PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Friday, 20 December 2019

Amalan Memberi Salam

*Satu Hari Satu Hadis Amalan* (2)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ

Rasulullah saw bersabda
"Orang yang menunggang memberi salam kepada orang yang berjalan. Orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang ramai"

Hadis Sahih Muslim

Kata Imam Nawawi, memulakan memberi salam itu sunat manakala menjawabnya adalah wajib. Adapun Hadis di atas menjelaskan tentang siapa pula yang sunat dan sepatutnya memulakan memberi salam. Namun, jika berlaku sebaliknya tidak mengapa namun ia bercanggah dengan amalan yang lebih afdhal.
Wallahu A'lam.

Ustaz Dato' Dr Khairuddin Takiri

Setiap Sakit Ada Penawarnya

*Satu Hari Satu Hadis Amalan* (3)

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Daripada Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda
"Setiap penyakit ada penawarnya. Maka apabila penawar bagi penyakit itu ditepati, dia sembuh dengan izin Allah azza wajalla"

Hadis Sahih Muslim

Kata Imam Nawawi, Hadis ini mengandungi isyarat sunat berubat apabila sakit. Itu adalah pandangan majoriti ulamak terdahulu dan rata-rata ulamak terkemudian.

Difahami juga daripada Hadis tersebut kelebihan mempelajari ilmu perubatan untuk mengenali penawar bagi penyakit agar sakit itu benar-benar ditemukan penawarnya yang sebenar.
Wallahu A'lam.

Ustaz Dato' Dr Khairuddin Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2971969162813094&id=569086473101387

Wednesday, 11 December 2019

Sunat Menjilat Makanan Dijari

Satu Hari Satu Hadis Amalan

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا
Sabda Rasulullah saw
"Apabila seseorang kamu makan maka janganlah menyapu tangannya sehinggalah dia menjilatnya atau menjadikan orang lain menjilatnya"

Hadis Sahih Muslim

Kata Imam Nawawi, Hadis ini memberi faedah yang besar kepada suami isteri untuk berkasih sayang iaitu saling menjilat makanan di tangan dan jari masing-masing.

Sekian

Ustaz Dato' Dr Khairuddin Takiri

Sunat Meramaikan Orang Solat Janazah

Sunat Meramaikan Orang Solat Janazah

Meramaikan orang yang soleh dan baik mengerjakan solat Janazah terhadap seseorang yang mati sehingga mencapai bilangan 40 atau 100 orang adalah sunat.

Dalilnya ialah Hadis Sahih Muslim yang Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda

"Tiada seorang pun lelaki muslim yang mati lalu berdiri solat jenazah ke atasnya 40 orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu melainkan Allah memberi syafaat kepadanya"

Dalam Hadis Sahih Muslim juga daripada Aisyah (radiyallahu anha) bahawa Nabi (saw) bersabda

ما مِن مَيِّتٍ تُصَلِّي عليه أُمَّةٌ مِنَ المُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِئَةً، كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ له، إلَّا شُفِّعُوا فِيهِ.

"Tiada seorang pun orang mati yang disolatkan janazahnya oleh satu umat daripada orang-orang Islam mencapai bilangan 100 orang, semuanya memohon syafaat bagi si mati melainkan Allah memberikan syafaat kepadanya."

Ada 2 syarat untuk si mati mendapat Syafaat sebagaimana difahami daripada Hadis.

Pertamanya, pelaku solat Janazah adalah orang yang soleh yang tidak mensyirikkan Allah.

Keduanya, mereka memohon kepada Allah dengan penuh ikhlas agar diberikan syafaat dan keampunan dosa kepada si mati.

Sekian

Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Rabu 11hb Disember 2019

Monday, 9 December 2019

MASALAH INTEGRITI: KEDUDUKAN PEGUAM NEGARA PERLU DIKAJI SEMULA

https://www.facebook.com/569086473101387/posts/2946650645344946/

MASALAH INTEGRITI: KEDUDUKAN PEGUAM NEGARA PERLU DIKAJI SEMULA

1. Peguam Negara adalah satu jawatan amat besar dengan tugas utamanya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dengan kuasa budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.

2. Disebabkan tugas amat penting dan kuasa amat luas inilah maka penjawat jawatan Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, hendaklah dipastikan mempunyai integriti yang amat tinggi.

3. Malangnya integriti Peguam Negara sekarang, Tan Sri Tommy Thomas, kini boleh dipertikaikan setelah beliau:
(a) Mengumumkan akan menarik balik keputusan Jabatan Peguam Negara  memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dari tuduhan mendedahkan data perbankan dari akaun NFC setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelumnya.
(b) Mengumumkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan tersebut kerana “insubordination”.
(c) Menyatakan keputusan untuk tidak memfailkan rayuan tersebut dibuat selepas beliau berbincang dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

4. Secara tiba-tiba sahaja setelah Tan Sri Azhar Azizan Harun membuat kenyataan bahawa beliau tidak pernah berbincang dengan Tan Sri Tommy Thomas mengenai kes Rafizi Ramli, Tan Sri Tommy Thomas pun mengakui beliau tidak berbincang dengan Tan Sri Azhar Azizan Harun mengenainya.

5. Kenyataan Tan Sri Tommy Thomas yang membabitkan Tan Sri Azhar Azizan Harun, kemudian pernyataan di sebaliknya, tanpa sebarang pengakuan atas kesilapan, permohonan maaf kepada Tan Sri Azhar Azizan Harun atau tindakan kepada media jika media salah lapor, menunjukkan Tan Sri Tommy Thomas tidak mempunyai tahap integriti tinggi yang wajib ada pada seseorang Peguam Negara.

