Sunday 10 July 2016

*PAS Parti Politik dan Dakwah*

Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Wacana Politik Islam (1)

PAS Parti Politik dan Dakwah

1. Parti Islam Semalaysia PAS berbeza daripada parti politik lain kerana PAS berpolitik dan berdakwah dalam masa yang sama.

2. PAS berpolitik untuk mendapatkan kuasa bagi Islam yang boleh melindungi dakwah Islam dan melebarkan kebaikan dan keadilan Islam kepada seluruh umat manusia.

3. PAS berdakwah mengajak manusia berpolitik dan memerintah berdasarkan Islam serta mengajak manusia mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian mereka sama ada pada aqidah, syariat dan akhlak mereka.
Allah berfirman:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ

"Dan hendaklah kamu berhukum (memerintah dan mengadili) di kalangan kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikut kehnmendak hawa nafsu mereka. Dan berwaspadalah dengan mereka bimbang mereka memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu"
Surah al-Maaidah: 49

Atas dasar itulah kita mendokong PAS, menyokong dan berjuang menerusi PAS.

Sekian.

Disediakan oleh al-faqir:

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan DUPP

Ahad 10hb Julai 2016 / 5 Syawal 1437 H

No comments:

Post a Comment