Kebanjiran warga asing di negara ini mencari rezeki sepatutnya
boleh dimanfaatkan untuk membangun serta memajukan penggunaan bahasa Melayu.
Berdasarkan
data rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2015, ada lebih 2 juta pekerja
asing di negara ini yang bekerja di sektor pertanian, perkhidmatan, pembinaan,
pembuatan dan pembantu rumah.
Mereka
terdiri daripada warga Bangladesh, Thailand, Filipina, Pakistan, Myanmar, Nepal
dan India.
Dalam
keadaan mereka seramai itu dan gagal pula menguasai bahasa Melayu sesetengah
rakyat negara ini kadang-kadang terasa seperti asing di tanah sendiri.
Pekerja
swastaHamidah Mustafaberkata
dalam kehidupan sehariannya dia banyak berhadapan dengan pekerja asing yang
hanya mampu berbahasa Inggeris sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
Malaysia.
Justeru,
Hamidah menyambut baik cadangan Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali yangmenyarankan kerajaan mewajibkan pekerja asing mengikuti
- dan lulus - kursus asas bahasa Melayu sebelum diterima bekerja di Malaysia.
“Sekurang-kurangnya
kena ajar bahasa asas bahasa Melayu. Sebab kadang-kadang saya rasa kita ni
macam pendatang walaupun berada di negara sendiri.
“Contoh
macam kalau makan dekat KLCC, kita kena cakap orang putih dengan dia (pelayan).
Kita macam warga asing, terutamanya kalau mereka tak fasih bahasa Melayu,”
katanya kepadaMalaysiakini.
Berbaloi kalau betul
Mohd
Khairuddin kelmarin berkata pekerja asing perlu lulus asas bahasa Melayu bagi
memudahkan dan melancarkan sebarang urusan yang berkaitan dengan mereka.
Selain
itu, katanya ia turut dapat memperkasa dan mengembangkan penggunaan bahasa
Melayu.
Bagi
Naib Presiden Pertubuhan Keselamatan Asia (Apsa) Datuk Abdul Malek Abdul Hamid pula
cadangan pekerja asing mempelajari bahasa Melayu adalah idea yang bagus namun
memerlukan masa agak lama untuk dilakukan.
Sekiranya
perkara itu mahu diteruskan katanya pekerja asing terbabit perlu diberi
pendedahan mengenai bahasa Melayu dengan sewajarnya.
“Kalau
betul (negara ini nak mewajibkan pekerja asing mahir bahasa Melayu), mereka
boleh diberi pendedahan. Berbaloi kalau ia dilakukan dengan betul,” katanya
yang menambah kajian perlu dibuat bagi melihat perkara itu dari sudut pandang
yang tepat.
Bagi
Pengurus Operasi Syarikat Perunding KeselamatanSyamsuddin Abdullahpula memang pekerja
warga asing perlu menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi dua hala
dengan rakyat di negara ini.
Katanya,
memang sangat wajar warga asing dilatih bahasa Melayu sebelum datang ke
Malaysia atau mengikuti kelas berkenaan yang dikendalikan melalui kedutaan
mereka di sini.
Langkah
itu kata Syamsuddin penting bagi memastikan imej negara kekal dilihat baik dan
menolak dakwaan sesetengah pihak asing yang menuduh Malaysia mengabaikan rakyat
mereka di sini.
“Jika
tidak, Malaysia akan dipandang negatif kerana ada sesetengah negara yang anggap
kita mengabaikan pekerja di kalangan rakyat mereka.
“(Sebenarnya
mereka yang) kerja tak betul sebab tak faham atau salah faham arahan. Situasi
begini banyak berlaku, terutamanya dalam sektor kawalan keselamatan swasta,”
katanya.
Selain
itu, penjawat awam Jayabalan
Harirajan pula mencadangkan pekerja asing tidak perlu
mengikuti peperiksaan dalam bahasa Melayu sebaliknya hanya ujian lisan asas
bahasa.
Ia
kerana katanya pihak ketiga yang menguruskan pekerja asing itu mungkin akan
mengambil kesempatan dengan menetapkan kos pembelajaran dan peperiksaan yang
akan ditanggung oleh pekerja asing itu sendiri.
“Pihak
ketiga akan ambil kesempatan kalau buat peperiksaan, ini semua akan bebankan
pekerja asing sedangkan mereka dah banyak sangat tanggung kos sebelum diterima
kerja di sini.
“Mereka
(pekerja asing) perlu buat pemeriksaan kesihatan, bayaran insurans diri dan
pelbagai kos lain.
"Sekarang
kita perlu pastikan bahawa pekerja ini tak terbeban,” katanya.
Bagi
bekas pengarah pengurusan sumber manusia sebuah hotelNormala Ibrahim berkata
warga asing perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau
Inggeris terutamanya dalam bidang perhotelan.
Beliau
yang memberi contoh pekerja barisan hadapan seperti penyambut tetamu,
pengangkut bagasi, penjaga kaunter dan tukang tunjuk arah perlulah mahir
berbahasa Melayu dan Inggeris.
“Apabila
kita (pihak hotel) buat program belajar bahasa secara asas, mereka boleh
berkomunikasi (dan) kalau boleh mantapkannya lagi bagus.
“(Kerana)
tetamu akan tanya arah dan macam-macam. Seperti yang saya cakap ia bergantung
kepada keperluan industri,” katanya.
Pekerja
bank Nor Kamalia
Muhamad Kamal pula mengalami masalah dalam urusan
perbankan ketika berhadapan dengan pelanggan terdiri daripada pekerja asing
yang tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.
Katanya,
sekiranya berhadapan dengan pelanggan sedemikian, urusan perbankan akan
mengambil masa yang lama kerana pekerja asing ini tidak memahami apa yang
diperlukan dalam urusan berkenaan.
“Susah
nak berkomunikasi dengan mereka. Saya kerja bank dan kadang-kadang pekerja
asing ini bawa kawan dia (untuk bantu komunikasi) tapi kita lebih sesuai
bercakap dengan pemegang akaun sendiri.
“Ia
selalu berlaku, urusan lima minit boleh jadi sehingga 10 minit dan selalu juga
salah komunikasi,” katanya yang mencadangkan perlunya ujian lisan bagi pekerja
asing itu.
entara itu penjawat awam Zulfadli
Nurahimpula mencadangkan kerajaan tidak membawa masuk pekerja
asing dan menawarkan pekerjaan kepada rakyat sendiri dengan gaji yang setimpal.
“Lebih
baik mereka (pekerja asing) tidak ada. Kalau nak ambil, ambil rakyat tempatan
bekerja dengan gaji yang setimpal,” katanya.
Namun
katanya sekiranya kerajaan tetap mahu mengambil pekerja warga asing mereka
boleh mengambil dari negara jiran yang memahami bahasa Melayu.
https://www.malaysiakini.com/news/3
No comments:
Post a Comment