6. Ia juga menunjukkan Tan Sri Tommy Thomas sangat tidak cermat dalam melaksanakan tugas beliau di mana keadaan ini memungkinkan banyak kesilapan lain mungkin telah dilakukan oleh beliau pada masa lalu di samping banyak lagi kesilapan lain mungkin akan dilakukan oleh beliau pada masa depan.

7. Tindakan beliau menarik balik keputusan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut pula adalah bercanggah dengan amalan lazim Jabatan Peguam Negara yang menimbulkan persoalan mengenai kemampuan beliau menegakkan keadilan ‘without fear or favour’.

8. Tindakan beliau mengumumkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan tersebut, yang dibuat serta merta dan secara terbuka tanpa terlebih dahulu membuat siasatan dalaman, juga menunjukkan beliau tidak mampu memberi keadilan kepada pegawai-pegawainya.

9. Kesemua ini, di samping pelbagai kontroversi lain membabitkan beliau yang pernah timbul sebelum ini, menunjukkan keberadaan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara amat perlu dikaji semula oleh pihak berwajib.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ahli Parlimen Kuala Nerus

Monday, 16 September 2019

PAS UMNO Bersatu Menang 30 Kerusi Parlimen

Berikut senarai parlimen PH yang akan tumbang sekiranya UMNO dan PAS bekerjasama pada pru15.

1. Kangar
Ph 20,909
Bn  + PAS = 23,771

2. Jerlun
Ph 18,695
Bn + pas  = 25,242

3. Kubang pasu
Ph 29,984
Bn + pas = 30,350

4. Pokok sena
Ph 28,959
Bn + pas  = 41791

5. Kuala kedah
Ph 36,624
Bn + pas = 36,624

6. Merbok
Ph 30,902
Bn + pas = 40,448

7. Sungai petani
Ph 45,532
Bn + pas = 46,723

8. Padang serai
Ph 31,724
Bn + pas = 38,360

9. Kulim bandar baharu
Ph 23,159
Bn + pas = 31,184

10. Parit buntar
Ph 16,753
Bn + pas = 25,967

11. Tambun
Ph 38,661
Bn + pas = 48,289

12. Lumut
Ph 21,955
Bn + pas = 31,690

13. Tanjung malim
Ph 24672
Bn + pas = 29,625

  14. Raub
Ph 20,659
Bn + pas = 25,366

15. Indera mahkota
Ph 28,578
Bn + pas = 35,143

16. Kuantan
Ph 22,807
Bn + pas = 28,363

17. Temerloh
Ph 23,998
Bn + pas = 36,828

18. Bentong
Ph 25,716
Bn + pas = 29,390

19. Sungai besar
Ph 17,350
Bn + pas = 23,856

20. Hulu selangor
Ph 40,783
Bn + pas = 44,012

21. Kuala selangor
Ph 29,842
Bn + pas = 29,879

22. Kapar
Ph 47,731
Bn + pas = 57,837

23. Kuala langat
Ph 43,239
Bn + pas = 44,858

24. Titiwangsa
Ph 23,840
Bn + pas = 26,546

25. K. pilah
Ph 18,045
Bn + pas = 22,192

26. Tampin
Ph 22,435
Bn + pas = 26,031

27. Tangga batu
Ph 32,420
Bn + pas = 36,722

28. Sri gading
Ph 21,511
Bn + pas = 22,771

29. Tanjung piai
Ph 21,255
Bn + pas = 23,693

30. Putatan
Ph 14,106
Bn + pas = 14,201

Jika dicampur jumlah kerusi yang dimenangi Bn dan pas pada pru14 maka Bn dan pas boleh menubuhkan kerajaan baru pada pru15.

BN 79 + PAS 18 + 30 = 127 kerusi parlimen

Tuesday, 10 September 2019

TUTUP 21 IPG : TUNTUT KPM JAWAB PENDEDAHAN BH

*Kenyataan Media*

Selasa, 10 September 2019 | 10 Muharram 1441H

*TUTUP 21 IPG : TUNTUT KPM JAWAB PENDEDAHAN BH*

1. Akhbar Berita Harian (BH) hari ini mendedahkan berkenaan cadangan penutupan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara dan pengesahan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri mengenainya.

2. Dijelaskan bahawa 10 daripadanya akan dijadikan pusat latihan dalam perkhidmatan dan ‘co-exist’ dengan Kolej Vokasional dan Politeknik manakala 11 lagi akan dijadikan Institut Latihan Awam atau untuk tujuan lain.

3. Berbaki hanya 6 IPG sahaja yang dikekalkan fungsi asalnya untuk melatih bakal guru sekolah rendah yang dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

4. Penutupan ini sekiranya diteruskan adalah amat tidak wajar dan merupakan tindakan regresif memandangkan institusi ini yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan telah dinaik taraf sejak 2005/2006 dan bermulanya Program Pensiswazahan Guru di IPG.

5. Sejak dari itu, IPG telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peningkatan profesionalisme keguruan dan kualiti pendidikan di negara ini. Banyak tenaga pengajar dan para guru yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi telah dilahirkan oleh institusi ini.

6. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa segera menjelaskan status dan perkembangan sebenar cadangan ini memandangkan ia melibatkan masa depan sektor pendidikan negara dan penyertaan generasi muda terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu sebagai guru sekolah.

Sekian.

_*"Islam Memimpin Perpaduan"*_

*DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2746359952040684&id=569086473101387

Monday, 9 September 2019

TAMATKAN SKIM TETAP & BERPENCEN MANGSAKAN MELAYU & BUMIPUTERA

*Kenyataan Media*

Isnin, 9 September 2019 | 9 Muharram 1441H

*TAMATKAN SKIM TETAP & BERPENCEN MANGSAKAN MELAYU & BUMIPUTERA*

Secara kewangannya (financially), mengsaizkan semula (resizing) jumlah penjawat awam adalah langkah yang objektif.

