PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Saturday, 18 March 2017

MEMAHAMI PERJUANGAN PAS; Kerjasama Politik, Redha ALLAH & Nasihat*

Dewan Ulamak PAS Pusat
RISALAH PENERANGAN

*MEMAHAMI PERJUANGAN PAS; Kerjasama Politik, Redha ALLAH & Nasihat*

Oleh
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

1. PAS sebagai parti politik Islam mempunyai kayu ukur dan neraca tersendiri dalam menentu dan menilai matlamat dan hala tuju perjuangan.

2. Kayu ukurnya ialah ISLAM yang rujukannya adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru, tentulah ia berbeza daripada kayu ukur dan neraca parti politik lain.

3. Oleh itu sangat silap apabila seseorang menilai PAS menerusi kaca mata matlamat dan hala tuju perjuangan parti politik yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah.

4. Dan terlebih silap jika ada ahli PAS yang mahu PAS mengikut cara fikir, matlamat, hala tuju serta strategi parti seperti DAP, PKR, PAN, PBBM sementelah lagi UMNO.

5. PAS meyakini bahawa matlamat perjuangan politiknya ialah agar negara ini berjaya diperintah berdasarkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam kerana hanya Islam yang boleh menjamin hak dan keselamatan seluruh rakyat dan agar dakwah Islam dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia.

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ 
"Dan hendaklah kamu memerintah di kalangan manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka.."
(Surah al-Ma'idah ayat 49)

6. Sebarang kerjasama politik untuk berkuasa dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan hendaklah dengan tujuan mencapai matlamat tersebut.

7. Tiada sebarang kerjasama dengan mereka yang menentang agenda perjuangan ini kerana ia adalah kerjasama atas dasar dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam.

8. Juga tiada ruang kerjasama dengan sesiapa yang bersama dengan pihak yang menentang perjuangan ini.

9. Dalilnya ialah apabila seorang lelaki syirik memohon perlindungan dan keselamatan daripada pedang Nabi saw setelah dia sendiri sebelumnya meletakkan mata pedangnya di tengkuk Nabi saw, baginda menerimanya apabila dia berjanji:

أُعَاهِدُكَ عَلَى أَنْ لَا أُقَاتِلَكَ وَلَا أَكُونَ مَعَ قَوْمٍ يُقَاتِلُونَكَ

"Saya berjanji kepada kamu agar tidak memerangi kamu dan tidak berada bersama kelompok yang sedang memerangi kamu"
(Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)

10. Maka sesiapa yang menentang matlamat perjuangan ini maka dia berpotensi menjadi musuh walaupun dalam masa yang sama dia juga adalah sasaran dakwah PAS.

11. Atas tujuan dan matlamat menegakkan Islam, ahli-ahli PAS meyakini bahawa segala sumbangan tenaga, masa dan harta yang mereka korbankan adalah sebahagian jihad di jalan Allah yang akan diganjari dengan syurga oleh Allah.

Allah berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

"Sebenar-benar mukmin adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka di jalan Allah...."
(Surah al-Hujurat ayat 15)

12. Sebagai parti politik, PAS menyertai pilihanraya tanpa jemu sama ada menang atau kalah sejak 1955 sebelum merdeka sehingga pilihanraya ke 13 selepas merdeka pada 2013.

13. Sekiranya kemenangan berpilihanraya belum diperolehi maka kerja dakwah dan nasihat kepada pemerintah dan rakyat berkonsepkan Amar Makruf Nahi Mungkar diteruskan sehingga menanti pilihanraya seterusnya.

14. NASIHAT kepada pemerintah dan rakyat adalah tanggungjawab beragama sebagaimana hadis Nabi saw

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ 

"Sebenar-benar Agama itu adalah Nasihat."
Kami (sahabat) bertanya: "untuk siapa?" Baginda menjelaskan: "untuk Allah, untuk Kitab-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk pemerintah orang beriman dan untuk orang awam mereka"
(Hadis riwayat Muslim)

15. Nasihat juga adalah syiar dakwah para Nabi sebagaimana kata Nabi Nuh

قَالَ يَا قَوْمِ لَيْسَ بِي ضَلَالَةٌ وَلَٰكِنِّي رَسُولٌ مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

"Berkata Nuh; wahai kaumku. Tidak ada padaku sebarang kesesatan tetapi aku adalah seorang utusan daripada Rabb Tuhan semesta alam. Aku menyampaikan risalah-risalah Rabbku dan aku memberi nasihat untuk kamu dan aku tahu daripada Allah sesuatu yang kamu tidak tahu"
(Surah al-A'raf ayat 61-62)

16. Nabi Hud juga memperingatkan kaum baginda tentang kedudukan baginda sebagai PENASIHAT apabila baginda dituduh sebagai bodoh.

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ

"Aku menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku bagi kamu semua adalah seorang PENASIHAT yang amanah"
(Surah al-A'raf ayat 68)

17. Nabi Soleh memperingatkan kaumnya yang tidak menyukai baginda sebagai penasihat:

وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَةَ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ

"Dan Soleh berkata; wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu tetapi kamu tidak suka para penasihat"
(Surah al-A'raf ayat 79)

18. Nabi Syuaib juga menegaskan baginda telah menasihati kaum.baginda:

وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ ۖ فَكَيْفَ آسَىٰ عَلَىٰ قَوْمٍ كَافِرِينَ (93)

"dan Syuaib berkata: wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu.... "
(Surah al-A'raf ayat 93)

19. Peringatan bahawa PAS sebagai penasihat kepada rakyat dan pemerintah yang menyeleweng sebagaimana sunnah para nabi mungkin diketawakan oleh politikus duniawi yang tidak merujuk kepada sumber al-Quran dan Sunnah.

20. Apabila kemenangan diperolehi, menerusi jawatan sebagai wakil rakyat, ia dijadikan medium untuk menyampaikan pandangan dan nasihat serta teguran di parlimen atau dewan undangan negeri.

21. Sekiranya kemenangan berpilihanraya diperolehi sehingga berjaya memerintah negeri maka ia digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab pemerintah Islam iaitu "menegakkan agama dan mentadbir negeri dengan prinsip-prinsip agama".

22. Matlamat akhir daripada semua usaha perjuangan ini sama ada menang berkuasa atau kalah dalam pilihanraya ialah mencari REDHA Allah.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
"dan ada di kalangan manusia orang yang menjual dirinya kerana mencari REDHA ALLAH sedang Allah itu Maha lembut lagi penyayang terhadap hamba-hamba"
(Surah al-Baqarah ayat 207)

23. Matlamat kemuncak mencapai REDHA Allah mungkin juga diketawakan oleh mereka yang berpolitik hanya untuk dunia dan berpolitik hanya untuk berkuasa semata-mata tanpa pertimbangan syurga dan neraka.

24. Atas kefahaman ini maka ahli PAS tidak pernah kecewa jika kalah dalam pilihanraya. Mereka bersabar atas kekalahan dan meneruskan perjuangan menyampaikan dakwah dan menegur serta menentang kezaliman pemerintah semasa sehinggalah menanti pilihanraya seterusnya.

25. Inilah perjuangan PAS yang tersemat kukuh dalam dada setiap ahli PAS.

Sekian
Sabtu 18.3.2017 jam 2.50 pg

#dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerus sebaik tiba di KLIA dari Jordan bagi melawat janazah Almarhum Cikgu Fauzi - Berbahagialah cikgu atas matlamat perjuangan mu bagi mencari keredhaan Allah)

http://www.facebook.com/drtakiri/

Wednesday, 8 March 2017

*WANITA DALAM ISLAM*

*WANITA DALAM ISLAM*
oleh Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

1. Wanita dalam sebuah masyarakat merupakan gandingan kepada lelaki dalam melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan. Dalam sebuah institusi perkahwinan wanita adalah isteri yang perlu diberikan naungan nafkah dan kasih-sayang. Dalam sebuah isntitusi kekeluargaan dia adalah ibu yang perlu diberikan keutamaan untuk didampingi oleh si anak.

