Sedutan Berita Akhbar, Selasa, 5 Ogos 2014.
Berita Nasional.
1) Pasukan Malaysia belum dapat masuki kawasan nahas MH 17.
2) Waris mangsa MH 17 terima RM 160,000 @ AS $50,000 dlm masa terdekat.
3) Petronas sediakan peruntukan RM 67 juta bantu operasi SAR MH 370.
4) Wajib henti niaga dengan pihak musuh Islam kata mufti pahang.
5) Ngo sahut seruan boikot barangan penyokong Israel.
6) Khalid komited jaga kebajikan rakyat.
7) Pkr mahu kemuka 20 muka surat integriti MB Selangor.
8) Dakwaan saifuddin tuduhan liar kata khalid.
9) Wan Azmi perlu beri penjelasan. Rakyat mahu tahu nilai sebenar splash.
10) Ghani Patail perlu berundur kata puad zarkhasi.
11) 10,159 pati ditahan dalam tempoh 5 bulan tahun ini.
12) Cheng Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia bayar ikat jamin bekas pemandu karpal.
13) Saifuddin dedah khalid salah laku, khalid beri amaran akan saman saifuddin, Azmin Ali marah kerana tak dirujuk.
14) Wan Azizah akui akan terus menerima nasihat dan arahan suaminya.
15) Peguam Negara minta tanya Polis isu pendakwaan terpilih.
16) Warga Afrika sasar wanita tempatan sindiket penipuan love scam. Perdaya mangsa hingga rugi jutaan ringgit.
Berita Antarabangsa.
1) Israel angkuh, tawan Gaza lagi seminggu.
2) Zionis ragut 1,822 rakyat palestin,400 darinya adalah kanak kanak.
3) Perang Ekonomi boleh lumpuh Israel.
4) Sejak 8 julai, Israel melepaskan peluru berpandu di 4,686 tempat di Gaza.
5) Pengumuman Israel untuk gencatan senjata 7 jam untuk alih perhatian.
6) Boikot berkesan gugat ekonomi Israel.
7) Israel bakal berdepan kerugian berjumlah AS $5.7 bilion ( RM 18.25 bilion ) jika boikot di seluruh dunia berterusan. Syarikat pepsi co dan coco cola company di anggar kerugian AS$230,000 ( RM736,568) setiap hari selepas diboikot.
Tesco tidak akan menjual produk Israel bermula September ini.
8) Kerajaan Maldives memboikot dan batalkan perjanjian dua hala dengan Israel.
9) Kaherah diminta buka rafah. Oic kutuk Israel serang masjid.
10) Cubaan batalkan kemenangan jokowi.
Tempatan
1) Ahli Parlimen Dungun dan Adun Rantau Abang segera hulur sumbangan kepada mangsa dihempap pokok.
2) Pemuda UMNO Kuala Nerus buat laporan polis terhadap Kelvin Yip. Desak polis segerakan siasatan.
3) MB minta MBKT kemuka laporan susulan sampah tidak dikutip semasa sambutan Aidilfitri. Janji akan ambil tindakan.
4) Exco Terengganu, A Latif Awang minta beri peluang kepada 3 pemimpin yang baru dilantik bagi perkasa UMNO.
5) Raya Enam disambut meriah di beberapa buah kampung di Terengganu. Ziarah kubur bersama sanak saudara dan nikmati jamuan bersama.
6) Bazlan sedia berkhidmat dengan Razif. Ucap terima kasih atas kepercayaan.
7) Jabi bakal jadi hab sate Terengganu. Usaha menggabungkan di bawah jenama Satay Jabi dengan kerjasama YPU.
8) Perkim Kemaman bantu Mohd Zaid Muda, Oku dapatkan kerusi roda elektrik.
9) Majlis Perundingan Daerah akan diwujudkan dengan dianggotai adun pembangkang -MB.
Disediakan oleh,
LPDM BPPNT.
No comments:
Post a Comment