Namun, dasar ini juga memangsakan orang Melayu dan Bumiputera yang telah dijamin kedudukan istimewa mereka dalam perkhidmatan awam  seperti diperuntukkan oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan, pada masa ini ia bukanlah keutamaan sebaliknya hanya memperlihatkan sikap terdesak Kerajaan memotong pelbagai perbelanjaan yang perlu seperti tiada pilihan lain yang lebih baik.

Pada masa ini, paling utama sektor perkhidmatan awam perlu dipacu dengan hala tuju yang jelas mengenai aspirasi Kerajaan bukannya dibiarkan setiap parti yang berbeza-beza ideologi memperalatkannya sesuka hati.

Peranan dan sumbangan penjawat awam pula mestilah dihargai bukannya diperlekehkan oleh para pemimpin Kerajaan sendiri semata-mata demi menaikkan nama kerana mahu melebarkan pengaruh masing-masing.

Kewujudan pelbagai sistem terutamanya yang bersifat sebagai "pintu masuk" (gateway) kepada orang awam untuk mendapatkan bermacam-macam inisiatif yang disediakan Kerajaan juga perlu diintegrasikan dan dimudahkan supaya ia benar-benar boleh sampai kepada mereka yang memerlukan; bukannya disulitkan supaya ada pihak yang boleh mendapat laba atas angin.

Kecekapan perkhidmatan awam mesti ditingkatkan selari dengan jumlah rakyat yang semakin bertambah, kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan, kepesatan perkembangan maklumat dan kecanggihan teknologi komunikasi.

Tetapi, jika Kerajaan masih tetap memilih untuk menamatkan skim lantikan tetap dan berpencen bagi sektor perkhidmatan awam yang sangat penting kepada negara ini dengan justifikasi mahu menjimatkan RM5 bilion dana Kerajaan, ia sebenarnya menunjukkan kelemahan memuncak Kerajaan dalam menjana dan menguruskan hasil pendatapan negara.

Sudah sepatutnya kini penentuan sektor utama ekonomi utama, dasar dan sistem percukaian serta pengurusan kewangan Kerajaan disemak semula dengan teliti oleh institusi berautoriti yang bebas dan pakar.

Sekian.

_*"Islam Memimpin Perpaduan"*_

*DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

*LIKE | COMMENT | SHARE*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2744666745543338&id=569086473101387

Friday, 16 August 2019

Kebodohan Orang Yang Membodohkan Orang Lain کبودوهن اورڠ يڠ ممبودوهکن اورڠ لاءين

Kebodohan Orang Yang Membodohkan Orang Lain
کبودوهن اورڠ يڠ ممبودوهکن اورڠ لاءين

Orang yang membodohkan orang lain belum tentu cerdik. Cuma barangkali dia menganggap dirinya cerdik. Dia mungkin seorang yang bodoh tetapi malangnya dia tidak menyedari kebodohan dirinya.

Cuba lihat kebodohan orang-orang Munafik. Mereka mempertikaikan seruan untuk beriman dengan Allah dan RasulNya dan menganggapnya sebagai satu kebodohan dan membodohkan orang beriman sedangkan hakikatnya merekalah yang bodoh.

Allah berfirman:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

"Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu sebagaimana berimannya orang ramai"

 قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ

Mereka menjawab: "adakah wajar kami beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang BODOH?

Allah menegaskan :

 أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ

"Ketahuilah merekalah sebenar-benar orang yang BODOH tetapi mereka tidak mengetahui (kebodohan mereka)"
Surah al-Baqarah ayat 13.

Mempertahankan Dr Zakir Naik yang mewakafkan hidupnya untuk dakwah yang sedang diancam barangkali dinilai bodoh oleh golongan yang tak menyedari kebodohan dirinya.

Masyarakat Jahiliyah menganggap kerja DAKWAH NABI SAW sebagai bodoh sedangkan hakikat sebenarnya yang bodoh itu adalah mereka yang tak mengenali hakikat sebenar agamanya.

Dr Khairuddin Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2698521146824565&id=569086473101387

Wednesday, 14 August 2019

Kongsi Rezeki Buat Marawi

Kongsi Rezeki Buat Marawi
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

MARAWI :  Penderitaan umat Islam Marawi yang mengakibatkan mereka merempat di tanah air sendiri benar-benar membuatkan kita terpanggil untuk membantu sedaya termampu.

Penegesan demikian disuarakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum beliau berlepas ke Manila bagi Misi Korban Marawi.

Ujarnya, keprihatinan atas penderitaan umat Islam Marawi telah dibincangkan secara khusus dalam Persidangan Antarabangsa Marawi di Duyong Marina Resort pada 19 sehingga 21 Julai lalu.

Penganjuran itu katanya adalah satu usaha bagi memastikan pembelaan terhadap umat Islam Marawi mendapat perhatian dunia.

"Misi korban kali ini merupakan kali pertama kami usahakan walaupun dalam tempoh masa singkat kita berjaya kumpulkn 10 ekor lembu dan  3 ekor kambing.

"Terima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian untuk misi korban kali ini termasuk beberapa syarikat korporat terlibat," jelas Dr Khairuddin.

Beliau mengharapkan agar umat Islam Marawi terus diberikan kekuatan menghadapi cabaran serta istiqamah memperjuangkan hak mereka yang telah dicabuli.

Sunday, 14 July 2019

TAUBAT PENYEBAR FITNAH TIDAK DITERIMA ALLAH MELAINKAN KEMAAFAN OLEH MANGSA FITNAH

TAUBAT PENYEBAR FITNAH TIDAK DITERIMA ALLAH MELAINKAN KEMAAFAN OLEH MANGSA FITNAH

1. Bertaqwalah kepada Allah. Janganlah membuat dakwaan dan cerita fitnah lalu disebarkan sesuka hati kerana itulah sifat golongan munafikin. Besar dosanya tidak tertanggung di Hari Akhirat.