*Wanita Sebagai Anggota Masyarakat*

2. Wanita sebagai anggota masyarakat adalah rakan gandingan bagi lelaki dalam melaksanakan tugasan kemasyarakatan seperti amar makruf nahi mungkar.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ

"Dan orang beriman lelaki dan perempuan mereka adalah pembantu yang berganding bahu antara satu sama lain. Mereka menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mereka menegakkan solat, menunaikan zakat dan mentaati Allah dan Rasul-Nya"
Surah al-Taubah ayat 71

3. Di zaman Nabi saw para wanita seperti Ummu 'Atiyyah dan Ummu Sulaim terlibat dalam peperangan sebagai jururawat yang menguruskan pejuang yang luka, penyedia makanan dan juga sebagai pejuang sendiri. (Hadis Muslim)

*Wanita Bekerjaya*

4. Wanita juga bekerjaya membantu suami dalam pekerjaan. Asma' binti Abu Bakar menceritakan bagaimana beliau membantu suami, Zubair bin al-Awwam, yang belum berharta di awal perkahwinan dalam pekerjaan menternak binatang, menimba air minuman dan mengangkut kurma.
(Hadis Bukhari dan Muslim)

5. Seorang wanita bernama Raitoh isteri kepada Abdullah bin Mas'ud bekerjaya dalam kraftangan. Beliau membantu belanja suaminya dan anaknya hasil usaha tangannya. (Hadis riwayat Ahmad)

6. Ibu saudara Jabir bin Abdillah mengadu kepada Baginda saw kerana beliau dihalang oleh seorang lelaki untuk keluar bekerja memungut buah kurma miliknya selepas menjanda. Baginda saw bersabda: pergilah kamu memotong buahan kamu. Barangkali kamu dapat bersedekah dan melakukan yang makruf" (Hadis riwayat Muslim)

7. Isteri-isteri Nabi saw seperti Aisyah dan Ummu Salamah mengajar para wanita dan menjadi tempat rujuk dan panduan mereka dalam kehidupan.

*Wanita Sebagai Isteri*

8. Wanita sebagai isteri adalah teman hidup bagi lelaki. Mereka diberi hak untuk dilindungi oleh lelaki bergelar suami dengan nafkah kediaman dan makan minum.

Demikianlah Allah berfirman:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ

"Lelaki-lelaki adalah tonggak pengemudi terhadap wanita-wanita disebabkan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada sebahagian mereka berbanding sebahagian yang lain dan disebabkan apa yang mereka belanjakan daripada harta mereka.." surah al-Nisa' ayat 34.

9. Suami wajib memberikan nafkah makan dan minum kepada isteri atas tugasan besar antaranya melahirkan anak. Allah berfirman:
وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
"Dan menjadi kewajipan atas suami yang dilahirkan anak untuknya menyediakan rezki kepada perempuan yang melahirkan anak dan memberi pakaian kepada mereka dengan cara yang makruf"
Surah al-Baqarah ayat 233

10. Mereka adalah pasangan berkasih dan sayang dalam sebuah institusi perkahwinan.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (21)
"Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia mencipta untuk kamu daripada diri kamu pasangan-pasangan untuk kamu beroleh ketenangan dengan bersama mereka dan Dia jadikan antara kamu kasih sayang dan kasihan belas..." surah al-Rum ayat 21.

11. Mereka berhak mendapat layanan terbaik sebagai teman hidup.
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara baik (makruf) maka sekiranya kamu membenci mereka maka barangkali kamu bencikan sesuatu sedang Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak".
Surah al-Nisa' ayat 19

12. Jika mahu dilepaskan mereka daripada ikatan perkahwinan maka lepaskanlah mereka dengan cara yang baik
وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النَّسَاء فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلاَ تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَاراً لَّتَعْتَدُواْ
"Dan apabila kamu mencerai wanita-wanita lalu sampai pada mereka tempoh mereka maka peganglah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan janganlah kamu memegang mereka kerana tujuan memudaratkan agar mereka terus beriddah.."
Surah al-Baqarah ayat 231

