PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Wednesday, 31 December 2014

Nahas AirAsia QZ8501

News#3
Penerbangan QZ8501 bertolak dr Surabaya Juanda Airport ke Singapura. Selepas 36 minit bertolak, pilot meminta kebenaran drpd Jakarta air traffic untuk terbang pd ketinggian 38,000ft dan sedikit ke kiri utk mengelakkan cuaca buruk.

2 minit kemudian, Jakarta air traffic mengarahkan QZ 7 miles ke kiri dan terbang 34,000ft. Tetapi tiada respon drpd cockpit. Radar masih mengesan QZ 3 minit selepas itu sebelum dilaporkan hilang dr radar pd 6.18am.

Menurut flighradar.com, terdapat aircraft yg lain terbang pd ketinggian 34,000-38,000ft semasa QZ dilaporkan hilang.

Misi Sumbangan Banjir Dewan Ulamak PAS Pusat ke Parlimen Kuala Krai

Misi Sumbangan Banjir Dewan Ulamak PAS Pusat ke Parlimen Kuala Krai

Kuala Krai Isnin 29.12.2014 - Pusat Operasi Banjir Dewan Ulamak PAS Pusat telah berjaya turun ke Kuala Krai dalam misi sumbangan banjir di Dun Mengkebang, Dun Guchil dan Dun Manik Urai di bawah seliaan bersama YB Dato' Dr Khairuddin at-Takiri, YB Dato' Hassan Mahmod dan Dr Abu Bakar Abdullah.

Konvoi dari Pusat Operasi Banjir DUPP di Tawang diketuai Dato' Hasan Mahmod bergerak ke Kuala Krai dengan sebuah lori dan beberapa 4x4 dipenuhi pelbagai barangan. Mereka bergabung di Machang dengan konvoi dari Pusat Operasi Banjir DUPP dari Kuala Nerus di ketuai YB Dr Khairuddin dan Dr Abu Bakar Abdullah dengan kekuatan 2 buah lori dan 4 buah 4x4 dan beberapa buah kereta.

Rombongan disambut oleh YB Ustaz Abdul Latif Abd Rahman,  Adun Mengkebang di Keroh dan dibawa untuk mengagihkan sumbangan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Mukim Keroh dengan diringi Penghulu Man.
Seterusnya rombongan ke Dun Guchil dan menyerahkan sumbangan yang telah dipek dengan baik kepada Ust Zulkifli Yaakob di Pusat Pengumpulan Sumbangan Dun Guchil di pekan Kuala Krai. Orang ramai berpusu-pusu beratur untuk menerima sumbangan dan mengutip serta memilih pakaian-pakaian yang disumbangkan.

Wajah-wajah mangsa yang hadir beramai-ramai untuk mengambil barangan sumbangan jelas kelihatan susah hati dan berduka menghiasi petang di Pusat Pengumpulan Sumbangan Dun Guchil yang dipenuhi dengan . Anak-anak yang memerlukan susu dan kain lampin. Para wanita memerlukan baju, tudung, pakaian solat dan tuala wanita. Keluarga yang memerlukan selimut dan tuala. Agihan pek makanan mengandungi beras, tepung, minyak, bihun dan biskut disambut dengan penuh gembira, bersyukur dan mengharap.

Konvoi seterusnya ke lokasi terakhir iaitu Dun Manik Urai yang terjejas teruk untuk menyerahkan sumbangan kepada wakil YB Hj Fauzi di Pusat Pengumpulan Sumbangan Banjir sebelum beransur pulang selepas jam 10 mlm.

Hari ini satu lagi konvoi Dewan Ulamak PAS Pusat dari Pusat Operasi Banjir di Taman Melewar dalam perjalanan ke Dun Mengkebang untuk menyerahkan 1 lori barangan. Konvoi diketuai Ustaz Najhan Arsyad, Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ust Norazli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak dan Dr Shihabuddin, Rektor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang juga merupakan AJK DUPP.

Moga segala usaha mereka yang terlibat menyampaikan sumbangan menerusi Dewan Ulamak PAS Pusat diganjari dengan pahala dan gantian terbaik di dunia. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga buat Unit Amal dan petugas-petugas dari Parlimen Kuala Nerus dan Dun Tawang yang mengiringi konvoi misi bantuan banjir dan para muslimat yang berusaha keras membungkus barangan dengan baik.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar mereka segera melipat gandakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia menerusi pelbagai pihak atau turun sendiri ke lokasi untuk berkongsi kesedihan dan seterusnya menceriakan mereka.

Sumbangan tunai boleh terus disalurkan ke akaun CIMB bernombor 8601765212 atas nama "Tabung Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat". Sumbangan ke akaun boleh dimaklumkan untuk rekod ke 0137460000 (Dato Dr Khairuddin at-Takiri).

Sebarang sumbangan segera berupa 1 pek barangan sangat dialu-alukan seperti;
1. Minyak masak
2. Biskut
3. Gula
4. Tepung
5. Tuala wanita
6. Bihun
7. Susu kanak-kanak
8. 1 btl susu

Terima kasih.

Laporan oleh;

Yang Berkhidmat;
YB Ust Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Pengarah Operasi Banjir DUPP/ Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat / AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus
0137460000.
(9 pg 30.12.2014 Jertih, Terengganu)

Sunday, 28 December 2014

Misi Sumbangan Banjir DUPP ke Dun Pasir Pekan

Misi Sumbangan Banjir DUPP ke Dun Pasir Pekan

Bachok 27hb Dis 2014 -

1. Skuad Operasi Banjir DUPP diketuai Dr Abu Bakar Abdullah dan Dr Khairuddin at-Takiri semalam, Sabtu 27.12.2014 telah berjaya menghantar bantuan hasil sumbangan pelbagai pihak ke 2 pusat perpindahan banjir di Dun Pasir Pekan semalam iaitu Sek Ren Kutan dan Sek Rendah Pasir Pekan. Antara barang2 yang diagihkan ialah 2500 sardin 425 grm, susu kanak2, beras, biskut, pakaian dn lain2 bernilai lebih 30k.

2. Rombongan seramai lebih 30 orang termasuk petugas unit amal dengan 9 buah 4x4 dan 2 buah kereta bergerak dari Parlimen Kuala Nerus dengan membawa sebahagian barang2 dan tiba di Pusat Operasi DUPP- Kelantan di Dun Tawang, Bachok pada jam 3 ptg dengan disambut oleh YB Ust Dato' Hasan Mahmod, adun Tawang merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan.

3. Seterusnya rombongan bergerak ke Dun Pasir Pekan dengan disambut oleh YAB Dato Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan yang juga Adun Pasir Pekan dan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

4. Beberapa ahli rombongan terdiri daripada YB Dr Khairuddin, YB Dato Hasan dan Dr Abu Bakar Abdullah dibawa meninjau menggunakan beberapa buah bot, kawasan yang dibanjiri air tidak jauh dari Jambatan Sultan Yahya sehingga menenggelamkan bumbung rumah. Sumbangan dihulurkan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah kerana masih bertahan di tingkat dua rumah masing-masing.

5. Seterusnya rombongan dengan iringan Ust Wan Roslan selaku penyelaras Dun meredah banjir setinggi paha sehingga pinggang dengan 4x4 untuk ke pusat perpindahan di Sek Ren Kutan seterusnya ke Sek Ren Pasir Pekan.

6. Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang telah menyalurkan bantuan tunai ke Tabung Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat dan juga yang menghantar pelbagai barangan ke Pusat Operasi Banjir DUPP.

7. Pusat Operasi Banjir DUPP dijangka akan menghantar siri bantuan ke Kuala Krai yang kritikal dilanda banjir khususnya Dun Mengkebang di bawah seliaan YB Ust Latif esok 29hb Dis 2014.

8. Para dermawan boleh terus menghantar barangan ke 3 pusat operasi banjir DUPP untuk diagihkan ke pelbagai lokasi banjir khususnya Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang iaitu:

1. Kompleks Masjid Daruttarbiyah. Sebelah Pasar Abd Rahman Auf. Kg Wakaf Zin, Dun Tawang, Bachok.
(Junairi 0139872020 / Nordin 0139513914)

2. Kolej Univ Islam Zulkifli Mohamad, Tmn Melewar +60166320776 (Ust Najhan)

3. Maahad Tahfiz wa Tarbiyah, Tok Jiring +60199570009 (Dr Abu Bakar)

9. Sumbangan berbentuk barangan dicadangkan dalam bentuk pek siap mengandungi
1. 1 pek minyak masak
2. 2 tin sardin
3. 2 unit biskut kering
4. 1 pek gula
5. 1 pek tepung
6. 1 pek tuala wanita
7. Bihun
8. Susu kanak2
9. Botol susu

10. Sumbangan tunai boleh terus disalurkan ke akaun CIMB bernombor 8601765212 atas nama "Tabung Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat". Sumbangan ke akaun boleh dimaklumkan untuk rekod ke 0137460000 (Dato Dr Khairuddin at-Takiri).

Terima kasih sekali lagi kepada semua dermawan. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Disediakan oleh;

Dr Abu Bakar Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Dewan Ulamak PAS Pusat

YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Pengarah Operasi Banjir
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Tuesday, 23 December 2014

إدانةُ الإنتربول وضعَه الشيخ َالقرضاوي على قوائم الإرهابيين المطلوبين

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT DALAM ISU DR YUSOF QARADAWI

البيان الإعلامي لجناح العلماء المركزي للحزب الإسلامي بماليزيا

إدانةُ الإنتربول وضعَه الشيخ َالقرضاوي على قوائم الإرهابيين المطلوبين

إن جناحَ العلماء المركزي للحزب الإسلامي يدين بشدةٍ
محاولةً دوليةً لإرباك العلامة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي بوضعه على قوائم الإنتربول بتهمةٍ غامضةٍ ومغرضةٍ.