2. Dalam Hadis 40 Imam Nawawi, Nabi Saw bersabda:

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ، لَادَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ لَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

"Jika dibiarkan manusia dengan pelbagai dakwaan mereka, pasti orang ramai sesukanya mendakwa dan menuduh melibatkan harta dan darah orang lain tetapi bukti adalah tanggungjawab pendakwa dan sumpah adalah tanggungjawab orang yang menafikan"
Hadis Hasan riwayat Baihaqi.

3. Tersebarnya berita palsu dan tohmahan melibatkan maruah manusia hanya kerana sikap suka mendengar khabar angin, suka berburuk sangka dan tidak meniliti perkhabaran. Betapa ramai manusia teraniaya dan dizalimi hanya kerana sikap tidak berhati-hati sebegini.

4. Allah mendidik orang beriman yang mendengar pelbagai cerita fitnah:

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ
"Alangkah baiknya tatkala kamu mendengar cerita fitnah, orang-orang beriman bersangka baik terhadap diri sesama mereka dan berkata: INI ADALAH BERITA FITNAH YANG NYATA"
Surah an-Nur ayat 12

5. Dosa dengan makhluk yang dizalimi dan dicemarkan maruahnya tidak diterima taubatnya oleh Allah melainkan hendaklah dimohon kemaafan daripada tuan badan yang dicemari maruahnya. Para ulamak bersepakat, ada tiga syarat taubat. Jika melibatkan dosa pada manusia bertambah satu lagi syarat iaitu meminta pelepasan daripada manusia tersebut.

6. Sesunguhnya kita bakal berhadapan kematian dan  mengadap Allah. Solat, puasa dan pelbagai ibadah tidak mampu menampung dosa fitnah dan mencemar maruah manusia.
Bertaqwalah kepada Allah.

Sekian.

Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Wednesday, 10 July 2019

Remaja Derita Kanser Tulang dapat Perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus

Remaja Derita Kanser Tulang dapat Perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus


SHARE 


Wan Yusrizal mewakili Dato' Khairuddin menyampaikan sumbangan kepada adik Thaqiff
KUALA NERUS, 10 Julai- Seorang remaja terpaksa melupakan seketika hasrat untuk belajar apabila disahkan mengidap kanser tulang dan kini hanya mampu terbaring di atas katil.

Adik Thaqiff atau nama sebenarnya Abdul Azeem Thaqiff Azman, 16, yang berasal  dari Kampung Tetambah, telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit berkenaan di bahagian lutut dan tulang peha sejak setahun yang lalu.

Ibunya Siti Nur Kamariah Daud, 45, berkata anaknya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu mula menunjukkan tanda-tanda penyakit itu apabila bahagian tulang lutut serta paha membengkak seterusnya terpaksa dibedah dan digantikan dengan besi.

Menurutnya, tulang lutut dan paha anak bongsu daripada tiga beradik itu dibedah bulan lalu dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Universiti Kubang Kerian di Kota Bharu Kelantan untuk rawatan kimoterapi.

“Anak saya telah melalui rawatan kimoterapi sebanyak empat kali dan masih berbaki dua kali lagi.

“Anak saya juga telah menjalankan pembedahan pada pertengahan Jun yang lepas, untuk membuang tulang lutut dan peha yang membengkak akibat sel-sel kanser, dan digantikan dengan besi”, ujar Siti Nur kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Sebelum itu, Thaqiff yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun lalu menerima lawatan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi’i.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Buluh Gading, Ustaz Md. Fauzi Mustaffa, dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Tetambah, Ustaz Abbas Muda.

Wan Yusrizal mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian bagi meringankan beban ditanggung keluarga terbabit.

Mengulas lanjut, Siti Nur berkata, anaknya mendapat bantuan perubatan bagi pembedahan memasukkan besi pada bahagian lutut pada bulan lalu namun bantuan itu dianggap masih tidak mencukupi.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Thaqiff boleh menghubungi Siti Nur di talian 013 6708000 atau menyalurkan sumbangan melalui Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus.


Orang Bijak Pandai Pun Tertipu - Dr Khairuddin

https://www.sinarharian.com.my/article/36863/EDISI/Terengganu/Orang-bijak-pandai-pun-tertipu

KUALA NERUS - “Orang-orang bijak pandai pun tertipu dengan kepandaian dan penipuan yang dibuat oleh orang-orang yang menipu ('scammer') sama ada di (atas talian) internet atau luar internet," demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menurutnya, kes penipuan ‘scammer’ adalah jenayah melibatkan kewangan yang semakin berleluasa di negara ini dan memerlukan perhatian segera semua pihak. Ia juga hangat dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Sampai ke hari ini, kita masih lagi mendapat aduan yang sangat banyak berkaitan ‘scammer-scammer’ ini yang wujud di talian dan sebagainya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Dr Mohd Khairuddin yang lantang membahaskan isu berkenaan dan mempertahankan hak pengguna meminta agar kerajaan menangai isu 'scammer' ini dengan segera.

Beliau juga menekankan soal pendidikan kepada pengguna dan bajet diperuntukkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tujuan itu.

“Kalau kita bincang soal pendidikan pengguna, sangat wajar dibawa perkara ini ke peringkat sekolah dan universiti serta mengajar rakyat untuk melihat dosa dan pahala dalam proses jual dan beli," katanya
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/36863/EDISI/Terengganu/Orang-bijak-pandai-pun-tertipu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tuesday, 2 July 2019

Ziarah Pegawai YB Dr Khairuddin Santuni Pesakit Halusinasi

*HALUSINASI HANTUI KEHIDUPAN ABDULLAH*

Oleh : Nizam at-Takiri

KUALA NERUS (1 Julai) – Abdullah bin Mamat ,60, yang mengidap Parkinson, 25 tahun dahulu telah dihantui dengan halusinasi yang amat teruk pada awal Januari 2019.

