninggalkan sistem jahiliyah secara total untuk bersama dengan Islam. Perjuangan PAS adalah misi para Nabi sebagaimana firman Allah:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Maksudnya:

"Dan sememangnya Kami telah bangkitkan pada setiao umat seorang Rasuk untuk menyeru; hendaklah kamu mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah kamu menjauhi taghut-taghut. "

Surah Al-Nahl ayat 36.

18. Minda Merdeka menuntut pemerintahan dikembalikan Allah sebagaimana firman Allah:

{إن الحكم إلا لله أمر ألا تعبدوا إلا إياه ذلك الدين القيم} [يوسف: الآية 40].

إن الحكم إلا لله

"Tiada hukum pemerintahan melainkan milik Allah. Dia memerintahkan agar kamu tidak menjadi hamba melainkan kepada-Nya. Itulah ad-Din yang lurus".

Surah Yusuf ayat 40.

19. Inilah seruan kemerdekaan oleh Rib'i bin Aa'mir di hadapan pemerintah taghut:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله ومن جور اﻷديان إلى عدالة اﻹسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة اﻵخرة

"Allah mengutuskan kami untuk kami berjuang mengeluarkan sesiapa yang Dia mahu daripada :

1. Daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Allah

2. Daripada kezaliman agama dan fahaman (isme) kepada keadilan Islam

3. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat"

20. Marilah kita perjuangkan MINDA MERDEKA yang bebas daripada pengabdian kepada taghut selain daripada Allah termasuklah taghut pemikiran dan isme-isme sekularis, komunis, sosialis atau liberalis. Kembalilah kepada Islam.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
3hb September 2014

KE MANA PAS MAHU DIBAWA ?

KE MANA PAS MAHU DIBAWA ?

Isu 2 Adun PAS yang menyokong  PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua adun tersebut.

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 adun UMNO yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai  "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsapp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkan mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada  perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akhlak berjamaah dan akal manusia berakhlak yang waras !

Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan UMNO. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?

Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.

Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana  ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah???

Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka  yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

PAS adalah gerakan Islam. Akhlak berjamaah menjadi hiasan gerakan ini. Namun, hari ini kemanakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!!!

Moga Allah selamatkan bahtera ini.

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
2 hb September 2014