*Wanita Sebagai Ibu*

13. Wanita sebagai ibu diberikan hak utama untuk ditemani oleh seorang anak diikuti dengan bapa. Nabi saw ditanya:
مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk mendapatkan dampingan yang baik dariku? Baginda saw menegaskan: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?
Baginda menjawab: "Kemudian ibu kamu."
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa Baginda menjawab: "Kemudian ibu kamu.
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: "Kemudian bapa kamu."
Hadis Sahih Bukhari

14. Demikianlah Islam memelihara hak wanita dalam sebuah masyarakat.
Sekian

Rabu 8hb Mac 2017

Tuesday, 7 March 2017

Meminda Akta 355 Adalah Kewajipan Syarie

Meminda Akta 355 Adalah Kewajipan Syarie

1. Sebagaimana yang telah saya tegaskan dalam ucapan dan tulisan saya sebelum ini, Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965 adalah wajib dipinda. Hal ini kerana Akta itu menghalang 3 kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina daripada dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 kali sebatan.

2. Oleh kerana itu PAS menerusi YB Marang membawa Usul Persendirian di Dewan Rakyat untuk meminda Akta tersebut pada 26 Mei 2016 yang teksnya menyebut:

_"Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan *hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah* yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."_

3. Setelah pelbagai pihak memberikan pandangan, cadangan teks Usul Persendirian telah dipinda dan dibawa ke Dewan Rakyat pada 24 November 2016. Teks cadangan baru ialah:

"Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (BidangKuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dipinda dalam proviso kepada Seksyen 2 dengan menggantikan perkataan *“penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali”* dengan perkataan *“penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah”*.

Teks asal Akta 355 ialah
Seksyen 2
"Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian *tidaklah boleh dijalankan* berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum *"penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.*

4. Usul Persendirian ini telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari ini sebagai Usul ke tujuh iaitu Usul Persendirian pertama selepas Usul Kerajaan.

5. Cadangan pindaan Akta 355 daripada 6 kali sebatan kepada 100 sebatan ini adalah "hukuman yang dibenarkan oleh Undang-undnag Syariah" sebagaimana yang dimaksudkan dalam cadangan awal draf pindaan Akta 355 pada 26 Mei 2016.
Apabila diluluskan Usul ini nanti membolehkan tiga kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

6. Cadangan pindaan Akta 355 daripada 3 tahun penjara kepada tidak lebih 30 tahun penjara dan daripada 5 ribu ringgit denda kepada tidak lebih 100 ribu ringgit denda adalah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Syariat Islam kepada pemerintah dalam kesalahan Takzir. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat nanti pelbagai pihak boleh memberikan pandangan sebelum ianya diluluskan menjadi undang-undang negara.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Selasa 7hb Mac 2017

htpp://www.facebook.com/drtakiri/

Meminda Akta 355 Adalah Kewajipan Syarie

Meminda Akta 355 Adalah Kewajipan Syarie

1. Sebagaimana yang telah saya tegaskan dalam ucapan dan tulisan saya sebelum ini, Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965 adalah wajib dipinda. Hal ini kerana Akta itu menghalang 3 kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina daripada dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 kali sebatan.

2. Oleh kerana itu PAS menerusi YB Marang membawa Usul Persendirian di Dewan Rakyat untuk meminda Akta tersebut pada 26 Mei 2016 yang teksnya menyebut:

_"Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan *hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah* yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."_

3. Setelah pelbagai pihak memberikan pandangan, cadangan teks Usul Persendirian telah dipinda dan dibawa ke Dewan Rakyat pada 24 November 2016. Teks cadangan baru ialah:

"Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (BidangKuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dipinda dalam proviso kepada Seksyen 2 dengan menggantikan perkataan *“penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali”* dengan perkataan *“penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah”*.

4. Usul Persendirian ini telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari ini sebagai Usul ke tujuh iaitu Usul Persendirian pertama selepas Usul Kerajaan.