Beliau yang berasal di Kg Banggol Tok Jiring, Dun Tepoh, telah diziarahi oleh Pegawai dan Petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang diketuai oleh Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi’i, pada jam 10.30 pagi.

Isteri beliau, Hasnah Mohd Nasir,53, berkata, “Suami saya sering berhalusinasi yang menyebabkan beliau lari ketakutan dengan tiba-tiba kerana mendakwa ternampak seseorang yang ingin membunuhnya”.

“Kejadian ini sering terjadi dan menyebabkan suaminya menjadi takut dan tidak boleh ditinggalkan bersendirian”, ujar Hasnah lagi.

Lebih malang lagi, kini Abdullah sudah tidak mampu berjalan seperti manusia normal dan perlukan pengjagaan yang rapi oleh ahli keluarga untuk menguruskan kehidupan seharian.

Program ziarah ini merupakan program rutin bagi Pusat Khidmat setiap minggu dan program ziarah kali ini juga turut menziarahi tiga lagi keluarga yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan di Kg Banggol Tok Jiring, yang bermula pada jam 10.00 hingga 11.30 pagi.

Turut hadir dalam program ziarah ini, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Tepoh, Zainun Ali.

Bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan telah disalurkan oleh Pusat Khidmat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Pelihara Silaturahim Kaum Kerabat

BICARA HADIS PILIHAN

Pelihara Silaturahim Kaum Kerabat

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ وَمَنْ قَطَعَهَا قَطَعْتُهُ

Daripada Aisyah Radiayallahu Anha, isteri Nabi SAW, daripada Nabi SAW bersabda: "Ar-Rahim (silaturahim) adalah dahan dan ranting pohon. Sesiapa menyambungnya maka aku akan menyambungnya dan sesiapa memutuskannya maka akupun akan memutuskannya."
(Sahih Bukhari No: 5643)

1.  Menghubungkan rahim (silaturahim) antara sesama kerabat yang ada hubungan nasab adalah wajip sekiranya melibatkan kerabat yang ada hubungan mahram seperti ibu, ayah, adik beradik, bapa dan ibu saudara. Sementara hukumnya sunat bagi kerabat bukan mahram seperti sepupu, dua pupu dan seterusnya.

2.  Orang yang menjaga hubungan rahim sentiasa dipelihara oleh Allah akan hubungannya dengan Allah. Sebaliknya orang yang memutuskan hubungan rahim, akan diputuskan hubungannya dengan Allah.

3. Hubungan rahim menambahkan rezki dan umur sebagaimana sabit dalam Hadis. Maka marilah kita menyambung rahim yang terputus dan memperkasakan rahim yang telah terhubung. Hanya keangkuhan dan kesombongan menghalang saudara berhubung dengan saudaranya. Sekian

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2615058651837482&id=569086473101387

SOKONG CHINA : MUJAHID MESTI MOHON MAAF, LETAK JAWATAN

Kenyataan Media

Isnin, 1 Julai 2019 | 27 Syawal 1440H

SOKONG CHINA : MUJAHID MESTI MOHON MAAF, LETAK JAWATAN

1. Kenyataan Dr. Mujahid Yusof yang menganggap _concentation camp_ yang sebenarnya bertujuan bagi menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti sebagai ‘pusat latihan’ dan menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai 'berita palsu dari China’ adalah amat mendukacitakan kerana memperlihatkan sokongan beliau kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

2. Saya merasakan beliau sama ada tidak meneliti berita sebenar mengenai nasib umat Islam Uighur sedangkan banyak penulisan mengenai perkara itu diterbitkan termasuk dalam jurnal akademik atau beliau hanya menyuarakan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia mengenai perkara ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang Menteri. [ Beberapa liputan antarabangsa mengenai Uighur saya senaraikan di bawah ]

3. Amat tidak patut sekali beliau menunjukkan sokongan kepada China dalam isu yang sedang mendapat perhatian oleh pelbagai negara serta agensi dan pertubuhan sehingga ke peringkat antarabangsa yang sedang berusaha memberikan tekanan kepada China bagi menamatkan krisis kemanusiaan di negara itu.

4. Saya menggesa Wisma Putra segera menjelaskan sama ada kenyataan Dr. Mujahid Yusof itu adalah mewakili pendirian dan dasar rasmi Kerajaan dalam hubungan antarabangsa atau ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.

5. Jika ia adalah kenyataan peribadi beliau, maka amat wajar Kabinet mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Menteri itu dan beliau mesti segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia atau meletakkan jawatan.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

LIKE | COMMENT | SHARE

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2612798155396865&id=569086473101387

Beberapa liputan berita antarabangsa mengenai kem tahan di Xianjiang :

1. https://time.com/5526022/turkey-china-concentration-camps-uighurs/

2. https://www.theguardian.com/world/2019/jan/11/if-you-enter-a-camp-you-never-come-out-inside-chinas-war-on-islam

3. https://www.newstatesman.com/world/asia/2019/03/china-s-uyghur-detention-camps-may-be-largest-mass-incarceration-holocaust?amp

