PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Wednesday, 27 August 2014

PENGHARAMAN PUKAT TUNDA PERLU OBJEKTIF

PENGHARAMAN PUKAT TUNDA PERLU OBJEKTIF

27hb Ogos 2014

Masyarakat antarabangsa telah lama membincangkan pengharaman pukat tunda kerana ia menjejaskan ekosistem dan kerosakan habitat ikan.

Seorang penyelidik di Institut Zoologi London, Dr. Alex Rogers pernah membentangkan hasil kajiannya di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekitar tahun 2006 untuk menyeru negara-negara mengharamkan aktiviti pukat tunda tersebut. Daripada hasil kajian beliau, Amerika Syarikat, Australia, Brazil dan Jerman adalah antara negara yang menyokong pengharaman tersebut.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga telah menyuarakan gesaan yang sama kepada kerajaan sejak tahun 2011. Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah bersetuju untuk menjalankan kajian terperinci berhubung perkara ini pada tahun 2013. Kemudian, pada awal bulan yang lalu, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan pula menyatakan bahawa pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelia kajian mengenai pemasalahan ini.

Mengapa perkara ini lewat diselesaikan oleh pihak kementerian walhal kita sedang berhadapan dengan masalah bekalan ikan di pengairan yang semakin mengecil dan krisis makanan ekoran daripada kegiatan pukat tunda tersebut? Terdapat beberapa isu utama yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini dengan segera bagi memastikan kelangsungan bekalan ikan di negara ini terjamin.


Pertama, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilakukan untuk menahan dan mengenakan tindakan terhadap kira-kira 600 vesel nelayan pukat tunda yang menceroboh Zon A setiap tahun kerana melanggar Akta 317 (Akta Perikanan 1985). Secara purata hampir 175,000 tan metrik anak ikan ditangkap dalam setahun oleh nelayan pukat tunda. Tindakan tegas juga perlu dilakukan terhadap vesel-vesel pukat tunda asing yang menceroboh kawasan pengairan khususnya di Sarawak.

Kedua, Kerajaan digesa untuk menguatkuasakan larangan vesel pukat tunda yang menggunakan saiz mata di bawah ukuran 38 milimeter khususnya di Zon B dan Zon C. Kita perlu mencontohi negara-negara ASEAN yang lain yang telah menetapkan penggunaan baru bersaiz 60 milimeter. Buat masa ini, agak sukar pengharaman dilakukan secara total kerana ia boleh menjejaskan industri perikanan negara. Pendaratan ikan yang disumbangkan oleh pukat tunda merangkumi kira-kira 47.96% daripada 1.47 juta tan metrik setahun.

Ketiga, siasatan perlu dilakukan secara terperinci mengenai korelasi permintaan terhadap anak-anak ikan dan keperluannya di dalam sektor industri akuakultur. Sekiranya hasil pengeluaran industri akuakultur yang digunakan untuk makanan mencecah hampir sejuta tan metrik setahun daripada sumber itu, maka sudah tentu permintaan terhadap anak-anak ikan juga akan tinggi. Ini secara tidak langsung menyukarkan proses pengharaman ini. Maka, mekanisme bio teknologi alternatif yang efisyen perlu diwujudkan bagi memenuhi permintaan industri akukualtur tersebut.

Pengharaman pukat tunda perlu dilakukan secara objektif. Perkara asas yang perlu dititikberatkan ialah bekalan ikan dan krisis makanan di negara ini. Ia perlu dikonservasi secara bijak tanpa menjejaskan pendapatan para nelayan di negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini perlu disegerakan tanpa bertangguh memandangkan lebih sedekad ia telah disuarakan oleh pelbagai pihak.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Tuesday, 19 August 2014

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN YANG BELUM BERPENGHUJUNG

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN YANG BELUM BERPENGHUJUNG
Oleh :
YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Tarikh : 18 Ogos 2014

Gaza tidak pernah sunyi daripada hentaman roket dan bom yang menyebabkan rakyatnya terbunuh dan segala bangunan serta infrastruktur di dalamnya runtuh dan ranap. Serangan dalam ‘Operation Protective Edge’ oleh Israel terhadap Gaza yang bermula 8 Julai lalu, sehingga kini telah mengorbankan lebih 2000 orang rakyat awam Palestin.

Angka kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan ribuan penempatan serta pemaksaan ke atas 1.8 juta rakyat Palestin untuk berhimpit bagi mendiami sebuah bandar kecil itu telah mengundang kecaman antarabangsa.

Lebih mendukacitakan, menurut laporan oleh PBB, sekurang-kurangnya 425,000 orang pelarian di Semenanjung Gaza kini ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan dan juga bersama keluarga angkat. Hampir 12,000 buah rumah pula telah musnah dan rosak teruk akibat serangan udara yang dilakukan Israel.

Beberapa sesi rundingan damai yang telah diusahakan oleh Mesir telah berjaya menatijahkan dua siri genjatan senjata yang bersambungan setelah peperangan berlaku selama sebulan. Genjatan senjata siri pertama selama 72 jam diikuti dengan siri kedua selama 5 hari setidak-tidaknya memberi ruang kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan serta mencari tempat tinggal baru untuk mereka berteduh.

Siri kedua genjatan sejata selama 5 hari akan berakhir pada malam ini. Rundingan damai bagi mengusahakan tempoh aman antara kedua-dua pihak yang lebih lama dilihat tidak berkesampaian apabila Israel enggan menunaikan tuntutan kata sepakat wakil Palestin. Antara tuntutan penting oleh wakil Palestin dalam rundingan damai itu ialah supaya Israel segera menghentikan pencerobohan ke atas Palestin, menamatkan perang ke atas Gaza dan membuka sepenuhnya kepungan ke atas Gaza yang telah dibuat selama 8 tahun.

Mewakili Palestin, HAMAS memahami benar kejahatan dan kelicikan Israel untuk memanfaatkan masa bertenang dalam tempoh genjatan senjata itu untuk memperluaskan pencerobohan dan jajahan ke atas Palestin secara halus dan senyap. Jika ia dibiarkan, semakin besarlah tanah Palestin akan terjajah. Oleh itu, tiga perkara yang dikemukakan oleh delegasi Palestin itu amat penting untuk dijadikan syarat perdamaian antara kedua-dua pihak.

Keterkinian maklumat-maklumat seperti yang dinyatakan ini tidak mudah untuk merumuskan penyelesai konflik Israel-Palestin yang telah tercetus selama hampir 70 tahun. Rakyat Palestin khususnya Gaza telah tersangat menderita menanggung akibat pencerobohan tentera Israel yang sangat menyeksakan mereka.

