PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Saturday, 6 September 2014

Parti politik baru serpihan PAS menunggu waktu untuk dilancarkan. Raja Petra Kamarudin

http://www.malaysia-today.net/pas-breakaway-party-about-to-be-launched/

Parti politik baru serpihan PAS menunggu waktu untuk dilancarkan.
Raja Petra Kamarudin

Apa yang selama ini dijangkakan berlaku, kini telah benar-benar berlaku. Kumpulan ulama' di dalam PAS dan kumpulan yang dikenali dengan nama "Erdogan" aka "Liberal" aka "Anwarinas" selama ini memang sedang retak menunggu belah dan tandanya dapat dilihat semenjak beberapa muktamar yang lepas lagi. Maka tidak menghairankan perkahwinan yang tidak bahagia ini akhirnya mengalami perceraian juga.

Masalahnya PAS berpecah di antara kelompok penyokong Anwar dan anti Anwar. Inilah yang berlaku kepada UMNO pada tahun 1997-1998. Kumpulan pro Anwar bertembung dengan kumpulan pro Mahathir yang akhirnya mendorong kepada penubuhan PKR (yang dahulunya dikenali sebagai PKN) dan Barisan Alternatif (alternatif kepada Barisan Nasional).

Pada tahun 1997-1998, Anwar adalah penyebab kepada masalah di dalam UMNO. Pada hari ini, Anwar juga menjadi penyebab kepada masalah di dalam PAS. Dan kita bakal menyaksikan apa yang pernah berlaku kepada UMNO pada tahun 1997-1998, akan berlaku lagi sekali tapi kali ini terhadap PAS.

Akan berlaku penghijrahan besar-besaran dari kelompok Erdogan aka Liberal aka Anwarinas di dalam PAS untuk membentuk PASMA atau apa yang boleh kita panggil sebagai PAS Baru. Kumpulan ini telah pun memulakan mesyuarat dan akan mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk merekrut penyokong.

Ini bukanlah sesuatu yang asing untuk PAS sebenarnya. PAS itu sendiri adalah serpihan dari UMNO apabila kumpulan ulama' meninggalkan UMNO untuk menubuhkan sebuah parti Islam, 5 tahun sesudah UMNO ditubuhkan. Kemudiannya satu kumpulan liberal yang tidak berpuas hati diketuai oleh Muhammad Nasir bertindak meninggalkan parti untuk menubuhkan Berjasa pada tahun 1977. Pada tahun 1983, satu lagi kumpulan liberal yang dipimpin oleh Asri Muda meninggalkan PAS untuk mewujudkan HAMIM.

Jadi boleh kita saksikan apabila PAS menjadikan terlalu Islamik, kumpulan liberal akan meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baru. Mula-mulanya Berjasa, kemudiannya HAMIM dan kini PASMA pula. Ramai dari kita yang tidak pernah mendengar mengenai parti serpihan PAS (yang ditubuhkan pada tahun 1977) atau HAMIM, satu lagi parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1983. Besar kemungkinannya juga, ramai rakyat Malaysia pada tahun 2050 nanti yang tidak pernah mendengar mengenai PASMA, satu lagi kumpulan serpihan PAS yang baru ditubuhkan pada 3 minggu yang lepas.

Buat masa ini, PASMA didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan, sama seperti seperti ADIL pada tahun 1999. Tetapi dalam hanya beberapa bulan NGO ADIL telah menjadi Parti Keadilan Nasional, sebuah parti politik. PASMA dilihatkan mengambil laluan yang sama.

Maka apakah sumbangan terbesar Anwar Ibrahim? Bagaimanakah Anwar Ibrahim akan dikenang? Dia akan dikenang sebagai manusia yang memecah-belah dan melemahkan UMNO selaku parti Melayu terbesar dan terkuat. Dan kemudiannya memecah dan melemahkan PAS selaku parti Islam yang terbesar dan terkuat.

Dan dengan itu PKR akan muncul sebagai parti berbilang kaum yang terbesar dan terkuat di mana faktor kaum, agama dan feudalisme (Race, Religion, Royalty - 3R) tidak lagi menjadi sebahagian dari budaya politik Malaysia.

Saya kira kita patut gembira dengan fajar baru politik Malaysia ini di mana Melayu, Cina, India, 'lain-lain', Muslim, Kristian, Hindu, Buddha, dan akan digantikan dengan ciri Malaysiana sepenuhnya di mana identiti kaum dan mereka yang percayakan tuhan tidak lagi wujud dan kitab-kitab suci dianggap sebagai kerja fiksyen semata-mata.

Saya kira di dalam kita mengejar kemajuan dan kemodenan, kita perlu membebasjan diri dari rantaian kaum, agama dan feudal dan untuk itu berlaku, politik berdasarkan kaum, agama dan feudal mestilah ditamatkan. Maka parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, PAS etc. mesti dihapuskan dan digantikan dengan parti politik yang bukan berdasarkan kaum dan agama.
*translation*

No comments:

Post a Comment