Sunday, 30 June 2019

JUDI BERLESEN ATAU TIDAK ADALAH HARAM, IBU SEGALA JENAYAH

Kenyataan Media

Ahad, 30 Jun 2019 | 25 
Syawal 1440H

JUDI BERLESEN ATAU TIDAK ADALAH HARAM, IBU SEGALA JENAYAHSlide clips to delete them
1.Judi sama ada secara berlesen atau tidak, tetap haram dan salah dalam semua agama mahupun budaya kemanusiaan. Saya mengelak menggunakan istilah "judi haram" yang selalu digunakan oleh media bagi merujuk kepada "judi tidak berlesen" untuk mengelakkan salah faham masyarakat bahawa hanya judi tidak berlesen adalah "haram", manakala yang berlesen pula adalah "halal".
2. Sekalung tahniah diucapkan kepada PDRM atas kejayaan menahan 14,759 individu termasuk menangkap 92 pengendali premis serta merampas RM3.8 juta dan 10,361 peralatan dalam serbuan ke atas 8,775 premis judi tidak berlesen sejak Januari lalu bagi membanteras aktiviti perjudian tersebut.
3.Usaha dan kejayaan ini dilihat selari dengan komitmen yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), DS Abdul Hamid Bador untuk membanteras jenayah judi di negara ini.
4.Walaubagaimanapun, adalah diingatkan bahawa aktiviti perjudian tidak berlesen ini akan terus wujud jika industri perjudian di negara ini terus subur kerana diberikan lesen kebenaran bagi membolehkan Kerajaan mengutip cukai tertentu daripadanya yang menyumbang pendapatan yang besar kepada negara. Perolehan cukai tidak menghalalkan aktiviti judi yang haram pada agama meskipun halal pada undang-undang negara malah ia menjadi baja menyuburkan judi tidak berlesen pula.
5.Tidak sepatutnya kebenaran yang diberikan bagi menjalankan aktiviti ini secara sah di sisi undang-undang untuk memenuhi kehendak dan “hak” sebilangan orang dibiarkan sehingga merosakkan pula masyarakat dan negara.
6.Ungkapan “judi ibu segala jenayah” seperti yang disifatkan oleh KPN sewajarnya diberikan perhatian yang serius dan difahami sebagai semua bentuk perjudian tanpa mengambil kira sama ada ia dijalankan secara berlesen ataupun tidak.
7.Justeru, saya mendesak Kerajaan supaya menyelaras dan mengetatkan semua undang-undang yang berkaitan dengan perjudian di negara ini ke arah menjadikan aktiviti ini sebagai suatu jenayah pada masa hadapan selari dengan apa yang Allah sifatkan perbuatan itu sebagai رِجسٌ مِن عَمَلِ الشَّيطانِ (adalah kotor dari perbuatan Syaitan).
Sekian.
"Islam Memimpin Perpaduan"
DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Monday, 6 May 2019

TUNAIKAN IBADAH "QIYAM RAMADHAN"

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2511376475539034&id=569086473101387

*BICARA Ramadhan 01*
oleh Dr Khairuddin Takiri

*TUNAIKAN IBADAH "QIYAM RAMADHAN"*

1. Bulan Ramadhan bukan hanya bulan puasa tetapi bulan ibadah. Ibadah maksudnya pengabdian diri kepada Allah. Ia bermaksud Ramadhan menjadi bulan untuk umat Islam lebih memperhambakan diri kepada Allah dengan ibadat wajib dan ibadat sunat yang khusus disamping ibadah umum dalam kehidupan seharian dengan menjaganya sentiasa selaras dengan hukum dan peraturan Allah.

2. Ibadah khusus yang utamanya ialah *berpuasa di siang hari* yang menjadi wajib dan *"Qiyam Ramadhan" di malam hari* yang merupakan amalan sunat yang digalakkan.

3. Apa maksud Qiyam Ramadhan?
Ada dua pandangan ulamak.
Pertama, ia merujuk kepada ibadah menghidupkan malam Ramadhan dengan solat termasuk solat Tarawih sebagaimana kata Ibnu Hajar al-'Asqalani (meninggal 852H/1449M) dalam Fathul Bari .

Kata Imam Nawawi (meninggal 676H/1277M), Qiyam Ramadhan tertunai dengan solat Tarawih.

Kedua, ia hanya merujuk kepada solat Tarawih. Tokoh ulamak, al-Kirmani (meninggal 786H/1384 M), sebagaimana dinukilkan oleh pengarang 'Umdatul Qari huraian Sahih Bukhari mendakwa, ulamak sepakat bahawa maksud Qiyam di dalam hadis merujuk kepada solat Tarawih.

4. Nabi saw bersabda menjelaskan kelebihan puasa Ramadhan 

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan untuknya dosa-dosa yang lalu."

5. Baginda bersabda lagi menjelaskan kelebihan ibadah Qiyam Ramadhan dengan ganjaran yang sama seperti puasa

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
" Sesiapa yang mengerjakan Qiyam Ramadhan (solat Tarawih) kerana keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan untuknya dosa-dosa yang lalu."

(Kedua-dua hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Tidak sedikit yang berpuasa tetapi mengabaikan Qiyam Ramadhan.
Sebahagiannya bersemangat di awal Ramadhan memenuhi masjid dan surau menunaikan Qiyam Ramadhan secara berjamaah namun semakin surut di pertengahan Ramadhan. Tunaikanlah Qiyam walaupun dengan dua rakaat solat tahajjud bersendiri.

Moga Allah menjadikan kita dikalangan hambaNya yang memelihara ibadah Qiyam Ramadhan disamping menunaikan ibadah puasa. 

Sekian.
Isnin 1 Ramadhan 1440/6hb Mei 2019

Thursday, 7 March 2019

Biodata Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri (kemaskini 2019)

Biodata Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri (kemaskini 2019)

A. Nama:
Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Nama beserta Gelaran :
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

B. Kelahiran 9.12.1973 di Kg Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

C. Kelulusan Akademik

1. Bachelor Bahasa dan Kesusateraan Arab, Univ of Jordan (1996)

2. Master Bahasa dan Kesusateraan Arab, Aal al-Bayt Univ, Jordan (2000)
Tesis: "Petunjuk Partikel Persetaraan dan Genetif di sisi Sarjana Nahu dan Usul Fiqh serta Pengaruhnya Dalam Memahami Teks Syarie"

3. PhD Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM (2011)
Kajian "Retorik Partikel Waw dalam al-Quran dan Pengaruhnya Terhadap Terjemahan Makna al-Quran ke dalam Bahasa Melayu".