Ide menamatkan konflik ini secara “two state solution” atau mendakwa Israel ke Tribunal Perang Antarabangsa atau membicarakannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau juga penyelesaian-penyelesaian yang lain, tidak mudah untuk direalisasikan. Campur tangan kuasa besar seperti Amerika yang bersandiwara mengecam tindakan Israel pada masa sama membekalkan bantuan kewangan dan persenjataan kepada Israel bagi terus membantai Palestin akan menyebabkan keadaan sedia ada bertambah rumit dan parah.

Namun demikian, atas rasa kemanusiaan sejagat dan demi kebenaran serta keadilan, bagi membela mangsa buas Israel, seluruh manusia perlu terus menyokong rakyat Gaza dan berusaha membantu mereka. Tindakan memboikot Israel, memberi sumbangan kewangan dan memanjatkan doa untuk rakyat Gaza amat wajar sekali untuk diteruskan.

Sebagai seorang muslim, kita wajib beriman bahawa Palestin akan diberikan “kemerdekaan” oleh Allah s.w.t. pada suatu hari nanti dan hari berkumpulnya Yahudi di Palestin itu adalah hari binasa buat mereka. Itulah penyelesaian konflik Israel-Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Monday, 18 August 2014

Muhyiddin, isu Selangor pengajaran buat Umno - Timmy Say

Muhyiddin, isu Selangor pengajaran buat Umno
August 18, 2014

Timmy Say

Walaupun Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.

Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.

Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian PAS diketahui semalam.

Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, PAS dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan PAS iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.

Dakwaaan PAS menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian PAS semalam.

Dakwaan bahawa PAS berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.

Geng yang menuduh PAS tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.

Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, PAS tetap dengan komitmen bersama PR.

PAS tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.

Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya samada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.

PAS menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. PAS pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong PAS, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.

PAS menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. PAS tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi PAS, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, PAS bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran DUN pada masa itu, ingatlah ia bukan salah PAS lagi.

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyifatkan apa yang berlaku di Selangor sebagai ‘luar tabie’. Bahasa melambangkan watak, jadi penulis tidak perlu mengulas lanjut mengenai perwatakan beliau.

Tapi Noh Omar sedar tak, yang lebih luar biasa di Selangor ialah ketidakmampuan Umno Selangor untuk melakukan apa-apa untuk mengocak situasi dan mengambil kesempatan politik yang begitu meruncing di antara parti-parti komponen PR.

Dengan berbekalkan 12 kerusi DUN, yang Umno boleh buat hanyalah bermain batu api. Tapi itu pun tidak menjadi, apabila exco Selangor daripada PAS Sallehin Mukhyi membuat pendirian tegas akan keluar daripada kerajaan Khalid jika ada Adun Umno yang dilantik menjadi exco.

Kenyataan Sallehin adalah satu langkah cermat menutup segala lubang untuk Umno melakukan sabotaj. Ia adalah langkah “checkmate” kepada Umno Selangor, cuma rakan-rakan Pakatan tidak faham kerana dibutai oleh kemarahan kepada Khalid yang baru memecat exco-exco daripada DAP dan PKR.

Perkara yang paling besar untuk disedari Umno-BN di dalam episod di Selangor ini ialah jangan pandang lemah pada kredibiliti dan komitmen PAS, dan jangan lagi cuba menangguk di air keruh setiap kali berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin PAS.

Barangkali itulah pengajaran yang dimaksudkan oleh Muhyiddin – bagaimana tertekan sekalipun, jangan harap PAS mengkhianati sahabat mereka. Sejarah membuktikannya. Dan pada 17 Ogos 2014, PAS membuktikannya sekali lagi. – 18 Ogos, 2014

Tahniah kepada Presiden PAS

Tahniah kepada Presiden PAS

1. Keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pasa 17hb ogos 2014 adalah terbaik untuk suasana sekarang menggambarkan kebijaksanaan Presiden PAS dalam berpolitik.

2. Tan Sri Khalid tidak digugurkan daripada jawatan MB oleh PAS kerana keputusan Majlis Syura Ulamak ialah mengekalkan TSKI sebagai MB selagi tidak melanggar amanah.

3. Tetapi apabila 2 ADUN PAS telah bertindak sendiri dengan menyokong DAP dan PKR maka TSKI tidak lagi mempunyai majoriti yang menyebabkan dia gugur dengan sendirinya daripada perjawatan MB.

4. Justeru gugurnya TSKI bukanlah kerana keputusan PAS untuk menggugurkannya tetapi kerana realiti yang berlaku dan mesti diterima apabila 2 Adun tidak lagi bersama 13 Adun PAS yang lain.

5. Maka berdasarkan realiti dan waqi' semasa tersebut maka PAS mencadangkan nama kedua selain yang diputuskan oleh PKR dan DAP iaitu YB Azmin untuk diangkat kepada pihak istana.

6. PAS menerusi pendirian Presiden dan keputusan Majlis Syura Ulamak telah mempertegaskan prinsip Islam dalam mengekal atau menggugur seorang MB yang telah dilantik iaitu dengan merujuk kepada amanah sama ada dilanggar atau tidak. Ia kekal menjadi sejarah untuk dirujuk oleh pimpinan PAS terkemudian.

Dr Khairuddin at-Takiri

Sunday, 17 August 2014

KENYATAAN MEDIA 17 OGOS 2014 SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR

KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2014
SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. 

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS  akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan  perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Saturday, 16 August 2014

Wala' Dalam Berjamaah

WALA' DALAM BERJAMA'AH - YB DR KHAIRUDDIN AMAN RA…: http://youtu.be/n3K0AkKI9pw

Tahap Keselamatan Perairan Malaysia Perlukan Penjelasan Kerajaan

Tahap Keselamatan Perairan Malaysia Perlukan Penjelasan Kerajaan

Oleh Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

1. Kerajaan dituntut memberi penjelasan yang meyakinkan berhubung tahap keselamatan di seluruh kawasan pengairan Malaysia. Isu ini ditimbulkan kerana beberapa kes serangan dan rompakan berlaku terhadap kapal-kapal komersial sehingga membabitkan kerugian jutaan ringgit.

2. Daripada data yang dilaporkan, sebuah kapal Jepun yang membawa muatan 5 juta diesel dirompak di pengairan Pulau Ketam pada bulan April 2014. Kemudian, pada bulan Jun 2014, kapal dagang MT AI MARU juga dirompak di kawasan Timur Laut Sedili, Johor. Sebulan selepas itu, rompakan berlaku terhadap kapal kargo minyak MT Oriental Daily di pengairan Laut China Selatan. Kesemua kes ini dipercayai dilakukan oleh lanun.

3. Isu keselamatan pengairan negara khususnya di kawasan Selat Melaka sering menjadi tumpuan samada di peringkat rantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura mahupun di peringkat dunia. Tiga kes rompakan lanun yang berlaku kira-kira 4 bulan lalu menjadi tanda tanya bagaimana tahap sebenar keselamatan di pengairan tersebut.

