Monday 10 February 2014

Fatwa Ziarah al-Quds

Fatwa Ziarah al-Quds

1. Laman Web Syeikh Qardawi bertarikh 2.2.2014 melaporkan bahawa Syeikh Qardawi dalam pertemuannya dengan Syeikh 'Ikrimah Sabri, Mufti al-Quds masih lagi menegaskan fatwa beliau bahawa al-Quds tidak boleh diziarahi oleh selain orang-orang Palestin sendiri selagi mana ia berada di bawah penjajahan Zionis.

2. Ini kerana ziarah itu memberi satu pengiktirafan terhadap keabsahan kerajaan Zionis di bumi Palestin. Begitu juga bayaran masuk yang dikenakan memberikan pulangan besar kepada dana kewangan kerajaan Zionis berbanding pulangannya kepada umat Islam Palestin sendiri.
3. Dalam masa yang sama beliau menegaskan isu ini sememangnya menjadi perbezaan pendapat di kalangan ulamak namun beliau adalah salah seorang yang menfatwakan al-Quds tidak boleh diziarahi melainkan dalam keadaan berjihad memerangi zionis kerana pembebasan al-Quds hanya akan berlaku dengan jihad dan penentangan.

4. Bagi ulamak yang mengharuskan ziarah mereka berhujah bahawa ziarah al-Quds oleh orang luar Palestin merupakan satu sokongan kepada rakyat Palestin yang tertindas sehingga mereka dapat merasakan bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi zionis.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

No comments:

Post a Comment