D. Jawatan Amanah Dalam Kerajaan

1. Ahli Parlimen Kawasan Kuala Nerus

2. Panel Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan

3. Pengerusi Terengganu Strategic & Integrity Institute

4. Pengerusi Darul Iman  Training Center

E. Tugasan Amanah Dalam Politik (2017-2019)

1. Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
2. Ahli Jawatakuasa Kerja PAS Pusat
3. Pengarah Institut Strategi PAS Pusat
4. Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat
5. Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
6. Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat

F. Jawatan Amanah Peringkat Antarabangsa

Ahli Lembaga Pengarah dan Penolong Setiausaha,
The Internasional Islamic Forum of Parliamentarians

G. Penglibatan Perniagaan

Pengerusi, RD Beauty Industries Sdn Bhd

Pengerusi, LEPU Development Sdn Bhd

H. Penglibatan Dalam Aktiviti Sosial dan Pendidikan

1. Pengasas dan Pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (2004 hingga sekarang)

2. Pengasas dan Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (2008 hingga sekarang)

3. Ahli Majlis Perundingan Islam & Panel Kluster Politik (2016-2018)

3. Pengasas Nadwah Ilmuwan Muslim (2007 - 2013)

4. Pengasas dan Pengerusi Persatuan Prihatin Ummah Malaysia (2013 - 2018)

5. Pengasas Sekretariat Penerbit dan Pengedar Buku Islam Malaysia

6. AJK Persatuan Ulamak Malaysia (2007 - 2011)

I. Pengalaman Penulisan

Aktif menulis di dada akhbar dan majalah sebagai kolumbis sejak 1999 di samping penulisan buku.

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsir al-Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam Dalam Pelbagai Isu Semasa
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8) Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
9) Politik & Pilihanraya menurut Islam
10) Bahtera Ilmu dan Politik
11) Membina Negara Sejahtera
12) Solusi Rakyat

Wednesday, 6 February 2019

Dr Khairuddin Takiri Seru Kerajaan Perpaduan

Pakatan squabbles

Published 1 month ago on 23 December 2018

By Syed Jaymal Zahiid

Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali said the idea of a new political bloc comprising PAS was timely in light of the growing disquiet within Pakatan Harapan, which has come under fire because its leaders continue to bicker openly. ― Picture by Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, Dec 23 — A PAS lawmaker reiterated today his party’s offer to form a so-called unity government with any party willing to cooperate in what it described as a viable political platform that could offer stability.

Kuala Nerus MP Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali said the idea of a new political bloc comprising PAS was timely in light of the growing disquiet within Pakatan Harapan, which has come under fire because its leaders continue to bicker openly.



He added that the political crisis dogging the ruling coalition have affected the economy and prevented effective governance.

“Political instability begets economic instability,” he said in a statement.

“Maybe it’s time to look at an alternative political platform to solve the instability, one of a unity government proposed by the PAS president in 2008.

“PAS is ready to help!”

The Islamists secretly negotiated with Umno just after the 12th general election results were announced in 2008 to form a “unity government” in a bid to safeguard Malay-Muslim political dominance, after the opposition at the time made significant electoral gains.

Umno is no longer in power and had its federal seat tally greatly reduced after over a dozen of its MPs quit the party; Umno now has 37 parliament seats, down from 54 won in the 14th general election.

PAS won 19 federal seats in the May 9 polls.

So it is uncertain as to who Khairuddin was referring to when he suggested the unity government today, but it could be an offer to Parti Pribumi Bersatu Malaysia, which he said PAS had no qualms co-operating with in the name of Muslim interest and unity.

“Ties with Umno as opposition must be strengthened,” he said.

“But ties with the administration led by Tun Dr Mahathir Mohamad must also be strengthened on the basis of political maturity as well as for the interest of Malay Muslim unity.


https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/12/23/pas-mp-offers-unity-government-amid-pakatan-squabbles/1705732

Dr Khairuddin Takiri; Kemenangan BN di Cameron Hinghland

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/01/27/pas-mp-cameron-highlands-victory-a-true-win-for-islam-malays/1716884

MOST READ

HOME


MALAYSIA


PAS MP: Cameron Highlands victory a true win for Islam, Malays

Published 1 week ago on 27 January 2019

By Syed Jaymal Zahiid

1.3K

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, MP PAS Kuala Nerus March 23, 2016. ― Picture by Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, Jan 27 — A PAS leader has declared Islam to be the ultimate victor after its allies Barisan Nasional (BN) defeated Pakatan Harapan in the Cameron Highlands by-election yesterday.

–– ADVERTISEMENT ––


Kuala Nerus MP Datuk Khairuddin Aman Razali claimed the polls' result reflected Muslim anger towards the new administration and its key component member party, the DAP.

The PAS central committee member said the Malays were united in their opposition against the attempt by the predominantly Chinese party to degrade their faith, and this unison could pave the way for Malay-Muslim political supremacy.

“DAP's defeat was a strong warning not to toy with Islam and the Malays or the needs of the common people,” Khairuddin tweeted.

“The victory of the BN and PAS-endorsed candidate sent a message that Malay-Muslim unity can deliver maximum political power for Malay-Muslims.”

BN's Ramli Mohd Nor bested PH candidate M. Manogaran by 3,238 votes to give the former ruling coalition its first victory after four by-elections had been held since the 14th general election in May last year.

The 61-year-old Ramli also made history by being the first Orang Asli MP to be elected.

Immediately after BN was declared the victor, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said the results was a positive development towards better coo-operation in the Opposition bloc.

Meanwhile acting BN chairman Datuk Seri Mohamad Hasan declared the coalition's reflected the dissatisfaction of people towards the ruling government.