4. Walhal, Malaysia terlibat dalam kerjasama maritim samada tiga hala melalui mekanisme Tripartite Technical Expert Group on the Safety Navigation (TTEG) dan mekanisme kerjasama yang melibatkan keanggotaan yang lebih besar iaitu dikalangan negara-negara persisir pantai, negara-negara pengguna dan industri perkapalan antarabangsa.

5. Oleh yang demikian, agensi-agensi penguatkuasaan maritim seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) harus menunjukkan sejauhmana kapasiti mereka bagi membanteras proliferasi kegiatan lanun yang merbahaya di kawasan pengairan negara.

6. Kita juga melahirkan kebimbangan terhadap isu kedaulatan negara apabila berlaku perubahan kerjasama kawalan keselamatan maritim yang melibatkan multilateral. Ini kerana penglibatan International Maritime Organization (IMO) pasca 11 September mengundang curiga terhadap isu kedaulatan negara.

7. Maka, kerajaan Malaysia wajar memberikan penjelasan berhubung tahap keselamatan di kawasan pengairan dan sejauhmana keberkesanan kerjasama maritim dalam membendung ancaman yang berlaku termasuk peranan IMO yang berkemungkinan mengundang rasa kurang senang dalam menjaga kedaulatan negara.

YB Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu 16 Ogos 2014

Wala' dalam berjamaah

Tonton "WALA' DALAM BERJAMA'AH - YB DR KHAIRUDDIN AMAN RA…" di YouTube - WALA' DALAM BERJAMA'AH - YB DR KHAIRUDDIN AMAN RA…: http://youtu.be/n3K0AkKI9pw

Mat Kilau

Mat Kilau pahlawan islam menentang penjajahan di Pahang

Kenyataan YB Hasnul Baharudin, ADUN Morib berhubung dakwaan khianat ke atas beliau dan YB Saari Sungip.

Kenyataan YB Hasnul Baharudin, ADUN Morib berhubung dakwaan khianat ke atas beliau dan YB Saari Sungip.

 

Assalamualaikum.

Tindakan PAS sengaja utk melambatkan usaha melantik Menteri Besar baru adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif dan 10/8 sengaja ditunda ke 13/8 dan ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah suatu tindakan paling tidak munasabah. Kita Pakatan Rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau Sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya sampai setuju. Tapi PAS terus ambil sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutamanya bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor takut utk memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.

Saya yang menyokong Pakatan Rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin. Inikah parti Islam yg kita agung-agungkan? Kalau di Kelantan atau Kedah mungkin boleh tapi ini Selangor. Jauh beza keadaannya. Kita mesti mengambilaa hati pengundi khasnya bangsa Cina.

Macam mana Exco yg bersekongkol dengan MB Bebas gila kuasa dan memecat semua Exco Pakatan Rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala’ dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon Ahli Majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 Pakatan Rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat dan kuat berfoya-foya. Majlis Syura Ulamak tahu tak maklumat ini? Kalau tak tahu tanyalah. Jgn butakan mata!

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan TSKI sampai setengah mati terutamanya Pesuruhjaya PAS Selangor tu?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan PAS dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita yg menghancurkan PR. Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan PAS Selangor.

 

Hasnul b Baharuddin ADUN Morib

Kenyataan Media Solahuddin NAIB PRESIDEN PAS

Kenyataan Media (14 Ogos 2014)
NAIB PRESIDEN PAS
 
PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.
 
Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.
 
Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.
 
Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya. Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).
 
Isu Nepotisma dan intergriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah - keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,’the interest of the many, outweigh the interest of the few’.
 
Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah. Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...
 
Sebegitu juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada dikalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats'! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.
 
Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda. PAS juga pernah mengalami krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.
 
PAS perihatin di dalam hal ini, bersama PKR & DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"
 
Justeru itu, di dalam pencalonan bakal Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.
 
Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma dan nepotisma. Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. ‘So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...’
 
InsyaALLAH, ‘give us until 17th of August’ untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR, sentiasa berkobar  untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO / Barisan Nasional (BN), amin!
 
 
HAJI SALAHUDDIN AYUB
Naib Presiden PAS.

Kenyataan Media Husam Musa: Tan Sri Khalid Ibrahim Cukup Memperalatkan PAS

Kenyataan Media: Tan Sri Khalid Ibrahim Cukup Memperalatkan PAS

Saya memerhatika.n pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.

Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama PAkatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.

Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini ?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?

Tan Sri memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAs tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat Exco dari PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dahulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.

Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.

Dengan ini, Tan Sri telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan Tan Sri masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya UMNO di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan UMNO melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini.

UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.

Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 13 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.

Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.

Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS campur 13 ADUN UMNO campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 29 ADUN dari 58 jumlah ADUN.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat simple majority dari awal, sekalipun jika PAS dan UMNO sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih dari segala-galanya.

Sementalah PAS dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan 'jual beli kuda taruhan' .

Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup.

Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?

Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan DUN?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oelh parti gabungan yang lain.

Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.

Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.

Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.

Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014.

Monday, 11 August 2014

Zaman di mana pembohong dipercayai, orang amanah dianggap khianat, orang jahil berbicara perkara besar

Tazkirah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Zaman di mana pembohong dipercayai, orang amanah dianggap khianat, orang jahil berbicara perkara besar

1. Nabi saw bersabda;

سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ ، يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ ، ويخونُ الأمينُ ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامة
ِ
Maksudnya: "akan datang kepada manusia tahun-tahun penuh tipu daya di mana dipercayai para pembohong dan orang yang bercakap benar dianggap pembohong. Pengkhianat diberikan amanah. Orang yang amanah dianggap khianat. Sementara "Ruwaibidoh" berbicara. Baginda ditanya; apa itu Ruwaibidoh? Nabi saw menjelaskan "Orang yang bodoh dan dangkal berbicara tentang perkara besar melibatkan orang ramai"

Hadis dinilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani rahimahullah.

2. Hadis diatas adalah sebahagian mukjizat Nabi saw. Baginda saw menjelaskan zaman mendatang yang akan dilalui oleh umat manusia selepas baginda saw.

3. Di zaman dunia maklumat tanpa sempadan menerusi media maya pelbagai berita dan tuduhan dengan mudah berlegar dan dipercayai oleh orang ramai. Akibatnya para pembohong di alam maya dipercayai perkhabaran mereka. Golongan yang bercakap benar pula dipertikaikan kebenarannya dan dianggap berbohong.

4. Kesan media baru dan pemberitaan maya yang diterima semua pemberitaannya tanpa tapisan dan penyelidikan akan berlakulah mereka yang amanah dihukum pembohong manakala golongan pembohong yang berulang kali berbohong dianggap bercakap benar.

5. Nabi saw mengajar kepada kita untuk tidak berbicara dan menyebarkan semua berita yang didengari sebagai satu cara berhati-hati dan menapis maklumat. Nabi saw bersabda:
كفى بالمرءِ كذبًا أن يُحَدِّثَ بكلِّ ما سمِع
Maksudnya: "cukuplah pembohongan seseorang apabila menceritakan kepada orang lain semua apa didengarinya".