فالشيخ القرضاوى مِنْ كِبَارِ الْعُلَمَاءِ المجتهدين المعاصرين البارزين في نصرةِ قضايا الأمةِ الدوليةِ
حيث يُسمعُ كلامه، و هو عالمٌ محترمٌ  موثوق في شخصيته وفي علمه عند الجماهير المسلمة، ومما يدل علی سعةِ اطلاعه وثقةِ العالم الإسلامي بعلمه و ورضا علماء المسلمين واطمئنانهم بفتاواه واجتهاداته انتشارُ مؤلفاته الهائلةِ بما فيها المترجمات إلی لغات عدة، وحصولُه على كثير من الجوائز الدوليةِ من الحكومات و المؤسسات الرسميةِ من عدةِ دول.

فإن لمواقفه في قضية من قضايا الأمةِ أثرا كبيرا في الرأي العام الإسلامي ولدفاعه عن حقوق الناس المظلومين ونصرَتِه لهم أثرا في قمع الظالمين. فله موقف سياسي بارز منذ عهد بعيد في قضايا فلسطين المحتلة وجور الماسونيةِ واحتلال أمريكا لعراق، كما له مواقف مسموعة في حادثة انقلاب حكومة صحيحة ديمقراطيا بمصر،ومأساة سوريا وما إلی ذلك، مما يجعل الأعداء  َالحاسدين والظالمين من حكام العالم  يكيدون له المكائد  َ.

و الجناح مع ذلك يطالب الإنتربول بسرعة رفعَ اسم الشيخ من قوائم المطلوبين كما يطالب الأمةَ
َوخصوصا حكامهم بأن يكونوا صفا واحدا ويدا واحدة في إظهار الرسالة الاعتراضية بخصوص هذه التهمة المغرضة الظالمة والدفاع عن الشيخ ونصرته ورفع التهمة عنه.

كتبه
الدكتور محمد خيرالدين التاكري
رئيس الإعلام  لجناح العلماء المركزي بالحزب الإسلامي الماليزي
النائب البرلماني لدولة ماليزيا

الثلاثاء 1 ربيع الأول 1436 ه /23 كانون الأول 2014 م
..........................................................................................................

Kecaman Terhadap Interpol Meletakkan Syeikh Qaradawi Dalam Senarai Pengganas Yang Dikehendaki

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya percubaan antarabangsa bagi menimbulkan kekeliruan dunia terhadap Dr Yusof Qaradawi dengan meletakkan beliau dalam senarai dikehendaki oleh Interpol dengan tuduhan yang sangat kabur serta berniat jahat.

2. Dr Yusof Qaradawi merupakan antara tokoh ulamak kontemporari yang kedepan memperjuangkan isu masyarakat antarabangsa. Pandangan beliau didengari. Personaliti dan keilmuan beliau dihormati dan dipercayai oleh masyarakat Islam. Antara bukti keluasan ilmu dan keyakinan dunia Islam terhadap keilmuan beliau serta penerimaan cendekiawan Islam terhadap fatwa dan pandangan-pandangan kontemporari beliau ialah karya-karya agong beliau yang banyak tersebar luas termasuklah yang diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan anugerah antarabangsa yang diperolehi oleh beliau daripada kerajaan-kerajaan dan agensi rasmi pelbagai negara.

3. Pendirian beliau dalam setiap isu ummah benar-benar mempengaruhi pandangan umum dunia Islam. Sikap beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak masyarakat yang dizalimi memberi kesan yang besar dalam mengekang golongan yang melakukan kezaliman.

4. Beliau mempunyai pendirian politik yang jelas sejak dulu dalam isu-isu penjajahan bumi Palestin dan kezaliman Zionis dan penjajahan Amerika terhadap bumi Iraq. Begitu juga pendirian beliau yang menjadi ikutan dalam krisis kudeta terhadap kerajaan yang dipilih secara sah mengikut lunas demokrasi di Mesir, tragedi di bumi Syria dan lain-lainnya.

5. Keadaan ini mendorong dan menekan musuh-musuh yang cemburu dan golongan yang zalim di kalangan pemerintah dunia berusaha merencanakan pelbagai rencana jahat terhadap beliau.

6. Dewan Ulamak PAS Pusat dalam masa yang sama menuntut Interpol segera membersihkan nama Dr Yusof Qaradawi daripada senarai penjenayah yang dikehendaki. Begitu juga, umat Islam khususnya para pemerintah Islam dituntut berganding bahu sepakat meluahkan mesej bantahan terhadap tuduhan berniat jahat lagi zalim ini serta mempertahankan Syeikh Qaradawi dan membersihkan nama beliau dari tohmahan liar ini.

Sekian.

Disediakan oleh;

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Selasa 1 Rabiul Awal 1436H / 23 Disember 2014

Wednesday, 17 December 2014

Kalimah Allah di Pulau Pinang

DAP konsistant memperjuangkan Kalimah Allah untuk Kristian di Pulau Pinang

Tulisan Dr Takiri Dalam Siaran Media

http://www.malaysiakini.com/news/283735

Pilih kecundang atau menangi undi Melayu?

m.malaysiakini.com/news/283628.html

Ulama PAS dakwa DAP cuba retak Pakatan

Jawaban Buat Seorang Peguam Wanita - YB Ust Nik Abduh

Jawaban Buat Seorang Peguam Wanita.

PAS bersubahat dengan BN bawa isu Hukuman Jenayah Syariah (Hudud) demi menutup skandal 1MDB?

1) Agenda hudud PAS dah bawa sejak lebih 20 tahun. Macamana ia boleh dihentikan semata2 kerana isu 1MDB?

2) PAS konsisten menentang kemungkaran ekonomi sejak dulu dan PAS jelas melihat isu 1MDB sebagai kegagalan berterusan BN mengurus amanah wang rakyat dengan menyalahguna dan memperjudikannya.

3) Agenda PAS bukan hanya isu ekonomi. PAS memperjuang pembinaan Malaysia yang menyeluruh termasuk aspek pembinaan semula orang bersalah melalui hukuman yang mendidik yang ada di dalam hukuman Hudud. Buktikan bahawa aspek hukuman terhadap pesalah di dalam negara hari ini bukanlah isu besar yang boleh ditangguhkan?

4) Isu rompakan royalti minyak Kelantan yang sudah bertahun tahun adalah lebih besar kerana ia adalah hak rakyat yang pasti dan ia tak pula mengganggu usaha pekaksanaan hukuman Hudud. Mengapa isu 1MDB pula dijadikan alasan untuk sekat usaha pelaksanaan hukuman jenayah syariah?

5) PAS membina Malaysia dengan membina manusia, bukan sekadar membina Malaysia dengan membina ekonomi semata-mata.

6) Jika isu 1MDB berjaya menyekat PAS daripada memperjuangkan hak ugama, maka PAS sebenarnya telah masuk perangkap sekularisme samada oleh BN, DAP dan PKR serentak. Itu lagi teruk.

7) Perjuangan menegakkan syariah Islam adalah melewati kepentingan PAS dan BN. Ia adalah demi kebaikan dan keadilan untuk seluruh rakyat. Kelantan berikrar memulakannya.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

Cabaran PAS Untuk Memenangi Sokongan Pengundi Melayu PRU ke 14 atau PAS Kecundang

Cabaran PAS Untuk Memenangi Sokongan Pengundi Melayu PRU ke 14 atau PAS Kecundang

Oleh
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Pendahuluan

1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.

2. Data-data PRU ke 13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS. Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.

2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke 14 tidak berada di tangan PAS.

3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.

Data PRU ke 13

1. Dalam PRU ke 13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.

2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.

3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.

4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.

7. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.

8. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.

Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU ke 13

1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia,  63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India

2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan  undi bagi BN berbanding PRU 12 dan  fenomena ini memberi isyarat BN mampu  menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana.

3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis.

6. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis.

7. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar.

8. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan  oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.

Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR

1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14.

2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis.

3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN.

4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR.

Strategi Kemenangan PR PRU ke 14

Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah:

1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.

2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.

3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak.

4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR.

5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik.

6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.

Sekian

Rabu 17 Disember 2014 / 24 Safar 1436H

Dalami Agama Sebelum dan Apabila Menjadi Pemimpin

NASIHAT AGAMA dan WASIAT IMAN ; Dalami Agama Sebelum dan Apabila Menjadi Pemimpin

1. Imam Bukhari menyebut dalam kitab Sahihnya dalam kitab Iman Bab Rasa Dengki dalam Ilmu dan Kebijaksanaan
وَقَالَ عُمَرُ بن الخطاب رضي الله عنه : " تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا " اهـ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ البخاري رحمه الله :" وَبَعْدَ أَنْ تُسَوَّدُوا وَقَدْ تَعَلَّمَ أَصْحَابُ النَّبِيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كِبَرِ سِنِّهِمْ " اهـ
Dan Umar bin al-Khattab radiyallahu anhu berkata; "tafaqquhlah kamu (fahamilah agama secara mendalam) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin". Berkata Imam Bukhari; "dan juga selepas kamu menjadi ketua dan pemimpin. Sememangnya para Sahabat Nabi saw belajar ketika mereka di usia tua."

2. Pengajarannya ialah tuntutlah ilmu agama Islam secara mendalam khususnya perkara asas melibatkan aqidah, asas ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji, seterusnya asas hukum-hakam perkahwinan, asas mu'amalat dan asas perundangan jenayah. Begitu juga ilmu tasawwuf, akhlak dan pembersihan jiwa.

3. Bagi pemimpin politik khususnya fahamilah dengan mendalam asas-asas politik, pentadbiran dan tatakenegaraan dalam Islam, fiqh Jihad, fiqh hubungan antarabangsa, fiqh jenayah Islam, asas ekonomi dan kewangan Islam serta asas sistem sosial Islam.

4. Proses mendalami agama sewajarnya berlaku ketika masih kecil dan muda sebelum membesar menjadi orang besar, pemimpin dan ketua. Sekiranya ia tidak dipelajari sebelum itu maka tentulah rasa malu untuk belajar menjadikan pemimpin kekal dalam keadaan jahil lalu di saat itu pemimpin tersesat dan boleh menyesatkan pengikutnya.  

5. Nabi saw menjelaskan bahaya apabila ketiadaan orang alim berilmu tentang agama dalam hadis Sahih Muslim;

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan dicabutnya daripada orang ramai tetapi mencabut ilmu dengan mematikan Alim Ulamak (agama)"

حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
"sehinggalah apabila tiada lagi seorang alim maka orang ramai mengambil ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin jahil (agama) lalu mereka ditanya lantas mereka memberikan pandangan tanpa ilmu maka mereka menjadi sesat dan menyesatkan".

6. Berkata pula Abdullah ibnu Umar radiyallahu anhuma

(لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا أَخَذُوا الْعِلْمَ عَنْ أَكَابِرِهِمْ فَإِذَا أَتَاهُمْ مِنْ أَصَاغِرِهِمْ فَقَدْ هَلَكُو)
"masyarakat berada dalam keadaan baik selagi mereka mengambil ilmu daripada pembesar (ilmu). Maka apabila ilmu datang daripada orang-orang kecil ilmunya maka mereka menjadi binasa"

Sekian.

Disediakan oleh al-Faqiir ilaLlah

Ust Dato' Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Rabu 17 Disember 2014 / 24 Safar 1436H

Tuesday, 16 December 2014

DAP Perlu Lebih Berhemah Dalam Mengeluarkan Kenyataan Isu Hudud

Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Selasa 16 Disember 2014 / 23 Safar 1436H

DAP Perlu Lebih Berhemah Dalam Mengeluarkan Kenyataan Isu Hudud

1. Persefahaman bersama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah untuk menentang polisi-polisi pincang dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat. Dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam PRU berasaskan konsep Negara Berkebajikan dan Negara Adil Untuk Semua. Dalam masa yang sama setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang oleh setiap parti. Hal ini adalah asas kepada persefahaman PR.

2. Menegakkan Undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud adalah sebahagian perjuangan PAS yang tidak boleh ditawar-menawar. Ia telah dikanunkan oleh PAS di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 jauh sebelum wujudnya Pakatan Rakyat selepas 2008.

3. Menjadi hak PAS untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti umat Islam Kelantan dan Terengganu dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah di kalangan orang Islam sahaja menerusi Mahkamah Syariah melainkan jika penjenayah bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka atas prinsip perundangan "mutatis mutandis".

4. PAS menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan dan tidak bersetuju. Namun, sikap DAP yang secara berterusan mempertikaikan hak PAS untuk memperjuangkan undang-undang ini di negeri Kelantan khususnya sangat tidak baik dan tidak wajar dan ia adalah satu percubaan meretakkan hubungan di kalangan PR. Ia memberi modal kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk terus bernafas. Ini adalah siri berangkai beberapa lagi tindakan DAP yang mempertikaikan PAS termasuk dalam krisis MB Selangor.

5. Saya mengharapkan pemimpin DAP lebih berhemah dalam kenyataan-kenyataan mereka khususnya melibatkan dasar PAS. Respon balas daripada pimpinan dan ahli PAS tentu sesuatu yang tak dapat dielakkan dalam keadaan tersebut.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Monday, 8 December 2014

Berkat Doa Menteri, Minyak Turun Harga!!!

Berkat Doa Menteri, Minyak Turun Harga!!!

1. Doa seorang Menteri Kanan UMNO telah dimaqbulkan oleh Allah. Menteri tersebut menulis dalam twitternya yang diprintscreen oleh beliau dan dikongsi dalam whatsaap group yang saya salah seorang ahlinya "saya maklum kepada pemberita tentang harapan agar OPEC tak kurangkan pengeluaran minyak, maka Kerajaan boleh turunkan Ron95 di Malaysia".

2. Hari ini doa tersebut telah dimaqbulkan. Satu artikel dalam Berita Harian hari ini menyebut pada mukadimahnya
"saham mewah Bursa Malaysia menjunam pada minggu lalu dicetuskan dengan kejatuhan jualan asing mendadak pada saham minyak dan gas berikutan harga minyak mentah susut di bawah AS$65 satu tong, SELEPAS OPEC MEMUTUS UNTUK TIDAK MENGURANGKAN PENGELUARANNYA"

3. OPEC tidak mengurangkan pengeluarannya, maka harga Ron 95 sudah turun iaitu RM2.26 sen seliter iaitu turun 4 sen daripada sebelumnya. Betullah kata Menteri tersebut!!!

4. Berkat doa Menteri tersebut, bayaran yang perlu ditanggung oleh negara dek keinginan turun 4 sen harga Ron95 ialah negara kehilangan hasil Petrolium yang sangat besar mungkin melebihi RM35 bilion!

5. Asasnya ialah sepertimana laporan Berita Harian hari ini juga pada halaman B3 "angka kewangan nampak kurang menyenangkan. Dijangkakan bagi setiap penurunan AS$1 harga minyak mentah, pendapatan negara secara teori boleh menyusut  RM1 bilion (RM1000, 000,000)."

6. Dengan harga minyak mentah antara AS$100-AS$110 sebemum ini, Petronas menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM68 bilion pada tahun lalu. Pada minggu lalu, PETRONAS mengumumkan hanya mampu menyumbang kepada Kerajaan sebanyak RM43 bilion sahaja kepada pendapatan negara jika harga minyak mentah kekal pada paras AS$75 setong. Tapi sekarang harga minyak berkat doa menteri ialah AS$65 setong. Berapakah kerugian pendapatan negara sekarang?

7. Kerana kedekut dan bakhil untuk memberikan subsidi minyak berjumlah 20 bilion setahun dan kerana kemaruk untuk menarik subsidi rakyat yang dikosmetikkan dengan alasan  "merasionalkan subsidi minyak" Allah telah menarik hasil negara RM25-35 bilion!!!

8. Maafkan saya wahai saudaraku Menteri, nasihat ikhlas saya, berhati-hatilah apabila mahu berdoa!!!

Nukilan,
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Isnin 8 Disember 2014 / 15 Safar 1436H

BIJAKSANAKAH KERAJAAN BN APABILA BERHARAP HARGA MINYAK DUNIA TURUN?

Kenyataan Media

BIJAKSANAKAH KERAJAAN BN APABILA BERHARAP HARGA MINYAK DUNIA TURUN?

Oleh :
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Ahli Parlimen Kuala Nerus)

Ahad 7 Disember 2014 / 14 Safar 1436H

1. Kerajaan sebelum ini ketika memutuskan kaedah pengapungan terkawal harga minyak berdasarkan purata harga bulanan yang bersandarkan kepada harga pasaran semasa turut berkata bahawa keadaan itu mengajar rakyat supaya berdoa agar harga minyak turun. Itulah yang ditulis oleh seorang Menteri di dalam twitternya. Jelas beliau, caranya ialah dengan mengharapkan agar OPEC tidak mengurangkan pengeluaran minyak. Maka dengan itu, harga minyak akan jatuh. Jadi, kesannya ialah Kerajaan Malaysia boleh menurunkan harga RON95.

2. Saya merasakan inilah kenyataan paling tidak cerdik dikeluarkan oleh seorang Menteri. Sedarkah kita bahawa apabila harga minyak di pasaran dunia turun maka pendapatan negara daripada hasil minyak menerusi PETRONAS juga akan menurun. Inilah yang ditegaskan dan dijelaskan oleh CEO PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

3. Sepatutnya yang diajar ialah berdoa supaya harga minyak naik. Lalu Kerajaan mendapat hasil keuntungan berlipatkali ganda menerusi PETRONAS. Keuntungan itulah yang patut digunakan untuk menurunkan harga minyak bagi rakyat Malaysia menerusi pemberian subsidi. Sangat malanglah, apabila pada saat Kerajaan mendapat kemasukan hasil yang lumayan daripada hasil minyak, ia tidak digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat menikmati harga minyak yang rendah.

4. Malah, kebimbangan kepada hasil minyak yang akan habis dijadikan alasan untuk menarik subsidi minyak. Di samping alasan bahawa subsidi minyak sepatutnya digunakan secara lebih "bersasar" kononnya. Lalu sistem pengapungan harga minyak diperkenalkan. Kemudian menteri yang ‘bijaksana’ mengajar "harapnya harga minyak akan lebih murah (turun)".

5. Sedarkah Kerajaan bahawa minyak adalah nikmat hasil bumi yang diberikan oleh Allah. Nikmat hasil bumi dijanjikan oleh Allah akan terus dibuka dan dilimpahi sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertaqwa sebagaimana firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 96.

6. Kerajaan yang beriman dengan Allah sepatutnya sentiasa berdoa agar nikmat minyak dilimpahi dan ditambah oleh Allah. Yakin bahawa nikmat yang disyukuri dengan dibelanjakan secara baik pasti akan ditambah.

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan ke atas kamu nikmatKu, sebaliknya jika kamu kufur sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
(Surah Ibrahim : 7)

7. Nikmat itu perlu digunakan sebaiknya untuk pembangunan rakyat. Apabila hasil bumi itu digunakan secara boros dan membazir atau ketirisan perbelanjaan di tempat yang tidak diperlukan maka ia akan ditarik oleh Allah. Penarikan nikmat itu berlaku tidak tunggu hasil bumi berkurang atau habis. Ia boleh berlaku menerusi penurunan harga yang memberi kesan kepada nilai hasil.

8. Hari ini Kerajaan menyebarluaskan kebimbangan hasil bumi minyak berkurang. Rakyat ditakut-takutkan. Kebimbangan Kerajaan kepada hasil minyak yang akan berkurang pengeluarannya dijadikan alasan oleh Kerajaan untuk memperluaskan sistem kutipan cukai. Kerana itu GST diperkenalkan. Alasannya ialah GST adalah sistem yang akan memperluaskan cakupan kutipan cukai. Hasil cukai akan bertambah kata Kerajaan. Dijangka Kerajaan akan berjaya mengutip sebanyak 20 bilion pada tahun 2015.

9. Minyak adalah hasil yang halal dikurniakan oleh Allah. Kerana bimbang hasil halal ini berkurang satu ketika nanti maka Kerajaan terlebih dahulu mencipta satu sumber hasil yang haram iaitu kutipan cukai GST yang dikenakan berdasarkan perbelanjaan rakyat.

10. Kerajaan sepatutnya perlu mengajak rakyat bersyukur dengan nikmat minyak kerana syukur menambahkan nikmat. Bukan sebaliknya iaitu dengan menakut-nakutkan rakyat dengan kebimbangan akan jadi miskin apabila hasil minyak dari perut bumi satu ketika nanti akan berkurang dan seterusnya habis. Mari kita beringat dengan peringatan Allah

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji sedang Allah menjanjikan kepada kamu keampunan daripadaNya dan limpahan kurnia dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah : 268)

11. Inilah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan hari ini. Kerajaan menakut-nakutkan rakyat bahawa negara akan miskin apabila hasil minyak berkurang. Rentetan itu Kerajaan memperkenalkan sistem cukai yang bercanggah dengan Islam dan haram iaitu GST.

12. Hari ini Kerajaan sudah merasai akibat daripada kekufuran dengan nikmat minyak iaitu harga minyak sedang turun. Menurut anggaran hasil Kerajaan pusat untuk tahun 2015, cukai pendapatan petroleum dikira berdasarkan harga minyak mentah, iaitu AS$110 setong bagi tahun 2014 dan AS$105 segelen bagi tahun 2015. Namun, harga minyak mentah telah turun sehingga mencecah AS$60 hingga AS$75 setong pada dua minggu terakhir ini.

13. Berita Harian bertarikh 4 November 2014 melaporkan bahawa RHB Research mengunjurkan bagi setiap penurunan AS$10 (RM33.17) setong dalam purata harga minyak mentah, hasil Kerajaan akan berkurangan sebanyak RM4 bilion.
Hasil minyak Kerajaan pula dijangka terjejas oleh harga minyak global yang lemah dan boleh turun kira-kira 15 peratus atau RM8.9 bilion, dengan mengandaikan harga minyak mentah Brent rendah pada AS$85 (RM282) setong berbanding unjuran Kerajaan pada AS$100 (RM332) setong. Untuk itu, hasil minyak Kerajaan diunjur jatuh kepada kira-kira RM59.1 bilion tahun depan atau 25.1 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan, berbanding RM64.6 bilion atau 30 peratus daripada hasil Kerajaan tahun lalu.

14. Tidaklah ini satu kefakiran yang dibimbangkan! Namun kefakiran ini berlalu bukan menerusi pengurangan pengeluaran minyak Malaysia tetapi kerana kejatuhan harga minyak. Dan kejatuhan harga itulah yang didoakan oleh seorang Menteri Kerajaan dan diajar pula kepada rakyat untuk berdoa dengan doa bodoh seumpamanya.

15. Ironinya, awal Disember 2014 harga minyak mentah ialah AS$66.15 setong. Ertinya berdasarkan teori RHB Researach, Kerajaan akan kerugian hasil sebanyak 13bilion

16. Bayangkan Kerajaan mengharapkan penambahan hasil 20 Bilion bulan April 2015 daripada sumber GST yang haram. Namun, terlebih dahulu Allah menarik hampir 13 bilion hanya pada Disember 2014.

17. Sekali lagi saya menegaskan bahawa sistem percukai GST adalah haram kerana ia adalah cukai yang diambil berdasarkan perbelanjaan. Sedangkan cukai yang dibenarkan oleh Islam hendaklah diambil berasaskan pendapatan dengan pelbagai lagi syarat-syarat lain.

18. Ringkasnya, Kerajaan perlu menarik balik GST, mengembalikan subsidi minyak rakyat sebagai tambahan sistem pengapungan harga dan berdoa agar harga minyak kembali naik agar menghasilkan penambahan hasil dan keuntungan berganda kepada Kerajaan.

Sekian.

Sila lawati blog rasmi Ahli Parlimen Kuala Nerus di : www.drtakiri.blogspot.com

Thursday, 4 December 2014

Harga Apungan Petrol dan Penurunan Harga Minyak Dunia; Permulaan Krisis Ekonomi Negara?

Kenyataan Media

HARGA APUNGAN PETROL & PENURUNAN HARGA MINYAK DUNIA; PERMULAAN KRISIS EKONOMI NEGARA?

Oleh :
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Ahli Parlimen Kuala Nerus)

Khamis 4 Disember 2014 / 11 Safar 1436H

1. Berikutan pengumuman oleh YB. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek pada 21 November lalu, bermula pada 1 Disember harga bahan api ditentukan mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float system).

2. Sekiranya dikira dari sudut cara penetapan harga semata-mata, saya masih berpendirian bahawa kaedah berdasarkan managed float system ini mesti dilaksanakan bersekali dengan pemberian subsidi sebagai satu hak yang patut dinikmati oleh rakyat hasil daripada keuntungan hasil bumi minyak negara. Ini sangat penting bagi memastikan rakyat tidak terbeban menguruskan perbelanjaan seharian mereka khususnya ketika harga minyak naik.

3. Bagi bulan Disember, Menteri mengumumkan bahawa harga runcit bagi RON97 – RM2.46 seliter; RON95 – RM2.26 seliter; dan diesel – RM2.23 seliter. Penentuan harga ini dibuat setelah meneliti perkembangan semasa harga komoditi ini di pasaran antarabangsa dan kadar pertukaran mata wang.

4. Jika dikekalkan subsidi 56 sen bagi RON95 seperti sebelum ini, nescaya pengguna dapat menikmati harga yang lebih murah iaitu serendah RM1.70 seliter dengan ingatan bahawa subsidi minyak adalah hak rakyat di semua peringkat hasil daripada keuntungan jualan minyak mentah negara.

5. Harga baru yang diumumkan ini memperlihatkan RON97 dan RON95 mengalami penurunan sebanyak 9 sen dan 4 sen masing-masing kesan daripada kejatuhan harga minyak global. Sehingga semalam, harga minyak mentah dunia sudah pun berada pada paras AS$69.98 setong sedangkan ia masih berada pada paras melebihi AS$100 setong pada Jun lalu. Ini menunjukkan kejatuhan harga yang amat ketara.

6. Kejatuhan harga yang mudah disimpulkan begini, ‘kerana terlalu banyak penawaran dan terlalu sedikit permintaan’, adalah berpunca kerana pengeluaran minyak di Amerika Syarikat, Canada dan Rusia meningkat dengan skala besar berikutan pembangunan teknologi yang pesat dalam bidang ini.

7. OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) pula memutuskan dalam mesyuaratnya pada minggu lalu berkeras untuk tidak mengurangkan penghasilan minyaknya. Alasannya ialah sebagai suatu strategi untuk melawan peningkatan penghasilan minyak AS yang lebih mahal kos pemprosesannya daripada menguasai pasaran. Pada waktu yang sama ini, permintaan di Jepun dan Eropah menurun; dan kecenderungan untuk mengeluarkan kenderaan cekap tenaga oleh pengusaha industri aotomotif semakin meningkat.

8. Jutaan pengguna kenderaan di negara ini yang melibatkan penggunaan tahunan dianggarkan berjumlah 15 bilion liter sememangnya bersyukur dengan penurunan harga minyak walaupun sedikit. Namun, berdasarkan harga minyak pada ketika ini dan mengikut kaedah automatic pricing mechanism, rakyat sepatutnya boleh menikmati harga yang lebih murah bagi RON95 iaitu  RM2.02 seliter, walaupun tanpa subsidi. Apatah lagi jika dengan tambahan subsidi.

9. Di saat ramai berdoa agar harga minyak turun termasuk Menteri kerajaan mengajar rakyat berdoa sebegitu, sisi lebih kritikal untuk diberi perhatian ialah kesan kejatuhan harga minyak global ini telah mengurangkan hasil pendapatan negara kita sebagai pengeluar dan pengeksport minyak.

10. PETRONAS pada tahun lalu menyumbang sehingga RM68 bilion iaitu 30.3% kepada pendapatan negara. Namun, pada minggu lalu, PETRONAS mengumumkan hanya mampu menyumbang kepada Kerajaan sebanyak RM43 bilion atau 18.3% sahaja kepada pendapatan negara jika harga minyak mentah kekal pada paras AS$75 setong.

11. Ertinya pendapatan negara bakal menyusut 25 bilion di saat kerajaan menjangkakan akan mendapat hasil daripada GST sebanyak 20 bilion.

12. Keadaan ini dijangka lebih teruk apabila diunjurkan harga setong minyak mentah akan mencecah ke paras AS$50 sehingga ke hujung tahun ini. Sekiranya ia berlaku, pendapatan negara hasil daripada PETRONAS dijangka susut sebanyak RM39.3 bilion berbanding pada tahun 2014.

13. Dengan trend urustadbir kewangan yang lemah dan tidak cekap oleh kerajaan Barisan Nasional; termasuklah belanjawan defisit 18 tahun berturut-turut, jumlah perbelanjaan pembangunan yang tersangat kecil berbanding perbelanjaan mengurus, hutang persekutuan yang menghampiri paras siling 55% kepada KDNK dan berlakunya peningkatan inflasi serta lebih parah lagi apabila berlakunya kebocoran dan ketirisan dalam pembangunan projek-projek yang dilaksanakan seperti yang didedahkan melalui Laporan Ketua Audit Negara, sewajarnya sekali Bajet 2015 yang telah dibentangkan di parlimen tempoh hari dikaji dan dinilai semula.

14. Persoalannya, dalam keadaan sedemikian, apakah jaminan Kerajaan bahawa penjimatan yang diperoleh dengan langkah yang dinamakan secara kosmetiknya "rasionalisasi subsidi" ini dapat disalurkan kepada rakyat yang berhak dan dimanfaatkan untuk pembangunan sektor-sektor strategik bagi memulihkan pendapatan negara, dan sejauh mana pula ia berupaya untuk mengekang inflasi daripada terus meningkat?

15. Tanpa simpanan kewangan yang mampan, pengurusan sumber yang berkesan, dan pembangunan yang berinovatif, apatah lagi jika Kerajaan tidak beramanah dan khianat terhadap khazanah negara dan hasil titik peluh rakyat, tidak mustahil kita bakal menghadapi zaman krisis ekonomi yang sangat menyukarkan. Kisah Nabi Yusof a.s. harus dijadikan pengajaran dan teladan oleh kita semua, khususnya pemimpin-pemimpin negara.

Wallahua’lam.

Sila lawati blog rasmi Ahli Parlimen Kuala Nerus di : www.drtakiri.blogspot.com

Sunday, 30 November 2014

Nasihat Agama & Wasiat Iman Ahad 7 Safar 1436 H / 30 Nov 2014 Berjuang Menobatkan Pemerintahan Islam

Nasihat Agama & Wasiat Iman
Ahad 7 Safar 1436 H /  30 Nov 2014

Berjuang Menobatkan Pemerintahan Islam

1. Perjuangan Islam ialah untuk menggantikan sistem pemerintahan Jahiliyah dengan sistem pemerintahan Islam.

2. Rib'i ibnu Aamir dalam misi pembukaan kuasa dan perluasan dakwah Islam berkata di hadapan Rustom pemimpin besar Rom menegaskan 3 misi:

"Allah mengutuskan kami untuk kami keluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Tuhan Rabb Pencipta, Pemilik dan Pengurus manusia, daripada kezaliman pelbagai anutan kepercayaan kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat".

3. Keadilan akan dikecapi oleh umat manusia apabila sistem politik pentadbiran, ekonomi dan sosial Islam mendasari sesebuah pemerintahan. Sistem Islam ini pula diterajui oleh jiwa-jiwa yang mempunyai aqidah dosa dan pahala di samping mempunyai keperibadian baik dengan akhlak mulia Islam berhadapan dengan manusia.

4. Kepincangan pemerintahan, kebocoran pengurusan kewangan dan pembaziran, kronisma, nepotisma, rasuah, penguasaan ekonomi oleh segolongan elit, pengurusan ekonomi yang gagal, kerosakan alam sekitar, kepincangan akhlak, peningkatan jenayah harta dan kemanusiaan dan kerosakan pemikiran adalah simpton dan penyakit-penyakit yang bakal dibenih dan dilahirkan sama ada cepat atau lambat oleh sistem pemerintahan Jahiliyah tidak berasaskan Islam.

5. Allah berfirman

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ

Maksudnya: "Sememangnya Kami bangkitkankepada setiap ummat itu seorang Rasul (untuk menyeru) hendaklah kamu semua mengabdikan diri kepada Allah dan jauhilah Taghut. Maka ada kalangan diber hidayah oleh Allah dan ada pula yang tetap atas dirinya kesesatan".
Surah al-Nahl ayat 36

Taghut sebagaimana yang ditafsirkan oleh para Sarjana Tafsir ialah sebarang sembahan dan  orang yang diberikan ketaatan pengabdian diri kepadanya selain daripada Allah dan juga pihak yang menyeru ke arah kesesatan dan yang berlawanan dengan Islam.

6. Tugas kita ialah menyeru manusia meninggalkan Taghut yang bercanggah dengan Islam.

7. Moga kita terus istiqamah memperjuangkan sebuah pemerintahan Islam yang pasti adil dan berkebajikan untuk semua.

Nukilan al-Faqiiru ilaLlah;

Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
www.drtakiri.blogspot.com

Friday, 28 November 2014

Surat Terbuka kepada PM Isu Rampasan Tanah Banggol Donas

Surat Terbuka Kepada YAB Perdana Menteri

Isu Banggol Donas, Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus

Daripada,

Ust Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Kepada,

YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Razak

Perdana Menteri Malaysia.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Dato’ Sri,

Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato’ Sri selaku Perdana Menteri.

Untuk makluman Dato’ Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas sudah berpanjangan untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 7 tahun sejak 2008. Kampung Banggol Donas terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Negeri Terengganu.

Pengambilan tanah mereka dilakukan secara tidak berperaturan dan menzalimi hak milik rakyat dan kehormatan mereka yang ditegaskan oleh Islam melibatkan tanah.

Pihak pemerintah muslim perlu merenung kes pengambilan tanah yang pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah sebagaimana diriwayatkan dalam Musannaf Abdul Razzak daripada Sa'iid bin Musayyab.

Umar radiyallahu anhu berhasrat mengambil tanah milik bapa saudara Nabi saw iaitu Abbas bin Abdul Mutalib radiyallahu anhu untuk pembesaran Masjid Nabawi dengan memberi pilihan sama ada dibayar atas nama jual beli atau dengan dihadiahkan oleh Abbas namun Abbas radiyallahu tidak bersetuju.

Pertikaian ini dipersetujui untuk dibawa ke perbicaraan dengan Ubai bin Ka'ab radiyallahu anhu menjadi Hakim. Akhirnya keputusan dibuat dengan merujuk kepada hadis Nabi saw menceritakan kes Nabi Dawud alaihissalam yang ingin membesarkan Masjid Aqsa. Keputusannya ialah Abbas tidak boleh dikeluarkan daripada tanah miliknya melainkan dengan keredhaannya.

Setelah memenangi kes, Abbas secara sukarela mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid.

Kisah ini perlu direnung supaya kes-kes pengambilan tanah rakyat adalah sebenar-benar bertujuan pembangunan yang mendesak tanpa alternative dan menurut peraturan serta tidak menzalimi hak rakyat serta meraikan kerelaan para pemiliknya sebagaimana dibahas oleh para Fuqaha Islam.

Fakta kes kezaliman Banggol Donas adalah seperti berikut:

PROJEK PEMBINAAN JALAN SUSUR LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

1.      Kerajaan Negeri Terengganu ingin membina jalan susur Lebuhraya Pantai Timur 2 dari Gemuruh ke Kuala Terengganu dengan pembinaan jalan susur Kg Jeram ke Kg Bukit Guntong sepanjang 7.6 KM, termasuk 2 kilometer naik taraf Jalan Persekutuan FT03. Fasa 1 dari Kg.Banggol Binjai ke Jeram Tokkong sejauh 2 kilometer. Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda sejauh 3.6 kilometer. Kedua-dua fasa dihubungkan dengan sebuah jambatan Sungai Nerus sepanjang 200 meter.

2.      Kos projek sebagaimana laporan akhbar Sinar bertarikh 25hb. Jan 2010 bernilai RM226 juta. Ia bermakna 1KM bernilai RM30 juta, mungkin menjadikannya sebuah projek jalan antara yang termahal dibina di negeri Terengganu, lebih mahal dari LPT2 bagi satu kilometre.

3.      Projek ini dibina secara runding terus menggunakan DANA KHAS negeri Terengganu oleh  MZ Hakujaya Sdn Bhd.

4.      Tempoh pembinaannya selama 3 tahun bermula Jan 2010-Dis 2012.


MANGSA KEZALIMAN PROJEK

1.     Projek ini memangsakan tanah rumah penduduk di Kg Banggol Donas seramai 22 keluarga yang diambil secara paksa dan tidak berperaturan beralaskan Kanun Tanah Negara.

2.     Penduduk mempunyai geran tanah namun akhirnya dimaklumkan mereka menduduki tanah kerajaan. ‘Borang K’ dikeluarkan menyatakan tanah mereka telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar.

3.     Penduduk semenjak 2008 telah mencadangkan pembinaannya mengambil tanah sekitar yang tidak berpenghuni, namun pandangan itu diabaikan dan tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan negeri.

4.     Ada laluan alternative yang boleh dibina tanpa menyentuh kampung ini dan melenyapkan hak milik penduduknya namun pihak kerajaan negeri Terengganu seperti tidak mahu mengubahnya.


KENAPA PROJEK INI DIBANTAH?

1.      Kerajaan Mempunyai Alternatif Untuk Tidak mengambil Tanah Penduduk Banggol Donas. Motif Pengambilan Tanah dipertikai.

Pembinaan Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda melibatkan pengambilam tanah 24 buah rumah kediaman di kg. Banggol Donas boleh dielak sekiranya jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda diluruskan melalui tanah lapang milik sebuah syarikat korporat di tepi kampung. Kenapa jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda bila tiba dihadapan kg. Banggol Donas dilencong ke kiri mengakibatkan lenyapnya 22 buah rumah kediaman dan melencong pula ke kanan menuju ke kg. Jeram setelah melepasi kampung Banggol Donas. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar.


2.      Tidak Mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960 (akta 486) Penduduk dinafikan hak untuk diberitahu. Motifnya juga dipertikai.


a.      Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.


b.      Pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan di ambil oleh kerajaan. Seksyen 4(1) APT 1960 menyatakan.” ....Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta.”


Apabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4(1), ianya tidak ada ketelusan dan menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada diketahui pemilik tanah dengan niat yang tidak baik.


c.       Pembinaan jalan susur ini dimulakan sebelum tanah milik diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960. Pencerobohan ini seolah-olah direstui apabila EXCO JKR membuat lawatan tapak pembinaan pada 3hb. Ogos 2010 sebelum tanah tersebut diwartakan pada 28hb. Oktober 2010.


d.      Pejabat Tanah bertindak melanggar seksyen 16 APT 1960 “yang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu “. Pejabat tanah tidak menghantar Borang H tetapi hanya mengeluarkan notis yang tertulis SALURAN 2 meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan. Pejabat Tanah juga bertindak melanggar peraturan apabila menghantar notis (bukan borang H) kepada pemilik tanah untuk hadir mengambil cek pampasan di pejabat tanpa menyatakan nilai pampasan . Sepatutnya cek bayaran disediakan setelah pemilik tanah bersetuju dengan award dalam Borang H atau pun setelah keputusan perbicaraan mahkamah sekiranya pemilik tanah memilih untuk membantah amaun yang ditawarkan dalam Borang H.


Hal ini adalah satu pencerobohan dan pemerkosaan serta kezaliman terhadap hak pemilik membantah amaun pampasan. Juga hak pemilik tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13(ii) ....Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”.


Tindakan Penduduk


Jawatankuasa Bertindak yang dibentuk oleh penduduk kampung telah mengambil tindakan berikut:


1.      Pada 31hb. Jan. 2008; menghantar surat bantahan pertama kepada Pengarah JKR Negeri dan salinan kepada Menteri Besar Terengganu. Susulan itu suatu perjumpaan diadakan dengan Pengarah JKR pada 11hb. Feb 2008 yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika itu.



2.      Surat-surat bantahan juga telah dihantar kepada Menteri Besar, Perdana Menteri, Pihak Berkuasa Negeri, Ketua Pengarah JKR, Menteri Kerja Raya, Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan konsultan seawal tahun-tahun 2008, 2009 dan 2010. Kesemua surat tersebut tidak mendapat respons kecuali surat kepada Perdana Menteri dan surat kepada Ketua Pengarah JKR.


3.      Pada 8hb Oktober 2010; menghantar Memorandum kepada SUHAKAM. Susulan itu pada  11hb. Okt 2010 SUHAKAM menulis surat kepada kerajaan Negeri meminta supaya kerja-kerja pembinaan diberhentikan buat sementara, berunding dengan pemilik tanah berhubung dengan bantahan jajaran dan meminta Pihak Berkuasa mematuhi procedur Akta Pengambilan Tanah 1960. Namun, permintaan SUHAKAM tidak dipedulikan. Dialog dan perundingan tidak diadakan seolah-olah penduduk kampung menduduki tanah haram.


4.      Pada 11hb. Mei 2011, menghantar MEMORANDUM kepada Menteri Besar Terengganu meminta jajaran diubah. Respon beliau ialah jalan tidak boleh di ubah kerana jalan sudah buat.


5.      Pada 12hb. Jun 2011, membuat lapuran ke SPRM Kuala Terengganu. Penduduk sehingga hari ini masih menunggu hasil daripada lapuran salah guna kuasa dan tidak mematuhi procedure dalam pelaksanaan projek.


Cadangan Penyelesaian oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung

1. Jajaran di kawasan penempatan di kampung Banggol Donas dikaji semula, diubah dan “re- align”untuk menyelamatkan kawasan penempatan Melayu.

2. Memberhentikan kerja-kerja pembinaan dalam kawasan penempatan sehinggalah kajian semula jajaran selesai.

3. Pihak Berkuasa Negeri mengadakan dialog terbuka dengan penduduk kampung Banggol Donas.

4. Pelaksanaan projek ini hendaklah mematuhi kesemua Procedure Akta Pangambilan Tanah 1960 untuk melindungi kepentingan pemilik tanah berdasarkan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.



Saya mengharapkan isu ini diambil perhatian besar dan segera oleh YAB Dato Sri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.



Yang menjalankan tugas,

Ust Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Jumaat, 5 safar 1436 H / 28 Nov 2014

Wednesday, 19 November 2014

Ayah Moyang Saya Che Long bin Yusof Tokoh Ukir Melayu

Ukiran melayu traditional adalah antara warisan keluarga saya di Besut yang bermula dengan ayah kepada moyang saya bernama Che Long bin Yusof. Ilmunya diwarisi oleh anak beliau Che Wan Che Namat iaitu moyang saya yang mahir membuat ukiran khususnya pwrahu kolek. Antara anak-anak Che Long atau adik beradik moyang saya yang masih meneruskan tradisi warisan ini ialah Che Latif bin Che Long berpengkalan di Pasir Tumbuh, Che Abdul Rahman bin Che Long di Besut, Che Nor bin Che Long yang menjadi pengukir diraja di istana Sultan Brunei dan Che Lah di Besut yang mahir membuat senjata keris dan golok. Antara cucu Che Long menerusi moyang saya Che Wan yang mewarisi kerja ini ialah Jusoh bin Awang

Friday, 14 November 2014

Antara INTIPATI UCAPAN PERBAHASAN Rang Undang-undang Perbekalan 2015 (siri 1) YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Antara INTIPATI UCAPAN PERBAHASAN
Rang Undang-undang Perbekalan 2015 (siri 1)
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

BAJET 2015
Prestasi Ekonomi Negara

1. Rang Undang-undang Perbekalan yang dipanggil ‘BAJET’ adalah instrumen penting Kerajaan dalam memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi sesebuah tahun mendatang.

2. Pendapataan Kerajaan yang diperoleh melalui hasil cukai, bukan cukai dan pinjaman; dan perbelanjaan untuk pengurusan, pembangunan dan pembayaran hutang; mestilah ke arah mencapai objektif utama dasar ekonomi iaitu untuk memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment).

3. Sepintas lalu, Bajet 2015 memperuntukkan sehingga 82% (RM223 bilion) untuk tujuan mengurus dan hanya berbaki 18% (RM49 bilion) untuk tujuan pembangunan. Pendapatan yang akan dipungut berjumlah RM235 bilion pula adalah sebahagian besarnya bersumberkan daripada hasil cukai iaitu sebanyak 78% (RM183 bilion) dan hanya 22% (RM52 bilion) dijangka diperoleh daripada hasil bukan cukai.

4. Bagi tahun 2014, hutang Kerajaan dicatatkan pada kadar RM569 bilion iaitu 53% kepada KDNK, menjadikannya menghampiri had siling 55% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Jika dicampur dengan jumlah tanggungan liabiliti luar jangka (contingent liability), angka hutang ini sebenarnya adalah jauh lebih besar.

5. Bagi tahun 2015 pula, inflasi diunjurkan pada kadar 4.0% hingga 5.0% berbanding hanya 3.0% hingga 4.0% pada tahun 2014. Fenomena kenaikan harga ini adalah jelas kesan daripada langkah rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST oleh Kerajaan.

6. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Kerajaan mengumumkan pelbagai imbuhan dalam bentuk pemberian tunai kepada rakyat kebanyakan termasuk pemberian BR1M, boucer buku dan pengurangan kadar cukai pendapatan kononnya sebagai “membalas jasa” rakyat di atas kesanggupan turut serta menanggung beban kewangan Kerajaan. Hakikatnya, dengan pemberian seumpama itu, secara senyap rakyat dipaksa diam daripada mengeluh dengan rasa terbeban akibat menanggung peningkatan kos sara hidup.

GOOD GOVERNANCE
Model Baldatun Tayyibah wa Robbun Ghafur

7. Allah menggambarkan kemakmuran sebuah negeri yang bernama Saba’ dengan terminologi Baldatun Tayyibah. Negeri ini pernah mencapai kemakmurannya ketika penduduknya beriman kepada Allah, tetapi musnah binasa justeru berpaling daripada perintahNya. Menggambarkan hal itu, Allah s.w.t. berfirman :

Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu; dua kumpulan kebua (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) : “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) tuhan yang maha pengampun!.”

( Sura Saba’ : 15 )

8. Kalimah ‘Baldatun Tayyibah’ ini dapatlah kita ertikan sebagai sebuah negeri yang berasaskan kepada good governance yang melahirkan civil society dalam istilah politik moden berdasarkan ciri-ciri yang digariskan oleh at-Tabari ketika mentafsirkan ayat ini; negara yang mendapat keampunan Allah justeru rakyatnya yang diberikan kemakmuran lantaran ketaatan mereka kepada perintah Allah dan pencegahan diri mereka daripada maksiat.

9. Sesebuah kerajaan tidak akan mencapai piawai “pemerintah yang baik” (good governance) jika amalan baik dalam pemerintahan (al-ma’ruf) dan penolakan terhadap amalan buruk (al-munkar) tidak menjadi polisi utamanya. Antara amalan baik dalam pemerintahan termasuklah keadilan, ketelusan, kejujuran dan kebertanggungjawaban. Manakala amalan buruk yang patut ditolak justeru ia adalah munkar termasuklah kezaliman, kedustaan, ketirisan, dan kekhianatan. Penyalahgunaan kuasa dan rasuah adalah termasuk dalam kezaliman dan kekhianatan.

