Sunday, 10 March 2013

Edar Risalah di Pasar Teluk Ketapang

Ziarah Pasar Teluk Ketapang pada hari Jumaat 8 hb
Mac 2013. Dimulakan dengan berdoa














Doa Hamba-hamba al-Rahman

Seorang hamba sentiasa berdoa kepada Allah kerana doa adalah tanda dia mengiktiraf bahawa dirinya adalah hamba kepada Allah.

Seorang insan tentunya sayangkan isteri dan anak-anak. Dia mahu yang terbaik untuk mereka. Dia mahu berkongsi kebahagiaan dengan mereka kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan dirinya. 

Namun kebahagian bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia adalah anugerah Allah. Justeru, seorang insan yang mahukan kebahagian untuk dirinya, pasanganya dan anak-anaknya perlu berdoa memohon kebahagiaan. Inilah yang diajar oleh Allah dalam al-Quran.

Antara doa hamba-hamba al-Rahman dalam al-Qur'an ialah

  وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 
maksudnya Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan dan zuriat kami Qurrata A`yun (penyejuk mata) dan jadikanlah kami ikutan bagi orang bertaqwa. " surah Furqan, ayat 74. 

Penyejuk mata adalah kinayah kegembiraan kerana orang yang menangis kegembiraan mengeluarkan air mata sejuk berbeza dengan orang yang menangis kesedihan mengeluarkan air mata yang hangat sebagaimana kata Imam Qurtubi وأيضا فإن دمع السرور بارد ، ودمع الحزن سخن

Apa kelebihan berdoa agar kita menjadi "ikutan" kepada orang bertaqwa? Kelebihannya ialah mendapat pahala berpanjangan daripada amalan orang-orang yangmengikuti kebaikannya. 

Orang bertaqwa tentulah hanya menjadikan orang yang lebih bertaqwa daripada dirinya sebagai ikutan. Mereka pula tentulah hanya mengikut apa yang baik dilakukan oleh orang bertaqwa. Apabila sesuatu kebaikan orang bertaqwa menjadi ikutan kepada orang lain di situlah pahala berlipat ganda dan berpanjangan diperolehinya. Nabi saw bersabda

مَنْ سَنَّ فِي الإسلام سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِها بعْدَهُ كُتِب لَه مثْلُ أَجْر من عَمِلَ بِهَا وَلا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، ومَنْ سَنَّ فِي 
الإسلام سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وزر من عَمِلَ
maksudnya: "sesiapa yang merintis dalam Islam satu permulaan yang baik lalu diamalkan oleh orang lain selepasnya, ditulis baginya pahala seumpama orang yang melakukannya dan tidak dikurangkan sedikit pun. Sesiapa yang merintis dalam Islam satu permulaan yang tidak baik lalu diamalkan oleh orang lain selepasnya, dia mendapat dosa seumpama orang yang melakukannya dan tidak dikurangkan sedikit pun. Hadis riwayat Muslim


Thursday, 7 February 2013

Rumah dan Kenderaan Murah mesti diperjuangkan

Rumah dan kereta merupakan antara pelengkap kebahagian seseorang sebagaimaan ditegaskan oleh Nabi saw dalam hadis:  

مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ ثَلاثٌ ، وَمِنْ شِقْوَةِ ابْنِ آدَمَ ثَلاثٌ ، فَمِنْ سَعَادَتِهِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ , وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ , وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ ، وَمِنْ شِقْوَةِ ابْنِ آدَمَ : الْمَرْأَةُ السُّوءُ , وَالْمَسْكَنُ السُّوءُ , وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ "
Maksudnya: "Antara kebahagian anak Adam 3 perkara dan antara kecelakaan anak Adam juga 3 perkara. Antara kebahagiannya ialah wanita yang solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang selesa. Dan antara kecelakaan anak Adam ialah wanita yang jahat, kediaman yang tidak baik dan kenderaan yang tidak bagus."
(Hadis di nilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani)

Pemerintah yang adil lagi berkebajikan perlu membuka ruang seluas-luasnya untuk rakyat memiliki dua perkara ini. Polisi-polisi yang membolehkan rumah kediaman yang baik dimiliki dengan harga yang murah perlu digubal. Peningkatan harga rumah yang tidak seimbang dengan peningkatan pendapatan rakyat akibat mainan kapitalis perumahan perlu dipantau dan  ditangani. 

