PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Sunday, 27 July 2014

DARI BEHRANG MOVE KE KAJANG MOVE - Dr Zuhdi Marzuki

DARI BEHRANG MOVE KE KAJANG MOVE

Tindakan DSAI mengaturkan kerusi dan menurun-naikkan MB bukan satu perkara baru. Beliau pernah melakukan di Perak pada tahun 2009 dahulu, tetapi tersilap langkah sehingga menyebab negeri Perak dirampas oleh Barisan Nasional (BN) melalui tindakan pantas Dato Seri Najib Tun Razak.

Ketika berlakunya tindakan keluar parti oleh Jamaludin Radzi dan Osman Jailu, DSAI sebenarnya sedang merancang untuk melakukan rombakan dalam Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Dato Seri Nizar dari PAS. Pada ketika yang sama DSAI telah berjaya memujuk Dato Nasruddin dari Bota menyertai PKR.

DSAI cuba untuk mengangkat dua orang lagi tokoh berkaliber PKR menyertai Kerajaan Negeri Perak, malah mungkin untuk mengambil alih jawatan MB daripada PAS. Ketika dua orang ADUN PKR dari Behrang dan Cangkat Jering menghadapi masalah tuduhan rasuah, DSAI dengan pantas menggunakan peluang itu.

DSAI telah memanggil Jamaludin Radzi dan Osman Jailu di kediamannya dan memaksa mereka meletakkan jawatan. Alasan yang digunakan oleh DSAI ialah mereka terbabit rasuah. Kedua-dua mereka menafikan mereka terlibat, sebaliknya mereka di perangkap. Namun begitu, DSAI menyebut keputusan ini muktamad. Kedua-dua mereka merayu diberi peluang bersihkan nama tetapi DSAI tidak mengendahkan.

Jamaludin Radzi tidak puashati disebabkan dialah yang telah menggunakan harta bendanya untuk PKR ketika PKR belum memerintah. Beliau pernah menjawat jawatan Bendahari PKR Negeri. Lalu dia membalas desakan DSAI bahawa dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Selepas dia kembali ke Perak, DSAI terus mendesak dia melepaskan jawatan, sehingga akhirnya mereka berdua mengambil tindakan bertemu dengan UMNO. Akhirnya mereka ditemukan dengan Dato Seri Najib dan berlakulah episod rampasan kuasa ke atas kerajaan PR.

Kini DSAI pula melakukan tindakan yang sama ke atas Selangor dengan Kajang Move. Beliau memaksa TSKI melepas jawatan untuk digantikan dengan isterinya, sedangkan TSKI di kalangan masyarakat umum telah menyempurnakan tugas MB dengan cemerlang. Sekiranya Behrang Move menyebabkan kerajaan PR di Perak jatuh, maka Kajang Move pula akan menyebabkan kerajaan PR Selangor jatuh.

1 comment: