PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Monday, 12 December 2011

Bahrul Mazi; Masalah 223 tentang menutup keaiban saudara muslim

عن أبي الدرداء عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من رد عن عرض أخيه رد الله عن وجهه النار يوم القيامة

223.) Bab : Yang telah datang pada menyatakan hadis yang membicarakan menolakkan keaipan daripada kehormatan saudara yang Islam

Ketahuilah kiranya ya saudaraku, apakala orang menyebut dihadapanmu mengenai sifat seorang saudaramu yang Islam dan dicelanya dengan tiada kebenarannya bahawa sebenarnya orang itulah yang bersifat demikian ( seperti apa yang dituduh kepada saudara yang dicelanya ).

Ya'ni apabila orang yang dicelanya itu tiada terkenal sebagai orang yang jahat dan fasik maka hendaklah engkau tolak katanya dengan balasan yang baik dan kalam yang menghilangkan jahat sangka itu.

Maka yang demikian itu disuruh syarak kita sebagaimana tersebut pada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al-Tirmizi dengan katanya;

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abi Al-Darda' r.a daripada Nabi SAW, sabdanya : Barangsiapa menolak serta mempertahankan daripada jatuh air muka saudaranya yang Islam nescaya ditolak oleh Allah mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.

Kata Abu Isa Al-Tirmizi: "Dan pada bab ini ada riwayat daripada Asma' binti Yazid". Katanya lagi bermula ini hadis hasan.

No comments:

Post a Comment