Friday 16 August 2019

Kebodohan Orang Yang Membodohkan Orang Lain کبودوهن اورڠ يڠ ممبودوهکن اورڠ لاءين

Kebodohan Orang Yang Membodohkan Orang Lain
کبودوهن اورڠ يڠ ممبودوهکن اورڠ لاءين

Orang yang membodohkan orang lain belum tentu cerdik. Cuma barangkali dia menganggap dirinya cerdik. Dia mungkin seorang yang bodoh tetapi malangnya dia tidak menyedari kebodohan dirinya.

Cuba lihat kebodohan orang-orang Munafik. Mereka mempertikaikan seruan untuk beriman dengan Allah dan RasulNya dan menganggapnya sebagai satu kebodohan dan membodohkan orang beriman sedangkan hakikatnya merekalah yang bodoh.

Allah berfirman:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

"Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu sebagaimana berimannya orang ramai"

 قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ

Mereka menjawab: "adakah wajar kami beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang BODOH?

Allah menegaskan :

 أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ

"Ketahuilah merekalah sebenar-benar orang yang BODOH tetapi mereka tidak mengetahui (kebodohan mereka)"
Surah al-Baqarah ayat 13.

Mempertahankan Dr Zakir Naik yang mewakafkan hidupnya untuk dakwah yang sedang diancam barangkali dinilai bodoh oleh golongan yang tak menyedari kebodohan dirinya.

Masyarakat Jahiliyah menganggap kerja DAKWAH NABI SAW sebagai bodoh sedangkan hakikat sebenarnya yang bodoh itu adalah mereka yang tak mengenali hakikat sebenar agamanya.

Dr Khairuddin Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2698521146824565&id=569086473101387

Wednesday 14 August 2019

Kongsi Rezeki Buat Marawi

Kongsi Rezeki Buat Marawi
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

MARAWI :  Penderitaan umat Islam Marawi yang mengakibatkan mereka merempat di tanah air sendiri benar-benar membuatkan kita terpanggil untuk membantu sedaya termampu.

Penegesan demikian disuarakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum beliau berlepas ke Manila bagi Misi Korban Marawi.

Ujarnya, keprihatinan atas penderitaan umat Islam Marawi telah dibincangkan secara khusus dalam Persidangan Antarabangsa Marawi di Duyong Marina Resort pada 19 sehingga 21 Julai lalu.

Penganjuran itu katanya adalah satu usaha bagi memastikan pembelaan terhadap umat Islam Marawi mendapat perhatian dunia.

"Misi korban kali ini merupakan kali pertama kami usahakan walaupun dalam tempoh masa singkat kita berjaya kumpulkn 10 ekor lembu dan  3 ekor kambing.

"Terima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian untuk misi korban kali ini termasuk beberapa syarikat korporat terlibat," jelas Dr Khairuddin.

Beliau mengharapkan agar umat Islam Marawi terus diberikan kekuatan menghadapi cabaran serta istiqamah memperjuangkan hak mereka yang telah dicabuli.