Hadis diriwayat oleh Muslim di awal kitab Hadis Sahihnya.

Menyebarkan setiap berita yang didengari tanpa tapisan adalah satu pembohongan kerana barangkali berita itu adalah satu kepalsuan.

6. Pelbagai tuduhan yang mencarikkan reputasi golongan amanah disebarkan tanpa batasan. Sebaliknya orang awam menerima tuduhan sebagai satu kesalahan. Maka tertuduh sudah dinilai bersalah sebelum dibuktikan bersalah.

7. Islam mengajar kaedah pertuduhan iaitu "bukti dan keterangan menjadi kewajipan orang yang mendakwa dan sumpah penafian menjadi kewajipan orang yang menafikan dakwaan". Juga "seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah".

8. Islam mengajar kaedah menerima pemberitaan iaitu jangan menerima berita daripada golongan fasik melainkan selepas diselidiki kebenarannya dan diselidiki hakikat sebenar yang berlaku daripada sesuatu kejadian yang diberitakan.

9. Maksudnya asas kepada pemberitaan golongan fasik ialah ditolak pemberitaannya sehingga diselidiki dan diminta penjelasan. Jika penyelidikan gagal dilakukan maka kekallah berita itu tanpa dapat diterima. Jika penjelasan gagal diperolehi maka kekallah berita itu tertangguh tidak diterima.

10. Allah berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: "wahai orang-orang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik dengan satu berita maka dapatkankah penjelasan (dan bukti) bimbang kamu timpakan satu kaum disebabkan satu kejahilan lalu kamu menjadi orang yang menyesali atas apa yang kamu lakukan"

Surah al-Hujuraat; 6َ

11. Ayat di atas menggunakan ungkapan "tabayyanu" yang bermaksud dapatkanlah penjelasan. Hal ini kerana barangkali berita itu benar berlaku tetapi hakikat sebenar di sebalik berita itu ialah luar daripada sangkaan kita.

12. Dalam satu Qiraat lain menggunakan ungkapan "tathabbatu" yang bermaksud hendaklah diselidiki kebenarannya. Ia bermaksud setiap berita perlu diselidiki adakah ia benar-benar berlaku. Kemudian, berita itu mungkin juga benar-benar berlaku tetapi hakikat sebenar di sebalik apa yang berlaku di luar daripada sangkaan seseorang.

13. Justeru, apabila datang sebarang berita daripada orang fasik maka selidikilah kebenaran berita dan dapatkanlah penjelasan dan pencerahan terhadap sesuatu berita yang diterima.

14. Hari ini, sekeping gambar dilontarkan di alam maya oleh orang politik untuk membentuk satu spekulasi. Maka berbicaralah orang ramai dengan pelbagai spekulasi. Inilah satu pembohongan. Spekulasi adalah pembohongan.

Nabi saw bersabda;
إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ
Maksudnya: "jauhikanlah sangkaan kerana sangkaan adalah bicara yang paling bohong".
Hadis Sahih Bukhari

Apa yang perlu dilakukan ialah bersangka baik atau dapatkan penjelasan daripada sekeping gambar.

15. Media melontarkan pemberitaan tuduhan lalu menunggu orang yang tertuduh menjawab. Sementara menanti jawapan tertuduh, pelbagai komentar diberikan oleh orang awam berasaskan keyakinan mereka terhadap tuduhan. Kesannya tertuduh dizalimi haknya. Reputasinya tercalar.

16. Di media maya hari ini setiap orang membuat komentar berasaskan maklumat yang dangkal. Semua orang ingin berbicara hatta dalam perkara besar melibatkan pengurusan dan pentadbiran negara yang mereka tiada ilmu tentangnya. Inilah yang disebut oleh Nabi saw sebagai "Ruwaibidoh".

Moga Allah menyelamatkan kita daripada terperangkap dengan suasana ini.

Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Isnin 11 ogos 2014

Sunday, 10 August 2014

Ajk PAS Kuala Nerus bergambar kenangan

Sebaik berakhir mesyuarat agong PAS kawasan Kuala Nerus yang ke 54 semua ahli jawatankuasa PAS kawasan mengambil gambar kenangan

Reunion Lepasan Thanawi 1989-1992

Sempat mengambil masa bertemu beberapa sahabat lepasan Thanawi 1989-1992 di Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk di rumah Ust Azmi, penasihat undang-undang sebuah bank Islam di KL

Saturday, 9 August 2014

Dato Hj Ahmad Yaakub rasmi mesyurat agong PAS Kuala Nerus

Dato Hj Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan merasmikan mesyuarat agong PAS kawasan Kuala Nerus pada hari ini 9 ogos 2014. Mesyuarat dihadiri lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati

Tuesday, 5 August 2014

Cabaran Pakatan Rakyat

CABARAN PAKATAN RAKYAT

1. Pakatan Rakyat yang mula terbentuk selepas PRU ke 12 telah berjaya membangkitkan gelombang rakyat menolak Barisan Nasional. Daripada hanya sebuah negeri diperintah oleh pembangkang pada 2004 menerusi PAS di Kelantan pembangkang menambah kekuatan menjadi 5 negeri iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

2. PRU ke 13 pula menyaksikan 84% dari 13,268,002 pe­ngundi menjadi penentu di 222 kawasan Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak. BN hanya memenangi 133 kerusi kurang 15 kerusi untuk majoriti dua pertiga. PR bertambah bilangan kerusinya dari 82 kepada 89 dengan DAP 38, PKR 30 dan PAS 21 iaitu kurang 23 kerusi untuk majoriti mudah.

3. Meskipun kerusi parlimen PR meningkat, namun, kerusi PAS menyusut tinggal 21 daripada 23 kerusi sebelumnya.  Manakala PKR pula daripada 31 kerusi parlimen menjadi 30 kerusi.

4. Parti yang berjaya ialah DAP yang menambah 10 lagi kerusi parlimen menjadi 38 kerusi. DAP meningkat daripada 12 kerusi parlimen pada 2004 kemudian 28 kerusi pada 2008 dan sekarang 38 kerusi parlimen.

5. Di pihak BN pula, meskipun menyusut kerusi parlimennya tetapi sebaliknya kerusi  UMNO semakin meningkat daripada 79 pada 2008 kepada 88 kerusi pada 2013. Sementelah pula, 79 kerusi UMNO menang pada 2008 adalah daripada 117 yang ditandingi manakala 88 kerusi  pada 2013 adalah daripada 121 kerusi yang ditandingi. Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), UMNO berjaya menguasai 242 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertandingkan berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008. 