Begitu juga dengan kenderaan. Cukai kereta yang tinggi yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia pada hari ini perlu dinilai semula. Tanpa cukai sebuah kereta tempatan berharga rm40,000 hanya bernilai tidak lebih rm25 ,000. Penurunan cukai kereta akan menambah nilai pendapatan yang dimiliki oleh rakyat seterusnya membantu mengurangkan kadar kemiskinan. 

Kita Berada Bersama Golongan Mana di Dunia dan di Akhirat?

Nabi saw bersabda dalam hadis riwayat Imam Ahmad daripada sahabat Nabi saw bernama Khuraim bin Faatik al-Asadi: Manusia empat golongan dan amalan pula enam jenis. Ada manusia yang dilapangkan untuknya di dunia dan di akhirat. Ada manusia yang dilapangkan di dunia dan disempitkan untuknya di Akhirat. Ada yang disempitkan di dunia dan dilapangkan di Akhirat dan ada yang menjadi celaka di dunia dan di akhirat..... Hadis diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi dan Nasaei.

saudara semua, kita berada di golongan mana?

Thursday, 17 January 2013

Forum di Masjid Pulau Ketam, K. Trg 18hb Jan 2013

Forum Tanyalah Ustaz bertajuk Mencari bahagia Abadi di Masjid Pulau Ketam, Kuala Terengganu bersama Ust Dr Khairuddin at-Takiri dan Ust Dr Abd Basit Abd Rahman pada 18hb jan jam 8.45 mlm - 10 mlm

Ceramah Maulid Rasul di Surau Permint 17hb Jan 2013

Ceramah Maulidur Rasul ; Rasulullah saw pemimpin agung di surau Permint, Seberang Takir 17hb Jan 2013 jam 8 malam


Wednesday, 16 January 2013

Talaqqi Hadis 40 Imam Nawawi bersama 10 Tokoh Ulamak

TALAQQI HADIS 40 IMAM NAWAWI

Tarikh: 19-21 hb Jan 2012
Masa : 9 PG - 11 mlm
Tempat : DARUL FUQAHA

bersama
Ust Dato' Nik Zawawi Salleh
Ust Nasaruddin Hasan Tantawi
Ust Dr Khairuddin QAman Razali at-Takiri
Ust Nik Abduh TG. Nik Aziz
Ust Zaharuddin Mohamad
Ust Dr. Azhar Yaakob
Ust Syed Abd Qadir al-Jufri
Ust Mokhtar Senik
Ust Dr Syauqi Othman
Ust Nik Nasri Nik Malek
Hubungi Ustaz Azlan 0192677703 ? Ust Zulkarnain 0137722267


Thursday, 10 January 2013

Forum Tanyalah Ustaz bersama Dr Khairuddin at-Takiri di Banggol Peradong

Forum Tanyalah Ustaz bertajuk Anakku Soleh bersama Dr Khairuddin at-Takiri dan Ust Wan Soho Bani Leman di Masjid Banggol Peradong, Kuala Terengganu malam ni 9 mlm 10 hb Januari 2012.  



Wednesday, 10 October 2012

Ibadah Korban di Kemboja 2012

Untuk tahun ke 8 Darul Fuqaha menganjurkan Ibadah Korban di Kemboja di perkampungan orang-orang miskin. Harga satu bahagian RM230 ditambah dengan rm70 untuk agihan kepada guru-guru al-Quran di Kemboja

Hubungi 
1. Ust Dr Khairuddin at-Takiri 013 3890000
2. Ust Mohd Harme 0192121972
3. Ust Mohd Azlan 0192677703