Wednesday, 21 December 2016

Pemergian Ustaz Mohd Khairi, Ketua Dewan Ulamak Negeri Sembilan

*PERUTUSAN TAKZIAH*
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

21 Disember 2016 | 21 Rabi'ul Awwal 1438H

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh umat Islam khususnya ahli keluarga Allahyarham al-Fadhil al-Ustaz Mohd Khairi Zainuddin di atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada petang semalam.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sejak 2009, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan sejak 2011, Pengasas dan Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) dan penyusun Kamus Arab Melayu serta berkemahiran di bidang perisian komputer termasuk berkecimpung di bidang penerbitan buku dan animasi Islam, Allahyarham telah memberikan sumbangan yang besar kepada ummah pada aspek keilmuan, pendidikan, dakwah dan _amar ma'ruf nahi munkar_. Justeru, kehilangan tokoh ulamak muda ini pasti amat dirasai oleh ramai manusia dan banyak pihak khususnya oleh PAS dan DUPP sendiri.

Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian.

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada ahli-ahli PAS dan orang ramai khususnya ahli Dewan Ulamak untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dengan menghadiri solat jenazah yang dijadualkan pada jam 8.00 pagi ini (Rabu, 21 Disember 2016) di Tahfiz Darul Ulum, Jalan Paroi-Senawang, berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi sebelum jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Mawar, Senawang pada jam 9.00 pagi.

Marilah sama-sama kita mendoakan keampunan dan rahmat untuk Allahyarham

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Sekian.

*DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).

No comments:

Post a Comment