Tuesday 19 September 2017

Pesta Arak: PAS Puji DBKL, Zaid Sindir PAS

Pesta arak: PAS puji DBKL, Zaid sindir PAS

18 Sep 2017, 4:32 petang (Dikemaskini 18 Sep 2017, 4:37 petang)

 

PAS mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mempersoalkan bagaimana program yang dirancang pada 6 dan 7 Oktober depan diiklankan sejak Mei lalu walaupun belum mendapat kelulusan.

"Adakah ia satu provokasi untuk melihat respon dan tindak balas rakyat Malaysia setelah program pesta arak seumpama dengannya berjaya dilaksanakan pada 2012 dan 2016?

Pilihan Editor

Nik Aziz - Jalan cerita yang tak sempat dicerita

"Kejayaan sebelum ini menjadi pendorong untuk mengadakan pesta yang sama pada 2017.

"Sekiranya tiada sebarang bantahan daripada masyarakat tentu sahaja pesta ini akan berjaya dilaksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

DBKL hari ini dilapor menolakpermohonan penganjuran acara itu dan memberi amaran akan bertindak jika ia diteruskan tanpa kebenaran.

Sebab penolakan tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Zaid: Yang bantah lagi suka poligami

Sementara itu, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menyindir pihak yang membantah penganjuran pesta arak berkenaan.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Zaid berkata kumpulan yang membantah itu dilihat lebih suka berpoligami berbanding penganjuran pesta, hiburan serta nyanyian.

"Yang bantah pesta ini kumpulan yang sama. Mereka tak mahu pesta, hiburan, tak mahu nyayian.

“Isteri dua tiga boleh, lagi muda lagi baik," kata Zaid di dalam Facebooknya.

Selain itu, Zaid turut bertanya sama ada parti MCA dapat melalukan sesuatu berhubung penolakan permohonan penganjuran pesta arak berkenaan.

"Boleh MCA buat sesuatu? Bukankah MCA telah berjaya mengubah BN sebagai parti yang sederhana?" soal Zaid lagi yang kini bergiat bersama DAP.

Datuk Teng Chang Khim sebelum ini berkata Malaysia negara majmuk dan mengamalkan demokrasi.

Justeru, kata naib pengerusi DAP Selangor itu, rakyat negara ini mempunyai kebebasan melakukan kegiatan yang tidak melanggar undang-undang.

 pas dbkl

Monday 18 September 2017

Peringatan Diri : Tanggungjawab Pendidikan

*Peringatan Diri*

Pendidikan adalah proses yang berpanjangan. Ia tidak terhenti pada bilik kelas dan pada subjek pengajian. Namun, ia adalah hasil cernaan persekitaran pendidikan menerusi penampilan ibu bapa sebagai model, guru sebagai mursyid, jiran tetangga sebagai praktik interaksi dan media sebagai pengantara ilmu dan maklumat. Melahirkan masyarakat yang baik dan terdidik dengan akhlak memerlukan kerjasama semua pihak secara holistik. Seorang anak yang membesar dalam keadaan kecelaruan pendidikan adalah mangsa kepada persekitaran. Setiap individu adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap persekitaran ini tanpa menuding jari kepada sesiapa. Bersamalah kita membina generasi rakyat Malaysia yang berilmu dan berakhlak. Moga kebahagiaan adalah milik kita.

"Bersama Menuju Jaya"
"Sejahtera Bersama Islam"

Sekian

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
_Ahli Parlimen KUALA NERUS_
Isnin 18hb september 2017/27 Zulhijjah 1438 H

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1635137633171867&id=100000269374994

Sunday 17 September 2017

ACARA BERPESTA MINUM ARAK WAJAR DIBANTAH; Para Mufti Perlu Keluarkan Fatwa

Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuala Nerus
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

*ACARA BERPESTA MINUM ARAK WAJAR DIBANTAH; Para Mufti Perlu Keluarkan Fatwa*

1. Better Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan dianjurkan pada awal Oktober depan di Kuala Lumpur yang menampilkan 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak dengan sasaran 6,000 orang pengunjung memang sewajarnya dibantah oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

2. Pihak berkuasa mesti membatalkannya kerana ia bercanggah dengan dasar bernegara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan mengundang pelbagai gejala negatif.

3. *Minum arak adalah hak bagi orang bukan Islam tetapi bukan hak bagi masyarakat bukan Islam untuk menganjurkan pesta terbuka mengajak masyarakat minum arak yang haram di sisi umat Islam*. Ia sangat bertentangan dengan sensitiviti masyarakat Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini.  Menjaga sensitiviti ini adalah kewajipan bersama seluruh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan keamanan dan keharmonian bernegara.

4. Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk "hak-hak peribadi bukan Islam dalam masyarakat Islam", *bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat.* Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori "sadd zara'i'" (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 - Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421).

5. *Justeru, saya menyeru para Mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus terhadap acara mungkar Better Beer Festival 2017 ini sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan Malaysia.*

6. Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dalam perlembagaan dengan YDP Agong menjadi ketua negara yang bertanggungjawab menjaga Islam serta Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam di negeri-negeri, amatlah tidak wajar negara ini menjadi hub pesta arak yang tidak mendatangkan kebaikan bagi rakyat malah memudharatkan.

