Lumpuhnya Ekonomi Akibat Wabak
1. China bakal berdepan dengan kemelut ekonomi yang parah akibat coronavirus. Perintah berkurung sekarang melibatkan 500 juta rakyat akan memberikan kesan berganda pada aktiviti ekonomi yang mengakibatkan kerugian material yang sangat besar malah boleh melumpuhkan ekonomi China.
2. Demikianlah kekuatan ekonomi mana-mana bangsa dan negara sekalipun boleh sahaja hancur dengan sekelip mata hanya dengan penyebab makhluk yang sangat kecil dan mikro seperti virus. Ia mengingatkan kita dengan kemusnahan peradaban umat dahulu kala akibat sombong dan angkuh terhadap Tuhan sebagaimana diceritakan dalam al-Quran.
3. Dunia Islam baru sahaja didedahkan dengan kezaliman yang berlaku terhadap umat Islam Uighur meskipun dinafikan oleh China. Moga apa yang berlaku boleh mengajak China kembali meneliti polisi-polisi ketidakadilan mereka terhadap muslim.
4. Kita mendoakan agar rakyat China diselamatkan segera daripada bala bencana besar ini dan juga berdoa agar dunia tidak diserang oleh wabak ini yang boleh sahaja melumpuhkan ekonomi dunia. Penyebaran wabak ini ke beberapa negara termasuk negara kita Malaysia sangat membimbangkan yang mengajak kita sentiasa berdoa dengan doa "Isti'azah" memohon perlindungan daripada Allah.
5. Sebagai muslim kita berpegang pada prinsip bahawa aktiviti ekonomi bukan hanya dibina pada kekuatan fizikal dan materialnya sahaja tetapi perlu bangkit atas dasar pembangunan spiritual kemanusiaan dan bersifat ketuhanan yang mementingkan etika dan barakah.
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
19.2.2020
BEIJING - Hampir 500 juta penduduk China terperangkap selepas pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung ketika wabak koronavirus (Covid-19) merebak ke setiap pelosok wilayah di republik itu.
https://www.sinarharian.com.my/article/70267/KHAS/Koronavirus/Setengah-bilion-terperangkap-akibat-Covid-19
No comments:
Post a Comment