Saturday 26 July 2014

Isu MB: PAS bincang keputusan PKR lepas raya

Isu MB: PAS bincang keputusan PKR lepas raya

SALMIYAH HARUN | 23 Julai 2014.

KUALA LUMPUR: PAS dan DAP akan membawa keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail  sebagai Menteri Besar Selangor ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

Bagi PAS, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan memainkan peranan dalam hal ehwal di peringkat negeri Selangor sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya tidak akan ada apa-apa jawatan, dan saya akan lepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana ramai lagi yang lebih layak," katanya. - HARAKAHDAILY 23/7/2014

Test:
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29891-isu-mb-pas-bincang-keputusan-pkr-lepas-raya

No comments:

Post a Comment