Wednesday 23 July 2014

Rabu 23 julai 2014 Pemergian Ustaz Zakaria Mamat

Pagi ini menerima perkhabaran mendukacitakan pemergian al-Fadhil Ustaz Zakaria Mamat di Kg Nakhoda. Beliau berasal dari Terengganu. Antara keluaran jenerasi awal aliran Thanawi tahun 1981 sezaman dengan Sahibus Samahah Dr Zulkifli Muda, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu sekarang. (Saya jenerasi ke 9 Thanawi manakala Sahibus Samahah Dr Zulkifli al-Bakri jenerasi ke 5 bersama-sama Ust Syukri Yusof dan Ust Wan Soho Bani).

Ust Zakaria Mamat antara tuan guru yang mempunyai kemamluan fiqh yang tinggi dan aktif mengajar. Beliau banyak menulis hasil daripada catatan pengajaran beliau tetapi sayangnya tidak dicetak. Saya pernah mencadangkan kepada beliau supaya ianya dicetak tetapi dia hanya tersenyum.

Antara yang awal bersama-sama Dato Ismail Kamus mengasaskan Persatuan Perubatan Islam Darus Salam.

Beliau juga aktif dengan urusan ulamak kawasan sebelum ini. Moga Allah merahmati roh beliau dan memberi pahala yang panjang hasil pengajaran beliau kepada ummat ini

No comments:

Post a Comment