Friday 13 March 2015

SEMAK SEMULA FATWA GST

Kenyataan Media
SEMAK SEMULA FATWA GST

1.   Semasa menyampaikan ucapan Menjunjung Kasih Titah YDPA semalam di Dewan Rakyat, saya telah mendesak agar fatwa keharusan GST yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-106, yang bersidang pada 21-22 Oktober lalu disemak semula.

2.   Dalam ucapan tersebut, saya telah menyatakan beberapa hujah bahawa GST bercanggah dengan prinsip percukaian Islam. Boleh teliti ucapan saya di sini : https://www.youtube.com/watch?v=kK2MCBXd96I.

3.   Secara ringkasnya, ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharusan cukai dalam Islam iaitu :

I)     Kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara.

        Apabila disemak belanjawan negara ternyata realitinya kerajaan masih mempunyai sumber selain cukai GST yang boleh dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara tanpa perlu mengenakan cukai GST.

II)    Keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan.

        Realitinya ialah kerajaan masih berboros dalam berbelanja sehingga berlaku belanjawan defisit 18 tahun berturut-turut dan masih berlaku ketirisan dalam pengurusan perbelanjaan negara sehingga dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion setahun sebagaimana semakan berdasarkan Laporan Audit Negara.

III)   Hanya dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.

        Realitinya, GST dikenakan berasaskan perbelanjaan dan perkhidmatan bukannya berasaskan pendapatan menyebabkan individu rakyat yang tidak mempunyai lebihan pendapatan boleh guna juga terpaksa membayarnya. Contoh yang paling mudah ialah setiap rakyat yang mengeluarkan wang menggunakan kad bank daripada ATM berbeza (MEPS) akan dikenakan caj 6 sen GST selain RM1 caj perkhidmatan MEPS. Sedangkan orang yang mengeluarkan duit barangkali seorang miskin yang tidak mencukupi pendapatannya untuk keperluan seharian.

4. Sebelum ini juga, saya telah menulis beberapa artikel bagi menjelaskan konsep percukaian dalam Islam dan percanggahan GST dengan Islam. Boleh rujuk di sini : http://drtakiri.blogspot.com/2014/04/gst-bercanggah-dengan-prinsip.html dan di sini : http://drtakiri.blogspot.com/2014/05/gst-adalah-cerminan-pertembungan-2.html.

5. Saya sendiri dengan rendah hati bersedia untuk hadir jika dipanggil oleh Jawatankuasa Fatwa bagi mewakili PAS untuk menyatakan pandangan syarak berkenaan masalah ini.

Sekian.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

13 Mac 2015 / 22 Jamadilawal 1436H

# sila layari www.drtakiri.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel lain dalam pelbagai isu nasional

2 comments:

  1. Majlis Fatwa adalah pihak berkuasa agama dan rakyat marhain wajib taat kepada keputusan majlis.

    Memang, ustaz atau orang politik PAS berhak mempertikai keputusan majlis. Namun, kamu wajib beramal bersendirian secara senyap dan jangan menghasut rakyat marhain untuk bantah keputusan majlis. Perbuatan menghasut ini telah, sedang dan akan memecahbelah masyarakat dalam banyak isu agama dan merendah2kan di samping menghina pihak berkuasa agama.

    Sepatutnya, PAS menyeru rakyat marhain agar taat kepada pihak berkuasa agama.

    Bukankah akibat hasutan ustaz dan orang politik PAS, dulu2 sebahagian rakyat telah menghina institusi mufti, institusi zakat dan jabatan agama hinggakan perbuatan menghina tersebut terpaksa di bawa ke mahkamah untuk dihentikan. Namun, sehingga sekarang tiada kedengaran ustaz dan orang politik PAS tersebut memohon maaf kepada rakyat marhain. Mungkin, mereka hendak mohon maaf di padang mahsyar nanti; terpulanglah. My humble view.

    ReplyDelete
  2. Majlis Fatwa adalah pihak berkuasa agama dan rakyat marhain wajib taat kepada keputusan majlis.