Tuesday 2 July 2019

Ziarah Pegawai YB Dr Khairuddin Santuni Pesakit Halusinasi

*HALUSINASI HANTUI KEHIDUPAN ABDULLAH*

Oleh : Nizam at-Takiri

KUALA NERUS (1 Julai) – Abdullah bin Mamat ,60, yang mengidap Parkinson, 25 tahun dahulu telah dihantui dengan halusinasi yang amat teruk pada awal Januari 2019.

Beliau yang berasal di Kg Banggol Tok Jiring, Dun Tepoh, telah diziarahi oleh Pegawai dan Petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang diketuai oleh Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi’i, pada jam 10.30 pagi.

Isteri beliau, Hasnah Mohd Nasir,53, berkata, “Suami saya sering berhalusinasi yang menyebabkan beliau lari ketakutan dengan tiba-tiba kerana mendakwa ternampak seseorang yang ingin membunuhnya”.

“Kejadian ini sering terjadi dan menyebabkan suaminya menjadi takut dan tidak boleh ditinggalkan bersendirian”, ujar Hasnah lagi.

Lebih malang lagi, kini Abdullah sudah tidak mampu berjalan seperti manusia normal dan perlukan pengjagaan yang rapi oleh ahli keluarga untuk menguruskan kehidupan seharian.

Program ziarah ini merupakan program rutin bagi Pusat Khidmat setiap minggu dan program ziarah kali ini juga turut menziarahi tiga lagi keluarga yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan di Kg Banggol Tok Jiring, yang bermula pada jam 10.00 hingga 11.30 pagi.

Turut hadir dalam program ziarah ini, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Tepoh, Zainun Ali.

Bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan telah disalurkan oleh Pusat Khidmat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

No comments:

Post a Comment