Wednesday, 10 July 2019

Orang Bijak Pandai Pun Tertipu - Dr Khairuddin

https://www.sinarharian.com.my/article/36863/EDISI/Terengganu/Orang-bijak-pandai-pun-tertipu

KUALA NERUS - “Orang-orang bijak pandai pun tertipu dengan kepandaian dan penipuan yang dibuat oleh orang-orang yang menipu ('scammer') sama ada di (atas talian) internet atau luar internet," demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menurutnya, kes penipuan ‘scammer’ adalah jenayah melibatkan kewangan yang semakin berleluasa di negara ini dan memerlukan perhatian segera semua pihak. Ia juga hangat dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Sampai ke hari ini, kita masih lagi mendapat aduan yang sangat banyak berkaitan ‘scammer-scammer’ ini yang wujud di talian dan sebagainya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Dr Mohd Khairuddin yang lantang membahaskan isu berkenaan dan mempertahankan hak pengguna meminta agar kerajaan menangai isu 'scammer' ini dengan segera.

Beliau juga menekankan soal pendidikan kepada pengguna dan bajet diperuntukkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tujuan itu.

“Kalau kita bincang soal pendidikan pengguna, sangat wajar dibawa perkara ini ke peringkat sekolah dan universiti serta mengajar rakyat untuk melihat dosa dan pahala dalam proses jual dan beli," katanya
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/36863/EDISI/Terengganu/Orang-bijak-pandai-pun-tertipu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment