PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Thursday, 19 June 2014

Piala Dunia 2014; Saya berminat?

Saya bukanlah peminat yang suka menonton perlawanan bola sepak walaupun tidak menolak untuk bermain ala-ala kampung semasa remaja dahulu atau ketika belajar di Jordan atau futsal jika ada kesempatan. Saya tak pernah mengambil tahu sangat piala apa, siapa yang bermain, negeri mana lawan negeri mana untuk akhir dan siapa menang walaupun suka juga mendengar kawan-kawan bersembang tentangnya. Tetapi ketika Piala Dunia 2010 saya berkesempatan menyaksikan beberapa perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir melibatkan Sepanyol dan Belanda. Corak permainan Belanda ketika itu meletakkan harapan untuk Belanda menjadi juara tetapi nasib lebih menyebelahi Sepanyol.

Piala Dunia 2014 sudah bermula. Saya membaca berita Belanda membelasah Sepanyol 5-1 mengingatkan saya senario 4 tahun lalu. Apabila seorang wartawan berita nasional menghantar sms meminta saya memberi komen pasukan kesukaan dan kenapa, saya hanya menjawab ringkas; tak ada pasukan istimewa cuma saya suka menyaksikan aksi Belanda bertemu dengan Sepanyol 4 tahun lalu dan teruja mendengar kekalahan Sepanyol di tangan Belanda pada pembukaan piala dunia 2014.

Saya sendiri pun tidak berkesempatan dan tidak berusaha untuk menyaksikan perlawanan sebagaimana dijadualkan. Namun saya berkesempatan menonton Jerman membelasah Portugal 4-0 selasa lalu 17.6.2014. Saya suka melihat permainan berpasukan Jerman yang menjadi sebab kemenangan berbanding Portugal yang menjual nama Ronaldo tetapi banyak menggelecek bola bersendirian. Pengajarannya; kerja mesti dibuat secara berjamaah dan berpasukan. Kehebatan seorang individu yang bergerak sendiri tanpa berpasukan tidak menjamin kemenangan!

Malam tadi saya selesai berceramah bersama Dato Mohd Amar di Kota Bharu. Keluar dari Parlimen jam 7.40 mlm selepas sedikit perbahasan di peringkat jawatankuasa pindaan Rang Undang-undang Pengubahan Wang Haram. Ketika Menteri nak menggulong perbahasan saya keluar untuk berkejar flight firefly jam 8.35 mlm.

Apabila pulang ke hotel jam 12.30 tgh malam perlawanan antara Australia dan Belanda sedang berlangsung. Oleh kerana bersendirian saya mengambil masa melayan sekejap perlawanan dan membuat sedikit ulasan di status fb. Sambil itu saya menulis dan  mengemaskini draf kenyataan media isu nelayan tempatan yang terancam oleh nelayan vietnam. Kenyataan itu akan disiarkan awal pagi ini sebelum demo aman nelayan di Parlimen jam 9 pagi yang disusun oleh nelayan Pantai Timur dengan bantuan saya dan Dato Raja Bahrin. Sambil menulis sambil mata menoleh kepada perlawanan.

Sedikit rasa teruja kerana mengingatkan kekalahan Belanda 4 tahun lalu dan kemenangannya berhadapan dengan Sepanyol. Dan ternyata Australia kalah 2-3 di tangan Belanda walaupun permainan pada penglihatan sepintas lalu saya agak seimbang.

Saya melayari internet melihat keputusan Piala Dunia kumpulan B. Saya cuba membuat rumusan untuk kali pertama tentang bola yang kurang diminati sebelum ini. Rumusannya:
1. Australia sudah kalah 2 permainan. Kalah dengan Chile 3-1 dan dengan Belanda 3-2.
2. Belanda sudah menang 2 perlawanan. 5-1 menentang Sepanyol dan 3-2 menentang Australia malam ni.
3. Sekarang perlawanan Chile dan Sepanyol sedang berlangsung dalam keadaan Sepanyol lebih terdesak untuk menang. Namun keputusan terkini sekarang Chile mendahului 2-0.
Entah apa keputusannya nanti.

24 Jun Sepanyol bakal bertemu Australia dan Belanda bertemu Chile.

Kenyataan media isu nelayan saya dah siap. Coretan ini rasanya setakat ini dulu.

Saya nak beradu sekejap sebelum bangkit semula jam 5.15 nanti insyallah. Jam 7.10 pagi flight firefly ke KL untuk terus ke Parlimen menyambung Sidang Dewan Rakyat.

Wassalam.
4.28 pagi

No comments:

Post a Comment