PAGE DR KHAIRUDDIN TAKIRI

Wednesday, 30 May 2012

Buku Politik dan Pilihanraya

Buku Terkini POLITIK DAN PILIHANRAYA MENURUT ISLAM tulisan Ust Dr Khairuddin at-Takiri dan Ustaz Zamani Ismail akan mula diedarkan sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Sultan Abd Halim, Alor Star pada 1hb Jun 2012.

Temui kami di Gerai Dewan Ulama PAS Pusat di sana.

Petikan daripada buku:

DEFINISI TAHAALUF SIYASI

“Tahaaluf Siyasi“ adalah istilah Arab. Dalam bahasa Melayu ia bermaksud Perjanjian Pakatan Politik atau disebut juga sebagai Perjanjian Kerjasama Politik.
Penggunaan istilah “Tahaaluf Siyasi“ dalam bahasa Arab memberi maksud yang lebih mendalam berbanding istilah “kerjasama politik“ dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana perkataan “Tahaaluf“ dalam bahasa Arab berasal dari perkataan “Hilf“ yang memberi beberapa maksud
  1. Saling mendampingi[1]
  2. Perjanjian antara kaum untuk saling bantu-membantu dan bersepakat [2]
  3. Perjanjian untuk tidak mengkhianati.[3]
Oleh itu, “Tahaaluf“ bermaksud perjanjian antara beberapa pihak untuk saling mendampingi, bantu-membantu dan tidak mengkhianati antara satu sama lain. Perkataan “Siyasi“ pula bermaksud urusan politik dan pemerintahan. Justeru, Tahaaluf Siyasi bermaksud perjanjian antara beberapa pihak untuk saling mendampingi, bantu-membantu dan tidak mengkhianati antara satu sama lain bagi mencapai cita-cita politik iaitu memerintah sesebuah negara.
Berdasarkan penjelasan di atas, saya berpandangan istilah Tahaaluf Siyasilebih baik dipopularkan berbanding istilah kerjasama politik bagi memberikan retorik makna yang lebih mendalam.
PersoalanTahaaluf Siyasiini timbul dewasa ini apabila sebuah parti politik di Malaysia yang meletakkan cita-cita Islam dalam perlembagaannya, iaitu PAS melakukan beberapa siri kerjasama politik dengan parti-parti politik yang tidak meletakkan cita-cita pemerintahan berasaskan Islam dalam agenda politik mereka.


[1] Mu`jam Maqaayiis al-Lughah, juz 2, hlm. 97-98
[2] Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, juz, hlm. 1031.
[3] Taj al-`Arus, juz 6, hlm. 75.


Seminar Alam Mistik 9 Jun 2012

Pendahuluan

Alam Mistik adalah satu realiti dalam kehidupan manusia, namun hakikat sebenar alam ini tidak difahami oleh masyarakat awam menyebabkan mereka gagal dan tersilap dalam berinteraksi dengannya. Dalam masa yang sama maklumat tentang alam ini dicampur-baur dengan khurafat dan kepercayaan yang salah hatta oleh ramai pengamal perubatan alam mistik. Untuk itu penjelasan yang benar perlu dikemukakan kepada umat agar tidak tersesat dan tersasar dalam memahaminya yang boleh merosakkan aqidah, syariat dan akhlak.

Seminar ini bakal menjelaskan hakikat sebenar alam ini menurut al-Quran dan Hadis menerusi pembentangan  beberapa kertas kerja oleh beberapa tokoh muda seperti berikut:

1. Peranan Jin dalam Kehidupan Manusia oleh Ust Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
2. Hukum-Hakam Jin oleh Ust Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
3. Bahaya Sihir Saka Terhadap Keluarga oleh Ust Hanafi Abd Rahman
4. Pengaruh Fenomena Sihir oleh Ust Dasuki Abd Ghani


Maklumat Program

Hari dan Tarikh : Sabtu 9 hb Jun 2012
Waktu : Pukul 9 pagi - 10 malam.
Tempat : Pusat Islam, Kuala Lumpur
Yuran : RM150 seorang (Pelajar rm120 sahaja)

Makan Tengahari dan Malam disediakan

Hubungi segera Ust Zulkarnain 013 7722267 / 013 2890000



Saturday, 26 May 2012

Pilihanraya Presiden Mesir, Masa depan Revolusi Mesir Dalam Bahaya

pilihanraya Presiden Mesir semalam menyaksikan  persaingan sengit antara Muhammad Mursi, calon parti Keadilan dan Kebabasan mewakili Ikhwan Muslimin dan Ahmad Syafiq, bekas Ketua Menteri terakhir zaman Husni Mubarak dengan masing-masing mendapat 24.9% dan 24.5% undi.  AlArabiya.net dan Aljazeera semalam melaporkan kebimbangan Ikhwan Muslimin terhadap kemungkinan kemenangan Ahmad Syafiq sebagai calon Presiden Mesir bakal  "mencolek" dan menggagalkan matlamat Revolusi Mesir. Perbincangan sedang dibuat untuk memperkukuhkan kedudukan Muhammad Mursi dengan meenggabungkan kekuatan dua lagi calon Presiden yang telah kalah pada pusingan pertama iaitu  Abul Futuh dan Hamden. Pusingan kedua pilihanraya tersebut akan berlangsung pada 16 dan 17  jun nanti Sent from my iPad