6. Penyusutan PR juga berlaku pada penguasaan negeri PR. Hanya 3 negeri PR berjaya dikekalkan. Kedah terlepas ke tangan BN akibat pertembungan dan pertelingkahan sesama sendiri. Perak yang jatuh angkara lompat parti wakil rakyat DAP dan PKR gagal dikembalikan. Namun, negeri Terengganu hampir berjaya dikuasai PAS dengan 14 kerusi PAS 1 PKR dengan BN mendapat 17 kerusi.

7. Selangor dan Pulau Pinang menyaksikan kekuatan Pakatan Rakyat meningkat. BN hanya mendapat 12 kerusi berbanding PR 44 kerusi dengan PAS 15, DAP 15 dan PKR 14.

8. Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor dengan penglibatan 3 parti. MB dilantik dengan keputusan bersama. Kejayaan MB Selangor sepanjang 2008-2013 memacu negeri menjadi taruhan PR Selangor sehingga menimbulkan cemburuan BN. Ketelusan dan kejayaan pentadbiran Selangor menggugat Putrajaya.

9. Kerajaan Pulau Pinang pula  dibentuk hanya dengan penglibatan DAP dan PKR tanpa PAS yang hanya menang 1 kerusi.

10. Pasca PRU ke 13 menyaksikan pelbagai isu dan pergolakan timbul di kalangan Pakatan Rakyat. Antaranya melibatkan isu-isu agama seperti Hudud, kalimah Allah dan hak untuk murtad.

11. Terkini krisis melibatkan MB Selangor. PKR membuat keputusan menggugurkan MB Selangor kerana ketidakpuasan hati terhadap beberapa isu melibatkan urustadbir negeri Selangor. DAP menyokong. PAS sejak Kajang Move digerakkan akhir Januari 2014 sehingga hari ini berpandangan MB Selangor perlu dikekalkan selagi tiada sebab syarie seperti rasuah dan penyelewengan.

12. Krisis terakhir ini menimbulkan perdebatan dan saling berbalas pandangan di media oleh pimpinan dan ahli 3 parti dalam PR. Terkini Dato Seri Anwar tidak menolak jika pilihanraya negeri berlaku untuk melancarkan peralihan kuasa MB Selangor.

13. Melihat pada senario ini kesimpulan boleh dibuat oleh rakyat masih banyak yang perlu dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang masih muda ini.

14. Perbezaan dasar ketiga-tiga parti dengan jurang cara berfikir yang besar bukanlah suatu yang mudah untuk diselaraskan. Kesatuan mereka hanya satu iaitu menghadapi BN sebagai satu alternatif kerajaan baru menggantikan BN.

15. Sikap saling menghormati dasar dan pendirian setiap parti perlu dipupuk. Pandangan kontroversi perlu diselesaikan di meja rundingan bukannya di media. Isu Hudud perlu dihormati sebagai isu mendasar yang telah diperjuangkan sejak sebelum pembentukan PR. Isu kalimah Allah perlu ditangani dengan bijak tanpa kontroversi dengan merujuk kepada Islam sebagai agama Persekutuan. Isu murtad bukan bahan percaturan politik PR.

16. Keputusan besar melibatkan maslahat bersama seperti isu MB Selangor perlu diselesaikan bersama sebelum dimediakan dan disensasikan. Bukannya dengan bertindak sendiri lalu seakan memaksa pihak lain hanya sekadar mengikut apa yang telah diputuskan.

17. Laluan ke Putrajaya masih jauh. BN masih lagi kuat dan sedang membina kekuatan. Pergolakan dalam negeri Selangor tidak membantu meyakinkan rakyat untuk PR ke Putrajaya

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 5 ogos 2014

Kenyataan Media Dwn Pemuda PAS Pulau Pinang isu penganjuran 'Penang Nude Sports Game'.

Kenyataan Media Dwn Pemuda PAS Pulau Pinang isu penganjuran 'Penang Nude Sports Game'.

1. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang amat kesal & membantah keras penganjuran program 'Penang Nude Sports Game' yang dilaporkan diadakan di pulau rahsia berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang seperti yang dipaparkan dalam laman http://vimxxx.com/m/97390635.

2. Penang Nude Sports Game' yang boleh ditonton videonya dari pautan laman web tersebut jelas membelakangkan adab tatasusila masyarakat Malaysia sekaligus menyinggung sensitiviti umat  Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan.

Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini.

3. Dengan kadar segera, kami  mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) & pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat & mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yg turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5/12/2014 kelak (berdasarkan komen dari laman 'vimeo' tersebut).

Program sangat tidak bermoral seperti ini tidak boleh berulang lagi.

4. Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan & garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemaskini supaya selari dengan Syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia selain dipertingkatkan penguatkuasaannya dari masa ke semasa.

Sekian.

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

5 Ogos 2014 / 9 Syawal 1435H

Sedutan Berita Akhbar, Selasa, 5 Ogos 2014.

Sedutan Berita Akhbar,  Selasa,  5 Ogos 2014.

Berita Nasional.

1) Pasukan Malaysia belum dapat masuki kawasan nahas MH 17.

2) Waris mangsa MH 17 terima RM 160,000 @ AS $50,000 dlm masa terdekat.

3) Petronas sediakan peruntukan RM 67 juta bantu operasi SAR MH 370.

4) Wajib henti niaga dengan pihak musuh Islam kata mufti pahang.

5) Ngo sahut seruan boikot barangan penyokong Israel.

6) Khalid komited jaga kebajikan rakyat.

7) Pkr mahu kemuka 20 muka surat integriti MB Selangor.

8) Dakwaan saifuddin tuduhan liar kata khalid.

9) Wan Azmi perlu beri penjelasan. Rakyat mahu tahu nilai sebenar splash.

10) Ghani Patail perlu berundur kata puad zarkhasi.
11) 10,159 pati ditahan dalam tempoh 5 bulan tahun ini.

12) Cheng Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia bayar ikat jamin bekas pemandu karpal.

13) Saifuddin dedah khalid salah laku, khalid beri amaran akan saman saifuddin, Azmin Ali marah kerana tak dirujuk.

14) Wan Azizah akui akan terus menerima nasihat dan arahan suaminya.

15) Peguam Negara minta tanya Polis isu pendakwaan terpilih.

16) Warga Afrika sasar wanita tempatan sindiket penipuan love scam. Perdaya mangsa hingga rugi jutaan ringgit.

Berita Antarabangsa.

1) Israel angkuh, tawan Gaza lagi seminggu.

2) Zionis ragut 1,822 rakyat palestin,400 darinya adalah kanak kanak.

3) Perang Ekonomi boleh lumpuh Israel.

4) Sejak 8 julai, Israel melepaskan peluru berpandu di 4,686 tempat di Gaza.

5) Pengumuman Israel untuk gencatan senjata 7 jam untuk alih perhatian.

6) Boikot berkesan gugat ekonomi Israel.

