KEMENANGAN YANG TERTANGGUH OLEH KEJAHILAN
1. Kejahilan adalah lawan kepada ilmu dan pengetahuan. Kejahilan
merupakan kebinasaan paling besar sama ada terhadap individu atau masyarakat.
Apatah lagi kejahilan itu melibatkan agama kerana ia melibatkan kefahaman yang
benar tentang aqidah dan syariat yang menyelamatkannya daripada terjerumus
dalam kesesatan. Kejahilan merupakan asas bagi segala kejahatan sepertimana
kata Ibnu Taimiyah.
2. Di sinilah mulianya orang berilmu dalam Islam khusus para
ulamak yang berilmu tinggi dan mendalami tentang Islam dan menyebarkannya
kepada ummah. Dengan ilmu mereka memimpin umat ke jalan kebenaran yang
dikehendaki oleh al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu terdapat banyak hadis memuji
orang berilmu tentang agama. Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih Bukhari:
مَنْ
يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Sesiapa yang Allah inginkan baginya kebaikan Allah bagi dia
faham mendalam (menjadi faqih) tentang agama"
Nabi saw mendoakan Ibnu Abbas r.a dalam Hadis Sahih riwayat Bukhari
اللَّهمَّ فقِّهْهُ في الدِّينِ وعلِّمْه التأويلَ
Ya allah jadikanalah dia faqih org yang faham mendalam tentang
agama".
Allah menggesa hambanya mendalami agama agar mereka boleh
memberi amaran kepada kaum mereka. Allah berfirman dalam surah taubah ayat 122
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ
لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ
مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ
إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
"Alangkah baiknya jika keluar dari setiap puak itu 1
golongan untuk tujuan mendalami (tafaqquh) dalam agama dan untuk tujuan mereka
memberi amaran kepada kamum mereka apabila mereka kembali mudah-mudahan mereka
berwaspada."
3. Justeru setiap orang mesti berusaha mendalami ilmu agama sama
ada dia seorang nelayan, boroh kasar atau seorang profesional seperti peguam
dan doktor. Setiap orang yang mendalami agama dan mempunyai kemampuan mendalami
al-Quran dan al-Hadis meski apa pun latar belakang pekerjaaannya maka dialah
yang digelar oleh ummat sebagai ulamak dalm bahasa hari ini.
4. Setiap keluarga Islam perlu mempunyai sasaran melahirkan
sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang mempunyai ilmu agama yang tinggi
(seorang ulamak) bagi memimpin keluarga ke arah kebaikan Islam, memandu ke
syurga dan menghindarkan diri daripada neraka.
5. PAS adalah sebuah gerakan tarbiyah, dakwah dan siasah.
Gerakan tarbiah bertujuan untuk membina dan mengkader anggota parti agar
komited dengan amal Islami menepati manhaj an nabawi. Gerakan dakwah bertujuan
menyedarkan umat untuk kembali kepada Islam. Gerakan siasah bertujuan
mengembalikan kuasa pemerintahan kepada Islam.
Sebagai gerakan dakwah, maka menjadi tugas PAS melahirkan orang-orang berilmu
tentang agama agar mereka selamat dari sebarang penyelewengan aqidah dan
syariat. Ulamak-ulamak yang mempunyai ilmu yang tinggi pula perlu dilahirkan
secara gigih bagi memimpin umat mengenali Islam.
6. Produk utama sebuah gerakan islam ialah ilmu dan dakwah.
Produk inilah yang dijaja oleh para pendokong gerakan Islam. Oleh itu gerakan
Islam subur di surau masjid dan pusat pengajian Islam. Program utama ahli
gerakan islam ialah kuliah ilmu agama, solat berjamaah, berusrah, bertamrin
berqiamullail di cawangan dan kawasan di seluruh negara yang dipimpin oleh para
ulamak. Hasil kerja dakwah yang berterusan maka masyarakat semakin sedar
tentang rosaknya pemikiran songsang seperti sekular, sosialis dan liberal.
Hasil kerja dakwah berterusan di pelbagai medium dan pentas, masyarakat makin
sedar keperluan pemerintahan Islam bagi menggantikan pemerintahan sekular.
Hasil kerja dakwah yang panjang, dasar politik, ekonomi dan sosial Islam sudah
menjadi tuntutan ummah kepada pihak berkuasa hingga berjaya melahirkan
perubahan politik yang besar.
7. Gerakan Islam seperti PAS perlu meneruskan agenda kesedaran
ini untuk mengajak umat kembali kepada sistem pemerintahan Islam. Tonggak pada
pembinaan kader-kadernya mestilah surau dan masjid tempat berhimpunnya jiwa
yang baik, beraqidah yang benar tanpa songsang, bersyariat yang benar dan yakin
dengan syariat Islam, berakhlak yang baik dengan lidah yang indah tanpa
kata-kata dan ungkapan jijik. Amalan harian mereka mestilah solat berjamaah,
solat sunat, zikir, baca Quran, berkuliah ilmu, bertazkirah, berqiamullail dan
bersedekah.
8. Di kala gerakan islam seperti PAS hanya dipenuhi oleh insan
yang mengabaikan asas-asas ini KEMENANGAN ISLAM AKAN TERUS TERTANGGUH.
YB Ust Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri