Monday, 10 April, 2017
Akhbar Siar Karikatur Hina Speaker, Hadi Perlu Kena Tindakan
ShareTweetPinMail
10 APRIL : Meskipun permohonan maaf telah dibuat, perbezaan pandangan tidak menghalalkan penghinaan termasuk apa dilakukan akhbar Nanyang Siang Pau apabila menyiarkan karikatur menghina Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen PAS Marang.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali, tindakan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia merupakan suatu penghinaan terbesar buat umat Islam dan ia perlu diambil tindakan.
“Tindakan akhbar terbabit yang membuat karikatur monyet memakai serban sangat jijik dan tidak beradab.
“Penghinaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana agama dan norma ketamadunan. tak ada sebuah negara di dunia yang membenarkan seseorang membuat penghinaan kepada orang lain yang berbeza pandangan,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.
Akhbar Nanyang Siang pada Sabtu dan edisi eNanyang menyiarkan karikatur yang memaparkan seolah-olahpresiden PAS itu dan Speaker Dewan Rakyat sebagai monyet.
Bertajuk “Akta Monyet”, akhbar tersebut memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.
Bagaimanapun, pengurusan akhbar itu telah menarik balik karikatur tersebut dan memohon maaf kepada Hadi dan Pandikar Amin.
“Akhbar kami bertarikh 8 April pada (bahagian) B2 menyiarkan satu komik mengenai Akta 355 dan tidak menghormati Pandikar and Hadi Awang. (Oleh itu) Nanyang dengan sepenuh hati memohon maaf kepada kedua-dua,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan terjemahan.
Tambah Khairuddin tindakan akhbar tersebut berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan boleh mengundang pertumpahan darah.
“Pihak polis mesti segera mengambil tindakan bagi menjaga keharmonian bermasyarakat dalam negara ini,” ujarnya.
Karikatur itu merujuk keputusan Pandikar Amin menangguhkan perbahasan pembentangan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) oleh Hadi sebagai Usul Persendirian pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat sesi lalu pada 6 April.
Keputusan itu menimbulkan kekecohan dicetuskan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan membabitkan DAP, PKR dan PAN.
Terdahulu Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menyifatkan karikatur itu sebagai tindakan yang ‘kurang ajar dan melampau’.
“Nanyang Siang Pau mesti menarik balik kartun itu dan memohon maaf kepada umat Islam, terutamanya PAS,” katanya.
Beliau juga berkata parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina, yang dimiliki oleh jutawan balak Sarawak Tan Sri Tiong Hew King.
Manakala Pemuda PAS Selangor yang berang dengan apa dianggap sebagai penghinaan, menyeru umat Islam supaya bangkit dan mengadakan bantahan di luar pejabat akhbar itu di Petaling Jaya pagi esok.
“Dewan Pemuda PAS Selangor mengerahkan seluruh Pemuda dan menyeru umat Islam bangkit dan mara mempertahankan maruah umat Islam.
“Kebiadapan dan penghinaan yang di buat melalui karikatur kepada presiden PAS dan perjuangan memartabatkan mahkamah syariah dalam RUU 355 oleh akhbar Nanyang Siang Pau,” katanya.
SILA BACA!!!! SILA BACA!!!! SILA BACA!!!! SILA BACA!!!!
ReplyDeleteHey Guys !!! Am amat gembira saya mendapat lombong dari Luana. kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2000 setiap hari. Saya dapat dari minggu lepas beliau dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 secara percuma. Kosong ATM mengeluarkan wang dari mana-mana mesin ATM dan tidak ada nama di atasnya, ia tidak boleh dikesan dan kini saya mempunyai wang untuk perniagaan dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup .Saya amat gembira i bertemu Annie kerana saya bertemu dua orang sebelum beliau dan mereka mengambil wang saya tidak mengetahui bahawa mereka adalah penipuan. Tetapi gembira sekarang. Annie menghantar kad melalui DHL dan saya mendapat dalam dua hari. Dapatkan kad anda sendiri dari dia kini dia tidak seperti scammer lain berpura-pura mempunyai kad ATM, Beliau memberi ia keluar secara percuma untuk membantu orang walaupun ia adalah menyalahi undang-undang tetapi ia membantu banyak dan tiada siapa yang mendapat terperangkap. im berterima kasih kepada Annie kerana dia berubah cerita saya dengan tiba-tiba. kad ini berfungsi di semua negara kecuali, Mali dan Nigeria. Alamat e-mel Annie adalah atmhacker2015@gmail.com