PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Sunday, 6 January 2019

Jangan Berseronok Atas Musibah Orang Lain

Jangan Berseronok Atas Musibah Orang Lain

Apabila mendapat perkhabaran kurang baik tentang seseorang atau anak isteri seseorang seeloknya kita berdoa agar Allah pelihara dan selamatkan diri kita serta anak isteri kita dari sebarang ujian yang berat serta mara bahaya. Doakan juga kesejahteraan buat orang yang diuji. Bukan untuk kita berseronok dan mencari ruang untuk menghina dan memperlekehkan seseorang. Sesungguhnya Islam agama yang damai lagi mendamaikan dengan akhlak dan budi yang baik.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami penyejuk mata-mata kamu dan jadikanlah kami pemimpin ikutan orang-orang bertaqwa"
Surah al-Furqan ayat 74

Dr Khairuddin Takiri
https://www.facebook.com/569086473101387/posts/2324667597543257/

SERANG PRESIDEN PAS : RAFIZI TERDESAK NAIKKAN NAMA SENDIRI YANG SEMAKIN MEMBUSUK

*Kenyataan Media*

5 Januari 2019 | 28 Rabiulakhir 1440H

*SERANG PRESIDEN PAS : RAFIZI TERDESAK NAIKKAN NAMA SENDIRI YANG SEMAKIN MEMBUSUK*

Rafizi menyedari namanya semakin membusuk. Angan-angannya untuk melihat Presiden kesayangan beliau memanjat naik kerusi PM masih berliku. Lawannya iaitu Azmin semakin mencanak naik nama. Disebut-sebut pula sebagai bakal PM. Pertembungan dalaman PKR sudah menjadi rahsia terbuka. Bagi mengalihkan perhatian rakyat, beliau menyerang Presiden PAS dengan mengambil kesempatan isu Tabung Haji yang sebenarnya masih menggambarkan kekalutan kerajaan PH.

Rafizi usah mahu menjadi hero lagi. Jika penyelewengan TH benar-benar berlaku, sila tampil kemukakan di mahkamah. Bukan hanya _highlight_ di media kerana terdapat pihak (BN) juga mempunyai hujah mereka. _Media trial_ bukan penyelesaian terbaik.

Tidak dinafikan, terdapat pelaburan TH yang rugi. Begitu juga kemungkinan wujud _'creative accounting'_ bagi membolehkan LTH membayar dividen.

Cuma, terdapat beberapa keraguan dan pendetailan yang belum dijelaskan oleh LTH. Antaranya, percanggahan dapatan Laporan Ketua Audit Negara dan _PriceWaterHouseCoopers_. Permainan persepsi dan memanipulasi data sememangnya kepakaran PH sejak sebelum PRU ke 15.

Selain, itu kaedah penyelesaian menerusi SPV. Terdapat juga aset ekuiti yang dipindahkan kepada SPV tidak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh LTH. Begitu juga prospektus aset ekuiti yang dilihat akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada LTH. Isu ini lerlu diperjelaskan oleh kerajaan.

Oleh sebab itu, isu utama LTH ialah dakwaan skandal penyelewangan sejak zaman PM Ke-4 sehingga kini yang masih belum diselesaikan termasuk laporan polis oleh pengurusan tertinggi LTH pada 30 November lalu.

Mengapa isu defisit RM4 bilion pula yang banyak diberikan perhatian?

Nasihat saya kepada Rafizi, usahlah sibuk dengan Presiden PAS. Jagalah Presiden kamu baik-baik dari serangan rakan sekutu sendiri.

Sekian.

_*“Islam Memimpin”*_

*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI*
_Ahli Parlimen Kuala Nerus_

FB :
https://www.facebook.com/569086473101387/posts/2324842167525800/