10. Dalam hal ini, United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) menggariskan 8 elemen good governance iaitu;

Good governance has 8 major characteristics. It is participatory, consensus oriented, accountable, transparent, responsive, effective and efficient, equitable and inclusive and follows the rule of law. It assures that coruption is minimized, the view of minorities are taken into account and that the voices of the most vulnerable in society are heard in decision-making. It is also responsive to the present and future needs of society.

TERJEMAHAN :
Urus tadbir yang baik itu mempunyai 8 ciri-ciri utama. Ia merupakan penyertaan, konsensus berorientasi, kebertanggungjawaban, telus, responsif, berkesan dan cekap, adil dan inklusif, dan mengikut peraturan undang-undang. Ia menjamin bahawa rasuah diminimumkan, pandangan golongan minoriti diambil kira dan suara terbanyak dalam masyarakat didengar dalam membuat keputusan. Ia juga responsif kepeda keperluan semasa dan masa hadapan masyarakat.

11. Jika kesemua elemen ini disatukan dengan pancaran wahyu Ilahi dan sunnah Nabawi, sudah tentu negara maju berpijak pada baldatun tayyibah wa rabbun ghafur akan terjelma dan kemakmurannya akan lebih terasa. Malangnya, kita langsung tidak punya apa-apa. Baldatun Tayyibah tidak, malah wa rabbun ghafur jauh sekali. Dengan pola rasuah yang memalukan, kezaliman yang tersohor, penindasan hak asasi yang tidak selesai, kebebasan suara yang tersekat, kedaulatan undang-undang yang menindas, sentimen politik kepuakan yang ekstrim, akhlak buruk yang membarah dan banyak lagi wajah hodoh yang tidak tergambarkan.

12. Maka tidak peliklah, bajet dengan peruntukan bernilai berapa bilion ringgit sekalipun dan dengan unjuran ekonomi yang lebih cerah, masih perlu kepada rangsangan dan dana tambahan. Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada setiap suku tahun memaparkan secara jelas dan konkrit bahawa ketirisan dan pembaziran berlaku melibatkan jumlah yang sangat besar. Hal ini sungguh mendukacitakan kita semua.

INFLASI
Cegah Sebelum Parah

13. Sebagaimana semua maklum bahawa inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga barangan dan perkhidmatan dan ia diukur sebagai peratusan tahunan. Mudahnya, sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang kita miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi suatu barangan dan perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli kita.

14. Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada kadar yang telah ditetapkan.

15. Indeks Harga Penggunan (IHP) yang digunakan untuk menentukan kadar inflasi, mengukur harga purata lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa.

16. Dengan kaedah pengiraan sebegini, oleh sebab itulah kadar inflasi yang ditetapkan atau diunjurkan oleh Kerajaan kelihatan “cantik” sedangkan rakyat jelata keperitan dengan peningkatan harga yang melampau. Harga purata barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh para pengguna ini perlu disemak kerana penentuan barangan dan perkhidmatan tersebut sebahagiannya adalah tidak digunapakai oleh kebanyakan rakyat.

17. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan kualiti hidup mereka. Seperti terpaksa kerja lebih masa dan membuat kerja sampingan. Tekanan memenuhi keperluan hidup ini pula mendedahkan rakyat kepada masalah sosial seperti rasuah, penyelewangan, penipuan dan pengabaian tangungjawab.

18. Bagi individu pula, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar ini akan berlaku dengan ketara khususnya kepada pekerja-pekerja yang berpendapatan tetap.

19. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi.

20. Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industriindustri berkenaan.

21. Bagi membendung inflasi ini daripada berkembang, Kerajaan perlu serius menangani monopoli dengan mewujudkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.

22. Seterusnya, Kerajaan juga perlu memfokuskan untuk memperbalki sistem pengangkutan awam dengan rancangan gabungan sistem pengangkutan yang teratur dan diurustadbir oleh Kerajaan sendiri seperti di kebanyakan negara Eropah.

23. Mengenai makanan pula, Kerajaan perlu menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran. Kapasiti pengeluaran makanan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

24. Secara kesimpulannya, aktiviti ekonomi yang mampu mewujudkan keseimbangan dalam sistem sosioekonomi akan menghindarkan inflasi berlaku dalam negara. Islam mengajar masyarakatnya tidak semata-mata melayani kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas, namun mengseimbangkan kehendak material dan spritiual manusia secara adil dengan menunaikan kewajiban yang ditetapkan oleh syariat seperti berzakat dengan kadar yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.. dan bersedekah. Ia akan meningkatkan ekonomi ummah itu sendiri. Sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi, masyarakat Islam tetap diwajibkan berzakat dengan tidak dikurangi sedikitpun kadarnya. Sedekah pula akan mengimbangi keperluan rakyat miskin. Ini akan dapat mengukuhkan kembali kedudukan ekonomi negara.


Perkukuhkan Institusi Kekeluargaan Bagi Menangani Tahap Psikiatri dan Kesihatan Mental Membimbangkan

Perkukuhkan Institusi Kekeluargaan Bagi Menangani Tahap Psikiatri dan Kesihatan Mental Membimbangkan

1.Dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, ada dinyatakan dalam Prestasi Aktiviti bahawa bilangan pesakit luar (baru) pada 2013 ialah 35,939 dan secara anggarannya meningkat kepada 38,000 pada 2014 dan 40,000 pada 2015.

2.Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011 pula, dinyatakan kira-kira 20% kanak-kanak di Malaysia dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental. Jumlah tersebut bersamaan dengan seorang dalam setiap lima orang kanak-kanak di Malaysia mengalami penyakit mental seperti kemurungan, ketagihan internet, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, autisme dan lain-lain.

3.Menurut kajian oleh pensyarah Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, pelbagai faktor dikesan yang menyebabkan berlakunya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakannya bermula dari rumah kerana sifat ibu bapa.

4.Keadaan ini adalah berpunca daripada hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang semakin berkurangan kerana terlalu sibuk dan menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada pembantu rumah dan penjaga. Ini merupakan antara penyumbang besar kepada masalah kesihatan mental kanak-kanak.

5.Sepatutnya, kanak-kanak di peringkat awal usia perlu menerima layanan emosi dan fizikal yang mencukupi dan sepatutnya, supaya dapat membentuk keyakinan diri.
Seorang Arab Badawi bernama Aqra' bin Haabis pernah melahirkan keheranannya apabila melihat Nabi saw mengucup cucunya bernama Hasan. Beliau menyatakan; saya mempunyai 10 orang anak. Tak ada seorang pun saya kucup. Baginda saw lantas memberi ingatan:

من لا يَرحم، لا يُرحم

Maksudnya: "sesiapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihani" (Hadis Bukhari dan Muslim

Kucupan adalah satu contoh layanan emosi kasih sayang kepada anak-anak yang boleh menangani masalah mental mereka.

6. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran keibubapaan mengikut tahap umur anak. Bermanja adalah pendidikan pada usia bawah 7 tahun. Memberi adab dan hukuman pengajaran adalah sebahagian pendidikan pada usia bawah 14 tahun. Pada zaman sekarang, ibu bapa juga perlu menjadi rakan baik anak-anak agar apa saja masalah atau tekanan dapat disalurkan dengan sebaik-baiknya khususnya pada usia 14 hingga 21 tahun

Sarjana Islam silam menegaskan konsep pendidikan "bermanjalah dengan mereka pada usia 7 tahun pertama, berilah adab dan hukuman pengajaran pada usia 7 tahun kedua dan bersahabatlah dengan mereka pada usia 7 tahun ketiga.

6.Suatu hal lagi yang tidak dapat dinafikan ialah sifat ibu bapa zaman sekarang yang suka mengambil jalan mudah untuk menguruskan emosi anak-anak dengan memberikan gajet elektronik seperti ‘tab’ bagi menenangkan mereka juga dikaji sebagai antara punca gangguan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak. Maka pendekatan itu perlu dikaji segera.

7. Saya menyarankan institusi keluarga berkualiti sebagai satu penyelesaian jangka masa panjang untuk masalah kesihatan mental ini. Ia perlu menjadi sebahagian agenda utama kerajaan untuk 2015.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 8 pm; 12 November 2014 / 19 Muharram 1436 H

Hiwar Siyasi di Pasir Gudang

Alhamdulillah Program Hiwar Siyasi anjuran Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat berjaya mencapai sasaran

Sunday, 9 November 2014

Penghakiman Mahkamah Rayuan Memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 Tidak Berperlembagaan Satu Cabaran Terhadap Kedaulatan Perundangan Islam

Kenyataan Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Penghakiman Mahkamah Rayuan  Memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992  Tidak Berperlembagaan Satu Cabaran Terhadap Kedaulatan Perundangan Islam

1.  Keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan pada 7 November 2014 menjadi satu cabaran terhadap kedudukan undang-undang Islam di negara ini.

2. Ia rentetan kes 3 tiga lelaki Islam dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam lalu membawanya ke Mahkamah Sivil bagi memohon perisytiharan bahawa seksyen tersebut tidak berperlembagaan.

3. Seksyen 66 tersebut adalah seperti berikut:
“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

4. Penghakiman ini menimbulkan persoalan sejauh mana kedudukan Islam di dalam negara ini terpelihara dan berdaulat sedangkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menegaskan Islam sebagai agama Persekutuan.