7. Pesta Arak ini hanya akan mengundang lebih banyak gejala negatif kepada masyarakat di kala negara telah berhadapan dengan pelbagai kemelut sosial.

8. Arak telah dianggap menjadi ancaman di peringkat global dengan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan suatu laporan bertajuk "Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol" pada 2010.

9. Saya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 8 oktober 2014 ketika membantah penganjuran Pesta Arak Oktoberfest dengan menyebut beberapa statistik menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan iaitu;

A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alcohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.

D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.

F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.

G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.

H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

I. Menurut satu statistik di UK, alcohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

rujuk:
http://drtakiri.blogspot.my/2014/10/penganjuran-pesta-arak-oktoberfest.html?m=1

10. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya para pemimpin dan juga NGO-NGO bangkit untuk menghalang penganjuran Pesta Arak yang memudharatkan negara dan masyarakat ini.

Sekian.

Ahad 17hb September 2017/26 Zulhijjah 1438
www.drtakiri.blogspot.com

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1715609058449117&id=569086473101387

Saturday 16 September 2017

Akhlak dan Motivasi Daripada Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz*

*Akhlak dan Motivasi Daripada Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz*

oleh
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen KUALA NERUS

1. Tragedi kebakaran pada awal pagi khamis 14 september 2017 yang mengorbankan lebih 20 orang anak-anak yang sedang berjihad menghafaz Kalam Allah tentu sahaja meruntun hati setiap insan. Namun, perginya mereka ke rahmatullah sebagai Syuhada Akhirat akibat kebakaran sebagaimana sabit dalam Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud, yang diberikan kemuliaan oleh Allah menjadi pengubat hati kepada waris kaum keluarga yang terlibat.

2. Kita wajar mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas musibah ini. Kata-kata dan tindakan yang membenihkan kesabaran di hati mereka adalah sebahagian daripada skop takziah buat mereka sebagaimana pengajaran Islam.

3. Tidak perlu dikesali musibah yang telah berlaku dengan pelbagai andaian berunsur "kalau" kerana ia membuka pintu bisikan jahat Syaitan yang bertujuan menambahkan kesedihan. Nabi saw bersabda:

ْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
"Dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah menyebut: "kalau saya sebelum ini lakukan demikian tentulah demikian demikian", tetapi sebutlah: *"Allah telah menentukan. Apa yang Dia mahu Dia lakukan"*, kerana sesungguhnya ungkapan "kalau" itu membuka tindakan Syaitan." Hadis riwayat Muslim.

4. Dalam masa yang sama hati dan perasaan kita juga bersama pengasas dan guru-guru pusat Tahfiz tersebut. *Mereka telah berjihad dengan masa, tenaga dan harta mereka belasan tahun untuk menyediakan pusat ilmu untuk anak-anak Islam*. Dalam tempoh itu mereka telah berjaya melahirkan puluhan para Huffaz yang menjadi kebanggaan masyarakat. Kejayaan mereka ini sewajarnya dititipkan dengan pujian dan kata semangat. *Namun, dalam kerangka kejayaan itu ada ujian yang mendatang*. Mereka diuji dengan musibah yang meruntun dan merungsingkan hati dan perasaan mereka. Tentu sahaja ia boleh mematahkan semangat jihad pendidikan mereka. Maka di saat inilah mereka memerlukan motivasi yang berterusan memberikan sinar harapan. Malah, jika ada sebarang kelemahan yang menjadi sebab memungkinkan berlakunya musibah ia boleh dijadikan motivasi pengajaran untuk mendatang.

5. Bagi pihak berkuasa pula, musibah ini sewajarnya menjadi pemangkin untuk mereka terus melipat-gandakan usaha membantu pusat Tahfiz dan pusat-pusat pengajian Islam dengan dana pembangunan dan nasihat serta panduan keselamatan yang berterusan. Tidak wajar musibah ini diiringi dengan ugutan terhadap pengusaha-pengusaha institusi Tahfiz yang lain yang sedang berjihad di alam pendidikan dengan seribu macam kepayahan. Ia bukan premis untuk mengancam dan mengecam tetapi medan untuk saling membantu dan bekerjasama untuk kebaikan.

6. Inilah juga masanya bagi masyarakat awam memperkukuhkan dokongan terhadap institusi pendidikan agama seumpama Tahfiz ini. *Sangkaan baik kita terhadap mereka ialah mereka berjihad di bidang pendidikan demi Allah dan Rasul dan demi mencari syurga di alam abadi*. Membuat andaian dengan sangkaan buruk terhadap guru-guru dan pengurus pusat ilmu ini bukan akhlak umat beriman. Membuat tuduhan melulu dengan andaian penyelewengan dana yang mungkin berlaku di kalangan guru-guru yang berjihad mengusahakan pusat ilmu ini adalah akhlak yang sangat jelek, apatah lagi jika datang dari mereka yang dianggap ilmuwan. *Kemungkinan dan kebarangkalian baik dan jahat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada jawatan dan amanah apa sekalipun*. Tragedi ini bukannya lesen untuk membenihkan persepsi negatif dan jahat meskipun secalit.