5. Cadangan pindaan Akta 355 daripada 6 kali sebatan kepada 100 sebatan ini adalah "hukuman yang dibenarkan oleh Undang-undnag Syariah" sebagaimana yang dimaksudkan dalam cadangan awal draf pindaan Akta 355 pada 26 Mei 2016.
Apabila diluluskan Usul ini nanti membolehkan tiga kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina daripada dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

6. Cadangan pindaan Akta 355 daripada 3 tahun penjara kepada 30 tahun penjara dan daripada 5 ribu ringgit denda kepada tidak lebih 100 ribu ringgit denda adalah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Syariat Islam kepada pemerintah dalam kesalahan Takzir. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat nanti pelbagai pihak boleh memberikan pandangan sebelum ianya diluluskan menjadi undang-undang negara.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Selasa 7hb Mac 2017

htpp://www.facebook.com/drtakiri/

Saturday, 4 March 2017

Perbincangan Ilmu & Mahabbah Bersama Dr Asri

Perbincangan Ilmu & Mahabbah Bersama Dr Asri

Perbincangan antara saya dan Dr Asri semalam di Kangar pada 3 mac 2017 berhubung pindaan Akta 355 merumuskan beberapa perkara:

1. Cadangan peningkatan hukuman kesalahan Syariah bersifat takzir kepada 30 tahun penjara dan 100 ribu denda tidak dipersetujui oleh beliau dengan alasan dan hujah tersendiri.

2. Adapun PAS mempunyai rasional dan hujah tersendiri dalam mencadangkan hukuman 30 tahun penjara dan 100k denda sebagaimana juga pandangan mereka yang terlibat dalam sistem perundangan Islam di Malaysia. Namun, tulisan ini bukan ruang untuk perbahasan tersebut.

3. Beliau bersetuju bahawa Akta 355 perlu dipinda pada kadar hukuman 6 kali sebatan ke 100 kali sebatan Syarie sebagaimana tuntutan al-Quran dan Sunnah. 100 sebatan pula perlu dihadkan kepada kesalahan minum arak, Qazaf dan Zina sahaja.

Saya mengambil positif atas persetujuan bersama bahawa Akta 355 perlu dipinda pada kadar sebatan 6 kepada 100 sebatan pada 3 kesalahan tersebut.

Adapun perincian jenis hukuman lebih daripada itu nanti adalah melibatkan pindaan Enakmen di negeri-negeri nanti menerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing. Akta 355 hanyalah akta ibu yang akan membuka laluan kepada negeri-negeri untuk membuat sebarang perubahan dalam enakmen sedia ada, berdasarkan keperluan dan tentunya mesti mendapat perkenan daripada DYMM Sultan di negeri masing-masing.

Semoga perbincangan ini memberi manfaat kepada umat Islam dalam memahami usaha meminda Akta 355.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Sabtu 4 mac 2017

htpp://www.facebook.com/drtakiri/

Friday, 3 March 2017

MP Kuala Nerus Nafi Kenyataan Tentang Kereta Mewah

MP  Kuala Nerus nafi kenyataan tentang kereta mewah

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Khairudin Aman Razali At Takiri menafikan laporan akhbar The Star yang menyebut kononnya beliau ada menyatakan secara angkuh bahawa beliau boleh membeli apa sahaja termasuk lori dan kapal terbang

Sedangkan kata beliau, ayat asal yang disampaikan kepada wartawan The Star itu hanyalah menyatakan secara umum sahaja.

Kata beliau lagi, pihaknya ada menghubungi wartawan The Star agar membetulkan semula berita yang disiarkan pagi tadi memandangkan masih ada kenyataan yang disalahtafsir oleh pihak berkenaan.

Beliau mengesahkan hanya membuat kenyataan umum tentang hak pemilikan kenderaan dan tidak merujuk kepada dirinya sendiri.

Beliau berkata: "Setiap orang sama ada kaya atau miskin mempunyai hak memiliki apa sahaja kenderaan yang dia mahu dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing sama ada basikal, motosikal, kereta, lori atau kapal terbang.