5. Peruntukan Islam agama Persekutuan tersebut tidak harus ditafsir menurut kacamata penjajah yang mentafsirkan Islam hanya sebagai amalan upacara keagamaan semata-mata tetapi mesti ditafsirkan sebagai Islam sebagai cara hidup dengan segala perundangannya adalah rujukan tertinggi negara ini dan mana-mana undang-undang yang berlawanan adalah terbatal.

6. Juga menimbulkan persoalan keabsahan dan kedaulatan undang-undang Syariah yang digubal di peringkat negeri dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

7. Keputusan Mahkamah Rayuan ini juga dilihat tidak selaras dengan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ia telah diperhalusi oleh Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Mohammed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah binti Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793.

8. Implikasi besar hasil keputusan itu ialah
a. Ia menjadi kes rujukan di Mahkamah pada masa depan yang menggugat keabsahan undang-undang Syariah.

b. Membuka ruang untuk lebih banyak pihak tampil mempertikaikan keabsahan undang-undang Syariah yang digubal di peringkat negeri.

c. Membuka ruang untuk golongan yang melakukan amalan bercanggah dengan Islam berpesta kerana merasakan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

9. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menuntut Kerajaan Negeri Sembilan secara khusus menerusi Exco Agama dan Majlis Agama Islam Negeri mengambil proses perundangan yang wajar bersifat segera bagi menangani isu ini.

10. DUPP juga menuntut tindakan segera menurut lunas perundangan oleh pihak berwajib yang lain bagi menangani isu ini dengan penuh keprihatinan bermula dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAKIM serta Exco-exco Agama Negeri dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri selaku penasihat dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja.

11. Para pengamal undang-undang beragama Islam juga perlu segera bangkit memanfaatkan kemampuan ilmu dan kemahiran guaman mereka di bidang ini bagi membantu pihak berwajib memastikan kedaulatan undang-undang Islam di negara ini terpelihara. Ia merupakan satu jihad semasa pada hari ini.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Ahad 16 Muharram 1436 H / 9hb Nov 2014

SISTER IN ISLAM DALAM MUKTAMAR PAS

"SISTERS IN ISLAM" DAN "ISLAM LIBERAL" DI DALAM MUKTAMAR PAS

�� Berdasarkan kepada rekod parti, istilah-istilah “Sisters In Islam” dan “Islam Liberal” pernah muncul sebagai bahan perbincangan di dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS pada tahun-tahun 2005, 2006, 2007 dan 2009.

1. ⛔️ Kali pertama istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 di Dewan Besar Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 3, 4 dan 5 Jun 2005.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

✅ Menyedari bahawa Islam Hadhari yang dikemukakan oleh UMNO adalah satu bentuk agama baru yang mementingkan pembangunan keduniaan semata-mata dan menolak kesyumulan Islam;
Menyedari wujudnya anasir-anasir baru kesan daripada Islam Hadhari seperti pemikiran Islam liberal, penolakan terhadap sistem akhlak Islam, kemunculan gerakan-gerakan anti-Islam seperti Sisters In Islam, Inter-Faith Commission (IFC) dan anti-hadith;

Menyedari tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan NGO yang mencadangkan supaya ditubuhkan IFC yang bertujuan mengubah beberapa perkara yang terkandung dalam syariat Islam;

Menyedari berlakunya campur-tangan oleh pemimpin BN terhadap penguatkuasaan agama sehingga menyebabkan beberapa serbuan oleh Jabatan Agama Islam mendapat reaksi negatif daripada media dan rakyat;
Menyedari bahawa gerakan anti-Islam ini mendapat sokongan daripada keluarga terdekat Perdana Menteri, termasuk penglibatan beberapa orang Menteri UMNO dalam kumpulan 50 NGO dan 236 individu yang menolak penguatkuasaan undang-undang akhlak (moral policing) bagi menangani gejala sosial; dan
Menyedari bahawa umat Islam sedang menghadapi krisis makanan halal ekoran pelbagai pendedahan tentang penyalahgunaan logo halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Maka Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 pada 3, 4 dan 5 Jun 2005 bersamaan 25, 26 dan 27 Rabi’ul Akhir 1426 di Dewan Besar Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, mengambil ketetapan:

Mendesak para Mufti dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri mengeluarkan garis panduan dan mengadakan muzakarah dengan pihak-pihak yang menimbulkan perkara-perkara (yang) bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam;
Mendesak Kerajaan BN supaya meningkatkan keupayaan penguatkuasaan agama (moral policing) bagi menangani masalah gejala sosial dan juga makanan halal;

Mendesak Kerajaan BN supaya menolak, bukannya menangguhkan, cadangan penubuhan IFC;

Mendesak Majlis Syura Ulama' PAS supaya lebih aktif menangani isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam, terutama dari aspek mengeluarkan pendirian-pendirian tentang isu-isu berkaitan untuk menjadi panduan ahli-ahli PAS dan umat Islam keseluruhannya;

Mendesak PAS Pusat supaya mengeluarkan satu dokumen rasmi untuk menolak Islam Hadhari sekaligus menggariskan prinsip-prinsip sebenar Hadharah Islamiyyah; dan
Mendesak PAS Pusat supaya menggalakkan ahli-ahli terlibat dalam kegiatan ekonomi, terutama untuk mengeluarkan produk halal bagi mengatasi krisis makanan halal sekarang ini.

2. ⛔️ Kali kedua istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-52 di Kompleks PAS Kedah, KM 13 Jalan Alor Star – Sungai Petani, Simpang Empat, Alor Star, Kedah, pada 7, 8 dan 9 Jun 2006.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

✅ Menyedari bahawa gejala murtad yang sedang menyerang umat Islam di negara ini;
Menyedari bahawa kumpulan Inter-Faith Commission (IFC) dan Kumpulan Artikel 11 sedang mengadakan kempen besar-besaran untuk mencabar bidang kuasa mahkamah syariah dan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini;

Menyedari peri bahayanya kumpulan Islam Liberal, kumpulan anti-hadith dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang sedang mengembangkan pengaruh mereka di kalangan umat Islam di negara ini;

Menyesali tindakan beberapa Menteri Kabinet, Anggota Parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang dan menghina mahkamah syariah dan sistem perundangan Islam;
Menyesali kebiadaban Menteri-Menteri Kabinet bukan Islam yang mempertikai hal-ehwal umat Islam, moral dan sosial awam;

Menyedari bahawa penularan gejala sosial dan kebejatan akhlak di kalangan remaja semakin membimbangkan;
Mengimani bahawa Islam menjamin keadilan dan kesejahteraan dalam segenap urusan kehidupan dan hak manusia;

Meyakini dasar perjuangan parti sebagai panduan dalam berpolitik dan bernegara; dan
Menginsafi PAS adalah benteng umat Islam bagi mempertahan aqidah dan kedaulatan agama Islam di negara ini;

Maka, Muktamar Tahunan PAS yang bersidang di Dewan Dato’ Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah, KM 13 Jalan Alor Star – Sungai Petani, 06650 Simpang Empat, Alor Star, Kedah Darul Aman, pada 10, 11 dan 12 Jamadil Awal 1427 bersamaan 7, 8 dan 9 Jun 2006 bersetuju dengan sebulat suara menerima usul dari Dewan Ulama’ PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan mengambil ketetapan untuk:

Mendesak PAS untuk memimpin gerakan Islam yang utama dalam mempertahan Islam;
Meminta pemimpin-pemimpin NGO, parti-parti politik dan masyarakat Malaysia agar memahami dan menghormati kebebasan beragama dan menghayati prinsip sebenar Artikel 11 Perlembagaan Malaysia;
Menyarankan PAS supaya mengarusperdanakan gerakan dakwah dan memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat, terutamanya bukan Islam, terhadap Islam;
Mencadangkan PAS Pusat agar mengadakan pertemuan dengan Mufti-Mufti dan Majlis Raja-Raja agar mengambil tindakan terhadap mana-mana usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mencabar kedaulatan Islam dan mahkamah syariah di Malaysia;

Mendesak PAS Pusat menzahir dan mempertegaskan prinsip parti kepada lawan ataupun kawan serta memastikan setiap prinsip Islam tidak dikompromikan, apatah lagi dikorbankan, dalam sebarang pakatan politik; dan
Mendesak agar pihak berkuasa Islam di Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan mewujudkan kumpulan sukarelawan bagi membantu usaha dakwah, tarbiyyah dan penguatkuasaan bagi membendung penularan gejala sosial.

3. ⛔️ Kali ketiga istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 1, 2 dan 3 Jun 2007.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

✅ Menyedari betapa umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai kegawatan yang sangat mendesak;
Menyedari bahawa isu-isu murtad yang snagat membimbangkan boleh mencetus suasana tidak aman dalam negara, hubungan antara kaum, krisis perpaduan yang dapat dilihat dari peristiwa seperti munculnya Kumpulan Artikel 11, Kumpulan IFC, desakan Kumpulan Sisters In Islam, pelbagai demonstrasi dan bantahan yang melibatkan isu murtad dan tuntutan bertindih ke atas jenazah orang Islam;

Menyedari bahawa krisis moral di kalangan muda mudi remaja dan dewasa, berlakunya rompak, ragut, samun, pembunuhan, pergaduhan sehingga di sekolah-sekolah menengah berasrama penuh dan lain-lain;

Maka Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 yang bersidang di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 1, 2 dan 3 Jun 2007 bersamaan 15, 16 dan 17 Jamadil Awal 1428 mengambil ketetapan:

Mendesak Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan syariat Islam yang menyeluruh demi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara.

4. ⛔️ Kali keempat istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, pada 5, 6 dan 7 Jun 2009.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

✅ Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, pada 5, 6 dan 7 Jun 2009 bersetuju mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sisters In Islam yang membawa aliran Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Rujukan ; Fb Dr Kamarul Yusuf