7. Marilah kita bersama menjadikan tragedi ini sebagai rahmah buat ummah di sebalik musibah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155-156:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
_"Dan pasti Kami menguji kamu dengan sesuatu berupa kebimbangan, kelaparan dan kekurangan sebahagian harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah KHABAR GEMBIRA kepada orang-orang yang SABAR. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan: sesungguhnya kita milik Allah dan kita kepada-Nya pasti kembali."_

Sekian.

Sabtu 16hb September 2017 / 24 Zulhijjah 1438 H.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1714437018566321&id=569086473101387

Monday 11 September 2017

Kemangkatan Sultan Kedah

Moga Allah rahmati AlMarhum KDYMM Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat kembali ke Rahmatullah pada hari ini 11.9.2017 pada usia 89 tahun. Sembah takziah kepada seluruh Kerabat Diraja dan rakyat Kedah.

Friday 1 September 2017

لا تسقط الجمعة إذا اجتمع عيد وجمعة - الشيخ د. نوح قضاة

اسم المفتي : سماحة الدكتور نوح علي سلمان رحمه الله (المتوفى سنة 1432هـ)
الموضوع : هل تسقط الجمعة إذا اجتمع في يوم واحد عيد وجمعة؟
رقم الفتوى : 2126
التاريخ : 12-07-2012
التصنيف :
نوع الفتوى : من موسوعة الفقهاء السابقين

السؤال :

قرأت في أحد الكتب الفقهية أنه إذا صادف العيد يوم الجمعة فهناك رأيان؛ الأول: عدم صلاة الجمعة، والثاني: وجوب صلاة الجمعة مع صلاة العيد، فما رأيكم؟

الجواب :

إذا وافق يومُ العيد يومَ جمعة لا تسقط صلاة الجمعة بصلاة العيد؛ لأن صلاة العيد سنة مؤكدة، بينما صلاة الجمعة فريضة محتّمة، والسنة لا تُسْقِط الفريضة ولا تُجْزئ عنها؛ وذلك لقول الله عز وجل: (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ) الجمعة/9.

وقد حدث في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم أن وافق يومُ العيد يومَ الجمعة، فكان هدي النبي صلى الله عليه وسلم فيه أنه صلى الصلاتين، وخطب الخطبتين، ولم يترك الجمعة ولا العيد، وذلك أمر مشهور معروف في كتب السنة والحديث. وهو ما ذهب إليه جماهير فقهاء المسلمين من الحنفية والمالكية والشافعية ورواية عند الحنابلة.

وإنما رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في ترك الجمعة ذلك اليوم لأهل العوالي الذين بعدت منازلهم عن المسجد النبوي، ويشق عليهم الذهاب والإياب مرتين للصلاتين؛ فرخَّص لهم أن يصلوا الظهر في أحيائهم، وذلك في قوله صلى الله عليه وسلم: (قَدْ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ؛ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ) رواه أبو داود. 

وقد حمل جمهور العلماء من الحنفية والمالكية والشافعية هذا الحديث على أنه واردٌ في حق من أتى لصلاة العيد من خارج المدينة المنورة؛ ممن لا تجب عليهم الجمعة ابتداءً، كونهم قاطنين خارج المدن والعمران، فهؤلاء إن انتظروا حتى يصلوا الجمعة كان في ذلك مشقة عليهم، وكذلك لو رجعوا إلى أهلهم ثم جاؤوا لصلاة الجمعة؛ فرخص لهم حينئذ في ترك الجمعة.

ولذلك كله فالاحتياط للدين يقضي بالمحافظة على الصلاتين في ذلك اليوم، وأما ما ذهب إليه  بعض فقهاء الحنابلة: أنَّ مَن صلى العيد لا يُطالَب بصلاة الجمعة مطلقاً، وإنما يصلي الظهر؛ فهو على خلاف الأحوط  والأبرأ للذمة.

وأما القول بسقوط صلاة الظهر؛ فهذا لم يقل به أي مذهب من مذاهب أهل السنة، وهو مخالف للنصوص الموجبة للصلوات الخمس في اليوم والليلة؛ فلا يجوز العمل به، ولا تقليده، ولا الإفتاء به.

ولا عبرة بما ورد في بعض الروايات من أحاديث تنسب إلى بعض الصحابة ظاهرها إسقاط الظهر إذا اجتمع العيدان؛ فهذه الآثار لا تثبت سنداً، وليس في متونها دلالة على هذا القول الغريب، ولو ثبتت فهي معارضة بالأدلة القطعية المصحوبة بإجماع المسلمين على وجوب الخمس صلوات في اليوم والليلة؛ فتُقدَّم عليه في نظر أهل العلم.

فلا فسحة للجدل والخلاف الذي يُفَرِّق صفوف المسلمين وهم يستقبلون أيام العيد السعيد، بل الواجب العمل بالمحكمات، وترك المتشابهات، والتسليم بما استقرت عليه مذاهب المسلمين المتبوعة.
"فتاوى الشيخ نوح علي سلمان" (فتاوى الصلاة/ فتوى رقم/1)