Mohamad also noted that the votes that had gone to PAS in GE14 came to BN’s favour this round.

BN and archrivals PAS forged closer ties to build a Malay-Muslim political platform that could pose a serious challenge to PH's political power.

But analysts have warned that the co-operation could drive communalism up at the expense of inclusiveness.

Despite initially protesting against the idea himself, Mohamad said PAS and BN will continue this strategy to empower the Muslim agenda in the country.

Dr Khairuddin Takiri; Khabar Angin Azmin Sebagai TPM

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/05/pas-rep-azmin-as-dpm-best-choice-since-anwar-wants-to-be-pm-anyway/1720048

KUALA LUMPUR, Feb 5 — A PAS lawmaker has thrown his support behind Datuk Seri Azmin Ali to become the deputy prime minister (DPM), amid rumours of a Cabinet reshuffle and the economic affairs minister’s promotion.

Datuk Khairuddin Aman Razali said Azmin would be the “best choice” for the post since Datuk Seri Anwar Ibrahim has no interest in the post and would rather go straight to be prime minister.

–– ADVERTISEMENT ––


“If Anwar wishes to be prime minister, surely his wife should not be the deputy,” said the Kuala Nerus MP.

“So the move to appoint Azmin now as DPM is seen as good for the transition plan because Anwar himself has stated many times he is uninterested with the DPM post.”

The PAS Syura Council member said Azmin is the “best choice” as he would lead to a more harmonious political environment between the government and opposition, calling him as more tolerant compared to other Pakatan Harapan (PH) leaders.

“Maybe his history together with PAS in Selangor government and his history with Umno leaders can be a reason for a more peaceful relationship,” he said.

Khairuddin also lauded Azmin’s appointment as the chairman of the Kelantan State Action Council, saying it could lead to more development in the PAS-led state.

The Kelantan chapter of PAS-splinter Parti Amanah Negara had last week opposed Azmin’s appointment, claiming Kelantan PH chief Husam Musa was promised the position.

Earier today, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said she had not heard anything about a Cabinet reshuffle after the Chinese New Year festival.

The deputy prime minister said any decision on changes to the Cabinet was the prerogative of the Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sunday, 6 January 2019

Jangan Berseronok Atas Musibah Orang Lain

Jangan Berseronok Atas Musibah Orang Lain

Apabila mendapat perkhabaran kurang baik tentang seseorang atau anak isteri seseorang seeloknya kita berdoa agar Allah pelihara dan selamatkan diri kita serta anak isteri kita dari sebarang ujian yang berat serta mara bahaya. Doakan juga kesejahteraan buat orang yang diuji. Bukan untuk kita berseronok dan mencari ruang untuk menghina dan memperlekehkan seseorang. Sesungguhnya Islam agama yang damai lagi mendamaikan dengan akhlak dan budi yang baik.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami penyejuk mata-mata kamu dan jadikanlah kami pemimpin ikutan orang-orang bertaqwa"
Surah al-Furqan ayat 74

Dr Khairuddin Takiri
https://www.facebook.com/569086473101387/posts/2324667597543257/

SERANG PRESIDEN PAS : RAFIZI TERDESAK NAIKKAN NAMA SENDIRI YANG SEMAKIN MEMBUSUK

*Kenyataan Media*

5 Januari 2019 | 28 Rabiulakhir 1440H

*SERANG PRESIDEN PAS : RAFIZI TERDESAK NAIKKAN NAMA SENDIRI YANG SEMAKIN MEMBUSUK*

Rafizi menyedari namanya semakin membusuk. Angan-angannya untuk melihat Presiden kesayangan beliau memanjat naik kerusi PM masih berliku. Lawannya iaitu Azmin semakin mencanak naik nama. Disebut-sebut pula sebagai bakal PM. Pertembungan dalaman PKR sudah menjadi rahsia terbuka. Bagi mengalihkan perhatian rakyat, beliau menyerang Presiden PAS dengan mengambil kesempatan isu Tabung Haji yang sebenarnya masih menggambarkan kekalutan kerajaan PH.

Rafizi usah mahu menjadi hero lagi. Jika penyelewengan TH benar-benar berlaku, sila tampil kemukakan di mahkamah. Bukan hanya _highlight_ di media kerana terdapat pihak (BN) juga mempunyai hujah mereka. _Media trial_ bukan penyelesaian terbaik.

Tidak dinafikan, terdapat pelaburan TH yang rugi. Begitu juga kemungkinan wujud _'creative accounting'_ bagi membolehkan LTH membayar dividen.

Cuma, terdapat beberapa keraguan dan pendetailan yang belum dijelaskan oleh LTH. Antaranya, percanggahan dapatan Laporan Ketua Audit Negara dan _PriceWaterHouseCoopers_. Permainan persepsi dan memanipulasi data sememangnya kepakaran PH sejak sebelum PRU ke 15.

Selain, itu kaedah penyelesaian menerusi SPV. Terdapat juga aset ekuiti yang dipindahkan kepada SPV tidak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh LTH. Begitu juga prospektus aset ekuiti yang dilihat akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada LTH. Isu ini lerlu diperjelaskan oleh kerajaan.

Oleh sebab itu, isu utama LTH ialah dakwaan skandal penyelewangan sejak zaman PM Ke-4 sehingga kini yang masih belum diselesaikan termasuk laporan polis oleh pengurusan tertinggi LTH pada 30 November lalu.

Mengapa isu defisit RM4 bilion pula yang banyak diberikan perhatian?

Nasihat saya kepada Rafizi, usahlah sibuk dengan Presiden PAS. Jagalah Presiden kamu baik-baik dari serangan rakan sekutu sendiri.

Sekian.

_*“Islam Memimpin”*_

*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

FB :
https://www.facebook.com/569086473101387/posts/2324842167525800/