SEJARAH TERCIPTA; USUL PERSENDIRIAN MEMINDA
AKTA 355 DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH PRESIDEN PAS
Oleh: Ahli Parlimen Kuala Nerus
ALHAMDULILLAH. Pada hari ini, Khamis 26 Mei 2016, Usul Persendirian oleh YB Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat setelah beberapa kali disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat sebelum ini. Perbahasan bagi Usul Persendirian ini pula akan dijalankan pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.
ALHAMDULILLAH. Pada hari ini, Khamis 26 Mei 2016, Usul Persendirian oleh YB Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat setelah beberapa kali disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat sebelum ini. Perbahasan bagi Usul Persendirian ini pula akan dijalankan pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.
Namun, pada peringkat awal usaha “pembentangan
usul”, ia dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan ditimbulkan persoalan oleh PAN. Ada yang beralasan
ianya sebagai perkara sensitif yang memerlukan rundingan dengan rakyat. PAS
menegaskan bahawa nilaian sensitif atau tidak, perlu dilakukan dalam sesi “Perbahasan
Usul’ nanti dan bukan pada peringkat “Pembentangan Usul”.
Apabila alasan mereka ditolak oleh Yang Dipertua
Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat, mereka meminta pula
untuk diadakan "Undi Belah Bagi" untuk menentukan sama ada Usul
Persendirian itu boleh diusulkan atau tidak, sedangkan "Undi Belah
Bagi" tiada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi peringkat
pembentangan usul.
Cubaan beberapa ahli Parlimen DAP ini
menimbulkan persoalan terhadap sikap mereka terhadap usaha-usaha untuk
memperkasakan perundangan Islam di Malaysia khusus untuk kebaikan orang Islam
selaras dengan peruntukan perlembagaan “Islam Agama Persekutuan”.
Usul Persendirian ini adalah bagi meminda
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dengan
menggantikan seksyen 2 dengan seksyen berikut:
“Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah
Syariah
2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke
atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah
perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di
bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan".
dan memasukkan
selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:
"HUKUMAN
2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah
Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah
yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang
disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."
Akta 355 merupakan Akta bagi menentukan had
bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan
Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah
Syariah seluruh negara ini.
Usul Persendirian tersebut adalah
bertujuan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia agar lebih
tinggi kedudukannya berbanding sekarang.
Ia juga bertujuan memperkasakan
peruntukan undang-undang jenayah Islam dengan meningkatkan kuasa menjatuhkan
hukuman bagi Mahkamah Syariah. Jika sebelumnya hukuman terhadap pesalah Syariah
terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda rm5000 dan 6 kali sebatan,
maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan untuk
selaras dengan sebahagian undang-undang jenayah Islam.
Pindaan undang-undang ini untuk perkara
yang melibatkan orang Islam. Ia tidak wajar menimbulkan sebarang sensitiviti bagi
orang bukan Islam. Ruang untuk perbahasan terbuka kepada ahli-ahli Parlimen
bukan Islam nanti jika ada yang belum memahaminya.
PAS mengemukakan Usul ini di Dewan
Rakyat sebagai
satu tanggungjawab dakwah dan kewajipan memperkasakan Islam dengan memanfaatkan kerangka demokrasi negara. Ahli-ahli
Parlimen di kalangan muslim dan bukan muslim boleh menentukan sikap mereka nanti
sama ada menyokong atau membangkang.
Selamat berbahas!!! Sekian.
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 26 Mei 2016
No comments:
Post a Comment