7) Israel bakal berdepan kerugian berjumlah AS $5.7 bilion ( RM 18.25 bilion ) jika boikot di seluruh dunia berterusan.  Syarikat pepsi co dan coco cola company di anggar kerugian AS$230,000 ( RM736,568) setiap hari selepas diboikot.
Tesco tidak akan menjual produk Israel bermula September ini.

8) Kerajaan Maldives memboikot dan batalkan perjanjian dua hala dengan Israel.

9) Kaherah diminta buka rafah.  Oic kutuk Israel serang masjid.

10) Cubaan batalkan kemenangan jokowi.

Tempatan

1) Ahli Parlimen Dungun dan Adun Rantau Abang segera hulur sumbangan kepada mangsa dihempap pokok.

2) Pemuda UMNO Kuala Nerus buat laporan polis terhadap Kelvin Yip. Desak polis segerakan siasatan.

3) MB minta MBKT kemuka laporan susulan sampah tidak dikutip semasa sambutan Aidilfitri. Janji akan ambil tindakan.

4) Exco Terengganu, A Latif Awang minta beri peluang kepada 3 pemimpin yang baru dilantik bagi perkasa UMNO.

5) Raya Enam disambut meriah di beberapa buah kampung di Terengganu. Ziarah kubur bersama sanak saudara dan nikmati jamuan bersama.

6) Bazlan sedia berkhidmat dengan Razif. Ucap terima kasih atas kepercayaan.

7) Jabi bakal jadi hab sate Terengganu. Usaha menggabungkan di bawah jenama Satay Jabi dengan kerjasama YPU.

8) Perkim Kemaman bantu Mohd Zaid Muda, Oku dapatkan kerusi roda elektrik.

9) Majlis Perundingan Daerah akan diwujudkan dengan dianggotai adun pembangkang -MB.

Disediakan oleh,
LPDM BPPNT.

Ibadah Korban 1435 H/2014 M di Kemboja, Bangi & Kuala Nerus

DARUL FUQAHA

Program Ibadah Qurban & Aqiqah 2014/1435H di Kemboja, Bangi & Kuala Nerus, Terengganu
di bawah penyeliaan
YB Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Lembu Kemboja rm300/bhgn + sumbangan Guru Quran Kemboja rm70
Lembu Bangi & K Nerus rm500/bhgn
Hubungi
0192677703 (Ust Azlan - Bangi)
0192121972 (Ust Harme- Bangi)
0137722440 (Dr Khairuddin)
0137722450 (Raimi - K Nerus) 

Penyertaan boleh dilakukan secara terus seperti berikut:
1. Bankin bayaran Korban ke akaun Maybank "al marabi management" no akaun 562263504248
2. mms resit bayaran ke 0137722440.
3. sms nama peserta dengan format seperti berikut (mohd azman bin ali/1 bhgn/rm300/kemboja) ke no 0137722440

boleh juga info ke email attakiri2011@gmail.com

---------------------------
Mohon sebarkan seluas-luasnya




Monday, 4 August 2014

Saya Mengalu-alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Salah Laku - Khalid Ibrahim

Saya Mengalu-alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Salah Laku.
Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Sekiranya Dato’ Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.

Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
4 OGOS 2014

Khalid nafi tuduhan Saifuddin, cabar PKR lapor SPRMPublished: 4 August 2014

Khalid nafi tuduhan Saifuddin, cabar PKR lapor SPRM
Published: 4 August 2014
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar partinya, PKR, untuk melapor kepada SPRM sekiranya benar tuduhan salah laku yang dikata oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution.
"Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar.
"Maka beliau (Saifuddin) dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia," katanya.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bekerjsama jika disiasat pihak pihak berkuasa.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya.
Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
"Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya," katanya.
Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.
Awal hari ini, Saifuddin mendedahkan Khalid terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.
Saifuddin berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.
Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 125 hektarah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013.
Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014.
Malahan, Saifuddin juga mendakwa penjelasan Khalid mengenai penyelesaian tersebut tidak menyakinkan dan integritinya dipersoalkan. – 4 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-nafi-tuduhan-saifuddin-cabar-pkr-lapor-sprm#sthash.WOPaNeYs.dpuf

Solat Hajat Perdana

Solat Hajat Perdana bagi mempertahankan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid akan diadakan pada khamis 7 ogos 2014 di kediaman rasmi Menteri Besar

