Peringatan Diri
*Tanggungjawab Si Kaya Bersyukur Terhadap Harta*
Tanggungjawab mereka yang diberikan kelapangan rezki oleh Allah sama ada menerusi gaji atau perniagaan ialah menyalurkan sebahagiannya kepada golongan miskin atas nama zakat dan sedekah. Golongan miskin ada di mana-mana di persekitaran si kaya.
Allah tidak menghalang si kaya menikmati keselesaan hidup sama ada berupa kediaman atau kenderaan yang selesa hasil nikmat rezki yang diberikan oleh-Nya tatkala *Si KAYA YANG BERSYUKUR ( الغني الشاكر )* menunaikan tanggungjawab terhadap si miskin pada hartanya.
Allah menceritakan sifat golongan bertaqwa
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ [الذريات:19].
"Dan pada harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan yang papa"
Hendaklah setiap orang bermuhasabah diri sendiri: *berapa ringgit yang diperuntukkan secara bulanan daripada gaji dan pendapatan untuk golongan miskin?*
Dr Khairuddin at-Takiri
http://www.facebook.com/drtakiri/
No comments:
Post a Comment