Sunday 19 January 2020

BN MENANG MANIFESTASI PENGUNDI SEMAKIN TERIMA MUAFAKAT NASIONAL & TOLAK PH

Kenyataan Media

Ahad, 18 Januari 2020 | 22 Jamadilawal 1441H

BN MENANG MANIFESTASI PENGUNDI SEMAKIN TERIMA MUAFAKAT NASIONAL & TOLAK PH

PRK P176 Kimanis adalah PRK ke-5 peringkat Parlimen yang diadakan selepas PRU14.

Daripada 5 PRK itu, BN memenangi 3 daripadanya termasuk Cameron Highlands dan Tanjung Piai selain turut memenangi 2 PRK di peringkat DUN iaitu Semenyih dan Rantau.

Kemenangan BN ini semakin terserlah sejak hubungan di sebelah blok pembangkang semakin baik termasuk bersama dengan PAS sehingga kerjasama rasmi dibentuk pada September tahun lalu.

Ini membuktikan bahawa Muafakat Nasional yang diterajui oleh PAS dan UMNO selain turut disertai oleh parti-parti pembangkang lain, adalah formula terbaik menghadapi PH yang lebih didominasi oleh DAP yang tidak tahu menghormati aspirasi kaum dan penganut agama majoriti di negara ini.

Kekalahan PH-Warisan ini sedang mereka adalah teraju kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri juga menunjukkan tekad pengundi bukan sahaja di Semenanjung bahkan di Malaysia Timur untuk terus menolak PH akibat tidak menunaikan janji, lemah mentadbir, berkrisis sesama sendiri disamping gagal mengurus ketidaktentuan ekonomi dan peralihan kuasa.

Kini, Muafakat Nasional lebih dipercayai dan diyakini mampu menjadi pesaing dan pengganti yang lebih baik kepada PH untuk memimpin Malaysia. 

Walaupun berorientasikan menjaga kepentingan Islam dan Melayu; pendekatannya yang inklusif untuk semua kaum dan penganut agama, mendahulukan kepentingan rakyat dan negara serta berbudaya politik matang telah menjadikan ia semakin diterima oleh semua segmen pengundi dan di seluruh Malaysia.

Tahniah BN dan Muafakat Nasional atas kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

No comments:

Post a Comment