PKR dakwa Khalid terlibat aktiviti urus niaga jualan tanah meragukan

PKR dakwa Khalid terlibat aktiviti urus niaga jualan tanah meragukan
OLEH MD IZWAN
Published: 4 August 2014
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.
PKR hari ini mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.
“Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta ringgit yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama," kata Saifuddin di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 308.7 ekar tanah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013.
Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac, 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014.
"Khalid perlu jelaskan kepada pemimpin parti, tapi kami tidak dapat jawapan yang memuaskan," katanya.
Selain projek urus niaga tanah, Saifuddin juga mendedahkan Eco World dianugerahkan projek perumahan mampu milik di Ukay Perdana pada 25 Mac, 2014.
"Pada 25 Mac, 2014 menteri besar menandatangani satu lagi MOU (Perjanjian Persefahaman) yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah geran Selangorku yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Eco World di Sungai Sering, Ukay Perdana," katanya.
Beliau berkata, langkah memberikan projek itu juga meragukan kerana pada asalnya projek tersebut sedang dibincangkan dengan syarikat lain.
"Projek ini pada asalnya dirundingkan dengan syarikat lain yang berlarutan beberapa tahun tapi akhirnya dapat kepada Eco World," katanya.
Saifuddin berkata, dua perkara tersebut antara contoh kes yang melibatkan integriti Khalid sebagai menteri besar.
"Ini menimbulkan keraguan khususnya daripada sudut integriti," katanya.
Selain isu tanah, Saifuddin juga membangkitkan sikap dan cara Khalid mengendalikan isu air di Selangor kerana mengambil tindakan secara bersendirian.
Saifuddin berkata, PKR sendiri akan menghantar dokumen penjelasan mengenai alasan untuk menyingkirkan Khalid kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Beberapa perkara menyentuh kepimpinan Khalid akan dijelaskan dalam dokumen tersebut.
Awal tahun ini, PKR melancarkan Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pelbagai aduan tentang menteri besar yang sudah masuk penggal kedua perkhidmatannya tetapi didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.
Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan Bible versi Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Lebuhraya Kinrara Damansara.
Anwar sepatutnya bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati dia bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding menggantikan Anwar, menang kerusi dewan undangan negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi menteri besar Selangor.
Bagaimanapun, Khalid bertegas tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.
Isu menteri besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. – 4 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dakwa-khalid-terlibat-aktiviti-urus-niaga-jualan-tanah-meragukan#sthash.sST1cexO.dpuf
ke Facebook
Muhdalihelmy MdYaakob
Siasat dulu. Ni tak....kalau dah tak suka mcm benda buruk timbul. Apa tak dak kebaikan ka yg tski lakukan?
3 jam yang lalu
6 people
R Ed Mikael
dijaya skandal libatkan azmin ali tu apa cerita?
2 jam yang lalu
6 people
Tokwan Gaal
kalau ada kes lapor kat SPR, Biar mereka siasat
2 jam yang lalu
5 people
Amin Mohd
kah..kah..kah..SPR tu jaga apa woit? SPRM 2x5. Kalau UMNoo cakap xdak kes maka xdak lag tindakan.… Lihat seterusnya..
1 jam yang lalu · Suka · 1
Kamaludin Wahid
Aku dh naik menyampah dgn PKR..... ko ngat kita orang ni bodoh?!..mmg selama ni PKR berhujah seperti dlm 'pertandingan perbahasan'. Dia berpihak pd suatu topik & bermati-matian buat org bg 'points' d dia.
1 jam yang lalu
4 people
Nadzree Tajuddin
Nak tanya langkah kajang bila mula peyelewengan khalid bila mula......nak temberang pun biar la betul....
1 jam yang lalu
3 people
Jasni Hassan
Lapor ke sprm la saifudin.
2 jam yang lalu
2 people
Ruslan Mansor
Elok juga dedah sekali kes azmin dalam projek PJ. Kalau lapor kat SPRM lagi cantik sekurang 2nya kepincangan kedua 2 pihak dapat diketahui rakyat Selangor senang nanti nak mengundi pilihanraya negeri Selangor yang pasti akan diadakan.
2 jam yang lalu
1 person
Aamohd Shah
Udah ada bukti ke?....
1 jam yang lalu
1 person
Fmn Owner
Apa tunggu lagi, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail patutnya tak perlu soal, dan tunggu jawapan dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Datuk Saifuddin patutnya sudah buat polis report, lapor ke SPRM dan mulakan tindakan mahkamah keatas Tan Sri Khalid.
Tan Sri Khalid perlu platform yg neutral untuk pertahankan diri, bukannya "trial by media".
33 minit yang lalu
Haji Md Yusoff Adam
Entire Selangor citizen, the govt, is being taken to rensom to the dirty skin of the individual so called with integriti. Pas, high time shud stop being stupid or pas is also no integriti.
1 jam yang lalu
Muhdalihelmy MdYaakob
Siasat dulu. Ni tak....kalau dah tak suka mcm benda buruk timbul. Apa tak dak kebaikan ka yg tski lakukan?
3 jam yang lalu
R Ed Mikael
dijaya skandal libatkan azmin ali tu apa cerita?
2 jam yang lalu
Tokwan Gaal
kalau ada kes lapor kat SPR, Biar mereka siasat
2 jam yang lalu
Amin Mohd
kah..kah..kah..SPR tu jaga apa woit? SPRM 2x5. Kalau UMNoo cakap xdak kes maka xdak lag tindakan.… See More
1 jam yang lalu · Like · 1
Kamaludin Wahid
Aku dh naik menyampah dgn PKR..... ko ngat kita orang ni bodoh?!..mmg selama ni PKR berhujah seperti dlm … See More
1 jam yang lalu
Nadzree Tajuddin
Nak tanya langkah kajang bila mula peyelewengan khalid bila mula......nak temberang pun biar la betul....
1 jam yang lalu
Jasni Hassan
Lapor ke sprm la saifudin.
2 jam yang lalu
Ruslan Mansor
Elok juga dedah sekali kes azmin dalam projek PJ. Kalau lapor kat SPRM lagi cantik sekurang 2nya… See More
2 jam yang lalu
Aamohd Shah
Udah ada bukti ke?....
1 jam yang lalu
Fmn Owner
Apa tunggu lagi, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail patutnya tak perlu soal, dan tunggu… See More
33 minit yang lalu
Haji Md Yusoff Adam
Entire Selangor citizen, the govt, is being taken to rensom to the dirty skin of the individual so called… See More
1 jam yang lalu
Azrul Ahmad
Khalid kotor macam najis....
Anwar bersih dari dosa bagai bayi baru lahir ke dunia...
1 jam yang lalu
aras_maju
Halo datuk, sekarang zaman dah berubah, bukan macam 30 tahun dulu semua orang percaya apa yang politician cakap. Pls la kalau ada any wrongdoing di pehak khalid...IF ANY...buat lah polis report atau ke SPRM. Kalau setakat cakap saja semua orang boleh. Ini bukan kedai kopi.
1 jam yang lalu
4 people
Anuar Rahman
X lama lg ada plak bukti tski meliwat yg mjadi sebab utama perlu ditikarkan
2 jam yang lalu
4 people
aras_maju
Mari kita pastikan calun2 PKR dan DAP yang bertanding di selangor akan hilang wang pertaruhan.

Sedutan Akhbar, Isnin, 4 ogos 2014

Sedutan Akhbar, Isnin, 4 ogos 2014.

Berita Nasional,

1) 60,000 anak ayam rentung, reban terbakar di Tanjung Malim. Kerugian RM2 juta.

2) Remaja 15 tahun dari kota tinggi didakwa bunuh warga emas 62 tahun.

3) 2 penyamun adik beradik berjaya dicekup di kebun maokil, Segamat.

4) Pemilik kedai kopi disamun, teman wanita dirogol di Bukit Mertajam.

5) Ops titik rampas minyak RM 19J ,turut sita 16 kapal, patahkan kes seleweng diesel dan petrol.

6) Bekas pemandu Karpal terpaksa meringkuk dalam penjara, terabai? MIC dan PCM sanggup bayar ikat jamin.

7. Perintah berkurung di Esszone di lanjut.

8) Desak SPRM siasat salah guna kuasa bekas Adun pembangkang di Kedah.

9) Tindakan Khalid meterai perjanjian air langkah tepat kata Noh Omar.

10) Dagangan dengan Israel dikaji kata Mustapa.

11) Kerajaan Selangor tidak tolak kemungkinan sabotaj ada kaitan krisis MB Selangor?  Isu pendawaian bekalan kuasa enam pam air milik JPS dipotong.

12) SPAD beri tempoh 5 hari kepada 16 syarikat bas yg mengadakan protes di CIQ Bangunan Sultan Iskandar kelmarin .

13) PBT tak peduli, longkang sekitar premis perniagaan tersumbat, jijik, busuk di Kuala Lumpur.

14) PASMEB dakwa tiada adun pkr anak jati Selangor. Hanya wakil pas layak jadi MB.

Berita Antarabangsa.

1) Israel terus menggila. Terbaru, rejim zionis itu menyerang sekolah perlindungan PBB di selatan Gaza, korbankan 10 org penduduk palestin dan cederakan 30 yg lain.

2) setakat ini, sebanyak 1,726 penduduk palestin syahid kebanyakannya kanak kanak dan 9,323 cedera.

