RISALAH PENERANGAN
LAJNAH PENERANGAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
SIFAT JUNDULLAH. WALA'
Siri 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
1. Al Ustaz Said Hawwa dalam bukunya Jundullah Thaqafah dan Akhlak menghuraikan terperinci ciri-ciri jamaah Islam dan Ahli Jamaah yang memikul tanggungjawab sebuah perjuangan Islam.
2. Ayat yang diatas menyenaraikan 5 sifat dan ciri yang penting yang perlu dimiliki oleh ahli jamaah. Iaitu a. Wala' b. Berkasih sayang c. Rendah diri sesama mukmin d. Izzah kepada yang kafir e. Jihad.
3. Wala'. Berkata Said Hawwa bahawa Wala' yang menjadikan seseorang itu ahli kepada Hizbullah. Barangsiapa benar wala'nya maka benarlah dia sebagai ahli Hizbullah. Sabda Nabi s.a.w.
"...من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة اﻹسلام من عنقه وإن صلى وصام وزعم أنه مسلم..."
"...Barangsiapa yang keluar daripada jamaah, maka sesungguhnya tercabut ikatan Islam daripada lehernya sekalipun dia solat dan berpuasa dan mendakwa sia adalah seorang muslim.."
Riwayat Ahmad dan Tirmizi.
4. Tiada satu perkara yang melayakkan seseorang itu sebagai ahli kepada Parti Islam mahupun Parti Syaitan melainkan dengan sifat Wala'
5. Malah, wala' kepada Allah swt dan Nabi s.a.w. adalah daripada sifat orang yang beriman. Wala' pada asas dan perkara yang batil, adalah bukan daripada sifat orang beriman. Contohnya, sesiapa yang berwala' pada asas perjuangan kebangsaan atau sosiolisme maka wala'nya dan perjuangannya batil dan bukan daripada kalangan orang beriman. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al Mujadalah 22,
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"...Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya..."
6. Allah juga mengharamkan ke atas orang beriman daripada berwala' atas asas yang terkeluar daripada Aqidah Islamiyyah. Seperti yang dijelaskan Allah dalam Surah al Kahfi 102,
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا
"...Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu..."
7. Orang yang beriman pastinya berwala' hanya kepada Allah s.w.t., bagaimana pula mereka akan sanggup berwala' kepada musuh Allah.? FirmanNya lagi dalam At Taubah 16,
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَا رَسُولِهِ وَلَا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"..Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan..."
8. Begitulah juga dilarang orang beriman daripada berwala' kepada golongan munafiqin. Berwala' kepada golongan kafir dan munafiqin menjadikan seseorang itu sebahagian daripada mereka.
Dalam At Taubah 68,
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُم
"...Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut)..."
9. Sifat-sifat jahat golongan munafiqin didedahkan oleh Allah s.w.t. kepada orang beriman supaya mereka tidak sewenang-wenangnya memberikan wala' mereka kepada golongan ini.
10. Lihatlah ayat Al Quran seperti berikut yg menceritakan warna-warna golongan muanfiqin dalam Al Baqarah ayat 11-16.
Dan surah An Nisa' 59-60.
Ringkasnya sikap mereka seperti berikut:
a. Tidak berpegang dengan Al quran
b. Melakukan kerosakan dengan menolak Syariat lalu menyangka mereka melakukan kebaikan (Islah) kononnya mereka pejuang kebebasan dan kemodenan.
c. Memburukkan orang beriman dan orang soleh seperti mengutuk dan memburukkan mereka dengan gelaran jumud.
d. Mereka menolak sistem Islam dan hukumannya.
e. Mereka ingin menukar sistem Islam dengan sistem yang lain.
f. Mereka rasa benci apabila disebut syariat Allah s.w.t.
11. Maka apakah itu wala'?
Dari sudut bahasa wala' itu sikap memberi kasih sayang, siddiq (membenarkan), memberi bantuan, bersepakat dan ikutan.
12. Al Ustaz Said Hawwa menyebut dalam JUNDULLAH, disana orang yang beriman hendaklah berwaspada daripada perbuatan-perbuatan yang terkeluar daripada maksud wala' yang akhirnya menjadikan seseorang yang beriman itu sebagai seorang munafik. Sikap dan sifat tersebut adalah,
a. Memberi pertolongan kepada musuh dan pihak kafir dan tidak mentaati Allah s.w.t. semata-mata mengikut kehendak mereka. Firman Allah dalam Al Hasyr 11,
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِنْ قُوتِلْتُمْ لَنَنْصُرَنَّكُمْ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
"..Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta..."
b. Memberi maklumat rahsia orang beriman kepada pihak kafir dan musuh.
Seperti kisah Hatib bin Abi Balta'ah yang menyebabkan turunnya ayat surah Al Mumtahanah 1.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنْتُمْ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ
"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu..."
c. Memberi kasih sayang kepada musuh dan pihak kafir. Rujuk firman Allah s.w.t. dalam surah al Mujadalah ayat 22,
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ َ
"...Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka..."
(Sambung...)
Sebarkan.
Disediakan oleh :
AlFaqir Ila Robbihi
Ustaz Muhd Najhan Halim
Setiausaha Lajnah Penerangan DUPP
16 September 2014 / 21 Zul Kaedah 1435h
Gombak.
No comments:
Post a Comment