BIODATA
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN
RAZALI AT-TAKIRI merupakan anak kelahiran Kg Baru, Seberang Takiri, Kuala Nerus
pada 9hb Disember 1973. Gelaran “at-Takiri” adalah nisbah kepada kampug
kelahiran beliau Seberang Takir.
Mendapat pendidikan awal di Sek. Rendah
Seberang Takir (1980 -1985), seterusnya ke Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin,
Ladang (1986-1988), Sek. Men. Agama (Atas) Sultan Zainal Abdin, Batu Buruk
(1989-1992) di Aliran Thanawi. Kemudian menyambung pengajian tinggi di peringkat
Bachelor di Jabatan Bahasa & Kesusateraan Arab, University of Jordan (1992-1996),
peringkat Master di Jabatan Bahasa & Kesusateraan Arab, Aal al-Bayt University
of Jordan (1996-1999) dan seterusnya mendapat Phd Pengajian Islam daripada
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2010 menerusi kajian Partikel Waw dan Pengaruhnya
Terhadap Terjemahan Makna al-Quran ke dalam Bahasa Melayu.
Beliau bertugas sebagai Guru Bahasa
seterusnya pensyarah Bahasa di CELPAD, Univ Islam Antarabangsa (1999-2002),
Tutor seterusnya Pensyarah di Jabatan Bahasa Arab & Tamadun Islam, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (2002-2008) sebelum meletak
jawatan pada 2008 untuk memberi tumpuan kepada perniagaan dan projek
pendidikan.
Pada 2004 beliau mengasaskan
Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, sg. Merab, Bangi, sebuah pusat
pendidikan Tahfiz & Akademik percuma untuk anak-anak yatim, seterusnya Sek
Ren Islam Pintar Tahfiz Fuqaha pada 2007 dan Kolej Islam Fuqaha pada 2008 yang
semuanya bernaung di bawah Muassasah Darul Fuqaha. Sehingga kini pelajar DARUL
FUQAHA menjangkau 300 orang.
Beliau terlibat aktif
menyampaikan ceramah dan kuliah di media elektronik TV dan radio seperti IKIM, Radio
1 (Klasik.Fm sekarang), RTM 1, TV9 dan TV3 sejak tahun 2000.
Beliau aktif dalam organisasi kebajikan
dan dakwah dengan mengasas dan mempengerusikan Persatuan Prihatin Ummah
Malaysia, Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia dan Nadwah
Ilmuwan Muslim dan pernah memegang amanah AJK Persatuan Ulamak Malaysia selama
2 penggal. Sehingga kini beliau diberi amanah untuk menganggotai Majlis
Perundingan Islam (MPI), Kluster Politik MPI, Dewan Agamawan, Majlis Dakwah Negara,
juga sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan.
Beliau aktif menulis di akhbar
dan majalah dan menghasilkan beberapa buah buku antaranya Hukum Berurusniaga
dengan Yahudi Dunia, Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam, Adab-Adab Berdoa,
Perspektif Islam Dalam Pelbagai Isu, Hukum Intipan Khalwat, Hiburan dan Gurau
Senda Dalam Islam, Azkar Solihin, Isu Hudud Inilah Jawapannya, Politik dan Pilihanraya
dalam Islam dan Bahtera Ilmu dan Politik.
Beliau juga aktif sebagai Ahli Perniagaan
dan Usahawan dalam beberapa bidang perniagaan khususnya selepas 2008 antaranya bidang
pengeluaran dan pengedaran produk kesihatan dan kosmetik yang selalu diiklankan
di media elektronik seperti TV Hijrah dan TV9 dan TV 3.
Dalam Parti Islam Semalaysia PAS
beliau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (2013-2017),
Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pusat (2013-2017), Timbalan Pengarah Institut Strategi
PAS, AJK PAS Pusat (2013-2017) dan Ahli Majlis Syura Ulamak (untuk sesi 2013
dan 2015-2020)
Pada pilihanraya umum 2013
beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kuala Nerus.
http:www.drtakiri.blogspot.com /
http:www.facebook.com/drtakiri/
No comments:
Post a Comment