3) Perunding Israel Gershon Baskin akui Hamas sukar dikalahkan dan hampir mustahil dimusnahkan.

4) AS sumbang AS$210 Bilion kepada Israel sejak 1948.

5) Obama paksi pembunuhan penduduk Gaza kata Duta Palestin.

6) Israel mula undur sebahagian tentera darat. Tumpu musnahkan saki baki terowong rahsia.
Tempatan

1) MB sedia jumpa Mat Rempit bagi selesaikan masalah sosial tersebut yang tiada kesudahan.

2) Israel iri hati dengan Malaysia yang berterusan mendokong perjuangan Palestin -Dr Najmil Faiz, Ketua Pemuda UMNO K.Trg.

3) Sayangkan Isteri - seorang lelaki di Bandar Permaisuri menyerang kakaknya dengan paip besi kerana menyindir isterinya.

4) Wakil rakyat pembangkang dan kerajaan perlu ada hubungan baik demi kebaikan rakyat - Ahli Parlimen Kuala Nerus.

5) Pusat Pemasaran Ikan  Segar Tasik Kenyir tawar harga murah. Mampu jual 200kg ikan air tawar sehari sepanjang Ramadhan lalu.

6) Mohd Jidin dilantik Pengarah Strategi UMNO Terengganu. Bantu tawan semula kawasan BN yang kalah.

7) Mohammad Pehemi sedia pikul amanah sebagai SU UMNO Terengganu. Terharu diberi kepercayaan oleh Razif.

8) Etnik Rohingya sambut Aidilfitri sederhana namun tetap meriah. Sambutan tanpa keluarga di sisi.

9) Keropok lekor Kelulut jadi pilihan. Rasa ikan yang lebih antara faktor. Permintaan tinggi di musim raya berbanding hari biasa.

10) Seberang Pintasan - dua buah rumah rosak dihempap pokok. Tiada kemalangan jiwa.

11) Solidariti Gaza - Ikram Kemaman turut hantar ahli ke Dataran Merdeka.

12) KRT Kampung Semai Bakti bendung budaya melepak dengan rondaan SRS.

13) Badang Negara, Hafifi Mansor yang berjaya meraih Emas di Sukan Komanwel Glasgow menerima insentif RM10 000 dan satu lot tanah dari Kerajaan Negeri.

14) Kemelut Jurulatih T-Team, Azlan Johar, Penolong Jurulatih dikatakan akan meletak jawatan mengikuti Azraai Khor.

Disediakan Oleh,
LPDM BPPNT.

Palestin Ditindas Dengan Bantuan Kuasa Besar Dunia; Apa Sumbangan Kita?

Palestin Ditindas Dengan Bantuan Kuasa Besar Dunia; Apa Sumbangan Kita?
1. Sejak 28 hari Gaza diserang oleh Zionis Yahudi seramai 1,726 rakyat Palestin telah terkorban Syahid kebanyakannya kanak kanak dan 9,323 cedera.
2. Kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat menerusi Obama secara jelas dan tanpa malu dan segan berbohong kepada dunia kononnya Yahudi hanya mempertahankan diri bagi merasionalkan tindakan ganas Yahudi.
3. Tindak balas rakyat Palestin menerusi Hamas dan lain-lain briged pejuang mempertahankan diri pula dianggap sebagai keganasan dan pengganas.
Tidak sedikit di kalangan orang Islam yang terpengaruh dengan proganda Amerika dan Yahudi ini. Pejuang Jihad dianggap pengganas dan pengganas dianggap mempertahankan diri.
4. Bantuan Amerika Syarikat terhadap Zionis Yahudi bukanlah sesuatu yang pelik. AS telah menyumbang AS$210 Bilion kepada Israel sejak 1948. Terkini, Amerika lulus AS $255 juta untuk membangunkan projek Iron Dome Israel. Gesaan oleh Obama agar  Hamas membebaskan askar Zionis Yahudi adalah petanda jelas hubungan baik mereka.
5. Kalau Amerika Syarikat bersekongkol dengan Zionis Yahudi apakah umat Islam dan dunia hanya sekadar melihat?
6. Jihad bersenjata yang dilancarkan oleh Hamas dan penduduk Palestin perlu dibantu oleh negara umat Islam. Bantuan kewangan untuk mereka sama ada untuk keperluan kemanusiaan atau persenjataan pejuang Palestin adalah satu keperluan yang patut dilakukan oleh negara Islam.

7. Boikot syarikat-syarikat perniagaan yang terbukti menyumbang untuk dana Zionis Yahudi menjadi sebahagian jihad ummah. 1 sen yang kita sumbangkan itulah yang membunuh seorang anak kecil Palestin.
8. Demonstrasi rakyat dan tekanan masyarakat antarabangsa perlu digembeleng sebagai satu bantuan moral untuk pejuang Palestin.
9. Menulislah siapa yang mampu menulis. Bercakaplah siapa yang mampu bercakap. Hulurkanlah sumbangan kewangan walaupun dengan nilai yang kecil. Sebarkanlah tulisan simpati dan motivasi bagi para pejuang. Pokoknya marilah kita menyumbang.
10. Ayuh kita lakukan sesuatu untuk umat Islam yang tertindas ini walaupun hanya bertaraf seumpama burung yang membawa air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar.
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ
Maksudnya: "Dan berjihadlah kamu demi Allah sebenar-benar jihad. Dia menguji kamu" (surah al-Hajj 78).

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 4hb Ogos 2014

Sunday, 3 August 2014

Ziarah Raya MB & Ahli Parlimen Kuala Nerus

Idil fitri 1435 menyaksikan timbal balas ziarah raya antara MB Terengganu dan Ahli Parlimen Kuala Nerus. 
Ahli Parlimen Kuala Nerus mengadakan Majlis Raya pada 31hb Julai 2014 di kediaman Bukit Datu manakala MB mengadakan majlis raya pada 2 ogos di Kg Baru, Seberang Takir. 
Ziarah raya ini diharap dapat menjadi jambatan untuk melunaskan pelbagai keperluan rakyat Kuala Nerus. 

Umum mengetahui bahawa YAB Dato' Razif merupakan Adun Seberang Takir yang berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus yang mana Dato' Dr Khairuddin menjadi wakilnya. Hubungan kerja yang baik akan menjadi pemudah cara bagi kedua-dua pihak berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira parti.
Untuk rekod kedua-dua wakil rakyat ini merupakan jiran sekampung di kg Baru. Jarak rumah antara mereka berdua hanya berselang sekitar 12-15 buah rumah sahaja berjarak sekitar 400 meter. Apatah lagi Dr Khairuddin sendiri pernah menjadi murid Dato Razif dan rapat ketika mengambil tuisyen SRP pada tahun 1988 d Pusat Tuisyen yang diuruskan oleh Dato Razif di hadapan rumah beliau.