Saturday 4 March 2017

Perbincangan Ilmu & Mahabbah Bersama Dr Asri

Perbincangan Ilmu & Mahabbah Bersama Dr Asri

Perbincangan antara saya dan Dr Asri semalam di Kangar pada 3 mac 2017 berhubung pindaan Akta 355 merumuskan beberapa perkara:

1. Cadangan peningkatan hukuman kesalahan Syariah bersifat takzir kepada 30 tahun penjara dan 100 ribu denda tidak dipersetujui oleh beliau dengan alasan dan hujah tersendiri.

2. Adapun PAS mempunyai rasional dan hujah tersendiri dalam mencadangkan hukuman 30 tahun penjara dan 100k denda sebagaimana juga pandangan mereka yang terlibat dalam sistem perundangan Islam di Malaysia. Namun, tulisan ini bukan ruang untuk perbahasan tersebut.

3. Beliau bersetuju bahawa Akta 355 perlu dipinda pada kadar hukuman 6 kali sebatan ke 100 kali sebatan Syarie sebagaimana tuntutan al-Quran dan Sunnah. 100 sebatan pula perlu dihadkan kepada kesalahan minum arak, Qazaf dan Zina sahaja.

Saya mengambil positif atas persetujuan bersama bahawa Akta 355 perlu dipinda pada kadar sebatan 6 kepada 100 sebatan pada 3 kesalahan tersebut.

Adapun perincian jenis hukuman lebih daripada itu nanti adalah melibatkan pindaan Enakmen di negeri-negeri nanti menerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing. Akta 355 hanyalah akta ibu yang akan membuka laluan kepada negeri-negeri untuk membuat sebarang perubahan dalam enakmen sedia ada, berdasarkan keperluan dan tentunya mesti mendapat perkenan daripada DYMM Sultan di negeri masing-masing.

Semoga perbincangan ini memberi manfaat kepada umat Islam dalam memahami usaha meminda Akta 355.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Sabtu 4 mac 2017

htpp://www.facebook.com/drtakiri/

No comments:

Post a Comment