Wednesday 14 August 2019

Kongsi Rezeki Buat Marawi

Kongsi Rezeki Buat Marawi
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

MARAWI :  Penderitaan umat Islam Marawi yang mengakibatkan mereka merempat di tanah air sendiri benar-benar membuatkan kita terpanggil untuk membantu sedaya termampu.

Penegesan demikian disuarakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum beliau berlepas ke Manila bagi Misi Korban Marawi.

Ujarnya, keprihatinan atas penderitaan umat Islam Marawi telah dibincangkan secara khusus dalam Persidangan Antarabangsa Marawi di Duyong Marina Resort pada 19 sehingga 21 Julai lalu.

Penganjuran itu katanya adalah satu usaha bagi memastikan pembelaan terhadap umat Islam Marawi mendapat perhatian dunia.

"Misi korban kali ini merupakan kali pertama kami usahakan walaupun dalam tempoh masa singkat kita berjaya kumpulkn 10 ekor lembu dan  3 ekor kambing.

"Terima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian untuk misi korban kali ini termasuk beberapa syarikat korporat terlibat," jelas Dr Khairuddin.

Beliau mengharapkan agar umat Islam Marawi terus diberikan kekuatan menghadapi cabaran serta istiqamah memperjuangkan hak mereka yang telah dicabuli.

No comments:

Post a Comment