http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/25229-pemergian-ustaz-harun-antara-tangisan-sedih-dan-gembira
Pemergian Tuan Guru Dato Harun Taib Antara Tangisan Sedih dan Gembira
1. Pemergian Tuan Guru Hj Harun Taib (TGHT) ditangisi kesedihan oleh ribuan pendokong dakwah yang pernah menerima tarbiyah beliau walau sejenak dan pernah menjadi anak didik beliau dan juga rakan seperjuangan al-marhum.
2. Ribuan menghadiri solat janazah almarhum dari seluruh pelusuk negara. Ribuan juga mengiringi janazahnya yang diusung ke kubur sehingga memenuhi jalan sepanjang 1.5 km.
3. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi (TGAH) antara yang benar-benar merasai kehilangan Tuan Guru Harun Taib kerana al-marhum disifatkan sebagai sayap kanan beliau dalam perjuangan dakwah. Sangat ketara kesedihan (TGAH) di kala mengimamkan solat janazah TGHT dan di kala berdoa di kubur sejurus dikebumikan.
4. Namun tidak dinafikan, ada pula yang keriangan terutamanya munafik gerakan Islam atau musuh dakwah. Bagi mereka pemergian TGHT berertinya perginya seorang "tokoh ulamak konservatif" yang masih memperjuangkan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negara ini yang menjadi penghalang kepada keterbukaan Parti Islam Semalaysia PAS. Namun hakikat yang perlu diketahui ialah agenda perjuangan beliau akan terus digalas oleh puluhan ribu anak didik almarhum yang akan terus memperjuangkan kelangsungan pemerintahan dan politik berasaskan Islam. TGHT adalah sebahagian mata rantai perjuangan dakwah dan siyasah yang panjang.
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
No comments:
Post a Comment