"Saya tidak membuat kenyataan lain daripada itu. Mana-mana media yang melaporkan sebaliknya boleh diambil tindakan undang-undang", katanya kepada Harakah hari ini menolak laporan tersebut yang baginya hanya mengundang fitnah kepada beliau.

Beliau menegaskan kenyataan itu tidak merujuk kepada dirinya sendiri.

"Itulah adalah kenyataan umum menjelaskan prinsip Islam dalam pemilikan harta. Saya tidak bercakap tentang diri saya."tegasnya.

Beliau menekankan bahawa "setiap orang boleh membeli basikal atau kereta kancil untuk kegunaan dirinya menurut kemampuan masing-masing".

Tambah beliau, hanya golongan sosialis yang mempertikaikan pemilikan harta manusia dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS SelangoR, Ustaz Muhammad Najhan Abd Halim pula berkata, dalam Islam, seorang pemimpin boleh memiliki kenderaan yang baik jika dia mampu apatah lagi jika ia datang dari hasil perniagaan sendiri setelah mana dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada rakyatnya dari sudut bantuan dan sebagainya.

Apatah lagi tambahnya jika kenderaan yang baik digunakan ke sana sini bersama keluarga dan anak-anak kecil yang ramai berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan pelbagai lokasi ceramah menjangkau ribuan kilometer sebulan.

"Memiliki kenderaan yang baik adalah sunat dalam Islam sebagaimana sabit dalam hadis", ujar beliau lagi.

Isu ini menjadi panas apabila the star membuat laporan salah mengaitkan Khairuddin sebagai berkata "saya mempunyai hak untuk membeli kereta mewah". Laporan salah itu mengundang persepsi pelbagai oleh khalayak. The star hari ini telah membetulkan semula kenyataan salah itu. - HARAKAHDAILY 24/2/2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44395-mp-kuala-nerus-nafi-kenyataan-tentang-kereta-mewah

Ziarah Mufti Perlis

Alhamdulillah. Pagi ini sempat menziarahi sahabat saya Sohibus Samahah Dato' Dr Asri di kediaman beliau di Kangar atas semangat ukhuwwah yang sudah sekian lama terjalin. Banyak perkara dapat dibincangkan hampir 2 jam secara harmoni dalam suasana ukhuwwah melibatkan pelbagai isu politik tanah air termasuk isu Pindaan Akta 355 untuk memahami sudut dan titik bersama yang mesti diperkasakan dan titik perbezaan yang boleh diambil sikap saling menghormati. Terima kasih atas persahabatan ini. Moga ziarah ini bermanfaat untuk Islam dan umatnya.

Dr Khairuddin at-Takiri
Kangar, Perlis jumaat 3.3.2017 jam 12.30 tghri.

http://www.facebook.com/drtakiri/

Memandu Umat Dengan Ilmu

*Peringatan Diri*

*Memandu Umat Dengan Ilmu*

1. Kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu umat Islam lebih memahami agamanya seterusnya beramal dengannya.

Allah berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33)

"Dan siapakah yang lebih baik ucapannya berbanding orang yang menyeru ke jalan Allah dan beramal soleh dan dia berkata sesungguhnya saya dari kalangan orang Islam..."
surah Fussilat ayat 33

2. Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Nabi saw menceritakan tentang seorang lelaki yang membunuh sembilan puluh seorang lalu berhasrat untuk bertaubat. Lalu mencari seorang berilmu untuk meminta panduan. Namun, beliau telah ditunjukkan untuk menemui seorang yang kuat ibadah lalu memberikan panduan yang salah menyebabkan beliau menjadi mangsa pembunuhan ke seratus lelaki yang ingin bertaubat tersebut.

3. Panduan yang silap menjadikan si berdosa menambahkan lagi dosa.

4. Maka usahakanlah dengan ilmu yang ada bagi memandu manusia ke jalan kebenaran.

Sekian.

Dr Khairuddin at-Takiri

http://www.facebook.com/drtakiri/