Sunday 19 January 2020

TINDAKAN KE ATAS PEGAWAI KPM : MUJAHID DIINGAT JANGAN GELOJOH

*Kenyataan Media*

Ahad, 19 Januari 2020 | 23 Jamadilawal 1441H

*TINDAKAN KE ATAS PEGAWAI KPM : MUJAHID DIINGAT JANGAN GELOJOH*

1. Gesaan oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa supaya pegawai KPM yang mengeluarkan pekeliling bagi melarang orang Islam khususnya para guru dan murid daripada menyertai pesta Ponggal dikenakan tindakan tegas adalah keterlaluan dan tidak cermat.

2. Sebagai Menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai Hal Ehwal Agama Islam, beliau sepatutnya mengetahui bahawa Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sebelum ini pernah memutuskan bahawa perayaan Ponggal mengandungi unsur syirik dan khurafat justeru orang Islam dilarang menyertainya.

3. Bahkan lebih terkini iaitu awal tahun lalu, Mufti Wilayah Persekutuan juga telah menegaskan keharaman bagi orang Islam merayakan dan menyertai sambutan pesta Ponggal ini.

4. Dr. Mujahid Yusof Rawa diingatkan supaya tidak gelojoh dan jangan terpesong dalam mengaplikasikan konsep ‘rahmah’ yang dianjurkan di dalam Islam semata-mata mahu mendapatkan sokongan penganut bukan Islam.

Sekian.

_*“Islam Memimpin Perpaduan”*_

*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

✅ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3044471622229514&id=569086473101387

No comments:

Post a Comment