Buku Terkini POLITIK DAN PILIHANRAYA MENURUT ISLAM tulisan Ust Dr Khairuddin at-Takiri dan Ustaz Zamani Ismail akan mula diedarkan sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Sultan Abd Halim, Alor Star pada 1hb Jun 2012.
Temui kami di Gerai Dewan Ulama PAS Pusat di sana.
Petikan daripada buku:
Temui kami di Gerai Dewan Ulama PAS Pusat di sana.
Petikan daripada buku:
DEFINISI
TAHAALUF SIYASI
“Tahaaluf Siyasi“ adalah istilah Arab. Dalam bahasa
Melayu ia bermaksud Perjanjian Pakatan Politik atau disebut juga sebagai Perjanjian
Kerjasama Politik.
Penggunaan istilah “Tahaaluf
Siyasi“ dalam bahasa Arab memberi maksud yang lebih mendalam berbanding
istilah “kerjasama politik“ dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana perkataan
“Tahaaluf“ dalam bahasa Arab berasal dari perkataan “Hilf“ yang memberi beberapa
maksud
- Saling mendampingi[1]
- Perjanjian antara kaum untuk saling bantu-membantu dan bersepakat [2]
- Perjanjian untuk tidak mengkhianati.[3]
Oleh itu, “Tahaaluf“
bermaksud perjanjian antara beberapa pihak untuk saling mendampingi, bantu-membantu
dan tidak mengkhianati antara satu sama lain. Perkataan “Siyasi“
pula bermaksud urusan politik dan pemerintahan. Justeru, “Tahaaluf Siyasi“
bermaksud perjanjian antara beberapa pihak untuk saling mendampingi, bantu-membantu
dan tidak mengkhianati antara satu sama lain bagi mencapai cita-cita politik
iaitu memerintah sesebuah negara.
Berdasarkan penjelasan di atas, saya
berpandangan istilah “Tahaaluf Siyasi“ lebih baik
dipopularkan berbanding istilah kerjasama politik bagi memberikan retorik makna
yang lebih mendalam.
Persoalan “Tahaaluf Siyasi“
ini timbul dewasa ini apabila sebuah parti politik di Malaysia yang
meletakkan cita-cita Islam dalam perlembagaannya, iaitu PAS melakukan beberapa
siri kerjasama politik dengan parti-parti politik yang tidak meletakkan
cita-cita pemerintahan berasaskan Islam dalam agenda politik mereka.
[1]
Mu`jam Maqaayiis al-Lughah, juz 2, hlm. 97-98
[2]
Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, juz, hlm. 1031.
[3]
Taj al-`Arus, juz 6, hlm. 75.
No comments:
Post a Comment